Friday, May 30, 2014

اوڬوت-اوڬوت بروق سهاج



ڤڤته ميڠڬو اين،“اوڬوت-اوڬوت بروق ساج“. معنىڽ: منونجوقكن براني ڤد اورڠ يڠ تاكوت ڤدڽ.

اڤابيلا حكوم هودود هندق دأڠكت منجادي اوندڠ-اوندڠ نڬري كلنتن، برسواراله ببراڤ سيڬمن ڤرتي-ڤرتي ڤوليتيك يڠ هيدوڤ سڬن ماتي تيدق ماهو.

ڤلباڬاي اوڬوتن دبريكن مريك ترماسوقله اونتوق ممباوا ايسو ترسبوت ك محكمه دان ممبوات هالڠن دالم بنتوق ڤريساءي مأنسي دهادڤن باڠونن ڤرليمين اونتوق مڠهالڠ كماسوكن ڤيهق-ڤيهق يڠ ماهو اوندڠ-اوندڠ ايت دلولوسكن.

مريك فيكير، اورڠ-اورڠ ملايو اسلام د سيني تاكوت دڠن انچمن مريك. مريكله يڠ سبنرڽ هاروس تاكوت كڤد تيندقبالس اورڠ ملايو كڤد كوجودن ڤرتي مريك يڠ سوده سڤرتي هيدوڤ سڬن ماتي تيدق ماهو. سباڬاي ڤرتي-ڤرتي يڠ دبواڠ اوليه بڠسا-بڠسا مريك سنديري، اوندي-اوندي اورڠ ملايو امت ڤنتيڠ اونتوق سورۏيۏال ڤرتي ڤوليتيك مريك. سلاما ببراڤ تاهون اين، مريك هيدوڤ مڠهيروڤ إحسان اوندي-اوندي اورڠ-اورڠ ملايو.

اينله سوبسيدي كواس يڠ تله سلاما اين اورڠ-اورڠ ملايو بريكن كڤد مريك اتس إحسان هيدوڤ برمشاركت. تتاڤي ايت سموا تيدق لاما. سلڤس اين، ستياڤ اوندي ملايو اداله اونتوق چالون-چالون براڬام اسلام برڤڬاڠن أهل السنة والجماعة .تياد لاڬي سوبسيدي كواس اونتوق مريك.

جك ماهو تروس مڠوڬوت، تروسكن سهاج. اوڬوتن ترسبوت هاڽ اونتوق مأنسي-مأنسي باچول يڠ تاكوت كڤد سسواتو يڠ تيدق بركواس بربوات اڤا٢. جاديله تيندقن ترسبوت سباڬايمان كات-كات ڤڤته ملايو، “اوڬوت-اوڬوت بروق سهاج.“

سلام جمعة. كيت ڤركاسكن جاوي سباڬاي سنجات كيت. 

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Tuesday, May 27, 2014

Surat Terbuka Kepada Saudara Uthaya Sankar

Oleh : Imran Haaz

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara. Perlembagaan itu jugalah yang memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu untuk diterima atas prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.



Kerana menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang membentuknya, orang-orang Melayu tidak mempertikaikan hak-hak yang diberikan kepada insan-insan seperti Uthaya Sankar dan lain-lain golongan minoriti sebagai warganegara di dalam negara ini. Ini dinamakan toleransi. Perlembagaan Persekutuan memberikan untuk bersuara, menjadi warganegara dan kebebasan beragama kepada insan-insan seperti Uthaya Sankar. Itu prinsip yang orang-orang Melayu Islam hormati.

Perlembagaan Persekutuan juga memberikan hak-hak keistimewaan serta kedudukan istimewa kepada agama Islam dan orang Melayu. Negara dan negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan kerap dirujuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu  atau Negeri-Negeri Tanah Melayu. Oleh kerana negara ini asalnya Tanah Melayu, dan orang-orang Melayu semasa ditekan oleh penjajah bersetuju dengan syarat-syarat untuk mendapat Kemerdekaan, maka pihak mereka terpaksa berkompromi dengan sesetengah syarat-syarat yang mereka sendiri tidak mahukan . tetapi persetujuan itu diberikan dengan bersyarat, iaitu hak pribumi asal tidak boleh dinafikan dan pribumi asal mesti diberikan hak-hak keistimewaan di atas hak-hak berkompromi yang perlu diberikan. Ini adalah sebuah perjanjian yang dibuat di dalam situasi ditekan atau di dalam keadaan ‘duress’. Tetapi sehingga kini, orang-orang Melayu Islam menghormatinya. Ini dinamakan toleransi.

Jika orang Melayu boleh menghormati semangat Perlembagaan, kenapa orang-orang bukan Islam tidak boleh melakukan perkara yang serupa?

Perlembagaan Persekutuan menetapkan di dalam Artikel 11 tentang ketetapan-ketetapan berikut yang selalunya dilupakan oleh golongan yang tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan:

Artikel 11 Perkara 1
11 (1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya.

Artikel 11 Perkara 3(a)
11 (3 a)Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak –
(a)   Menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;

Artikel 11 Perkara 4
11 (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Artikel 11 Perkara 5
11 (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Apabila orang-orang Islam melihat pencerobohan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri yang diwartakan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan berlaku, maka sebagai orang-orang bertamadun yang tahu menghormati undang-undang negara, mereka memilih untuk menyuarakan perkara tersebut melalui forum-forum ilmiah.

