Friday, March 28, 2014

Tetrad Bulan Berdarah : Apa Yang Sedang Israel Rancangkan atau Takuti?

Oleh : Imran Haaz
Ahad lepas, dunia dihidangkan dengan berita mogok yang dilancarkan kedutaan Israel di seluruh dunia. Faktor gaji dijadikan alasan. Tidaklah menghairankan jika Israel bersikap kedekut dengan cabang diplomatik mereka. Mereka boleh berbelanja besar untuk aspek pencerobohan dan keganasan. Tetapi mereka mengikat perut dengan perbelanjaan untuk saluran-saluran diplomatik seperti sistem gaji dan pentadbiran kedutaaan-kedutaan mereka diluar negara. Jelas benar, Israel tidak pernah menyukai saluran diplomatik. Itu lumrah pengganas.

Ketika dunia sedang dihimpit krisis pertembungan Amerika dan Russia di Crimea, kehadiran berita ini dilihat tidaklah terlalu janggal.

Penguasaan Russia ke atas Crimea akan meletakkan armada Russia bertapak kukuh di Laut Hitam. Ia sebuah kawasan strategik. Obama sedang didesak supaya mengekang keberanian Russia dalam mencabar penguasaan Israel bersama boneka-bonekanya ke atas dunia. Obama dilihat terlalu lembik. Tetapi, bukankah dia dipilih menjadi Presiden Amerika kerana kelembikannya itu?


Semalam, Obama terbang ke Vatican untuk mendapatkan sijil Kosher. Ya, sepertimana pelacur-pelacur politik tempatan yang menggunakan agama untuk cop halal bagi menghalalkan perkara-perkara haram yang dilakukan mereka, Obama dan Amerika tidak terkecuali. Maruah Obama sudah tercalar dengan tindakan Vladimir Putin. Kita tidak tahu perkara apa sebenarnya yang dilaporkan Obama kepada Pope. Kita tidak tahu restu apa yang Obama sedang tagih daripada Pope. Kita tidak tahu, atas keperluan apa Obama berjumpa dengan Pope untuk meningkatkan imejnya dikalangan golongan Kristian dunia.

Kenapa Semua Kedutaan Ditutup Serentak?
Tetapi, ada sesuatu yang sangat meresahkan sedang berlaku tanpa kita sedari. Penutupan kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia sedang mencadangkan sesuatu. Masalah gaji itu bukanlah perkara pokok yang mendorong kepada penutupan kedutaan tersebut. Tetapi, penutupannya adalah dengan tujuan untuk menghalang warga negara binatang Israel, membuat perancangan untuk berada di luar dari negara mereka dalam tempoh terdekat. Tanpa kedutaan, semua isu dan perkara yang melibatkan semua urusan warga negara binatang tersebut, akan menjadi lebih sukar.

Benar, Jerman telah mempunyai satu perjanjian dengan Israel untuk membolehkan mana-mana warga Israel diluar negara, menggunakan kedutaan Jerman untuk sebarang urusan berkaitan kedutaan di luar negara. Sekiranya mana-mana negara tidak mempunyai kedutaan Israel, warga negara binatang tersebut, boleh menggunakan kedutaan Jerman untuk memproses semua maklumat perjalanan dan sebarang urusan di negara luar.

Penutupan semua kedutaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa ‘tikus-tikus sudah mula bergerak laju untuk terjun dari kapal’. Kelasi di zaman lama, apabila melihat tikus-tikus berbuat demikian, mereka mengetahui bahawa ada bala sedang menunggu di hadapan.

Seolah-olah, Israel memberitahu secara halus kepada warga-warganya untuk tidak berada di luar dari Israel dalam masa terdekat ini.

Apa yang mereka takutkan?
Sudah tentu mereka takutkan berlakunya retaliasi secara besar-besaran ke atas warga Israel yang berada di seluruh dunia. Ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan dan perancangan mereka ini adalah satu perancangan yang besar. Saya tidak pasti apa akan berlaku, tetapi ianya mungkin akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Blood-Moon (Bulan Berdarah)
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemikiran dan gerak kerja orang-orang Yahudi, mereka tahu bahawa tahun ini, 2014 ke 2015 ini, merupakan kali ke lapan berturut-turut berlakunya peristiwa Tetrad Bulan Berdarah semenjak zaman Nabi Isa a.s. diutus.



قبور ملايو، دان قبور بوكن ملايو

ملايو، بسر ڤد بيلڠن، كچيل ڤد كقواتن. ڤرسوالنڽ كناڤ؟ جواڤنڽ هاڽ ساتو، كران كيت برڤچه. ليهت سهاج نصيب اورڠ ملايو د بومي ملايو. سماس هيدوڤ مريك دهالاو دري تمڤت-تمڤت تيڠڬل مريك. ايت ساتو لومرح. سلڤس ماتي ڤون، ميت-ميت مريك توروت دهالاو دري تمڤت ڤرسمادين مريك.

