Wednesday, June 25, 2014

Azmi Shahrom Dan Samseng Pencorak Negara

Oleh : Imran Haaz

Azmi Shahrom menulis tentang budaya samseng yang cuba menggunakan kaedah kesamsengan untuk mencorak negara.



Dia berkata benar. Lihat sahaja ugutan yang pernah dibuat oleh Parti Politik Berasas Perkauman untuk membentuk benteng manusia bagi menghalang Ahli-Ahli Parlimen muslim untuk membentang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen. Ini percubaan menggunakan bentuk kekerasan ke atas sesuatu yang dibenarkan dalam negara demokrasi dan undang-undang negara. Ini satu budaya samseng yang cuba mencorak negara mengikut acuan yang dimahukan mereka dengan menggunakan ancaman fizikal.



Kemudian lihat pula sikap yang diambil oleh kumpulan pelampau Kristian tempatan. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan 4-3 menolak permohonan Gereja Katolik untuk merayu keputusan kes Mahkamah Rayuan pada 23 Jun yang lepas. Mahkamah akan hanya mereka takrifkan adil sekiranya kes-kes yang dibuat menyebelahi mereka. Menggunakan isu rasa tidak puas hati ini, terdapat segmen di dalam kumpulan-kumpulan pelampau tersebut membuat seruan supaya Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia. Hanya kerana nafsu mereka tidak dapat dipuaskan, mereka cuba membawa agenda meruntuhkan Persekutuan Negara dengan menghasut rakyat memberontak untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada negara ini. Bukankah ini satu perbuatan pengkhianatan oleh samseng-samseng yang cuba mencorak negara ini menjadi berpecah mengikut acuan mereka?



'Tahniah' kepada Azmi Shahrom kerana menulis tentang samseng-samseng yang cuba mencorak negara mengikut acuan yang dimahukan mereka seperti di atas. Gejala samseng-samseng serta kumpulan pelampau ini harus dibanteras dan dikenakan tindakan undang-undang.

Samseng-samseng yang tidak tahu menghormati Perlembagaan Persekutuan, Prinsip-Prinsip Rukunegara dan keputusan-keputusan mahkamah harus dikenakan tindakan. Entah kenapa tindakan sehingga hari ini belum lagi diambil ke atas mereka dengan ugutan-ugutan yang bersifat subversif ini. Apakah mereka lebih tinggi dari undang-undang? Jika tidak, kenapa tiada tindakan diambil ke atas mereka?

Semoga Allah menyelamatkan negara ini dari kepincangan sistem yang sednag berlaku ini. Ameen.

© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.




Friday, June 20, 2014

بارا اڤي اوروسن اڬام



رسول الله ڤرنه برڤسان، ممڬڠ اوروسن اڬام د اخير زمان عبارت مڠڬڠڬم بارا بارا اڤي.

كيت مليهت سموا اين سداڠ برلاكو. سموا يڠ رسول الله ڤريڠتكن كيت تنتڠ اڤ يڠ باكل كيت لالوا د اخير زمان سداڠ برلاكو كيني. اومت اسلام كيني عبارت باڬاي هيدڠن يڠ سداڠ دكليليڠي سريڬالا-سريڬالا يڠ لاڤر. سمواڽ كران اد د انتارا كيت يڠ تركنا ڤڽاكيت چينتا دنيا دان تاكوت ماتي.

تتاڤي، اڤاكه كيت اكن ڤاته سماڠت اتاو بروندور كران تكنن دمي تكنن دان دسقن ك اتس مرواه اومت اسلام اين؟

جواڤنڽ تيدق سام سكالي.

ڤڤته لاما ملايو اد مڽبوت، ڬڠڬم بارا اڤي، بيار سمڤأي جادي ارڠ. جك ممڬڠ اوروسن اڬام ايت عبارت مڠڬڠڬم بارا اڤي، مك كيت ملايو اسلام د سيني اكن مڠڬيڠڬم بارا ايت سهيڠڬ منجادي ارڠ!