Mereka memilih lokasi yang mencerminkan sikap penghormatan terhadap ilmu dan menyampaikan perasaan resah mereka dengan sikap serta pencabulan satu segmen masyarakat ke atas Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri. Mereka tidak memilih untuk memberontak dan melakukan keganasan ke atas agama lain sepertimana yang pernah dilakukan di Gujarat oleh agama majoriti  di sana. Mereka juga tidak memilih untuk bertindak ganas dan melakukan keganasan ke atas agama minoriti oleh agama majority sebagaimana yang berlaku di Arakan. Sebagai orang-orang yang bertamadun dan tahu menghormati undang-undang negara, mereka memilih forum ilmiah untuk menyampaikan rasa resah mereka kepada pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 298 A Perkara 6 menyatakan perkara berikut :

 Akta 574 Seksyen 298 A Perkara 6 (a), (b) dan Perkara 8

 Section 289A (6)
The foregoing provisions of this section shall not apply to-
(a)   Anything done by any religious authority established, constituted or appointed by or any written law and conferred by written law with power to give or issue any ruling or decision on any matter pertaining to the religion in respect of which the authority is established, constituted or appointed; or
(b)   Anything done by any person which is in pursuance of, or which accords with, any ruling or decision given or issued by such religious authority, whether or not such ruling or decision is in writing, and if in writing, whether or not it is published in the Gazette.

 Section 289A (8)
If in any proceedings under this section, any question arises with regard to the interpretation of any respect of, or any matter in relation to, any religion, the Court shall accept the interpretation given by any religious authority referred to in subsection (6), being a religious authority in respect of that religion.

Apabila forum ilmiah yang dijalankan di institusi ilmiah tersebut menyebut mengenai ancaman satu segmen minoriti pelampau di dalam sebuah agama yang telah berkali-kali melakukan penghinaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, maka apa yang telah dijalankan mereka-mereka dan Majlis Agama di dalam forum tersebut adalah mengikut hak-hak yang telah diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sediada.

Tidak perlu menggunakan manipulasi serta publisiti murahan di media untuk menegakkan benang yang basah.

Tahniah kepada mereka-mereka di dalam forum tersebut yang mengambil sikap bertamadun yang cuba menangani isu pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan dengan cara ilmiah dan tidak memilih cara yang dilakukan agama majoriti di Gujerat dan Arakan ke atas agama minoriti.

Rasa resah mereka adalah benar kerana pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan Artikel 11(4) memang direkodkan telah berkali-kali berlaku.

Mungkin keratan akhbar di bawah ini boleh memberi pencerahan:



Malaysia akan lebih aman jika undang-undang dihormati dan sikap pelampau dan segmen pelampau di dalam masyarakat tidak dipertahankan.  

Sekian, harap lain kali faham keadaan ini.
 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Sunday, May 25, 2014

Malaysia BUKAN Sebuah Negara Sekular - HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN.

Di bawah ini saya lampirkan satu penulisan yang baik yang dipetik dari laman web www.bangkit.info. Ia berkenaan persepsi-persepsi salah yang selama ini mengatakan negara ini adalah sebuah negara sekular. Ia sebuah penulisan dari pihak Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Sila 


Malaysia BUKAN Sebuah Negara Sekular - HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN.



Tiada asas yang kukuh untuk mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Sekular atau Secular Nation. Rujukan-rujukan yang dibuat kepada beberapa kenyataan Almarhum Tunku Abdul Rahman kononnya Malaysia diasaskan sebagai sebuah Negara Sekular adalah sekadar pujukan politik bagi memastikan masyarakat bukan Islam terus kekal bersama UMNO dalam Perikatan dan kemudiannya BN.

Kenyataan-kenyataan yang menyerlahkan sentimen untuk terus kekal sebagai sebuah Negara Sekular juga mungkin berasaskan kepada kefahaman yang salah mengenai peranan dan kedudukan Residen-residen British di Negeri-negeri Melayu. Hakikat bahawa Persekutuan Tanah Melayu bukan bermula sebagai sebuah Negara malah ia berasal dari Kesultanan Melayu/Islam langsung tidak diberikan perhatian. Mungkin ia berpunca dari pengaruh British yang begitu kuat dalam pentadbiran Persekutuan dan negeri-Negeri Melayu.

Masyarakat bukan Melayu terutamanya lebih merasakan British adalah tuan yang memerdekakan Negara ini. Sedangkan umat Melayu telah berjaya menghalang cubaan British untuk menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai Malayan Union. Mereka mungkin berjaya di India untuk menghapuskan Kesultanan moghul, Kesultanan Delhi dan berbagai Kesultanan Islam. Namun di Negeri-negeri Melayu British gagal. Bukan disebabkan oleh kekuatan negeri-negeri Melayu, tetapi ia banyak bergantung  kepada kemampuan Raja-raja dan pemimpin Melayu dalam perundingan dan berpolitik. Pepatah membujur lalu melintang patah banyak memainkan peranan hingga Negeri-negeri Melayu sebenarnya tidak jatuh keseluruhannya kepada British.

Anggapan berbagai pihak kononnya Suruhanjaya yang menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah orang Inggeris, maka Perlembagaan yang dihasilkan ini tentunya bersifat sekular, juga tidak tepat kerana pihak berkuasa yang menentukan untuk menerima atau menolak syor-syor yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid adalah Raja-Raja Melayu yang berdaulat di Negeri masing-masing. Malah Raja-Raja Melayu yang berdaulat inilah yang memutuskan untuk membentuk sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Tanah Melayu pada tahun 1957. Tanpa perkenan dan persetujuan raja-raja melayu Negara ini tidak akan terbentuk dan negeri-negeri Melayu akan berpecah-pecah sebagai sebuah negara yang berdaulat sebagaimana negara Brunei.

BUKTI-BUKTI PENEGASAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAWA MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR ADALAH AMAT TERANG DAN JELAS SEBAGAIMANA BERIKUT –

1.   PERKARA 3 FASAL 1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Menjelaskan dengan terang dan nyata tanpa memerlukan kepada tafsiran yang berliku-liku –

“Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain bebas untuk diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana Bahagian Persekutuan.”

“Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.”

2.  PERKARA 37 FASAL (1) dibaca bersama Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.
Baginda YDPA sebagai Ketua Utama Negara wajib berikrar dengan melafazkan suatu sumpah atas nama suci Allah untuk memelihara agama Islam pada semua masa.
Sumpah YDPA

• Kami ........................................... ibni ............................................................. Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi;​Wabillahi; ​Watallahi;

• maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

3.​TIADA UNGKAPAN SEKULAR DI DALAM PERLEMBAGAAN.

Walaupun memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid ada menyebutkan bahawa penegasan Islam sebagai Agama Negara tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini, namun semasa perundingan untuk memuktamadkan Perlembagaan ungkapan sedemikian tidak diterima untuk dimasukkan dalam Perlembagaan. Hasilnya Negara Malaysia mempunyai Perlembagaan yang langsung tidak menyebutkan sepatahpun perkataan Sekular yang boleh mengakibatkan Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah Negara Sekular. Sedangkan bagi negara-negara sekular seperti India, Amerika dan Turki penegasan bahawa negara mereka adalah negara sekular adalah ditegaskan secara nyata dalam perlembagaan negara mereka.

Memang benar Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Perlembagaan sebagai Undang-Undang Tertinggi Negara, namun ia perlu difahami dengan maksud bahawa - Perkara 3(1)  yang memartabatkan Islam Agama Negara dan Perkara 37(1) yang mewajibkan lafaz Sumpah Agung adalah sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara. Tidak ada percanggahan di antara Perkara 4 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan Perkara 4 menjadi tiang seri yang menyokong dan memartabatkan KETINGGIAN DAN KEDAULATAN AGAMA ISLAM sebagai  AGAMA NEGARA yang pada hakikatnya menafikan sama sekali kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular.

Kewajipan untuk Pelaksanaan Sumpah Agung pula adalah terletak kepada pihak eksekutif iaitu Jemaah Menteri atau mana pihak yang menjalankan tugas eksekutif atas nama SPB YDPA dan dalam hal ini termasuk lah juga kepada Legislative dan Judiciary. Dengan kata lain semua pihak yang terkait dengan aktiviti pemerintahan Negara adalah terikat dengan Sumpah Agung dan Prinsip Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara ini.

Prinsip Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara ini bukan hanya dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin rakyat bagi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, bahkan prinsip itu diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu yang telah memberi perkenan bagi pembentukan sebuah Negara Persekutuan yang pada asalnya dinamakan Persekutuan Tanah Melayu sebagai simbol perpaduan dan ikatan persaudaraan Negeri-Negeri Melayu yang diterajui oleh Raja/Sultan yang berdaulat sejak dari saat kedatangan penasihat-penasihat British ke Negeri-negeri Melayu.

Walaupun memorandum Parti Perikatan untuk memasukkan prinsip mengenai Islam sebagai Agama Negara hanya disambut oleh seorang sahaja dari ahli Suruhanjaya Reid (bertanggungjawab menyediakan laporan dan syor pembentukan Perlembagaan Persekutuan) iaitu Hakim Abdul Hamid dari Pakistan, namun syor Hakim Abdul Hamid itu telah diterima oleh Raja/Sultan yang berdaulat yang bertanggungjawab untuk membentuk Negara ini. Maka dengan perkenan itu termaktublah dalam perkara 3(1)Perlembagaan Persekutuan – ISLAM AGAMA NEGARA sebagai Undang-undang Tertinggi lagi Berdaulat.

4.​TIADA KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd.Salleh Abas TIDAK PERNAH MEMUTUSKAN BAHWA MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR.  Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn PP beliau hanya BERPANDANGAN bahawa UNDANG-UNDANG YANG MASIH TERPAKAI DI NEGARA INI ADALAH UNDANG-UNDANG SEKULAR –   “…because the law in this country is still what it is today, secular law.” Akan tetapi beliau juga menyatakan sistem undang-undang sekular itu boleh diubah.

Bahkan dalam kes Kalimah ALLAH yang diputuskan di Mahkamah Rayuan pada  Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober 2013 yang lalu, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi dan telah memutuskan bahawa Agama Islam adalah salah satu struktur asas Perlembagaan Persekutuan –

“…Article 3(1) has a historical background and dimension, to the effect that those words are not without significance. The Article places the religion of Islam at par with the other basic structures of the Constitution, as it is the 3rd in the order of precedence of the Articles that were within the confines of Part I of the Constitution. It is pertinent to note that the fundamental liberties Articles were grouped together subsequently under Part II of the Constitution.”

5. Kerajaan telah membuat penegasan di Parlimen bahawa Malaysia bukan Negara Sekular.
Perlembagaan tidak nyatakan Malaysia sebagai negara sekular, kata Nazri;

KUALA LUMPUR, 22 Okt 2012— Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegaskan tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini.

Dalam jawapan balasnya di Dewan Rakyat, Nazri  berkata perkataan “sekular” tidak disebut langsung di mana-mana bahagian di dalam Perlembagaan tetapi hanya undang-undang sekular sahaja terus digunapakai dalam perundangan Malaysia.

BERPANDUKAN KEPADA PERKARA-PERKARA YANG SUDAH TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG DINYATAKAN DI ATAS AMATLAH JELAS BAHAWA MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA SEKULAR SEPERTIMANA YANG SERINGKALI DIGEMBAR GEMBURKAN OLEH PELABAGAI PIHAK TERMASUK DI KALANGAN  AHLI POLITIK, PENGAMAL UNDANG-UNDANG, PEGAWAI KERAJAAN, AHLI AKADEMIK DAN ORANG RAMAI.

JUSTERU, UNTUK MENYIMPULKAN BAHAWA HUDUD TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN DI NEGARA INI KERANA MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SEKULAR ADALAH MELESET SAMA SEKALI.


TERSERAHLAH KEPADA UMAT ISLAM UNTUK MEMPERBETULKAN PERSEPSI SALAH MENGENAI KEDUDUKAN AGAMA NEGARA INI. JIKA TIADA USAHA YANG DILAKUKAN, MAKA KEDAULATAN AGAMA ISLAM BAKAL TERUS TERHAKIS DAN ISLAM AKAN TERUS DIANGGAP SEKADAR AGAMA RASMI BAGI SEBUAH NEGARA SEKULAR.


Pernyataan Dari :
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Thursday, May 15, 2014

Cacing Takkan Bisa Menjadi Naga

oleh : Imran Haaz

Ia wujud sebagai sebuah entiti politik mewakili segmen satu bangsa. Ia mempunyai jasa-jasa yang tidak dipertikaikan. Tetapi apabila ia mula mempertikaikan kedudukan pihak yang terlalu banyak berjasa kepada mereka, maka masa untuk berhadapan dengan kebenaran yang pahit perlu mereka hadapi.

Ketika segmen bangsa yang diwakili mereka menempatkan entiti tersebut ke dalam longkang yang menuju loji kumbahan, maka entiti politik tersebut terkontang kanting terbuang tanpa sebarang nilai yang boleh dinilaikan sebagai berguna. Intan tidak. Permata juga tidak. Malah, kaca pecah yang dilemparkan ke dalam tong sampah lebih bernilai dari nilai kekuatan yang boleh mereka berikan.

Mereka kini merayau-rayau meracau membuat kacau demi mencari sedikit tujuan relevansi kewujudan mereka. Bagai polong tidak bertuan mereka dihalau dan dipulau segmen bangsa yang mereka cuba wakili. Lalu mengemis mereka kepada pengundi-pengundi Islam bagi mendapatkan undi simpati.

Mereka perlukan simpati untuk mengelak mati yang sudah hampir menuju pasti. Berikan mereka sedekad dengan sikap sedemikian rupa, tidak lama lagi mereka akan berkubur di dalam lohong hitam parti-parti politik yang sudah tidak dipedulikan.

Sebagai peminta sedekah dan junkie subsidi kuasa orang Melayu, mereka harus sedar diri tentang kedudukan diri mereka yang mengharapkan undi-undi orang-orang Islam untuk mengekalkan mereka dengan merit yang berada di bawah paras minimum.

Mereka cuba meniru sebuah entiti cauvinis yang lain dengan cuba menjadi juara meninju rakan parti dari kalangan Melayu Islam. Mereka melihat apabila Pas terbirit diinjak-injak entiti politik pencetus budaya apartheid ke atas orang-orang Melayu-Islam, kejayaan entiti politik apartheid tersebut dicemburui kerana berjaya menarik sokongan segmen bangsa yang selama ini diwakili Mca untuk menyokong mereka.  Lalu, bagaikan kanak-kanak riang yang menonton filem Superman, lantas mereka mengenakan seluar dalam mereka diluar, memanjat tingkap dan terus terjun dari bangunan untuk cuba meniru aksi Superman Entiti Apartheid tersebut. Bijakkah tindakan sedemikian rupa?

Mca, sebuah parti yang bergendang tentang meritokrasi sedang meminta sedekah untuk menerima diri mereka yang tidak mempunyai sebarang merit untuk dipandang nilai suara mereka. Jika mereka fikir dengan meninju hukum Islam di dalam agama Islam seolah ia loceng waktu makan yang membawa cauvinis, ekstremis dan golongan rasis biadab yang sedang lapar untuk kembali kepada mereka secara berbondong-bondong, maka ketahuilah bahawa tindakan itu adalah strategi yang salah sama sekali.



