Wednesday, October 14, 2015

Projek Dialog Sesat : Nabi Isa Disamakan Pemberontak & Komunis?

0
Apa yang ingin disesatkan Projek Dialog Sesat dengan artikel semalam?

Semalam Projek Dialog Sesat memuatkan sebuah artikel bertajuk :

ISA BUKAN KONSERVATIF BERKULIT PUTIH : ISA PEMBERONTAK BERBANGSA YAHUDI PALESTIN



Pertama mereka menulis berdasarkan pembacaan kepada beberapa penulisan dan makalah terbitan barat seperti tulisan Ben Norton yang bertajuk Jesus Was Not A White Conservative; Jesus Was A Jewish Palestinian Dissident” dan beberapa penulisan lain.

Apa yang mereka ingin sesatkan?

1. Isa itu pemberontak di zamannya menurut mereka. Mereka menyamakan perjuangan Nabi Isa a.s. dengan gerakan pemberontakan.

2. Flip Flop penggunaan nama antara Isa dan Yesus dilakukan untuk mencapai maksud-maksud tertentu.

3. Dengan menggunakan nama Isa ketika menceritakan kisah penyaliban berbanding Jesus di dalam penulisan tersebut, mereka cuba menyuntik doktrin bahawa Nabi Isa a.s. mati ditiang penyaliban. Mereka cuba membawa tafsiran sesat yang diimani sesetengah pihak ke dalam perwatakan Isa al Masih yang diimani orang-orang Islam.

4. "Hakikatnya, mengikut piawaian hari ini, Yesus akan dianggap sebagai komunis". Ini kata mereka di dalam artikel tersebut. Tujuannya sama seperti teknik propaganda penyekutuan tokoh terbilang zaman dahulu dengan naratif-naratif songsang. Ia untuk melabelkan perjuangan mereka sebagai perjuangan Kosher dan  mengabsahkan perjuangan sesat lagi merosakkan yang sedang mereka perjuangkan.

5. Menyembunyikan fakta bahawa Jesus menolak LGBTIQ di dalam Bible dengan mengatakan perkara berikut : "...namun beliau tidak pernah anti-gay, tidak pernah menyebut tentang pengguguran kehamilan atau kawalan kelahiran..."

Sama ada kenyataan itu dilakukan dengan sedar atau dibuat kerana terlalu naif tetapi cuba berlagak pandai, yang nyata, Yesus yang dirujuk mereka di dalam Bible tidak pernah menolak hatta satu hukum pun di dalam hukum-hukum Taurat nabi-nabi sebelumnya.

Yesus menyebutnya dengan jelas di dalam Matius fasal 5 ayat 17 - 18 :

"Janganlah kamu menyangka, bahwa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. Karena aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

5. Penulisan itu juga cuba menggambarkan secara salah konteks apabila membicarakan tentang Yesus yang menolak hukuman badan ke atas kesalahan-kesalahan tertentu. Jelas mereka menafikan perkataan Yesus yang diimani oleh orang-orang Kristian sendiri di dalam Matius Fasal 5 ayat 17 hingga 18 di atas.


Apa yang mereka inginkan dari penulisan ini?

1. Menyamakan pemberontakan golongan mereka terhadap otoriti agama sama seperti perjuangan para Nabi terutamanya Nabi Isa a.s.

2. Menggunakan Isa al Masih dan menekankan aspek baginda dengan wajah Asia, mereka  sedang cuba mendapatkan sokongan supaya golongan Kristianberwajah Asia yang ditolak Jesus untuk didakwahkan di dalam Matius fasal 15 ayat 24 hingga 26 seperti berikut :

Matius Fasal 15 ayat 24 hingga 26:

Jawab Yesus : "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.” Tetapi perempuan itu mendekat dan menyembah dia sambil berkata : "Tuan, tolonglah aku.” Tetapi Yesus menjawab : "Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing.” Jawab Yesus: "Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel."

3. Sabitan seperti ini dibuat supaya golongan Kristian merasakan mereka mempunyai tanggungjawab perjuangan untuk menyokong kerja-kerja Projek Dialog Sesat.

4. Menghalalkan semua bentuk gerakan pemberontakan seperti kebangkitan golongan komunis satu ketika dulu sebagai satu perjuangan suci dan murni sama seperti perjuangan golongan nabi dan rasul.

5. Menghalalkan LGBTIQ dengan sengaja menyembunyikan pesan Jesus sepertimana golongan Kristian awal percaya di dalam Bible di dalam Matthew fasal 5 ayat 17 dan 18.

6. Agenda menanamkan mesej subliminal dan bawah sedar seolah hukuman badan yang bakal dijalankan melalui perlaksanaan hudud suatu hari nanti, ditentang figura yang diagungkan Kristian.

Ini bukanlah kali pertama Projek Dialog Sesat ini cuba menyesatkan pemikiran ramai dengan penulisan-penulisan serta agenda-agenda sesat. Mereka terus melakukannya kerana pihak yang diamanahkan untuk menjalankan kuasa undang-undang, tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka.



Sekiranya terlihat mana-mana pihak menyebarkan penulisan-penulisan serta artikel dari Projek Dialog Sesat, sila maklumkan kepada mereka supaya tidak memberikan promosi percuma kepada mereka, kecuali dengan menjelaskan serta memberikan jawapan balas kepada kesesatan yang cuba disebarkan.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: