Tuesday, April 29, 2014

Fikir Dahulu Sebelum Bakar Jambatan

Oleh : Imran Haaz

Lee Kam Hing, di dalam eseinya yang bertajuk The Political Position of The Chinese in Post Independence Malaysia menulis tentang perkara berikut.

The occasions of serious racial tension and even violence in Malaysia have occurred not when there is DAP-UMNO dispute, but rather when relations between UMNO-MCA were under severe stress. This was the case in 1959 when UMNO rejected the two demands of MCA; in 1969 when the MCA withdrew from the government, and in 1987 when the MCA joined the DAP and Gerakan in the Tien Hou Temple meeting.1

Eseinya dimuatkan di dalam sebuah buku bertajuk The Chinese Diaspora : Selected Essays II, yang disunting oleh Wang Li-Chi dan Prof. Wang Gung Wu.

 Apabila relevansi kewujudan MCA sebagai suara politik mewakili orang Cina di Malaysia menjadi reput, maka akan berlakulah tindakan dari parti ini melakukan satu tindakan untuk memberikan rejuvenasi kepada rupa dan perjuangan mereka. Kebiasaannya, pertembungan antara Melayu Islam dan Cina akan dijadikan modal untuk survival politik golongan tertentu.

Menanggung Biawak Hidup?
Situasi sekarang ini, MCA dan Gerakan bukan hanya tidak lagi relevan di dalam scenario politik tempatan, malah orang-orang Cina sendiri menolak mereka secara keseluruhannya. Mereka kini menjadi satu beban kepada UMNO di dalam Barisan Nasional. Hidup segan mati tak mahu dan ibarat menanggung biawak hidup dalam kata pepatah Melayu.

Status sebagai sesuatu yang tidak lagi relevan di dalam dan di luar Barisan Nasional adalah sesuatu yang terlalu meresahkan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menunjukkan peri pentingnya kewujudan mereka di dalam arena politik tempatan. Tetapi bagaimana caranya?

Resam DAP
Mereka melihat sokongan Cina kepada DAP bergerak secara deras. Mereka melihat orang-orang Cina percaya bahawa masa depan politik orang-orang Cina di Malaysia lebih terang dan cerah di bawah DAP. Lalu mereka cuba mengkaji sebabnya.

Sebabnya mudah, orang-orang Cina melihat DAP sebagai sebuah parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Tidak seperti MCA dan Gerakan yang dilhat mereka sebagai lackey dan running dogs untuk UMNO. Orang-orang Cina melihat DAP dapat menundukkan entity-entiti politik melayu di dalam gabungan parti politik mereka. PAS dan PKR dilihat mereka terbirit najis hijau dipijak-pijak DAP dalam semua hal.

Lalu ini dijadikan indikasi dan ukuran yang menunjukkan siapa yang perlu orang-orang Cina sokong di dalam hala tuju politik Malaysia. Ini kali pertama bagi mereka melihat satu harapan baru di mana terdapat gerakan politik di mana suara Cina adalah dominan dalam harapan menuju puncak kuasa. Indikasi ini seterusnya dijadikan inspirasi untuk memulakan gerakan memperhidupkan semula parti mereka yang hidup segan mati tak mahu.

Lalu apa sahaja yang Melayu dan Islam di dalam negara ini akan dijadikan karung tinju. Meninju isu-isu tersebut, seolah bagi mereka, akan membuka mata orang-orang Cina bahawa MCA dan Gerakan juga berupaya bangkit menentang UMNO dan gerakan Islam dan Melayu negara ini. Tindakan ini bagi mereka, sekurang-kurangnya dapat membuat satu bentuk facelift kepada rupa gerakan mereka yang selama ini dikategorikan oleh orang-orang Cina sebagai suara cengkerik Cina di dalam Barisan Nasional.

Suntikan Rejuvenasi
Sejak Kelantan mahu menyahut seruan membentangkan Undang-Undang Islam untuk dilaksanakan di Kelantan, maka MCA dan Gerakan melihat ini sebagai satu peluang untuk meremajakan semua ruh perjuangan suara Cina dan bukan Islam di dalam fosil bernama MCA dan Gerakan tersebut.

Masing-masing dari kedua entiti ersebut sibuk dan berebut-rebut mencari seluar dalam merah untuk dipakai diluar. Masing-masing mahu menjadi superhero. Mereka fikir dengan bersuara deras, keras dan kuat menentang usaha Kerajaan Kelantan ini, mereka akan di dengari dan dilihat sebagai superhero baru orang-orang Cina. Lupakan Tony Wong dan watak-watak keperwiraan di dalam komik-komiknya. Ini superhero baru yang baharu mendapat semangat dan bahan untuk melonjakkan imej keperwiraan mereka.

Lalu keluarlah berita-berita seperti di bawah sebagai usaha mereka meremajakan ruh perjuangan mereka dengan meninju isu-isu hudud.

Tidak Tahu Menghormati Demokrasi
Bukan hanya mengkritik, malah sehingga ke tahap mahu melakukan tindakan fizikal melampau menghalang hak kebebasan bersuara di Parlimen yang diiktiraf di dalam Perlembagaan Persekutuan. Berita ini jika benar, maka jelaslah MCA itu tidak tahu menghormati hak kebebasan bersuara di dalam sebuah negara demokrasi.