Beggars can’t be choosers. Sentiasa Ingat perkara  ini wahai peminta sedekah! Dengan suara yang kecil dan tanpa merit, seekor cacing takkan bisa menjadi naga. 


Semua subsidi kuasa politik ke atas golongan bukan Islam yang bersikap apartheid terhadap Islam dan Melayu harus dihentikan! Jangan sampai cacing naik ke mata.
 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Tuesday, May 13, 2014

Minda Bawah Sedar dan Hipokrisi Teragung

Oleh : Imran Haaz

Apabila ditanyakan kepadanya, bagaimana gerakan dajjal dapat mempengaruhi manusia, dengan ringkas, Syeikh Imran Hossein menjawab, “Melalui bisikan.” Lalu dia membacakan surah an Nas. Sebuah surah yang dianjurkan untuk perlindungan manusia dari gangguan-gangguan halus. Berikut surahnya.

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang memelihara sekalian manusia.

[ 2] Yang Menguasai sekalian manusia.

[ 3] Tuhan yang berhak disembah manusia.

[4] Dari kejahatan pembisik yang datang dan menghilang.

[5] Yang melemparkan bisikan ke dalam hati manusia.

[6] (Iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia

Pemikiran Melayu tipikal akan menyempitkannya kepada elemen serta entiti halus. Gangguan Jin dan syaitan kerap kali disebut sebagai gangguan yang dimaksudkan. Santau, sihir dan sebagainya turut dipukalkan sekali. Mereka berkata benar. Tetapi sayang mereka menyempitkannya sehingga kekuatan kefahaman ayat ini menjadi sempit.

Bukankah di dalam ayat terakhir di dalam surah tersebut turut menyebut mengenai bisikan dari kalangan Jin dan Manusia. Jin, sepertimana kita tahu dapat meresapi pembuluh darah. Dia boleh membisik perkara-perkara jahat kepada pemikiran dan nafsu kita tanpa kita sedar.

Kerana itu, Allah berpesan, jika mahu membaca al Qur’an, harus mulainya dengan bertaa’wudz. Ia disebut dengan jelas dan tidak dipertikaikan di dalam surah an Nahl ayat 98 seperti berikut. Jika membaca al QUr’an sekalipun,tanpa ta’awudz kita tetap terdedah kepada bisikan-bisikan jahat syaitan yang cuba memesongkan kefahaman kita dari maksud sebenar yang Allah mahu kita fahamkan.

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (an Nahl ayat 98)

Apabila Tuan Mohd Lutfi di dalam akaun facebooknya berkongsi sebuah video yang memperlihatkan ayat-ayat al Qur’an dibaca sebelum sebuah konsert orkestra dimulakan, lantas saya teringat mengenai catatan-catatan lama yang pernah saya buat berkenaan bisikan-bisikan syaitan ini.

Saya menyelak buku-buku nota saya mengenai ‘bisikan-bisikan syaitan’. Jin dan Syaitan, kita tahu cara mereka. Tetapi bagaimana pula Syaitan dari kalangan manusia membisik idea-idea serta pemikiran-pemikiran jahat kepada manusia?

Pernah dengar tentang keupayaan minda bawah sedar manusia? Subconsious mind di dalam bahasa Inggeris. Ia boleh dihasut dan dibentuk tanpa diri manusia itu sendiri sedar bahawa pemikiran mereka sedang dibentuk tanpa rela mereka. Manusia boleh dibentuk untuk berfikir dalam cara orang lain mahu mereka berfikir.

Dalam zaman ini, siapa diri anda ditentukan bukan oleh kemahuan diri anda. Tetapi siapa diri anda dibentuk oleh apa yang disuapkan ke minda bawah sedar anda pada setiap hari. Apa yang anda baca, apa yang anda tonton, apa yang anda dengar dan segala apa yang berada disekeliling anda akan memberikan bisikan-bisikan mereka tentang bagaimana anda akan berpersepsi  di dalam kehidupan nanti. Ingat, anda disini hari ini bukanlah anda sepertimana yang anda mahukan. Kecuali orang-orang yang ikhlas di dalam menjalankan tuntutan-tuntutan Allah. Mereka, pemikiran mereka, hati mereka tidak akan dapat disentuh oleh mana-mana bisikan syaitan tidak kira samada datang daripada Jin dan Manusia.

Apabila menonton filem Constantine, anak saya, Mifthahul Jannah, 5 tahun, bertanyakan tentang benarkah adanya perjanjian antara Tuhan dengan Iblis sepertimana yang disebut di dalam filem tersebut. Saya menjelaskan kepadanya, bahawa memang terdapat perjanjian antara Tuhan dengan Iblis. Tetapi bukanlah di dalam bentuk yang digambarkan di dalam filem itu, di mana kuasa Iblis sama kuat dengan kuasa Tuhan. Ini adalah dogma dualism yang cuba dibisikkan ke dalam hati manusia melalui filem tersebut.