ايتله يڠ رسول الله ماهو. رسول الله ماهوكن اومت يڠ كوات مڠهادڤي دوڬان دان بوكن چڤت برڤوتوس اسا.

كيت اداله ڬينراسي ملايو مسلم يڠ بارو. كيت اكن مڠڬيڠڬم بارا اڤي ايت بوكن هاڽ سهيڠڬ منجادي ارڠ، ماله ارڠ ايت اكن كيت هنچوركن سهيڠڬ منجادي دبو-دبو يڠ دتيوڤ اڠين!







Wednesday, June 18, 2014

Evolusi Sang Politikus Bernama Khalid Samad

Siapa boleh lupa dengan peringatan tentang ancaman Kristianisasi yang diucapkan Khalid Samad pada 7 Ogos 1987 di Parit Amal, Johor. Sewaktu itu, beliau menjawat jawatan Setiausaha Pemuda PAS Pusat.



Kata-katanya dimuatkan di dalam  laporan kertas putih Parlimen 1988, Kertas Perintah 14, Tahun 1988, bertajuk Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara. Tuan A Karim Omar pernah menulis tentangnya di sini

Kata Khalid Samad:

“ … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …”

Dua Puluh Satu kemudian, pada 2008,  berlaku Tsunami Politik. PAS mendapat beberapa negeri hasil kerjasama mereka dengan DAP. Bukan memerintah. Tetapi berterusan menurut perintah. Tetapi, bukan itu yang mahu dibicarakan dalam penulisan ini.

Apa yang mahu dibicarakan ialah, sebaik Tsunami itu berlaku, tiada lagi kata-kata penuh bersemangat dari seorang pemuda pejuang Islam yang satu ketika dahulu, tidak jemu-jemu mengingatkan masyarakat Malaysia bahawa ancaman Kristian itu benar-benar ada. Kata orang-orang tua, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Media sosial mula memaparkan wajah-wajah Khalid Samad di tempat-tempat baru. Khalid yang dulu bukanlah yang sekarang. Dia kini dengan politik baru. Khalid mula bercakap tentang gereja dan memasuki gereja. Jika dulu evangelis Kristian adalah ancaman, tetapi sekarang evangelis Kristian adalah kawanan yang tidak boleh dicuitkan.




Selesa dengan Politik Baru, Khalid Samad sudah tidak janggal lagi melakukan sesuatu yang amat Tabu kepada sistem pemikiran politik PAS satu ketika dulu. Dulu PAS cukup ‘kolot’, tetapi kini aras kemodenan Islam Moderate PAS sudah mencapai tahap yang telah dicapai oleh Anwar Ibrahim.

Khalid mula dilihat melepak, minum dan makan di tempat-tempat yang dikira janggal untuk pemimpin PAS melepak sebelum demam politik baru ini.


Tahun 2010, dia menyertai sahabatnya untuk gerakan Fund Raiser yang diadakan di Restoran Mutiara Palace Damansara. Asyik dengan kesedapan hidangan Restoran Mutiara Palace Damansara, Khalid terlepas peluang beraksi untuk bergambar sebagaimana seorang Lebai politik semeja dengannya sedang berposing.


Sebentar tadi, sekali lagi Khalid Samad mencuri tumpuan media dengan gaya Politik Barunya. Kali ini, isu melibatkan rampasan Bible di Selangor. Kenyataannya boleh ditonton di bawah :

video


Ramai yang menggelengkan kepala. Tetapi, jika anda mengikuti perkembangan politik Khalid Samad dan membaca catatan ini dengan bersabar, anda semua pasti tidaklah terkejut sangat.

1987 hingga 2014, tempohnya 27 tahun. Ada manusia berubah. Ada manusia tidak berubah.  
Jika ada yang merasakan kuasa itu datang melalui peti-peti undi kepada manusia, jelas mereka mengambil jalan kefahaman yang salah.

Suka saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat pengunjung satuhala dengan ayat berikut..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (Ali Imran ayat 26 - 27)

Undi manusia tidak akan mengangkat manusia ke puncak kuasa. Allah-lah yang akan melakukannya.