Subsidi Kuasa
Tetapi superhero-superhero ini sering terlupa. MCA dan Gerakan mudah lupa. Mereka berpaut pada kerusi-kerusi Parlimen yang masih berbaki pada hari ini ialah kerana orang-orang Melayu sudi memberikan tongkat besar dalam bentuk subsidi kuasa dalam bentuk undi pada mereka. Apa mereka fikir orang-orang Melayu Islam itu pekak, buta dan bisu dan tidak terasa hati dengan segala perkataan dan tindakan mereka lewat beberapa minggu ini dengan menghina sisi Undang-Undang Islam sesuka hati mereka?

Orang-orang Melayu Islam sudah lama membuang DAP. Kecuali mereka-mereka yang beriman dengan rukun Iman ke tujuh. Beriman dengan dengan Kitab Jingga dan menolak semua rukun iman yang lain. MCA dan Gerakan juga akan ditongsampahkan tidak lama lagi jika mahu kekal bermain sentimen ini.

Tolong sedar diri. Dengan hanya mempunyai 25% jumlah penduduk di Malaysia, tanpa sokongan orang Melayu Islam, kewujudan terlalu banyak entiti politik untuk mewakili orang-orang Cina akan menyebabkan berlakunya lebihan penawaran melebihi permintaan.

Apabila penawaran melebihi permintaan, maka ia bermakna nilai beberapa entiti politik tersebut akan jatuh merudum disebabkan persaingan harga khidmat. Jika mahu MCA dan Gerakan terus wujud melebihi sedekad lagi, sila pastikan setiap tutur kata dan tindakan itu mesti beralaskan semangat Perlembagaan yang menyatakan dengan jelas bahawa agama bagi Persekutuan ini ialah Islam. Jika tidak tahu menghormati perkara ini, ucapkan selamat tinggal kepada dunia politik.  

Apa Lagi Muslim Mahu?
Jika terus mahu membakar jambatan hubungan toleransi kaum di sini, bagaimana jika orang-orang Islam di sini menuntut tempat majoriti Melayu Islam harus dikembalikan kepada calon-calon Melayu Islam? Tidak perlu bertanya kenapa, bukankah kamu sendiri yang membakar jambatan toleransi ini dengan sikap dan penghinaan kamu ke atas Islam. Menghina Islam bermakna menghina Persekutuan negara ini. Menghina Persekutuan bermakna menghina Perlembagaan negara.

Bagaimana jika kami mahukan semua subsidi dan tongkat kuasa ini dihentikan sama sekali. Suka? Itulah yang akan kami mahu tuntut bermula sekarang.

Kami mahu semua amalan memberi tongkat dan subsidi kuasa ini dihentikan segera. Period!

Jika kamu boleh bercakap tentang kerusi milik kamu di Gelang Patah, kenapa kami sebagai majoriti di sini tidak boleh berbicara dengan nada serupa?




Rujukan :

1.       Lee Kam Hing, The Political Position of The Chinese in Pos- Independence Malaysia, The Chinese Diaspora : Selected Essays II edited by Wang Li Chi & Wang Gung Wu, (1998), Times Acedemic Press, Singapore, m/s 48.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.


Monday, April 28, 2014

Satu Jari Obama, Empat Jari Tanah Melayu

Encik Obama,
Malaysia sudah lama menghormati hak kebebasan beragama pihak lain.

Tiada siapa menghalang sesiapa untuk mengamalkan agamanya di sini. Jika amalan itu memang terkandung di dalam ajaran asal agama tersebut, maka tiada sesiapa akan menghalang hak asasi penganut agama tersebut untuk mengamalkn kepercayaannya dalam bentuk asal. Itu jelas hak asasi yang kami hormati.

Tetapi, apabila agama itu dilakukan modifikasi sehingga menceroboh agama lain melalui penghinaan dan tindakan biadab, maka tindakan itu dinamakan tindakan pelampau. 



Pelampau ialah Extremist yang sama dalam kamus bahasa Dasar Luar Amerika. Memberi hak dan muka kepada kumpulan pelampau adalah satu tindakan yang mana Tokong Demokrasi seperti negara tuan juga tidak sanggup untuk iktiraf sebagai satu hak yang perlu dihormati.

Perlu kami ingatkan kepada Encik Obama, bangsa kami telah beberapa kali bangkit sebagai superpower dunia sebelah timur, beratus malah lebih seribu tahun sebelum bangsa-bangsa asli Amerika dibunuh dan dirampas hak mereka oleh orang-orang gasar kristian Eropah. Kami bergelar empayar sebelum perkataan Amerika itu sendiri wujud.

Jadi, dengan melihat track rekod ini, janganlah hendaknya pihak tuan dirujuk sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong utk mengajar kami adab menghormati hak asasi manusia. Jika kami tidak pandai menguruskannya masakan bangsa-bangsa lain yang datang ke sini dan terus mahu tinggal dan tidak mahu pulang ke mother land mrk? Jelas ternampak layanan mother land dgn bahasa mother tongue yang diagungkan mereka tidak seindah layanan dan peluang untuk maju yang diberikan kepada mereka dari rakyat Tanah Melayu.


Malah ramai di antara mereka yang telah mengoyak dokumen kewarganegaraan negara ini sebelum ini, berpusu-pusu mahu pulang ke sini. Kenapa tidak dituju sahaja ke motherland yang bertutur mother tongue yang diagung-agungkan? Bukankah semua ini mncadangkan bahawa tiada negara lain di dunia dpt melayan orang-orang yang tidak tahu bersyukur ini dengan baik selain dari Tanah Melayu ini?

Kami tidak maju hari ini brpunca dari tindakan pengganas kristian Eropah menjajah, menjarah serta meninggalkan baggage masalah-masalah penjajah. Malah sehingga sekarang ini, saki baki kumpulan extremist kristian tersebut sedang memperjudikan keamanan negara ini dengan menuntut perkara-perkara yang tidak pernah menjadi sebahagian dari agama mereka untuk diangkat sebagai hak untuk mereka beragama di dalam agama mereka.