Apabila Iblis dilaknat Allah, dia memohon umurnya dipanjangkan supaya dia boleh menggoda manusia. Allah membenarkannya. Tetapi, bukan semua jenis manusia yang dapat digoda Iblis. Golongan yang mukhlis, yang ikhlas beribadat dan melakukan segala-galanya kerana Allah tidak akan berjaya dihasut dan dirosakkan Iblis.

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,- kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya). Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat. (al Hijr ayat 39 hingga 42)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan".Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat)". Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.  (Sad ayat 79 hingga 83)

Bagaimana dengan nasib golongan yang tidak ikhlas di dalam beribadat dan melakukan segala-galanya kerana Allah? Mereka-mereka inilah yang akan menjadi mangsa program minda bawah sedar oleh bisikan-bisikan syaitan dari kalangan Jin dan Manusia.

Persoalannya, apa yang cuba mereka capai dengan melakukan gesture membenarkan ayat-ayat al Qur’an dialunkan sebelum permulaan konsert orkestra seumpama itu? Sekali lihat, ramai yang akan terkesima dengan gesture terbabit. Seolah-olah Islam sedang diiktiraf dan diberi kedudukan baru di dalam pemikiran mereka.

Tetapi, persoalan yang bermain di dalam mana-mana minda Muslim yang waras, apa yang mahu mereka capai dari situ? Paranoid? Kita bukanlah paranoid. Malah kita juga bukanlah terlalu naïf sepertimana yang mereka sangka. Biar saya jelaskan, apa yang mahu mereka capai dengan gesture seumpama itu.
Bagi saya yang telah berperang dengan mereka hampir 10 tahun lamanya, saya telah melihat modus operandi  dilakukan berkali-kali saban tahun.

Dalam keadaan Islam merupakan agama yang paling pantas berkembang di dalam dunia, mereka-mereka yang memusuhi Islam tidak mempunyai jalan lain selain daripada merosakkan Islam dari dalam. Untuk mereka-mereka yang berada di luar agama Islam, mereka akan cuba merosakkan persepsi manusia di luar Islam supaya memandang Islam ini hanya sebagai salah satu deviasi dan pilihan-pilihan yang ada di dalam beragama. Mereka cuba meletakkan Islam sebaris dengan seni, doktrin, dogma, aliran pemikiran, falsafah dan segala perkara lain ciptaan manusia.

Mereka telah cuba mengebom dan membunuh orang-orang Islam di negara-negara Islam. Pada  perkiraan mereka, umat Islam akan hancur sebaik negara mereka hancur. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Cita-cita awal ini gagal. If you can’t beat them, join them. Itu kata-kata biasa yang diulangungkapkan oleh mereka.

 Apabila negara-negara Islam dihancurkan, umat-umat Islam ini berpindah secara beramai-ramai memasuki negara mereka. Mereka kini sedang diancam kebanjiran umat Islam di dalam negara mereka. Apabila kehadiran terlalu ramai umat Islam di negara mereka sendiri, maka kewujudan agama Islam itu semakin menjadi signifikan dan ternampak di mana-mana. Orang-orang luar akan mula bertanya tentang Islam. Orang-orang luar Islam akan mula berminat untuk menyelidiki tentang Islam.

Jadi sebelum mereka-mereka yang berminat untuk menyelidiki Islam ini membulatkan pendapat bahawa Islam ini merupakan agama yang benar dari Tuhan Sekelian Alam, maka golongan dari gerakan dajjal ini akan memastikan mereka-mereka ini akan ditanamkan dengan satu bentuk preconceived idea (praanggapan) tentang Islam.

Lalu ditanamkan melalui pelbagai usaha termasuk di dalam filem-filem, penerbitan-penerbitan, bahan-bahan pembacaan dan sebagainya bahawa Islam hanyalah sekadar sebuah idea lain yang sama seperti idea-idea pemikiran lain. Mereka cuba meletakkan semua keindahan segala aspek yang terdapat di dalam Islam di dalam kategori perkara yang sama yang mampu dilakukan manusia.

Keindahan alunan ayat-ayat al Qur’an tidak lebih dari sebuah ekspresi seni dari satu cabang seni yang lain, iaitu Islam, yang boleh mereka nikmati tanpa perlu mengambil serius tentang apa yang ayat-ayat itu mahu sampaikan. Maksud-maksud ayat disampaikan tidak lebih dari terjemahan kepada “lirik karya seni” yang sedang dipersembahkan.

Jika al Qur’an hanya dipersembahkan sebagai salah satu pecahan cabang seni, mereka akan menerimanya di dewan konsert terbabit.

video


Tetapi apabila al Qur’an disampaikan sebagai ayat-ayat seruan Tuhan kepada manusia di dalam dewan-dewan konsert sebelum atau selepas konsert mahu dijalankan, maka yang menyampaikannya akan ditahan dan mungkin dianggap sebagai pengganas. Lihat pula video di bawah:




Bukankah ini sebuah hypocrisy at its best?