Ya.. Allah Tuhan Yang Maha Esa. Bukan Tuhan Satu Dalam Tiga.

Sunday, June 15, 2014

Borang Kaum : Halusinasi Diskriminasi Yang Kurang Cerdik

Apabila Joseph Entulu secara melulu mengumumkan terlebih dahulu keputusan untuk meniadakan bahagian kaum di dalam borang-borang kerajaan, kita di luar dari lingkungan konsultan badan Kassim Patalan yang menasihati Perdana Menteri mula menggelengkan kepala.




Bukankah ia satu cadangan yang sangat kurang cerdik? Kita tidak sangka pula yang pemerintah akan menuruti cadangan-cadangan genius mee segera oleh pihak penyokong pendidikan vernakular.

Namun, kita bersyukur apabila kepala pemerintah kemudiannya mengumumkan bahawa apa yang disebut oleh Joseph Entulu itu terlalu melulu mendahului keputusan kabinet yang telah dicapai terlebih dahulu.


Serentak dengan pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan Kabinet menolak keputusan menghapuskan ruang kaum di dalam borang-borang tersebut, maka jentera propaganda gerakan mereka pun digerakkan untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah melakukan satu kesilapan besar. Seolah-olah dengan membuang ruang kaum di dalam borang tersebut, maka diskriminasi yang terdapat di dalam halusinasi mereka akan segera hilang bagaikan suatu magik.



Kita bukanlah terlalu bodoh untuk membaca apa tujuan jangka panjang mereka. Mereka cuba mempotretkan bahawa Perdana Menteri seolah-olah terlepas peluang keemasan untuk mengambil hati mereka dengan tunduk kepada permintaan kurang cerdik daripada mereka.

Kenapa itu merupakan cadangan yang ultra kurang cerdik dan tidak masuk akal? Mari kita tunjukkan kenapa ia satu cadangan tidak masuk akal.

Situasi :
Seorang lelaki bernama Lim Kit Siang pergi mendapatkan sebuah borang di Jabatan Kerajaan. Dia melihatkan borang tersebut tiada ruang pernyataan kaum. Lalu dia melompat kegirangan di hadapan kaunter. Pada fikirannya tiada siapa akan tahu bahawa dia adalah seorang lelaki Cina semasa memproses borang bantuan permohonan tersebut.

Betulkah tiada siapa akan mengenalinya sebagai seorang lelaki Cina nanti?

Apabila terlihat nama Lim Kit Siang pada borang tersebut, apakah pihak yang memproses borang itu akan menyangka bahawa lelaki itu adalah seorang Gurkha atau mungkin salah seorang dari 40,000 Bangladesh atau Mungkin seorang lelaki Bushmen rakyat Malaysia? Tidak. Tidak sama sekali. Namanya itu sendiri akan memberikan maklumat apa kaum tuan pemilik nama tersebut. 99.9% lelaki dengan nama Cina adalah berketurunan Cina, kecuali dalam kes-kes tertentu.

Cukupkah dengan hanya menghapuskan bahagian kaum di dalam borang, lalu diskriminasi kaum yang dikatakan mereka berpunca dari borang-borang tersebut akan dihapuskan? Jawapannya tidak.

Jika mereka benar-benar ikhlas mahukan ‘diskriminasi’ dihilangkan sebagaimana yang didakwa mereka berlaku disebabkan borang tersebut, maka mereka perlu berusaha lebih daripada membuang bahagian pernyataan kaum di dalam borang-borang tersebut.

Persoalannya, apa lagi yang perlu mereka lakukan? Bukankah dengan membuang bahagian bangsa ia masih tidak memadamkan identiti Cina pada seseorang yang bernama Lim Kit Siang?

Solusi : Identiti Kebangsaan Yang Satu
Indonesia mempunyai solusi terhadap ‘diskriminasi’ yang dikatakan mereka berlaku berikutan maklumat bangsa di dalam borang-borang kerajaan. Di Indonesia, seorang Cina berketurunan Lim akan menggunakan nama Salim. Tiada Cina menggunakan nama Cina mereka di situ.