Jadi, lain kali jika mahu berbicara tentang adab dan hormat mengenai hak asasi, maka tolong pastikan sasarannya betul dan tepat. Satu jari tuan tunjukkan, empat jari kembali ke muka tuan yang sedang terseyum. Sekian.

Friday, April 18, 2014

اڤ لاڬي مسلم ماهو؟

كيت د مليسيا سداڠ برادا د دالم ڤرسيمڤڠن ڤرڤچاهن ڤوليتيك. منجلڠ ڤيليهنراي عموم ك ١٤، سڤرتي مان يڠ تله ساي سبوتكن سبلوم اين، ڤچاهن ڤوليتيك د مليسيا اكن هاضير د دالم بنتوق ڤاسوكن ڤرو اسلام (ProIslam) دان ڤاسوكن ڤوليتيك يڠ ممڤوڽاءي اديولوڬي(ideologi) مننتڠ اسلام.

تنتو سهاج اورڠ-اورڠ اسلام، تولق ڬولوڠن دڠن اسمى(isme) سست، اكن چندروڠ مميليه انتيتي(entiti) ڤوليتيك يڠ مندوكوڠ داسر ڤرجواڠن يڠ ڤرو اسلام.

ڤيليهنراي سنتياس دتافسيركن سباڬاي ساتو ميديوم
(medium) د مان رعيت د سسبواه نڬارا، ممبوات ڤڠونديان دڠن ملتقكن ڤيهق-ڤيهق يڠ مريك يقيني داڤت منجالنكن حسرت يڠ مريك ماهوكن مڠناءي هالاتوجو ڤنتدبيران نڬارا اين ننتي.

نڬري-نڬري د مليسيا اصلڽ مروڤاكن سباهاڬين درڤد ايمڤاير نوسنتارا اسلام يڠ ملالوءي فاسا ڤنجاجاهن سجق راتوسن تاهون لاماڽ. كمودين ڤنجاجه كيت يڠ تراخير، بريتيش 
(British) ترڤقسا ممبيبسكن ساتو ڤرساتو نڬارا ججاهن مريك دسببكن كتيدقممڤوان(ketidakmampuan) مريك اونتوق منتدبير نڬارا-نڬارا ججاهن دسببكن كوس هوتڠ ڤراڠ يڠ تيڠڬي، ڬرقن ناسيوناليسمى انتارابڠسا يڠ مولا مارق دان نيلاي-نيلاي تانه ججاهن يڠ مولا مروسوت عقيبة ڤراڠ دان تروق دڤركوس(diperkosa) كتاماكن بريتيش دان ڤنجاجه-ڤنجاجه سبلوم اين. ساتو ڤرساتو تانه ججاهن ترڤقسا دلڤسكن. ترماسوق نڬري-نڬري يڠ كمودينڽ ممبنتوق ڤرسكوتوان تانه ملايو. 

بريتيسه ممباوا ماسوق قوم ڤنداتڠ اونتوق بكرجا دڠن مريك. السن يڠ دڬوناكن مريك اياله، اورڠ-اورڠ ملايو اداله ڤمالس. اين كران منوروت مريك اورڠ-اورڠ ملايو تيدق ماهو بكرجا كراس اونتوق ڤيهق مريك. 

بوكنله اورڠ-اورڠ ملايو ايت مالس. تتاڤي مريك تيدكله ترلالو بودوه اونتوق مڠوربنكن كريڠت مڠرجكن تانه مريك سنديري اونتوق حاصيل يڠ دكوتيڤ اونتوق مڠاياکن(mengayakan) اورڠ لاين. اين نڬارا مريك، مڠاڤ هاروس مريك بكرجا باڬاي همبا عبدي د نڬارا مريك سنديري؟ مڠاڤ هاروس مريك بكرجا كراس د تانه مريك يڠ دجاجه سمات-مات اونتوق ممبوليهكن بريتيش مڠاءوت ككايأن نڬارا ڤولڠ ك نڬارا مريك؟ لالو اورڠ ملايو دتودوه ڤمالس كران تيدق ماهو بكرجاسام دڠن ڤيهق ڤنجاجه.

اورڠ-اورڠ چينا دان اينديا دباوا ماسوق اونتوق ممنوهي كڤرلوان ڤمركوسان
(pemerkosaan) ايكونومي دان سومبر اصلي نڬارا اين باڬي ڤيهق بريتيش. بڠكروڤت(bangkrupt) ترليبت ڤراڠ دنيا، بريتيش ماهو لاري ڤولڠ. اوليه كران ڬرقن ناسيوناليسمى د دالم نڬارا-نڬارا ججاهن ممونچق، سرتا كوس اونتوق ممرڠي كومڤولن-كومڤولن ناسيوناليس د سلوروه دنيا باكل مڽببكن كسن يڠ لبيه تروق كڤد ايكونوميبريتيش، مك بريتيش مڠمبيل كڤوتوسن اونتوق ملڤسكن تانه-تانه ججاهن مريك دڠن ڤرچاتورن-ڤرچاتورن ترتنتو.