اتس نام ڤمباڠونن، ستياڤ اڤ يڠ ملايو بوليه دان هاروس دأليهكن. تتاڤي ستياڤ يڠ بوكن ملايو، تيدق بوليه دسنتوه دان هاروس ككال دتمڤت مان مريك برادا. ليهت سهاج ڤربيذأن نصيب قبور-قبور ملايو، اينديا دان چينا د باوه اين.

كراتن اخبار د باوه اين مروڤاكن قبور-قبور ملايو يڠ دأليهكن اونتوق سبواه ڤروجيك ڤمباڠونن. اوليه كران ڤمباڠونن دراڠك ملالوءي تمڤت ڤرسمادين مريك، مك سموا يڠ دسماديكن ڤرلاو دأليهكن. ملايو تيدق ممبنته دان مريك رضا دڠن ارهن ڤرڤيندهن ترسبوت اتس نام تولق انسور.
                                                 


تتاڤي، ليهت ڤولا اڤ يڠ برلاكو ك اتس قوم لاين. قبور مريك جاڠنكن داوسيق، دسبوت ماهو دأره ڤينده ڤون سوده منداڤت تنتاڠن يڠ كوات. لالو سموا يڠ درانچڠكن ترڤقسا دبطلكن اتاو داوبه ڤرانچڠنڽ.


               


                               


                         
              

                                 
                      
جادي اڤ سبنرڽ نيلاي ملايو د تانه ملايو اين؟ كيت تيدق لاين هاڽله سقدر سمڤه يڠ بوليه دڤركوتق-كتيقكن سيسوك هاتي. سمواڽ كران اڤ؟ كران كيت بسر ڤد جومله تتاڤي ترلالو كردل ڤد كقواتن. سمواڽ دسببكن كيت برڤچه.
جاڠن هارڤ بيلا منوتوڤ مات اونتوق ماتي ننتي، كيت تيدق اكن لاڬي دڬڠڬو. بلوم تنتو قبور تراخير كيت اياله دلوكاسي .ڤرتام كيت دتانم 
سدر مولاي سكارڠ. بڠكيت اونتوق منداڤتكن كقواتن يڠ هيلڠ ايت كمبالي. برهنتي برڤچه دان كمبالي كڤد جالن اسلام يڠ سبنرڽ. ان شاءالله د سيتو، كيت اد كقواتن يڠ مننتي

Wednesday, March 26, 2014

MH370 : "Selesai", Redha & Terus Diam?

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Bukankah Doa orang-orang yang dizalimi itu tiada hijab antara mereka dengan Allah? Bukankah di dalam hal MH370 ini, kita semua, rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah dizalimi dengan fitnah ini? Amerika mungkin mempunyai MOSSAD, CIA,MI6 dan para timbalannya yang sedang bermain opera. 

Mereka mungkin mempunyai segala kekuatan dan keupayaan untuk melakukan dosa dan menimbusnya kembali dengan fikiran bahawa semua manusia akan terus percaya jika data itu datang dari negara Red, White & Blue. Yakjuj dan Makjuj ini sama sahaja warna bendera mereka. Sama sahaja bahasa mereka. Sama sahaja warna kulit mereka. Sama sahaja motif utama dalam percaturan dunia mereka. Israel telah dikembalikan kepada bumi dan bandar yang telah diruntuhkan (al Anbiya’ ayat 95). Fasad kejahatan Yakjuj dan Makjuj yang mengembalikan mereka telah pun berleluasa ke seluruh dunia (al Kahfi ayat 98-99) dan sejak 2008 sudah mula menampakkan wajah mereka dengan tanpa selindung di muka bumi yang telah diberkati ini. Tasik Galilee (Tabariyyah) sudah semakin surut airnya dibekalkan kepada bangsa yang diharamkan pulang ke tanah yang dijanjikan di Palestin. Yakjuj dan Makjuj telah memulangkan mereka ke sana.

Mereka kembali ke sana dari seluruh dunia dan diangkat menjadi warga negara tanah suci yang dirampas. Bukankah ini yang telah Allah beritahukan kita selama 1,400 tahun dahulu? Bukankah kita telah diberitahu bahawa perkara ini akan benar-benar berlaku? Kenapa matahati kita kabur dan buta? Yakjuj dan Makjuj di depan mata pun kita tidak sedar tentang kehadiran mereka.

