Friday, July 18, 2014

MH 17 17 Haribulan 7, Permulaan Kejatuhan Yahudi Menurut al Quran?

Oleh : Imran Haaz

Satu perkara yang para sahabat r.a. buat bila berlaku peristiwa-peristiwa besar dan perkara-perkara yang sukar mereka fahami ialah, mereka akan segera membuka mushaf al Qur'an bagi mendapatkan nasihat Allah kepada mereka.


Kita orang biasa.. tidak sampai ke tahap kemampuan berkomunikasi dengan Allah sehingga tahap hebat macam itu. Tapi apa yang dilakukan mereka, selalu juga kita turuti sebagai jalan mencari petunjuk dan memahami apa yang sedang berlaku.

Semalam selepas berkongsi semula penulisan-penulisan lama berkenaan MH370 sebelum. Saya cuba membuka mushaf untuk memahami ke mana isu ini akan dibawa pergi.

Kejadian berlaku pada 17 haribulan 7 kepada MH 17.

Yahudi percaya kepada permainan nombor di dalam kehidupan mereka. Nombor satu bermakna permulaan, kelahiran. Nombor 7 bererti kemusnahan dan pengakhiran, kehancuran, penamatan. 

Dalam al Qur'an surah ke 17 ialah surah al Isra' dan ayat ke 7 di dalam surah tersebut menjelaskan perkara berikut:

Yahudi akan masuk kembali ke baitulmaqdis untuk kali kedua bagi melakukan kerosakan dan kejahatan mereka akhirnya akan dibinasakan Allah melalui tangan-tangan pihak yang dimusuhi mereka (umat Islam)...

ayat penuh seperti di bawah :

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (al Isra' ayat 7) (sila baca dari ayat pertama hingga ke 8 utk fahami dengan lebih jelas)..

Apakah dengan mencari pasal dengan Russia kali ini, escalation konflik akan membuatkan Yahudi berani menceroboh Masjidil Aqsa ketika rasa mereka terlebih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya, perang yang bakal diletuskan kali ini akan membawa kemenangan besar kepada Islam di Palestin?

Jika ia berakhir dengan peperangan besar, maka ketahuilah bahawa kemenangan dijanjikan Allah kepada umat Islam.. dan kita pula menjadi asbab (kes tembak jatuh MH17) kepada kehancuran total Yahudi..

Jadi pesan untuk Najib, jangan salah pilih pakatan.. umat Islam akan bergabung dengan Rum dalam perang akhir zaman.. ramai yang mengatakan Rum yg dimaksudkan ialah superpower Kristian Ortodoks dari Russia dan bukan sebelah Barat iaitu Amerika dan sekutu-sekutu Yakjuj dan Makjujnya kini.

Apakah 17/7 MH17 (al Isra' ayat 7), ialah asbab beginning (nombor 1) of the end (nombor 7) untuk Yahudi?

Kita cuba memahami. Tetapi pengetahuan sebenar adalah milik Allah.


Wallahua'lam..

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga-keluarga mangsa menghadapi ujian ini. Dan bagi sesiapa yang mempunyai tangan-tangan perancangan jahat yang menjadikan negara kita sebagai mangsa bertalu-talu dalam perebutan politik dunia, semoga Allah membalas mereka dengan pembalasanseadil-adilnya. Amin.

Untuk memahami isu ini, boleh tuan-tuan ke ruang facebook saya pada pautan berikut dan membaca penulisan-penulisan lama saya yang telah menjangkakan setiap kali adanya usaha untuk meruntuhkan ekonomi Amerika, maka akan ada sahaja false flag dijalankan. Sehari sebelum MH17, Presiden Russia dan ketua-ketua negara BRICS melancarkan perang ke atas sistem kewangan dunia yang dikawal Amerika. Bagi Amerika, Russia perlu diajar. Tetapi malangnya kita yang dimangsai di dalam konflik ini.

Pautan di bawah :

https://www.facebook.com/imran.haaz/posts/720325478023930

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email