بڬيتو جوڬ دڠن ڤرسكوتوان تانه ملايو. بريتيش ماهو ڤولڠ، تتاڤي مريك هاڽ ماهو ڤولڠ برسنديرين. قوم-قوم ڤنداتڠ يڠ دباوا مريك اونتوق توجوان ايكونومي ماهو دتيڠڬلكن مريك. اداله تيدق ايكونومي اونتوق ممباوا مريك اين ڤولڠ ك بريتيش اتاو دڤولڠكن ك نڬارا مريك ماسيڠ-ماسيڠ اتس كوس يڠ دتڠڬوڠ بريتيش. مالڠ سكالي، ڬرقن ناسيوناليسمى د مليسيا، سوده تيدق صبر اونتوق منونتوت كمرديكأن. موڠكين مريك مليهت، هاڽ ايت سهاج ڤلواڠ يڠ اد ڤد مريك اونتوق منونتوت كمرديكأن د كالا بريتيش د دالم كادأن يڠ اڬق لمه.

بريتيش مڠمبيل كسمڤتن دڠن مماسوقكن شرط بهاوا ڤرسكوتوان تانه ملايو هاڽ بوليه دبريكن كمرديكأن جك مريك برستوجو منڠڬوڠ ببن تيڠڬالن بريتيش دڠن مڽراڤ كومڤولن ڤنداتڠ بوكن ملايو دان بوكن اسلام اين سباڬاي رعيت ڤرسكوتوان تانه ملايو. تونكو عبدالرحمن ترڤقسا برستوجو.

لالو ترچيڤتاله ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مروڤاكن نڬارا مجموع چيڤتأن بريتيش يڠ دريكابنتوق
(direkabentuk) اونتوق ڬاڬل. ڤرسكوتوان تانه ملايو اين تله دريكابنتوق سوڤاي مان-مان اوسها اونتوق مڠهيدوڤكن سبارڠ كقواتن اسلام، اكن منداڤت تنتاڠن دان درونتوهكن دري دالم.

توليرنسي
(toleransi) تيدق برتمڤت اورڠ-اورڠ ملايو يڠ ترلالو باءيق كڤد ورݢانݢارا-ورݢانݢارا بارو اين، ممبوليهكن كواس-كواس ڤوليتيك دان ڤمرينتاهن دكوڠسي سچارا سام رات. تتاڤي، تيدق بوليه دسالهكن مريك كران ملايو ڤد كتيك ايت، همڤير سام جوملهڽ دڠن جومله ڤڠوندي بوكن ملايو د دالم نڬارا.

سوبسيدي(subsidi) كواس ڤوليتيك

سكين لاما برڤوليتيك دان برتوليرنسي، سماكين اومت اسلام دان ملايو دموسوهي اوليه ماجوريتي(majoriti) بوكن اسلام د نڬارا اين. مريك مولا ممڤرتيكايكن حق كدودوكن اڬام اسلام د دالم نڬارا دان حق-حق کأيستيميواءن يڠ دبريكن كڤد ورڬنڬارا بوميڤوترا د دالم نڬارا اين.






تتاڤي كيت ماسيه لاڬي برموك مانيس دڠن ممبريكن مريك سوبسيدي ڤاليڠ مهل دڠن مڠوربنكن كروسي-كروسي ديوان رعيت دان ديوان اوندڠن نڬري دالم كاوسن ماجوريتي اومت اسلام كڤد واكيل-واكيل بوكن اسلام.


نتيجهڽ، سوبسيدي كواس يڠ دبريكن اين تله مڽببكن مريك ممڤوڽاءي كقواتن سوارا اونتوق مننتڠ سبارڠ حسرت رعيت اسلام د نڬارا اين اونتوق ممباوا نڬارا اين كمبالي دأتور دان دتادبير د باوه ڤرونداڠن اسلام سڤنوهڽ. ساتو سيستم ڤرونداڠن يڠ تله منجادي سيستم ڤينتادبيران نڬارا اين سمنجق سبلوم كيت دجاجه.

اخير-اخير اين، تله تيمبول حسرت دري كومڤولن-كومڤولن اهلي ڤرليمين اسلام اونتوق برستوجو ممبنركن اصول ڤمبنتڠن راڠ اوندڠ-اوندڠ هودود دان قصاص د كلنتن. ساتو حسرت مورني يڠ باكل مڽقسيكن اوجين رواڠ كرجاسام انتارا اهلي-اهلي ڤرليمين اسلام اونتوق برساتو د دالم ساتو حسرت يڠ سام اونتوق مليهت اوندڠ-اوندڠ اين دتڬقكن ڤرتام كالي د دالم سجاره سمنجق مرديك.

تتاڤي، ساتو مسئله تيمبول. ڤڠونديان ممرلوكن سكوراڠ-كورڠڽ ١٤٨ جومله اوندي اونتوق منچوكوڤكن كواوتا دوا ڤرتيڬ اوندي يڠ دڤرلوكن اونتوق ملولوسكن اوندڠ-اوندڠ ترسبوت د دالم ڤرليمين. جك اهلي ڤرليمين امنو دان ڤاس سچارا كسلوروهنڽ دان سچارا كوليكتيفڽ برستوجو اونتوق مڽوكوڠ اصول ترسبوت، مريك هاڽ اكن برجاي مڠومڤولكن ١٣٨ جومله اوندي. كورڠ سمبيلن دري جومله يڠ دساسركن.

اهلي-اهلي ڤرليمين بوكن اسلام ڤولا تله منجالنكن كيمڤين اونتوق برساتو دان سچارا برسام منولق اصول ترسبوت. لبيه مالڠ لاڬي اياله اڤابيلا سباهاڬين درڤد كروسي-كروسي ڤرليمين يڠ ددودوكي اهلي ڤرليمين بوكن اسلام اين مروڤاكن كروسي-كروسي سوبسيدي كواس يڠ ماجوريتي ڤندودوق دان ڤڠونديڽ مروڤاكن ڤڠوندي-ڤڠوندي اسلام. دسينيله تيمبولڽ ككسالن كران سوبسيدي كواس يڠ دبريكن باكل دترجمهكن فوڠسي دان ڤراننڽ اونتوق مننتڠ حسرت ڤڠوندي-ڤڠوندي اسلام د دالم نڬارا. 