Fahami ayat 96 surah al Anbiya’. Apabila ayat itu menyebut bahawa bangsa ini akan kembali ke tanah yang diharamkan mereka untuk pulang, dan mereka diberitakan akan pulang dalam keadaan menurun dari semua arah, maka ramai daripada kita, dengan matahati yang kabur memberi tafsiran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan datang dari arah perbukitan dan gunung ganang. Sentiasa saya menegur tentang kepentingan matahati dalam banyak penulisan di dalam blog ini.

Ayat 96 surah al Anbiya’ memberikan lokasi spesifik di mana bangsa yang diharamkan ini akan kembali. Apabila mereka kembali ke sana, mereka akan bergerak dalam keadaan menurun. Hanya ada satu tempat di dunia yang mana setiap daripada manusia akan pergi ke sana dalam keadaan menurun dari semua arah. Tempatnya ialah Laut Mati dan Tasik Galilee.



Kenapa? Laut mati ialah kawasan paling rendah di dunia. Jika ia titik paling rendah dalam dunia, maka semua pergerakan yang bergerak ke arahnya akan berlaku dalam keadaan menurun.  Tetapi laut mati mempunyai air yang sangat masin dan tidak sesuai untuk minuman penduduk setempat. Tidak jauh daripada Laut Mati, terdapat Tasik Galilee (Tasik Tabariyyah). Tasik ini merupakan tasik air tawar dan merupakan sumber bekalan air untuk penduduk Israel kini. Apabilaia sumber bekalan air, maka manusia yang menuju ke sana pasti memerlukan bekalan air dari tasik ini untuk kelangsungan hidup. Tasik Galilee merupakan kawasan kedua paling rendah kedudukannya berbanding paras laut dalam dunia. Semua yang pergi ke sana akan datang dari arah yang lebih tinggi. Bukan bermaksud turun dari bukit, tetapi datang dari seluruh dunia ke tempat yang lebih rendah. Tasik ini jugalah yang menjadi indikator berapa lama lagi masanya yang tinggal untuk manusia menghitung saat pertemuan mereka dengan dengan Al Masih Dajjal.

Semua yang berlaku ini adalah berkait. Ada permainan, ada percaturan, ada untung dan ada yang mendapat rugi. Tetapi di celah-celah semua ini, ada juga yang menjadi mangsa keadaan. Malang bagi insan yang kehilangan tempat bergantung. Malang bagi anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa. Malang bagi suami mahupun isteri yang kehilangan orang-orang yang tercinta. Malang bagi orang tua yang kehilangan anak-anak yang merupakan permata hati mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan perkara ini turut merasa sedih, kecewa dan marah dengan apa yang berlaku.

Benar kita harus redha. Benar kita harus bersabar dengan ujian. Tetapi apakah setakat itu sahaja agama kita mengajar kita untuk berhadapan dengan isu serta perkara sebegini? Kenapa kita terlalu pasif dan harus cepat mengungsi diri ke daerah ratapan dan berdiam diri? Kita tidak diajar untuk meraung-raung dan meratap. Tengok betapa tabahnya mereka-merekayang diuji dengan ujian berat ini menahan diri daripada berbuat demikian. Lihat pun perbezaan mereka-mereka yang bukan Islam yang ditimpa ujian ini. Bukan semuanya layak diuji sebegini rupa.

Redha dan terus diam? Agama kita tidak mengajar kita supaya menjadi umat yang pasif serta mudah diperbodohkan. Kita harus bangkit. Kita harus sedar terdapat sesuatuyang telah berlaku diluar batasan normal sebuah kemalangan biasa. Seolah seluruh dunia sedang berada di atas sebuah pentas lakonan hebat. Kita menjadi sebahagian daripada aktor-aktor yang bertindak dan memberi reaksi mengikut skrip yang mereka mahukan.

Persoalannya, apa yang kita boleh buat jika semua ini merupakan sesuatu yang dipentaskan dalam percaturan kuasa dunia? Apa upaya kita sebagai manusia-manusia kerdil dari sebuah Negara kecil tanpa kekuatan yang boleh mengancam dan mengugut untuk mempertahankan maruahnya daripada dicincang lumat pada mata khalayak antarabangsa?

Malangnya kita tidak percaya kepada janji Allah. Malangnya kita terlupa pada janji Allah. Malangnya kita hanya berpura-pura berdoa dan bersimpati tetapi kita tidak secara serius memanjatkan doa kepada Allah supaya kejahatan ini dikembalikan kepada mereka-mereka yang mementaskannya.