Maka apabila seorang lelaki bernama Salim Martopo Widayanto memasuki Jabatan Kerajaan dan mengisi borang tanpa bahagian kaum, apakah si pempropes borang tersebut tidak akan mengetahui bahawa lelaki itu sebenarnya merupakan lelaki berketurunan Cina? 

Jawapannya Ya. Dengan bahagian kaum yang telah ditiadakan dan nama lelaki itu sendiri merupakan satu nama asimilasi yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia, maka tujuan penghapusan bahagian kaum di dalam borang-borang tersebut akan mencapai maksudnya.

Maka sehingga Lim Kit Siamg menukar namanya sebagai Salim Martopo Widayanto, berpakaian sama seperti pakaian majoriti rakyat ini, berbahasa kebangsaan dalam keadaan sangat fasih sama seperti majority rakyat negara ini, baharulah apa yang dicadangkan tersebut akan membuahkan hasil.

Persoalannya, kenapa pertukaran nama kepada nama yang menunjukkan identiti kebangsaan tidak turut dicadangkan?

Kenapa mesti terus mendiskriminasikan diri sendiri?

Tahniah Perdana Menteri kerana tidak mendengar nasihat para Kassim Patalan tuan penasihat dan saksi 25 disekelilingnya.

Jika tidak tentu sahaja Tuan Perdana menteri dan seluruh negara ini dijual sepenuhnya sama seperti Tuan Sadiq Sigaraga yang mendengar nasihat Badan Penasihat Kassim Patalan. Tonton sedutan filem garapan genius krew perfileman lama di bawah. 



Dalam apa jua yang dilakukan, hendaklah setiap perkara dilakukan dengan cara yang tidak melulu. Ini kerana kebodohan setiap tindakan melulu akan terserlah kemudiannya.

Al Fatihah untuk P. Ramlee dan sahabat-sahabatnya.


© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Monday, June 9, 2014

Tiba-Tiba, Semua Orang Adalah Islam Di Cadbury

oleh   : Imran Haaz

Tidak berapa lama dahulu, apabila gerakan memboikot McDonald dijalankan secara besar-besaran, secara tiba-tiba, berlaku lambakan iklan dalam semua media menunjukkan McDonald adalah sebuah organisasi yang dipimpin, ditadbir dan digerakkan oleh tenaga kerja muslim. Jika sebelum pemboikotan berlaku, untuk melihat wanita bertudung dan apa-apa imej Islam di dalam iklan-iklan McDonald adalah satu harapan yang hampir mustahil untuk direalisasikan. Semua keluarga bahagia di dalam iklan McDonald sebelum itu menunjukkan hampir semua lapisan masyarakat minus manusia berimej Islam.

Kemudian hadir zaman pemboikotan akibat serangan Israel. Umat Islam menjauhi McDonald. Lalu muncullah tindakan-tindakan desperate cuba mempotretkan McDonald sebagai sebuah organisasi yang digerakkan oleh tenaga kerja Islam. Terlalu semak dengan iklan-iklan sebegini, seorang sahabat, Rizal Hass, blogger Islam1st.org menyatakan perkara berikut kepada saya :

"Suddenly, everybody is a Muslim at McD.." ~ Rizal Hass

Saya mengangguk mengiakan. Hanya apabila diboikot, maka modus operandi Alim Kucing digunakan. Pengiklan tahu kelemahan umat Islam. Pakaikan saja tudung, serban, kopiah dan janggut kepada mana-mana orang yang dijadikan model, maka sepantas Gaban menukar pakaian, persepsi semua umat islam di luar sana disangka mereka akan berubah sekelip mata. Mereka tahu tentang Kryptonite Minda Melayu Muslim.

Maaf, ini bukan zaman pemikiran Melayu dua hingga tiga dekad lepas, orang Melayu Islam telah lama berubah cara berfikir mereka. Mereka tidak lagi mudah memaafkan kerana sudah terluka dengan jutaan permohonan maaf yang tidak pernah menginsafkan pihak-pihak yang melukakan mereka. Dalam facebook dan laman-laman sosial, trend pemikiran sedar dan baru seperti ini sedang bergerak pantas. Seorang sahabat di facebook menulis perasaannya tentang iklan-iklan terbaru Cadbury.