سكيراڽ اصول ايت ڬاڬل د ڤرليمين دسببكن اوندي-اوندي كروسي سوبسيدي كواس اين، مك كيت منونتوت سوڤاي كدوا-دوا ڤيهق ڤمرينته دان ڤمبڠكڠ اونتوق تيدق لاڬي ممبريكن موك سرتا سوبسيدي كواس كڤد مان-مان ڤيهق بوكن اسلام د دالم ڤيليهنراي عموم  ك  ١٤ ننتي.

هاڽ اورڠ-اورڠ يڠ بودوه اكن دڤاتوق اولر دري ساتو لوبڠ دوا كالي. توڠكت بسر سرتا سوبسيدي كواس كڤد بوكن اسلام اين هاروس دهنتيكن سام سكالي. بوكن كيت تيدق تاهو برتوليرنسي، تتاڤي اڤابيلا تاڤق كاكي سوده سمڤأي ك موك ستله 
سڤاروه ابد برتوليرنسي، مك ماسڽ سوده سمڤأي كيت مڠهنتيكن سموا بوديا بودوه ممبريكن كواس ڤوليتيك كڤد ڤيهق-ڤيهق اين سام سكالي.

ايڠت! صبر ايت اد حدڽ… 

Monday, April 7, 2014

Noah : Mabuk, Liwat, Demokrasi Bebalisme dan Hipokrisi Teragung.

Oleh : Imran Haaz

Filem Noah bakal menerjah ke panggung seluruh dunia. Kisah Noah terdapat di dalam hampir semua lagenda bangsa yang terdapat di dalam dunia. Dalam setiap lagenda tersebut, kisah banjir besar mengikat tema lagenda-lagenda itu dengan apa yang berlaku semasa zaman Noah. Epik Atrahasis, Epik Gilgamesh, Sataphata Brahmana, Tanakh dan sebagainya menyebut tentang sebuah kisah banjir besar yang memulakan penghidupan manusia yang baru.

Nuach namanya di dalam Tanakh Yahudi. Noah ialah referensi oleh golongan Nasrani kepadanya. Manu, namanya seperti disebut penganut Sanatana Dharma (agama yang secara salah disebut sebagai agama Hindu). Islam merujuknya sebagai Nuh a.s. Baginda figura utama di dalam kisah banjir Nuh.

Dalam setiap epik dan kitab-kitab tersebut, pelbagai sabitan sifat dan perlakuan Nuh a.s. diceritakan. Ada yang benar, ada yang ditokok tambah dan ada yang berupa fitnah.
Kita sebagai umat Islam sentiasa menggunakan al Qur’an sebaga Furqan yang membezakan antara keperibadian Nuh a.s. yang benar dan yang difitnahkan.

Mabuk, Liwat dan Sumbang Mahram
Kita tidak dapat menerima cerita yang dimuatkan di dalam Tanakh dan Talmud Yahudi yang menyebut Noah, selepas peristiwa banjir tersebut, bermabuk-mabukan dan lantas tertidur dalam keadaan telanjang bulat sehingga menyebabkan auratnya dapat dilihat oleh anak-anaknya.

3 orang anaknya di dalam Bible dikenali dengan nama Shem, Ham dan Japeth. Ham melihat ayahnya terlena di dalam keadaan telanjang. Lalu memanggil kedua adik beradiknya yang lain untuk melihat keadaan bapa mereka. Apabila bapa mereka tersedar, maka perbuatan Ham dikutuk bapanya. Dia dan keturunannya disumpah.

Sumpahan ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk menunjukkan kenapa bangsa Canaan yang mendiami Philistine (Palestin) pada zaman Joshua (Yusya’ bin Nun), perlu dirampas tanah mereka. Ini kerana bangsa Canaan merupakan keturunan Ham anak kepada Noah.

Apabila manusia mempertikaikan kenapa Ham dan keturunannya disumpah sebegitu teruk oleh Noah dengan kesalahan melihat aurat bapanya, maka para Rabbi Yahudi menjelaskan ada perkara lain turut berlaku yang mana ceritanya tidak dimasukkan di dalam Bible. Ia disebut dalam Talmud Babylonian yang merupakan kitab yang digunakan oleh golongan Yahudi untuk memahami isikandungan dan hukum hakam di dalam Torah, Nevi’im dan Ketuvim yang membentuk kitab Tanakh yang dikenali kita pada hari ini sebagai Kitab Perjanjian Lama (Old Testament).

Dalam salah satu Gemarah (Mishnah) di dalam Talmud Babylonian, mereka menceritakan perihal Ham yang melakukan sesuatu yang lebih dari melihat kemaluan bapanya. Para Rabbi Yahudi berpecah kepada dua pendapat mengenai punca kemarahan Noah. Yang pertama mengatakan, sebaik melihat bapanya yang kemabukan dan tidak sedarkan diri dalam keadaan memalukan tersebut, Ham mengembiri bapanya. Yang kedua mengatakan Ham melakukan tindakan berbaur seksual termasuk meliwat bapanya. Ia disebut di dalam Talmud Sanhedrin 70a.