Pernah menonton V for Vendetta? Filem kesukaan saya. Wachowsky Brothers (Sekarang Wachowsky brothers & sister), menghasilkan filem-filem hebat. Saya mengkaji karya-karya mereka kerana mereka bijak memasukkan elemen program kepada minda bawah sedar manusia-manusia yang menontonnya. Hampir setiap filem mereka memasukkan elemen perjuangan LGBT dan mahu mengangkat LGBT sebagai salah satu pilihan yang dipilih manusia. Tetapi subjek tersebut merupakan sebahagian kecil dari subjek perjuangan besar yang dimasukkan ke dalam filem-filem mereka. Dari the Matrix hingga ke Cloud Atlas, tema perjuangan menentang penindasan dan sikap berbuat baik dibalas baik cuba diterapkan di dalam filem-filem mereka.

Tidak percaya filem-filem mereka berjaya memasukkan elemen bawah sedar ke dalam pemikiran khalayak yang menontonnya? Lihat sahaja budak-budak Melayu yang mana junjung mereka dipijak kaduk merasakan diri mereka sebagai sedang berjuang menetang kezaliman dengan memakai topeng Guy Fawkes di dalam demonstrasi-demonstrasi yang dijalankan. Mereka tidak sedar, bahawa kezaliman yang ditentang mereka itu sebenarnya bersama mereka. Mereka tidak sedar mereka sedang dipreralatkan untuk meruntuhkan batu penghalang kepada gagasan hegemoni gerakan dajjal di bumi bertuah ini. Bukankah filem itu berjaya mendidik khalayak yang menontonnya untuk bangkit memberontak? Sekurang-kurangnya V dan Evey Hammond watak di dalam filem itu tahu apa yang mereka perjuangkan. Mereka bertindak setelah minda mereka dibersihkan dari sebarang program minda bawah sedar manusia-manusia yang cuba memperhambakan pemikiran mereka.

Dalam filem tersebut, ada sebuah babak di mana watak Gordon Deitrich membawa Evey Hammond masuk ke bilik rahsianya. Dalam bilik tersebut, terdapat pelbagai simpanan perkara-perkara yang diharamkan oleh kerajaan Fascist pimpinan parti Norsefire. Antaranya terdapat sebuah naskhah al Qur’an kurun ke 14.

Evey Hammond apabil ternampak naskhah al Qur’an tersebut, dia menjadi terkejut dan bertanyakan Deitrich samada dia tidak takut memilikinya di dalam simpanannya. Apabila Deitrich menjawab bahawa dia tidak takut, lalu Evey bertanyakan kepadanya, samada dia seorang Muslim. Untuk soalan itu, Dietrich menjawab :

“I don’t have to be Muslim to find the images beautiful, poetry moving..”






Yang menarik tentang objek-objek haram yang disimpan Deitrich ialah sebuah bendera Gabungan Amerika dan Britain dengan fahaman Nazi, sebuah potret anti Establishment dan gambar seni erotik homoseksual. Seluruh babak itu bergerak dari bendera Nazi, kemudian poster anti establishment dan kemudian kepada babak dialog al Qur’an tersebut. Selepas babak al Qur’an terbabit, Deitrich terlihat Evey memandang gambar seni erotic homoseksual yang disimpannya. Dia mengaku dirinya seorang homoseksual. Seluruh babak ini seolah-olah ingin menyampaikan tiga maksud.

Yang pertama, maksud yang jelas. Maksud yang jelas ialah maksud yang mahu disesuaikan dengan keseluruhan naratif filem tersebut. Semua perkara-perkara yang mengancam golongan pro establishment, akan diharamkan di bawah sistem pemerintahan Totalitarian dan Fascist.

Yang kedua, maksud tersirat. Al Qur’an dan apa yang ada di dalamnya adalah sebaris dengan fahaman-fahaman Neo Nazi, anti Establishment barat dan aktiviti LGBT yang ditakuti barat satu ketika dulu.
Yang ketiga, program kepada minda bawah sedar. Anda tidak perlu menjadi seorang muslim untuk mengagumi aspek keindahan Islam. Ini kerana, Islam sebagaimana perkara-perkara yang lain dalam simpanan Deitrich adalah bentuk-bentuk deviasi pemikiran sama seperti idea-idea pemikiran manusia yang lain.

Bukankah alunan al Qur’an di konsert terbabit dan juga naskah al Qur’an di dalam filem V for Vendetta hanya di situ adalah diprogramkan untuk dinikmati sebagai salah satu dari pecahan cabang-cabang seni manusia? Mesejnya, anda tidak perlu untuk menjadi seorang Muslim untuk menikmati semua itu. Ia hanyalah sebuah karya seni. Sama seperti lagu-lagu yang akan dipersembahkan seterusnya. Sama seperti karya-kara seni dalam himpunan Deitrich di dalam filem V tersebut.

Sentiasa ingat pesan ini. Jangan biarkan orang lain menentukan cara anda berfikir dan memahami dunia. Ingat, hanya orang-orang yang mukhlis akan terselamat dari menjadi objek bisikan-bisikan syaitan. Tidak kira samada dari kalangan Jin atau manusia.

Entah Apa lagi yang Mujahid mahu sebagai bukti?

Wallahua’lam.



 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Sunday, May 11, 2014

Kisah Sepotong Ayat al Qur'an dan Kebangkitan Korea Selatan

Tan Sri Sanusi Junid menulis. Antara yang menarik di dalam penulisan tersebut ialah mengenai :

Kisah Pertama :
Kisah Maarof Zakaria yang berusaha menubuhkan Bank Melayu pertama. Oleh kerana gerakan membebaskan kekangan ekonomi Melayu pada masa itu dilihat sebagai ancaman, maka Maarof Zakaria kemudiannya didapati terbunuh.