Letaklah model memakai tudung labuh membaca al Quran sambil mengunyah produk anda dengan lahap di depan Kaabah sekalipun, kami menilai anda bukan hanya kepada sekali dua iklan anda akhir-akhir ini, tetapi sikap bertahun anda terhadap imej Islam yang sentiasa dikebelakangkan selama ini oleh anda. Terlajak perahu boleh undur, terlajak menolak imej Islam selama ini, buruk padahnya.

Jika selama ini, imej Islam tidak pernah dipentingkan di dalam organisasi anda dan iklan-iklan anda, maka tidak perlulah berlagak Alim Kucing dengan berjalan terkepit secara tiba-tiba. Semuanya sangat janggal dan canggung. Tidak percaya? Sebaik sales naik dan stabil kembali, perempuan bertudung di bawah ini akan diperosokkan kembali ke bahagian pengeluaran berhadapan dengan mesin-mesin pembuat coklat dan bukan lagi lensa kamera.




Tengok sahaja iklan-iklan McDonald apabila sifat mudah lupa Melayu menguasai kembali diri mereka. Ke mana perginya orang Islam yang beramai-ramai disogokkan ke iklan media semasa zaman pemboikotan? Hilang secara tiba-tiba bukan?

Tanpa istiqomah, tiada siapa akan hormat kepada suara umat Islam nanti.

Bagaimana pula dengan kes Cadbury ini? Terpulanglah kepada selera anda  masing-masing. Ada yang berselera dan ada yang sudah hilang selera. Kita tidak pernah mempertikaikan sijil Halal JAKIM, tetapi sebagai rakyat Malaysia, semua orang mempunyai hak untuk memilih coklat mana yang mereka suka. 




© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Saturday, June 7, 2014

Parti Gerakan dan Asimilasi Hang Kebun

Oleh : Imran Haaz

Ada sebuah babak di dalam filem Seniman Bujang Lapok menjentik ketawa di pagi ini. Babak yang bermula dengan Tuan Director Ahmad Nisfu keluar dari Studio memarahi seorang kakitangannya. Ini kerana kakitangannya itu, membawa seorang lelaki berbadan kurus kering untuk membawa watak Hang Tuah yang gagah. Apabila ditanyakan apa alasan rasionalnya untuk mensabitkan lelaki kurus tersebut berhak memegang watak Hang Tuah yang gagah, dia menjawab, lelaki itu kuat makan. Marah mendengar alasan tidak masuk akal tersebut, Tuan Direktor menghamun kakitangan tersebut dengan kata-kata berikut, “Itu bukan gagah bodoh! Itu Gelojoh!” Videonya di bawah.



Teringat dengan babak tersebut apabila sibuk bertukar pendapat di facebook berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Datuk Chea Soon Hai dari parti Gerakan sebelum ini. Kenyataannya di dalam keratan akhbar di bawah :



Datuk Chea mengatakan adalah tidak adil untuk mengatakan orang-orang Cina tempatan tidak berasimilasi dengan budaya Malaysia setempat. Lalu beliau memberikan contoh bahawa orang-orang Cina tempatan turut menggemari nasi lemak dan roti canai. Inilah contoh teragung bagaimana orang-orang Cina berasimilasi. Perlukah saya mengulangi ayat Tuan Direktor Ahmad Nisfu kepadanya?

Itu bukan asimilasi. Jikamahu disabitkan dengan asimilasi sekalipun, ianya bolehlah kita gelarkan sebagai Asimilasi Hang Kebun. Dalam kisah Hang Kebun, kuat makan dikatakan gagah. Dalam kes kenyataan Dato’ Chea, pandai makan dinamakan serta dirujuk sebagai asimilasi yang berjaya.  Siapa sahaja boleh melakukan asimilasi Hang Kebun. Warga Nepal, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Gurkha dan sebagainya yang menjadi pendatang di sini untuk mencari nafkah juga gemar menjamah nasi lemak dan roti canai. Malah tahap bahasa Melayu mereka lebih baik dan fasih berbanding produk sekolah-sekolah vernakular. Pelancong yang singgah sehari dua di sini juga gemar menjamah nasi lemak dan roti canai. Bolehkah kita menggunakan hujah yang sama bahawa mereka telah berasimilasi dengan baik?