Berikut, justifikasi untuk  pendapat yang kedua. Mereka menjelaskan, apabila perkataan Vayyara (
וַיַּרְא - Dan Dia melihat) digunakan di dalam Genesis fasal 9 ayat 22 seperti berikut :



Transliterasi Teks :

Vaiyyara Ham Avi Canaan…. (Dan Ham ayah kepada Canaan melihat…)

Menurut mereka, perkataan melihat itu sebenarnya mencadangkan lebih daripada itu. Para Rabbi Yahudi menjelaskan bahawa maksud ‘Dia Melihat’ turut mencadangkan bahawa Ham melakukan satu tindakan seksual yang tidak berpatutan kepada bapanya. Hujah mereka, di dalam Genesis fasal 34 ayat 2, terdapat sebuah kisah pencabulan seorang wanita bernama Dinah di dalam konotasi penggunaan kiasan yang sama. {Saya pernah menulis tentangnya strategi False Flag terawal dunia yang melibatkan pemerkosaan wanita bernama Dinah di dalam Taurat. Kaum Yahudi beriman dengan teknik ini untuk merampas hak dan tanah pihak lain melalui operasi False Flag di seluruh dunia.  Operation Northwoods, Pearl Harbor, Holocaust,  Panama, September 11 dan sebagainya digunakan mereka untuk membunuh orang-orang sendiri untuk menuduh pihak lain melakukannya. Saya menyebutnya di sini pada 2010 (http://satuhala.blogspot.com/2010/08/ini-palestin-kita.html) dan pada 2009 (http://satuhala.blogspot.com/2009/11/palestin-sebuah-post-mortem-3.html)}.

Di dalam Genesis Fasal 34 ayat 2, teks tersebut menyebut perkara berikut:



When Shechem son of Hamor the Hivite, the ruler of that area, saw her, he took her and raped her... (Genesis fasal 34 ayat 2)

Itulah yang menjadi pegangan kepada para Rabbi untuk mentafsirkan maksud ‘dan Dia Melihat’ semasa Ham melihat ayahnya bertelanjang kerana kemabukan, dengan menggunakan kisah perbuatan Shechem yang memperkosa Dinah setelah ‘melihat dia tertidur di depan pintu'.

Ini adalah satu fitnah yang dahsyat ke atas seorang Rasul Ulul Azmi yang mulia. Seorang Rasul ialah seorang pemimpin kepada umatnya. Seorang pemimpin kepada umatnya dipilih Allah dari kalangan manusia terbaik dikalangan mereka. Hanya mereka-mereka yang tidak mempunyai masalah mempunyai pemimpin dari kalangan peliwat, tidak akan membantah fitnah ini dari berterusan dihalakan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul Allah yang mulia.
Tiada siapa boleh menerima fitnah yang sebegini rupa.

Demokrasi Bebal dan Bebal Demokrasi
Demokrasi ialah satu sistem bebal yang turut memberi pejal bersuara kepada golongan bebal untuk menuntut kebebalan diangkat sebagai sesuatu yang perlu dihalalkan atas nama hak dan kebebasan. Tetapi golongan ini lupa bahawa setiap negara yang mengamalkan demokrasi, undang-undang negaranya ditentukan oleh golongan majoriti yang menyokong serta membentuk kerajaan. Undang-undang yang terbentuk adalah cerminan kepada getus rasa dan kehendak golongan majoriti yang meletakkan pemerintah kepada tempatnya.

Jika mereka tidak tahu menghormati undang-undang yang telah ditegakkan melalui proses demokrasi, maka tidak perlulah mereka bercakap lagi mengenai demokrasi kerana mereka terlalu naïf mengenai apa itu yang harus dimengertikan mengenai demokrasi. Diam itu lebih baik bagi mereka dari bersuara menuntut sesuatu yang tidak selari dengan prinsip demokrasi yang diimani mereka.

Oleh kerana majoriti umat Islam di negara ini melihat lesen kreatif yang digunakan Hollywood untuk menerbitkan cereka berkenaan Nuh a.s. yang tidak selari dengan Nuh a.s. yang diimani mereka, maka melalui prinsip demokrasi, mereka menggunakan peruntukan undang-undang yang dibuat melalui proses-proses demokrasi untuk menghalang penghinaan ke atas Rasul Allah yang mulia melalui penayangan filem ini.

Ini adalah sebuah hak yang diiktiraf oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 di dalam perkara 21 (1) dan (2) di bawah :

 Article 29
(1)              Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.

(2)             In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms and others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society. 

Di dalam sebuah penulisan sebelum ini yang bertajuk “Dialog Dengan Timbalan Pengarang Akhbar Berbahasa Inggeris’, saya berhujah dengan Timbalan Pengarang tersebut apabila dia mengatakan saya menekan hak minoriti dengan menuntut konsert Beyonce dibatalkan. Penulisan tersebut di sini. (http://satuhala.blogspot.com/2012/05/dialog-dengan-timbalan-pengarang-akhbar.html)

Hipokrisi Teragung  
Kita berasa jelak dengan sikap dan perangai sebahagian besar golongan bukan Islam di Malaysia ini. Lebih setengah abad Merdeka, mereka masih tidak tahu serta memahami tentang sensitiviti di dalam hubungan antara masyarakat negara ini.

Mereka membuat bising dan melolong kepada dunia seolah-olah umat Islam ini terlalu sensitif dengan agama mereka. Yang menjadi masalahnya ialah bilamana satu jari ditudingkan kepada orang lain, empat jari lain akan kembali ditudingkan kepada mereka. Mungkin terlupa pesan Bob Marley:

Road of life is rocky, & you may stumble too, while you’re pointing finger someone else is judging you. Could you be loved? – Could You Be Loved? – Bob Marley.