Kisah Kedua :
Kisah Loceng Gereja pada setiap 7 Oktober. Ia bagi mengingatkan mereka tentang kemenangan golongan Kristian yang pertama semasa menundukkan armada perang Uthmaniyyah. Kemenangan pertama itu adalah pencetus kebangkitan semangat dan kemenangan moral golongan Kristian. Sebelum itu, tentera Khalifah Uthmaniyyah sering dikatakan sebagai pasukan empayar Islam yang tidak mampu dikalahkan. Ia berlaku pada 7 Oktober 1571. Berikutan kekalahan pertama ini, 348 tahun kemudiannya, Khilafah Islam runtuh. Itu kesan kekalahan pertama. Puncanya ketamakan golongan pemerintah dan bergelumangnya mereka dengan maksiat hati. Itulah dia kesan menang kali pertama perang di dalam Battle of Levanto 1571.

Kisah Ketiga:
Kisah mengenai Kebangkitan Korea Selatan sebagai sebuah kuasa Ekonomi kerana sepotong ayat al Qur’an di dalam Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur. Presiden Park Chung Hee telah memenangi pilihanraya Korea Selatan pada 1963. Satu lawatan ke Kuala Lumpur diadakan selepas dari itu. Dalam lawatan tersebut, Presiden Park terpandang kepada sepotong ayat al Qur’an. Dia bertanyakan maksudnya. Lalu diberitahukan kepadanya bahawa maksud ayat tersebut ialah “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahnya sendiri.” Memahami maksud ayat tersebut, Presiden Park berkata , “'nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau 'self-help'.

Lalu apabila kembali ke negaranya dan memulakan program 'Saemul Undung', Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan berkata 'The religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until they change themselves.' Bermula dengan program inilah Korea Selatan yang dulunya lebih mundur dari Malaysia sebelum Park Chung Hee ke sini, kini menjadi lebih maju kerana mengamalkan sepotong ayat dari Al Quran, malah, mereka kini, menjadi saingan kepada Jepun.

Lihat Korea Selatan, hanya dengan beriman kepada sepotong ayat al Qur’an lengkap dengan amalinya tolak retorik, mereka melonjak menjadi pesaing dunia dalam bidang ekonomi dan teknologi. Apa kena dengan kita yang menyatakan beriman dengan 6,236 ayat2 al Qur’an? Ada sesuatu yang tidak kena dengan kita pada hari berkenaan keimanan kita kepada ayat2 Allah.

Presiden Park memahami ayat tersebut dan mempraktikkannya, dia mengkaji sejarah “Shilla Dynasty” dan  “The Seven Year Wars With Japan” yang menyaksikan Korea memenangi perang beberapa kali dengan Jepun. Ketika itu Korea di bawah Laksamana Yi Sun Chin. Dalam mengkaji sejarah kehebatan silam negaranya, dia mendapati bahawa prinsip Hwarang Do dipegang pentadbiran Korea pada ketika itu. Lima prinsip yang hampir sama dengan prinsip Bushido Jepun iaitu mengenai 'trustworthiness', 'courage', 'discipline', 'diligence' and 'loyalty.'

Kisah Ke Empat :
Kisah Naib Presiden Taiwan yang pernah berurusan di Malaysia. Dia kemudiannya menjadi Perdana Menteri Taiwan. Berikut verbatim ayat yang ditulis Tan Sri Sanusi Junid :

Saya di waktu itu bekerja sebagai eksekutif di bank Chartered. Bila Vincent mendengar kecurigaan saya atas sikap Jinsheng yang dikatakannya ada pada orang Taiwan sedangkan saya tahu ramai taukeh besar China kaya kerana 


- judi, 

- terlibat dalam perniagaan dadah,

- aktif dalam kegiatan kongsi gelap, dan

- mengurus rangkaian outlet pelacuran 

lantas Vincent berkata -

'Di dalam sesebuah Negara tidak mungkin semua rakyatnya bersikap Jinsheng, 
iaitu 
-amanah,  

- berani, 

- disiplin, 

- rajin dan 

- setia. 

Yang perlu ialah cukup ramai pemimpin di berbagai peringkat menghayati nilai murni itu. Taiwan, katanya, perlu hanya sekitar 20,000 pemimpin dan ketua di berbagai bidang dan tahap yang mengamal prinsip berkenaan.

Kata Vincent Siow, bagi Malaysia mungkin perlu seramai itu juga.

beliau menutup penulisan perenggan-perenggan akhir tulisan tersebut dengan menegaskan bahawa prinsip Bushido, Hwarang dan Jisheng merupakan prinsip-prinsip yang sudah sekian lama tersisip kemas di dalam al Qur’an. Lalu beliau petik beberapa pepatah lama, kata-kata Hukama’ dan pepatah Inggeris lama. Satu yang biasa kita dengar ialah :

'Ilmu yang tidak beramal laksana pohon yang tidak berbuah'.

Penulisan penuh beliau di sini.. bacalah..

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email