Satu soalan, jika kita ialah superpower dunia dan mempunyai kehebatan tentera dan persenjataan yang tidak terlawan, apakah kita akan mendiamkan sahaja kezaliman ini daripada berlaku dan mengguris perasaan kita? Tentu jawapannya tidak sama sekali.

Tetapi, bukankah kita telah dibekalkan Allah dengan satu bentuk arsenal persenjataan yang terhebat, milik Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Tuhan yang menciptakan Betelgeuse (Bait al jauzi), bintang yang 120,000 kali lebih besar dari bumi kita. Tuhan yang menciptakan VY Canis Majoris yang besarnya 600 trillion kali ganda daripada bumi kita.

Persoalannya, apakah dengan nikmat senjata ini, kita tidak mahu menggunakannya untuk mendoakan agar kejahatan tangan-tangan yang menjadi punca agama dan bangsa kita dihina diseluruh dunia dikembalikan kepada mereka? Apakah dengan nikmat senjata yang dijanjikan tanpa hijab ini, kita tidak mahu menggunakannya untuk menyerahkan kembali kepada Allah siapa sahaja yang telah meletakkan kita semua dalam keadaan gundah, parah dan marah kerana fitnah ini?  Apakah dengan nikmat senjata yang dijanjikan tanpa hijab ini, kita mahu bersikap tidak apa dan melupakan sahaja tangan-tangan ini yang mempotretkan kepada dunia bahawa kita adalah bangsa yang bodoh dan boleh diperbodoh-bodohkan?

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". 1
Ameen..



1)       Al Baqarah ayat 250.
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Tuesday, March 18, 2014

Setahun Sebelum MH370

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

2013, saya menulis mengenai satu timeline (klik). Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan Berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring og Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?
Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.

Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :

1.       Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.

2.       Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.

3.        Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.

Wednesday, March 12, 2014

MH370 : Diego Garcia & Cerita Kapal Terbang

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Setahun yang lalu, saya menulis tentang pulau ini. Saya mengaitkannya dengan pulau di mana Tamim Ad Dari terdampar lalu bertemu dengan Al Jasassah dan Dajjal. Al Jassasah, ada yang menafsirkannya sebagai pengintip.

Diego Garcia sejak sekian lama merupakan tempat di mana, bot, sampan dan kapal-kapal hilang dan ‘hilang’. Dahulunya, ada penduduk asli di situ. Kemudian mereka dihalau British. Selepas itu British ‘dihalau’ keluar sebahagian daripadanya melalui satu perjanjian dengan pihak Amerika Syarikat.

Pulau itu kini menempatkan pengkalan tentera Amerika. Sebuah pengkalan tentera yang jarang diketahui pihak awam. Sebuah pengkalan tentera yang meresahkan pihak Kerajaan China.

Melihat isu-isu yang berlaku lewat seminggu ini dengan kehilangan penerbangan MH370, lawatan Barrack Obama yang dijadualkan pada April 2014, perundingan perjanjian TPPA yang masih belum dimuktamadkan, hubungan China dan Malaysia yang cuba dikeruhkan melalui isu kehilangan penerbangan ini, fikiran saya melayang ke Diego Garcia. Tidak perlu kepada buluh runcing, bubu, jala, pukat tunda dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih dekat apa yang berlaku.

Penulisan saya pada tahun lepas, 2013 memberikan amaran bahawa False Flag akan dijalankan selepas semua usaha ‘regime change’ gagal. Boleh baca semula apa yang saya amarankan di dalam penulisan di bawah. Saya menulis tentangnya sebelum semua ini berlaku.




Pagi ini, apabila berita memuatkan bahawa penerbangan MH370 berpatah balik ke Selat Melaka dan radar menunjukkan kali terakhir ia dikesan di Pulau Perak, seluruh ingatan saya hanya teringat kepada amaran yang saya berikan tahun lepas.

Pulau Diego Garcia, sebuah pulau indah untuk bercuti-cuti. Cuma mereka yang ‘dijemput’ ke sana boleh bersantai di situ.

Obama telah menyelesaikan masalah Osama ben Laden yang menjadi Phantom of The Opera gerakan memerangi keganasan dalam drama dan filem Amerika yang dimainkan seluruh dunia. Mungkinkah April ini, Obama sekali lagi menjadi hero tanpa seluar dalam merah diluar, menyelesaikan kebuntuan dan tekanan ke atas Malaysia kali ini.

Jika demikian, apa harga yang perlu dibayar untuk upah superhero tersebut? LGBT, hak sama rata sama rasa, hak menanam benih diluar kebun yang subur menjadi hak yang tidak boleh didakwa, dasar pro Amerika melalui pelbagai perjanjian, penggadaian Selat Melaka  sebagaimana Terusan Panama dan Suez dikawal mereka, dasar anti China, hak untuk murtad dan sebagainya yang selama ini cuba dipertahankan? Wallahua’lam.