Asimilasi kepada budaya Malaysia seharusnya bermaksud mereka dapat membentuk diri mereka untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara termasuk agama kepada Persekutuan dan harus fasih bahasa rasmi Persekutuan ini. Jika tidak, itu bukan asimilasi namanya.

Kita tidak menolak terdapat golongan Cina yang telah berasimilasi dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Lihat sahaja Baba dan Nyonya dan orang-orang Cina di Kelantan. Itu contoh asimilasi baik biarkan hanya separuh jalan. Mereka mengambil budaya Melayu tetapi tidak kepada agama orang-orang Melayu. Tiada siapa akan mempertikaikan tahap tinggi keupayaan mereka berasimilasi dengan budaya masyarakat Melayu.

Malang sekali, mereka-mereka yang mampu berasimilasi sebagaimana kumpulan Baba dan Nyonya, golongan Chettiar serta orang-orang Cina Kelantan, mereka tergolong dalam kalangan gelombang kedatangan kumpulan orang-orang Cina yang sudah berusia ratusan tahun lamanya.

Professor Wang Gung Wu, menulis sesuatu tentang gelombang-gelombang kedatangan pendatang dari Cina selepas kurun ke 18. Beliau menulisnya di dalam sebuah buku yang diberikan tajuk, “China and the Chinese Oversea”.

Beliau membahagikan kedatangan orang-orang Cina selepas kurun ke 18 kepada empat kumpulan gelombang kemasukan pendatang.

1.       Gelombang Huashang
Gelombang Huashang ini merupakan gelombang kemasukan golongan saudagar, peniaga dan pekerja mahir Cina. Mereka-mereka ini kemudiannya menetap di Semenanjung Tanah Melayu yang kemudiannya membawa masuk ahli-ahli keluarga serta kenalan-kenalan mereka yang mempunyai kemahiran yang lebih rendah daripada mereka untuk berkhidmat kepada mereka di Tanah Melayu. Kebanyakannya berkait dengan industri perlombongan yang sedang berkembang pesat pada ketika itu. Perkembangan ini menyebabkan berlakunya perkembangan perniagaan yang seterusnya menjadikan industri itu sebagai industri yang sangat dahagakan tenaga buruh.

Selepas satu atau dua generasi, mereka mula berkeluarga dan menetap di negara-negara Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu. Bagi keluarga-keluarga yang berjaya dan kaya, mereka sedaya upaya akan mengekalkan identiti kecinaan mereka. Bagi yang kurang berjaya dan hidup di dalam lingkungan tekanan politik dan keadaan semasa serta setempat, mereka-mereka ini akan meninggalkan identiti Cina mereka dan mengambil identiti setempat untuk berasimilasi.

Pada ketika ini, pendudukan mereka di Tanah Melayu dan negara-negara Asia Tenggara, dianggap sebagai satu bentuk qiao. Qiao membawa pengertian pemastautinan sementara yang jauh dari negara mereka yang asal. Ia mengambil sempena satu tradisi lama di mana etnik Han keluar dan menetap di dalam daerah-daerah minoriti di Yunnan, Guizhou, Guangxi dan Taiwan. Mereka menetap diluar dari daerah asal mereka tetapi masih lagi di dalam kawasan yang berada di bawah naungan China.

Mereka-mereka yang terlibat di dalam gelombang ini, mengekalkan pendaftaran (jiguan) mereka dengan daerah/negara asal dan tidak mempunyai apa-apa pendaftaran rasmi dengan daerah/negara di mana mereka tinggal (ruji). Mereka memerlukan perhubungan dengan daerah/negara asal supaya mereka dapat mengekalkan hubungan perdagangan untuk bergenarasi lamanya.
Ini merupakan satu bentuk gelombang kemasukan yang dilihat wujud sebelum 1850.