Benarkah hanya orang Islam terlalu sensitif dengan figura-figura yang dimuliakan di dalam agama mereka apabila figura tersebut dihinakan manusia lain?

Masih ingat apa tindakan Kerajaan Australia, Timbalan Sherif Tokong Demokrasi Amerika di Asia, apabila salah seorang rakyatnya, Mary McKillop, diangkat sebagai Santo oleh Holy See? Mereka mengharamkan sebarang penggunaan namanya di dalam mana-mana penerbitan bagi menjaga kesucian namanya. Saya menulisnya di dalam penulisan, ‘Hipokrisi Pelampau Agama’ (http://satuhala.blogspot.com/2014/01/hipokrisi-pelampau-agama.html)



Masih ingat dengan kisah imej Jesus yang dipotretkan sedang merokok di dalam akhbar Tamil, Makkal Osai? MCCBCHS (Majlis Perunding Antara Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) mengutuk tindakan tersebut dan menuntut Kerajaan mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut. Akhbar itu digantung penerbitan selama sebulan. Saya menulisnya di sini (http://satuhala.blogspot.com/2014/01/hipokrisi-pelampau-agama-ii.html)



Masih ingat lagi dengan kes kepala lembu yang dipijak di Shah Alam? Mereka yang memijaknya mengatakan bahawa mereka tidak bermaksud untuk menghina binatang yang dimuliakan mana-mana agama. Kepala lembu itu ditafsirkan mereka sebagai simbolik kepada kepala negeri yang dituduh mereka sebagai bebal kerana tidak faham sensitiviti umat Islam di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, perkara tersebut kemudiannya dijadikan isu penghinaan ke atas agama lain kerana isu tersebut melibatkan pihak Islam dan pihak Hindu tempatan. Isu itu telah dibawa ke mahkamah dan hukuman telah dijatuhkan.
Jadi, bukankah semua perkara ini menunjukkan isu penghinaan ke atas mana-mana figura yang dimuliakan sesuatu agama itu sebagai satu perkara yang sensitif dan perlu dielakkan daripada berlaku. Jika bukan Islam yang merupakan minority di negara ini boleh dan berhak sensitif dan bersuara mengenai penghinaan ke atas agama mereka, kenapa pula suara orang-orang Islam yang merupakan majority di negara ini mahu mereka diamkan dan tidak pedulikan di dalam isu Filem Noah ini?


Semasa isu kepala lembu itu berlaku, MCCBCHS, menuntut supaya satu undang-undang diaplikasikan terhadap mana-mana bentuk penghinaan ke atas mana-mana agama. Kita tiada masalah dengan cadangan tersebut dan perkara yang tidak bertentangan dengan al Qur'an. Dalam al Qur'an surah al An'aam ayat 108, orang-orang Islam telah dipesankan dengan pesanan berikut :

al An’aam ayat 108
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikian Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Oleh kerana MCCCBCHS telah menuntut satu undang-undang yang sama untuk semua bentuk penghinaan ke atas mana-mana agama, maka mereka haruslah menghormati sensitiviti umat Islam di dalam isu penghinaan nama Allah dan isu filem Noah ini. Tentu mereka tidak suka apabila tuntutan yang dibuat mereka sebelum ini ditafsirkan majoriti umat Islam di Malaysia ini sebagai satu tindakan dan tuntutan penuh hipokrit dan selektif. Kita menuntut mereka berpegang kepada kenyataan mereka di dalam kenyataan yang dikeluarkan semasa isu Makkal Osai dan kepala lembu di Shah Alam.



Untuk orang-orang bukan Islam lain yang mencebik tindakan umat Islam yang tidak bersetuju dengan filem Noah ini, maka mereka seharusnya faham isu sensitiviti ini sebagaimana mereka berasa sensitif ketika agama mereka melalui fasa penghinaan. 

Jika masih tidak mahu memahami perkara tersebut, apakah boleh dikatakan mereka-mereka ini selektif bebal dalam hal hak-hak yang diiktiraf oleh sistem demokrasi? Inilah budaya bebal yang sudah mula meular dan menjalar di dalam masyarakat. Inilah jadinya apabila golongan Ruwaibidhoh mula bersuara dengan memancarkan kebebalan mereka untuk ditelan seluruh dunia.

Untuk umat Islam, kita tidak perlu takut untuk mempertahankan kesucian agama kita kerana berhadapan dengan ancaman manusia-manusia bebal. Kita perlu terus berusaha dan bersuara mempertahankan kesucian agama kita. Kita digaji Allah dengan bayaran syurga untuk melakukan perkara ini.

Teringat bait lirik nasyid dari kumpulan Nadamurni satu ketika dulu..

Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis..


Wallahua’lam.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Tuesday, April 1, 2014

Solusi 10 Perkara : Undang-Undang Tertinggi Negara?

oleh : Imran Haaz
Pagi ini, 1 April 2014. Apa ada dengan 1 April 2014? April Fool? Masih ada lagikah manusia terperangkap dengan set pemikiran lama, jumud, kuno, tidak bertamadun bermain-main dengan April Fool pagi ini? Tolonglah hentikan budaya import yang memualkan itu. Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Masa kita semakin suntuk. Kita meminjam masa daripada peruntukan hayat yang Allah berikan kepada kita. Ia tidak pernah bertambah, malah saban waktu semakin berkurangan. Membaca perenggan ini sahaja, kita telah mencabut beberapa saat daripada takungan hayat yang masih berbaki. Hanya jika kita dapat melihat baki hayat sepertimana baki masa yang tinggal di dalam jam pasir, tentu sahaja kita tidak akan berebut-rebut membuang masa. Kita tidak akan berebut-rebut bergaduh sesama sendiri. Kita kitak akan berebut-rebut, mengejar dunia yang menjauhkan kita semua dari akhirat.