Teringat kata-kata Joker di dalam filem Dark Knight lakonan Heath Ledger..

“If you’re good at something, never do it for free..”



Susahlah dunia jika ‘superhero’ juga datang menuntut 'upah'.


Hidup atau mati, Allah yang menentukan. Hilang atau jumpa, hanya Allah yang menentukannya. Tetapi Allah dan RasulNya berpesan dengan kita tentang bahaya serta kejahatan Yakjuj dan Makjuj serta tipu daya Dajjal. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan dengan satu sifat Dajjal bahawa dia juga 'boleh mematikan dan menghidupkan' sesiapa sahaja yang dia mahu? Bukankah di dalam cerita-cerita yang disampaikan Rasulullah s.a.w. telah disebutkan bagaimana individu-individu yang mengaku diri mereka Tuhan, membuktikan kepada khalayak bahawa mereka juga mempunyai kemampuan untuk 'menghidupkan dan mematikan'? Ingat cara Namrud berhujah dengan Nabi Ibrahim a.s. tentang bagaimana dia 'menghidupkan dan bagaimana dia mematikan'?

Diego Garcia… Diego Garcia.. entah apa lagi yang ada di Diego Garcia..




Segalanya berada dalam pengetahuan Allah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Semoga orang-orang yang tidak bersalah terselamat dalam apa jua keadaan dan yang bersalah mendapat balasannya.


  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Friday, March 7, 2014

Hijaberontak

Imran Haaz via Mohd Luttfi (Penulisan Sebelum Ini Dimuatkan Dalam Akaun Facebook Saya)

Hijaberontak :

Oleh : Imran Haaz

Oh.. baru saya tahu. hari ni hari wanita sedunia rupanya.. ingatkan hari-hari hari wanita. Tak habis-habis dengan doktrin Atonement yang sudah dicontextualize meresapi semua aspek kehidupan manusia.

Lupakan, pergunakan, lacurkan, eksploitasikan, bersikap biadap terhadap wanita kamu 364 hari dalam setahun, tetapi jangan kamu lupa ucapkan selamat hari wanita sedunia pada hari ini.

Lupakan, pergunakan, maki hamun, eksploitasikan, bersikap biadap terhadap ibu bapa kamu 364 hari dalam setahun, tetapi jangan kamu lupa ucapkan selamat hari ibu dan bapa sedunia pada hari ibu dan bapa.

Lupakan, pergunakan, lacurkan, eksploitasikan, bersikap biadap terhadap alam dan bumi kamu 364 hari dalam setahun, tetapi jangan kamu lupa tutup lampu selama 2 jam semasa earth hour setiap tahun.

Nescaya semua dosa-dosa kamu melupakan semua itu dalam 364 hari setahun diampunkan. Sama sepertimana doktrin anak tuhan dikorbankan untuk menghapuskan semua dosa manusia agar manusia boleh terus berbuat dosa lagi.

"Bukankah kristus sudah menanggung dosa kita semua?" Kata seorang pendakwah Kristian kepada saya satu ketika dulu.. lalu saya minta dia kirim salam pada Hitler bila dia 'masuk syurga' nanti. Gott Mit Uns kata Hitler. Itu cerita lima tahun lepas. Kalau perjumpaan itu berlaku pada Mac tahun ini, tentu sahaja salam saya minta krimkan kepada individu yang lebih ramai. "Kirim salam pada Hitler, Mujahid dan Ultraman Taro di Syurga ya Encik Pastor," Bukankah agama Ultraman juga membawa kebaikan. Dan bukankah setiap yang membawa kebaikan itu juga menuju jalan ke syurga? Bukankah itu yg dibelit dan disembelitkan dalam rangka dialog antara agama golongan ini ke gereja-gereja?

Mereka ini ketinggalan gerabak. Itu tegas tuan Mohd Luttfi. Benar mereka ketinggalan gerabak. Tiada perjuangan memartabatkan kecantikan dalaman seorang wanita tanpa kemampuan mereka memperjuangkan hak untuk memakai hijab.

Sudah banyak kali saya menulis di dalam blog satuhala tentang hak keistimewaan ini. Tiada perjuangan memperkasa kedudukan wanita akan lengkap tanpa mereka memperjuangkan hak untuk berhijab dan bebas secara total dari eksploitasi lelaki.

Tetapi gerakan dajjal ini sentiasa selangkah lebih bijak. Jika mereka tidak boleh merosakkan muslimah yang tekad dan tegar mahu menutup aurat, mereka cuba memesongkan tafsiran menutup aurat itu supaya mengikut acuan yang mereka mahukan.