2.        Gelombang Huagong
Gelombang Huagong (gelombang kuli Cina) ini merupakan gelombang kemasukan golongan miskin, petani dan buruh yang tidak mempunyai tanah di China. Gelombang ini berlaku serentak dengan fenomena Gold Rush di Amerika dan Australia. Gelombang ini melibatkan kemasukan buruh-buruh kasar dari China yang terikat dengan kontrak-kontrak perkhidmatan.

Gelombang ini tidak menyaksikan kemasukan pendatang dari China dengan tujuan untuk menetap di tanah sementara mereka. Mereka ini kemudiannya pulan beramai-ramai ke negara asal setelah kontrak perkhidmatan mereka tamat.

Ia sebuah gelombang yang berlaku secara signifikan di Amerika, Australia dan turut berlaku di Semenanjung Tanah Melayu.

3.       Gelombang Huaqiao
Gelombang Huaqiao (pemastautin Cina) ini merupakan gelombang kemasukan golongan yang membawa kesedaran ideologi serta pembudayaan semula masyarakat Cina untuk kembali setia kepada negara China. Kebanyakan daripada mereka-mereka ini merupakan pendidik, guru-guru, aktivis-aktivis politik dan penggerak-penggreak kesedaran yang dihantar ke negara-negara di mana orang-orang Cina dari gelombang Huagong dan Huashing bermastautin.

Mereka-mereka ini memasuki negara-negara di Asia Tenggara untuk membimbing semula rasa setia kepada negara China. Negara China pada ketika itu sedang cuba membuka pintunya kepada dunia luar. Mereka memerlukan bantuan dari segi keupayaan intelektual, kemahiran berniaga serta ekonomi dan sumbangan dana dari luar. Disebabkan keperluan-keperluan ini, maka generasi-generasi golongan Cina yang telah berjaya di luar negara, menjadi sasaran mereka untuk membawa kembali kemahiran serta kekayaan mereka untuk turut sama membangunkan China.

Pada masa itu, kesedaran politik ditebarkan kepada orang-orang Cina yang berada diluar dari China bahawa mereka adalah rakyat kepada takhta Dinasti Qing. Ia sekaligus menafikan kedudukan mereka sebagai subjek kepada Kolonial Belanda dan Inggeris. Ini menimbulkan perasaan tidak senang sesetengah pihak. Tanggapan ini juga membolehkan pemerintah China pada waktu itu mempunyai kuasa perundangan ke atas semua ‘rakyatnya’ yang berada di luar China. Hak-hak pemerintah China ini termasuklah peranan masuk campur di negara-negara di mana pendatang-pendatang Cina ini bermastautin untuk memastikan tiada negara memberikan perlindungan kepada ‘pemberontak-pemberontak’ kerajaan China seperti Kang Youwei dan Sun-Yat Sen.

Gelombang ini menumpukan perhatian kepada agenda Nasionalis China. Guru-guru, wartawan, pegawai rasmi, pekerja parti dan sejumlah besar golongan intelektual yang dibentuk di bawah sistem Cina dihantar secara bertali arus bagi mencapai maksud itu. Mana-mana golongan Cina dari gelombang Huagong dan Huashang yang dilihat telah berasimilasi dengan budaya tempatan, akan cuba didekati dan dicinakan kembali. Gerakan re-sinicize (pencinaan semula) digerakkan. Ia bagi mencapai tujuan untuk memastikan generasi orang-orang Cina di luar Cina dan generasi anak cucu mereka mempunyai kesetiaan yang tinggi kepada negara China dan tidak memutuskan hubungan mereka dengan negara tersebut.

Professor Wang Gung Wu kemudiannya menulis perkara berikut :

Thus this pattern had at its centre a deep commitment to education in the Chinese language and willingness to help and encourage all Overseas Chinese to do battle with local authorities, whether colonial or nationalist, on behalf of that education. It was a pattern that was dominant until the 1950s and some aspects of it have survived up till this day. 2

4.       Gelombang Huayi
Gelombang Huaqiao (keturunan dan generasi baru pendatang dan penghijrahan semula orang-orang  Cina).