1 April 2014 Di Brunei Darussalam
1 April 2014, di Brunei disambut dengan satu berita paling gembira. Hari ini, sahabat-sahabat kita di Brunei, bakal mula menjalani kehidupan di bawah sistem perundangan yang menurut kepada sistem perundangan yang Allah tetapkan. Bulan April ini ini, hukum hudud dan Qisas akan dilaksanakan di sana. Segala Puji Bagi Allah. Brunei tidak membuang masa. Tetapi Brunei tidak mempunyai masalah seperti masalah yang sedang dihadapi kita. Brunei tidak mempunyai masyarakat Islam yang berpecah teruk. Brunei tidak mempunyai kumpulan kafir harbi yang mendapat cop-cop halal dari manusia-manusia yang memakaikan diri sebagai ahli syurga tanpa hisab yang menghalalkan segala kebejatan perancangan mereka. Brunei tidak mempunyai manusia-manusia berpakaian agama yang menyembah peti-peti undi.

Ada sesuatu yang menarik tentang Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013. Seorang sahabat dari Brunei, menamakan dirinya Allin Artline, berusaha mendapatkan salinan Warta Kerajaan Brunei tersebut untuk saya tahun lepas selepas Sultan Brunei mengumumkan perancangan melaksanakan Hukum Islam di sana. Penulisan ini mungkin tidak dapat dilengkapkan tanpa bantuannya setahun yang lalu.

Apa yang menarik tentang Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013 (HJSB)? Di dalam HJSB terdapat Jadual Kelima. Jadual Kelima tersebut ialah mengenai Perkataan-Perkataan Yang Tidak Boleh Digunakan Berkaitan Dengan Ugama Selain Dari Ugama Islam.
Jadual kelima tersebut memperuntukkan 35 perkataan yang tidak boleh digunakan sebagai kaitan agama selain dari agama Islam termasuk nama Allah, al Qur’an, azan, Baitullah, Firman Allah, Haji dan termasuk Ilahi dan perkataan lain selebihnya. Lihat printshot di bawah :


Sangat menarik apabila pelaksanaan HJSB turut menekankan kepada larangan penggunaan perkataan-perkatan tersebut daripada digunakan oleh bukan Islam sebagai merujuk dan disalahguna di dalam agama mereka.

1 April 2014, Malaysia Darul Nasrani?
Pagi ini, kopi saya tidak sesedap semalam. Satu berita dimuatkan di dalam akhbar The Sun bertarikh 1 April 2014. Semua Bible yang dirampas JAIS dikatakan akan dikembalikan. Tidak pasti di atas alasan apa ia mahu dikembalikan. Laporan tersebut menekankan tindakan JAIS itu sebagai melanggar serta tidak menghormati Solusi 10 Perkara.

Solusi 10 Perkara kini telah diangkat menjadi undang-undang tertinggi negara. Tidak apa jika berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Tidak apa jika berlawanan dengan Undang-undang negeri yang dibentuk melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Tidak apa menyanggahi Titah Yang di Pertuan Agong dan Sultan-Sultan negeri yang bertanggungjawab untuk memastikan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mematuhi peruntukan undang-undang yang telah diwarta. Tetapi, jangan sesekali melanggar dan berlawan dengan Solusi 10 Perkara. Itu telah menjadi siulan mereka seolan-olah Solusi 10 Perkara tersebut merupakan Undang-Undang Tertinggi Negara.




JAIS dikecam sebelum ini kerana tidak mematuhi Solusi 10 Perkara. Hampir seluruh organ di dalam kerajaan negeri tersebut mengecam JAIS karana menjalankan peranannya sebagaimana mereka telah dipertanggungjawabkan oleh undang-undang untuk menjalankannya.

Yang pelik, di dalam organ kerajaan negeri tersebut  terdapat kumpulan manusia yang mendakwa hanya dengan mereka undang-undang Syariah Islam akan tertubuh di bumi penuh berkat ini. Bagaimana mungkin kita mahu percaya? Untuk mempertahankan nama Allah daripada dihinakan pun jenuh mereka bersilat lidah dan tewas dipermulaan permainan. Untuk mempertahankan nama Allah daripada dihinakan pun jenuh mereka menyembunyikan serta memadamkan ayat-ayat al Qur’an demi menjaga hati dan perasaan potential voters mereka dari manusia-manusia kafir di kalangan ahli kitab.

Untuk mempertahankan nama Allah pun mereka tidak mahu dan mampu, apakah manusia dengan set pemikiran rasional mampu untuk percaya bahawa mereka dapat mempertahankan hukuman sebat untuk penzina dan mati untuk golongan murtad bila undang-undang syariah Islam yang bakal tertegak nanti?

Isu nama Allah ini adalah ujian kecil untuk menunjukkan kemampuan mereka untuk dilihat sebagai layak membawa tanggungjawab berat ini menegakkan undang-undang Islam di sini. Jika Brunei Darus Salam pada hari ini menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan hukum Allah tanpa membiarkan nama Allah dihinakan terlepas, bagaimana mungkin mereka-mereka ini dapat menegakkannya sedangkan untuk mempertahankan kesucian nama Allah dalam satu perjuangan yang mudah pun mereka gagal untuk melakukannya.

Semoga matahati kita semua terbuka untuk melihat semua ini.
Allah jua sebaik-baik pelindung untuk kita semua ketika Fasad kejahatan Yakjuj dan Makjuj menerpa masuk ke bumi penuh berkat ini.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email