Lalu muncullah golongan Hijaberontak. Mereka-mereka ini dipromosikan sebagai muslimah moden, moderate dan diterima dunia melalui media-media bilamana mereka memakai tudung bagai mangkuk cendol di atas kepala, bagai benggali menjagal roti dan pocong bangkit selepas seminggu dikuburkan.

Tidak cukup dengan itu, ada pula majalah fesyen Hijaberontak dan pertunjukan fesyen Hijaberontak dengan model-model berjalan menuntut mata penonton melakukan skrutini kepada liuk longlai tubuh mereka di atas landas peraga.

"My hijab is painted like wings of butterflies," Saya rosakkan lagu Queen dengan menggantikan perkataan soul kepada hijab di dalam lirik Freddie Mercury. Tajuknya, The Show Must Go On...

Ya.. the show must go on and on and on. Berwarna-warni sehinggakan berjuta rama-rama terkeliru mahu hinggap di pokok bunga atau di atas kepala manusia. Salahkah berwarna-warni? Tidak salah sebenarnya, yang salah ialah warna sehingga hijab itu tidak lagi berfungsi menundukkan pandangan manusia kepada si pemakainya. Hijab yang dulu bukan hijab yang sekarang. Dulu hijab menundukkan pandangan orang, kini hijab menuntut pandangan orang, rerama dan beruang. Ya beruang. Kapitalis lubang biawak dalam kategori omnivor. Daging disentap, kangkung pun disebat. Kiri sebat. Kanan pun sebat. Halal pun dia, haram pun dia juga.

Malanglah anak-anak gadis yang berhijab sebegini sekiranya ia tidak membawa sifat hijab sebagaimana yang dianjurkan di dalam An Nur ayat 31. Hijab itu membantu manusia lain menundukkan pandangan daripada memandang kita sebagai objek seksual dan bahan eksploitasi.

Takut nanti gerabak hijaberontak lebih belakang dari gerabak sebahagian "anak-anak Tuhan" di dalam gambar berita ini. Petang-petang Jumaat ini ada baiknya juga kita bacakan sepuluh ayat pertama surah al Kahfi dan hembuskan pada gambar empat wanita ini. Mana tahu, rasa terkesima itu akan segera tertanggal nanti.



Cukuplah. Saya mahu pergi cari air kelapa. Hari makin panas. Hujan sudah tidak turun. Bukankah tahun lepas saya sudah pesankan supaya bersedia dengan tahun-tahun tanpa hujan yang sudah dekat? Perkiraan saya nyata tersasar. Rupa-rupanya ia datang lebih lekas dari yang saya jangka.

_____________

Penulisan Tahun-Tahun Tanpa hujan pada pautan di bawah:
http://satuhala.blogspot.com/2013/04/seks-pembohongan-bodoh-sombong-dan.html

Aurat Muslimah : Penindasan Atau Pembebasan II (Tahun 20 12).
http://satuhala.blogspot.com/2012/05/aurat-muslimah-penindasan-atau.html

Hijab ialah simbol anti penindasan (2012)
http://satuhala.blogspot.com/2012/08/hijab-ialah-simbol-anti-penindasan-ke.html

Aurat Muslimah : Penindasan Atau Pembebasan I (Tahun 2007)
http://satuhala.blogspot.com/2007/07/aurat-muslimah-satu-penindasan-atau.html


  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Walk The Talk?


ڤڤته ايڠڬريس ‘
Walk the talk'. اي سريڠ دسبوت باڬي منونتوت ستياڤ انسان برڤڬڠ كڤد كات-كاتڽ. والاوباڬايماناڤون، مأنسي تتڤ مأنسي. اد مأنسي هاڽ ماهير بربيچارا، منابور جنجي دان برماءين كات-كات. مريك هاڽ تاهو برچاكڤ.

ڤرلاكوان مريك تيدق سام دڠن اڤ يڠ داوچڤكن. جاديله مريك ڬولوڠن يڠ دسبوت الله د دالم سوره البقرة ايات ٤٤ د باوه :
ڤاتوتكه كامو مڽوروه مأنسي سوڤاي بربوات كبايكن سداڠ كامو لوڤا اكن ديري كامو سنديري; ڤدحال كامو سموا ممباچ كتاب الله، تيدقكه كامو برعقل.

اد ڤولا سستڠه مأنسي، يڠ ملاكوكن ‘
walk the talk' هاڽ كران ماهو دان ايڠين دڤوجي مأنسي. مريك اين منچاري رضا مأنسي. مريك منچاري كدودوكن د دنيا. مريك منچاري سڬالا سسواتو سلاين دري الله.