Ketiga-tiga gelombang pendatang Cina sebelum ini iaitu Huashang, Huagong, dan Huaqiao, menghasilkan generasi Cina yang dilahirkan serta dinaturalisasi di negara-negara di luar Cina.
Gelombang Huayi ialah satu gelombang yang baharu sahaja berlaku bermula empat dekad lepas. Ia menyaksikan gelombang penghijrahan keluar orang-orang Cina dari negara di mana mereka bermastautin, ke negara-negara baru yang tertumpu di Eropah, Amerika dan Autralia.

Dengan sifat kecinaan yang telah berkurangan kepada golongan ini, maka kemasukan mereka ke dalam negara-negara baru di Eropah, Amerika dan Australia menjadi lebih mudah. Integrasi antara diri mereka dengan pendudukan berserta polisi-polisi tempatan adalah lebih mudah untuk golongan ini mengikutinya. Kebanyakan daripada mereka di dalam generasi kedua dan ketiga fasih bahasa tempatan ditempat mana mereka bermastautin kini.

Mencinakan Semula Orang Cina
Inilah gelombang Huayi yang disebutkan Professor Wang Gung Wu.

Melihat semua gelombang ini dan membandingkan dengan perkembangan yang sedang berlaku disekeliling kita, kita mampu melihat bahawa gelombang Huaqiao telah berjaya membawa satu polisi untuk mencinakan semula orang-orang Cina di Malaysia ini. Malah Baba dan Nyonya juga tidak terkecuali.

Kita melihat satu trend dan keadaan di mana majority dari orang-orang Cina tempatan masih gagal untuk menguasai bahasa Kebangsaan. Percakapan mereka masih pelat. Mahkamah masih memerlukan kumpulan penterjemah untuk membaca pertuduhan kepada sebahagian besar daripada mereka. Jika keadaan ini berlaku di tahun 1960-an, kita akan faham kerana negara kita baharu sahaja merdeka dan golongan pendatang tidak kira apa sahaja bangsa mereka, baharu sahaja diterima sebagai rakyat Malaysia.

Tetapi malangnya, kita sedang berbicara tentang perkara yang sama di dalam dekad pertama millennium terbaru. Negara sudah hampir 60 tahun merdeka. Mungkin sudah wujud generasi ke empat dan kelima sesudah generasi merdeka. Tetapi, mengapa keupayaan untuk berbahasa di dalam bahasa kebangsaan masih merupakan satu isu yang masih gagal ditangani dengan baik oleh kelompok-kelompok bangsa tertentu?

Apakah ia berpunca dari isolasi diri mereka dari pergaulan seharian antara masyarakat berbilang bangsa? Apakah sistem persekolahan berorientasikan perkauman di negara ini yang menjadi puncanya? Yang jelas, ada pihak mahu keadaan ini tidak berubah demi cita-cita politik sempit mereka.

Keadaan ini perlu diubah. Untuk mengubahnya memerlukan kekuatan. Untuk mendapatkan kekuatan, pemerintah harus mendapat mandate yang sangat kuat dan sokongan yang sangat besar daripada golongan yang tahu menghormati Bahasa Kebangsaan. Persoalannya, mampukah kita membantu pemerintah untuk mencapai apa yang telah berjaya dicapai oleh Indonesia berkenaan penghormatan terhadapBahasa Kebangsaan mereka?

Tanya diri kita sendiri, kerana kitalah yang menjadi punca ia tidak dapat dilaksanakan. Jika kita mampu bersatu, tiada apa yang mampu menghalang usaha-usaha memperkasakan bahasa Kebangsaan. Asimilasi juga tidak akan lagi menjadi subjek pertikaian di mana-mana tempat. Bersama kita bergerak ke arah itu.

  
Rujukan :
1)      Wang Gung Wu, China And The Chinese Overseas (1991), Times Academic Press, m/s 4 -12

2)      Ibid, m/s  8.
 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email