جادي، اڤ ڤولا ڤيليهن كيت سباڬاي مأنسي يڠ براڬام اسلام. يڠ ترباءيق د كالڠن كيت 
اياله يڠ برجالن تنڤا برچاكڤ. برجالن ممباوا مقصود ملاكوكن سڬالا اڤ يڠ الله سوروه دان منيڠڬلكن سڬالا اڤ يڠ الله لارڠ. برجالن تنڤا برچاكڤ برمقصود، ملاكوكن کسمواڽ دڠن نية يڠ ڤنوه إخلاص كران الله.

Walk & Let Allah Do The Talking

سماس الله مڠيصهكن سمولا قيصه سماس نبي آدم عليه السلام دچيڤتاكن، كڤرلوان كڤد ڤنچيڤتأن آدم بوكن هاڽ دڤرتيكايكن اوليه ڬولوڠن جين ايايت ابليس، ماله ملائكة جوڬ برتاڽكن ڤلباڬاي سؤالن كڤد الله مڠناءي جوستيفيكاسي
(Justifikasi) كوجودن مأنسي سباڬاي خليفه د موك بومي.

لنتس الله ممرينتهكن آدم عليه السلام اونتوق ملاكوكن اڤ يڠ الله سوروه  بڬيندا لاكوكن. الله مڠاجركنڽ بهاس دان علمو مڠناءي نام-نام بندا دان ڤركارا يڠ تيدق دكتاهوي مخلوق-مخلوق الله يڠ لاين. كتيك كدودوكن كمولياان آدم عليه السلام سداڠ دڤرتيكايكن، الله تيدق ممرينتهكن آدم عليه السلام اونتوق ممبلا ديريڽ. تتاڤي، الله ممرينتهكن آدم اونتوق ملاكوكن اڤ ڤركارا يڠ دڤراينتهكن الله كڤداڽ.

آدم عليه السلام طاعة كڤد ڤرينته ترسبوت. دي فوكوس(
fokus). دي تيدق برڬنجق درڤد اڤ يڠ تله دڤراينتهكن. سلساي منونجوقكن كطاعتن كڤد ارهن الله، الله منجمڤوتڽ دهادڤن خلايق ملائكة دان جين.

الله ممرينتهكن آدم اونتوق منونجوقكن بتاڤ ارهن الله ايت 
دطاعتيڽ(ditaatinya) دڠن مڠنل ڤركارا-ڤركارا يڠ الله اجركن كڤداڽ. لنتس ڤارا ملائكة يڠ سبلوم اين ريساو دڠن صفة-صفة مأنسي يڠ دبريكن هاوا نفسو، مولاي فهم اكن کأوڤاياءن ايمان سأورڠ مأنسي كڤد ڤنچيڤتاڽ.

لنتس الله ممرينته مريك ك سمواڽ اونتوق سوجود كڤد آدم. سموا منوروت كڤد ڤرينته الله كچوالي ابليس. ابليس ممبرونتق. دي ممباوا حجه-حجه يڠ مڠڠكت كمولياانڽ سنديري بربنديڠ آدم. اوليه كران رياق دان بوڠكق، دي دهالاو دري جنة.

آدم كمودين دبريكن كمولياان. دي دتمڤتكن د جنة. ڤنوليسن اين، هاڽ ماهو مڽنتوه فاسا سبلوم آدم داوجي اوليه الله دان تربواڠ دري جنة.

بوكنكه ڤريستيوا اين مڠاجركن كيت تنتڠ سسواتو. بوكنكه قيصه اين يڠ دمواتكن بركالي-كالي د دالم 
القرءان منونجوقكن كڤد كيت، اڤابيلا كيت بنر-بنر طاعة كڤد ڤرينته الله، مك الله سنديري يڠ اكن ممبلا كيت د اتس سڬالا كجاهتن سرتا كبوروكن يڠ چوبا دكناكن ك اتس كيت؟

بوكنكن انتارا أوبجيكتيف(
objektif) قيصه اين اياله الله ماهو منونجوقكن كڤد مأنسي ايت، بهاوا دڠن منونجوقكن كطاعتن كڤد الله، نسچاي مأنسي ايت تيدق ڤرلو تاكوت كڤد سڬالا انچمن ك اتس ديري مريك. دڠن طاعة كڤد الله، مك الله سنديري يڠ اكن ممبلا كيت د دنيا دان د اخيرة ننتي.

بوكنكه، اڤ يڠ توروت دمقصودكن اين اياله مڠاجق مأنسي اونتوق “تروس برجالن دان بيار الله يڠ منچريتاكنڽ ننتي د دنيا دان اخيرة ننتي؟“.

تروسكن برجالن، بيار الله يڠ ممبلا كيت. الله تله منونجوقكن ڤد ڤرمولأن قيصه ڤنچيڤتأن مأنسي ايت سنديري. هاڽ مات هاتي كيت تيدق چوكوڤ ترڠ اونتوق ممهمي سموا اين سهيڠڬ مڽببكن كيت بربوت-ربوت ماهو منجادي جوارا دان مندابيك دادا سباڬاي هيرو اڬام. تيدق ڤرلو كڤد سموا ايت. بوات سهاج اڤ يڠ الله سوروه دان تيڠڬلكن سڬالا اڤ يڠ الله لارڠ. چاتتن دان ڤڠهيناان مأنسي مڠناءي ديري كيت د ميديا ماي تيدق 
مموضرتکن. تتاڤي چاتتن ملائكة الله ايتله يڠ سهاروسڽ كيت تاكوتي.


تروسكن برجالن، بيار الله يڠ ممبلا كيت. كناڤ..؟ ايت سنه كيت سباڬاي مأنسي سجق دري زمان نبي آدم عليه السلام دچيڤتاكن. ڤرهاتيكن دڠن عقل دان مات هاتي يڠ ترڠ بنديراڠ.

الله سبحان وتعالى، توهن يڠ منچيڤتاكن سرتا منتدبير سكلين عالم، برحجه اونتوق آدم عليه السلام دان كتوروننڽ دڠن ڤارا ملائكة دان ابليس برادا دهادڤنڽ. الله تيدق ممرينتهكن آدم عليه السلام ممبلا ديريڽ. تتاڤي الله ممرينتهكن آدم بلاجر ممڤرتيڠكتكن علموڽ. آدم عليه السلام هاڽ دسوروه منوروت ڤرينته الله. اڤابيلا آدم عليه السلام منوروت ڤرينته الله، الله ممبلا ديريڽ دهادڤن هيمڤونن ڤارا ملائكة. والاوڤون آدم عليه السلام دهيناكن اوليه ابليس يڠ مڽاتاكن ديريڽ تيدق لايق اونتوق سوجود كڤد آدم عليه السلام، الله برحجه دڠن ابليس ممبلا آدم چيڤتأنڽ.

تروسكن برجالن دان بروسها. بيار الله يڠ ممبلا كيت. بوكنكه ايت سنه مويڠ كيت، نبي آدم عليه السلام؟

بوكن “
Walk the talk،“ بوكن “Talk The Talk،“، تتاڤي “
"Walk & Let Allah Do The Talking.."



ڤ/س : قيصه ڤنچيڤتأن آدم اين بوليه دباچ برمولا دري ايات ٣٠ هيڠڬ ٣٥ سوره البقرة. باچله. باڬايمانا ماهومڠاكو ديري سباڬاي مسلم جكالقر'ان تيدق داڤت كيت فهمي. 

Wednesday, March 5, 2014

Bodoh Di Mata Siti Itu Lebih Baik Dari Bodoh Pada Pandangan Allah

Oleh : Imran Haaz

Sekali lagi sejumlah umat Islam berebut-berebut memenuhi tempat di hadapan Istana Keadilan Malaysia. Antara mereka, mereka hanya kenal satu dua orang lain sesama mereka. Ada diantara mereka meninggalkan pekerjaan, pelajaran, keluarga serta urusan Tetapi, antara semua mereka, mereka tahu apa yang tekandung di dalam lubuk hati saudara-saudara sesama Islam yang berkumpul bersama mereka di situ.

Tujuan mereka hanya satu. Mereka ingin hadir di hadapan Allah selepas kiamat nanti, diiktiraf sebagai sekumpulan muda mudi yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Bukan semuanya muda di situ. Tetapi diakhirat nanti, semuanya muda. Yang lebih tua, juga banyak pahala mereka kerana bermujahadah menggagahi kudrat. Yang muda, juga banyak pahala mereka, kerana kudrat mereka digunakan untuk menundukkan nafsu. Boleh sahaja mereka melepak di mana-mana membuang masa. Boleh sahaja mereka sibuk dengan hiburan dunia dan segala-galanya. Tetapi, hari ini, mereka memilih untuk bersama-sama dengan orang-orang yang tidak dikenali mereka. Bertemu dan berpisah hanya semata-mata kerana Allah.




Lalu, ada di antara mereka mula tertanya-tanya di dalam hati. Benarkah kami di atas landasan perjuangan mempertahankan kesucian nama Allah ini? Apakah Allah akan menerima usaha kami ini dan memandang kami ini ikhlas di atas perjuangan kecil ini? 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email