Thursday, January 30, 2014

Hipokrisi Pelampau Agama II

Oleh : Imran Haaz

Isu nama Allah dikipaskan secara panas oleh sekumpulan pelampau agama yang tidak tahu menghormati sensitiviti umat Islam. Bukan setakat itu sahaja, tindakan mereka juga jelas melanggar undang-undang. Mereka melanggar undang-undang, tetapi mereka mempotretkan diri mereka sebagai mangsa keadaan.

Sehingga ke hari ini, walaupun telah berkali-kali melanggar undang-undang, mereka masih belum dikenakan apa-apa tindakan. Seolah-olah kedudukan mereka ini dilihat lebih kebal daripada kedudukan Yang Di Pertuan Agong. Ini kerana undang-undang dilihat tidak boleh menyentuh mereka. Mereka berterusan kebal daripada tindakan. Lebih pelik lagi apabila pihak berkuasa yang diberikan kuasa oleh undang-undang yang cuba menghalang perbuatan melanggar undang-undang mereka cuba dipotretkan sebagai kumpulan yang melakukan kesalahan.

Perjuangan umat Islam mempertahankan kesucian nama Allah ini kemudiannya dijadikan mereka bahan olok-olok. “Malay Muslims made us a laughing stock of the world,” menjadi zikir harian mereka. Itulah perkataan yang diulang-ulang saban hari oleh burung kakaktua dan rekod-rekod rosak yang berputar-putar di dalam media kendalian mereka. Seolah-olah, mana-mana artikel penulisan mereka, tidak akan mencapai tahap kosher sekiranya ayat tersebut tidak dimasukkan.


Hanya kerana mempertahankan Allah daripada diberikan penghinaan dengan merendahkan Dia ke tahap makhluk dengan keperluan haiwaniah untuk mempunyai anak, kita dipersendakan mereka setiap hari dalam setiap media mereka. Tetapi, Allah menjanjikan kepada kita tentang satu perkara. Tidak perlu risau dengan tindakan mereka memperolok-olokkan kita, kelak Allah akan memperolok-olokkan mereka kembali dengan cara yang lebih memalukan.

Wednesday, January 29, 2014

Muslim Quranik atau Muslim Statistik?

Oleh  : Imran Haaz

Pada 2006, saya mula menulis novel Syahadah Gadis Ateis. Yang mendorong saya melakukannya ialah kes Lina Joy. Saya membuat sedikit kajian kenapa kes-kes murtad boleh terjadi kepada umat Islam. Kebanyakan daripada kes-kes murtad yang digembar-gemburkan, kerap kali kaum keluarga mereka menyatakan mereka telah diberikan didikan agama yang sempurna.

Itu pada fikir mereka. Kelas petang untuk belajar mengaji al Qur’an dan kelas Fardu Ain bukanlah memberi erti bahawa ibu bapa telah menjalankan tanggungjawab memberikan didikan agama dengan sempurna. Anak-anak ini akan kenal praktis serta amali dalam agama mereka. Tetapi mereka tidak diajar untuk kenal sebenar-benar kenal tentang agama mereka. Mereka tidak dibentuk untuk mengenali Allah.

Ya benar, mereka tahu Allah itu Tuhan mereka. Tetapi antara tahu dan benar-benar mengenali Allah ialah dua perkara yang berbeza. Awaluddin Makrifatullah. Awal agama itu ialah mengenal Allah. Rasulullah s.a.w. mengambil masa 10 tahun di Makkah untuk membentuk kefahaman yang teguh tentang siapa Allah sebagaimana Dia sebenar-benarnya Dia.

Itulah malangnya dengan sistem pendidikan pada hari ini. Ketika sistem pendidikan agama di negara ini lebih banyak memprogramkan anak-anak kita untuk menjadi zombie ibadat tanpa pembangunan kekuatan ruh yang sepatutnya kukuh dalam membentuk ibadat, kegagalan ibu bapa untuk menampung ruang yang ditinggalkan itu juga menyumbangkan generasi anak-anak Islam yang cemerlang di dalam perperiksaan serta subjek agama Islam, tetapi dari segi praktisnya, mereka gagal membangunkan sifat serta jati diri seorang Muslim yang cemerlang dari segi kekuatan akidah, mental, ruhani dan jasmani.

Ini penyakit yang sedang dihadapi majoriti daripada kita sekarang ini. Majoriti umat Islam disekeliling kita pada hari ini tergolong dalam golongan Muslim Statistik. Muslim statistic ialah Muslim yang bernama Muslim di dalam kad pengenalan, dokumen rasmi serta cemerlang di dalam subjek agama semasa persekolahan.  Kewujudan ramai Muslim dalam kategori ini dilihat sebagai suatu bentuk kesuburan bagi mana-mana gerakan perkembangan iktikad Kristian ke atas umat Islam di Negara ini.

Bukan saya yang memberikan nama Muslim Statistik kepada Muslim dalam bentuk sebegini. Gelaran itu diberikan oleh golongan penyebar Kristian semasa prospek sesuatu negara diperhatikan mereka sebelum Negara-negara tersebut dijadikan sasaran untuk perkembangan agama tersebut. Mereka memerhatikan apa kedudukan iman serta kekuatan Muslim di dalam Negara-negara sasaran. Mereka membahagikan golongan Islam dalam sesebuah Negara sebagai Muslim Quranik dan Muslim Statistik. Malah ada juga pecahan di dalam kategori Muslim Statistik kepada kumpulan Muslim Animistik, Muslim Adat dan Muslim Kebatinan.

Tuesday, January 28, 2014

Jangan Baling 'Molotov Cocktail' Sembunyi Tangan

Oleh : Imran Haaz

Berjuang hampir satu dekad dalam menghadapi himpitan demi himpitan provokasi golongan pelampau Kristian menyebabkan kita pada hari faham benar dengan perangai serta perlakuan mereka.

Taktik mereka mudah, jika agama mereka tidak dapat dikembangkan kerana kekangan, mereka akan melakukan pelbagai bentuk provokasi untuk memaksa orang-orang Islam melakukan tindakbalas. Kerana itulah kita yang berjuang di sini sentiasa berpesan kepada orang-orang Islam supaya bertenang dan melawan mereka secara intelektual serta menggunakan cara yang mereka tidak akan sangka. (Klik untuk ke penulisan yang cuba menjawab provokasi seorang penulis yang menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai punca keganasan Timur Tengah)

Kita juga sentiasa berpesan kepada pemerintah supaya mengambil tindakan mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah diwartakan. Apa guna undang-undang sekiranya ia boleh diludah dan dipijak begitu sahaja oleh puak-puak pelampau ini. Kita berpesan dengan pemerintah kerana kita tahu mereka-mereka ini akan terus melakukan provokasi sehingga timbul kacau bilau. Mereka memang mahukan berlaku keganasan ke atas orang-orang Kristian dan gereja-gereja mereka. Mereka telah merancang perkara ini sejak berdekad lepas.


Mereka telah melakukan eksperimen di Indonesia dengan menggunakan taktik provokasi untuk memainkan sentimen mereka dimangsai. Malah mereka tidak malu untuk mengakuinya di dalam buku gerakan Kristianisasi mereka.



Monday, January 27, 2014

Antara 'crusade' dan 'struggle'.

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Bagi mereka yang menulis dengan motif suka-suka, pemilihan perkataan, gaya struktur ayat disusun, cara sesuatu isu itu disentuh, tidaklah membawa apa-apa pengertian melainkan dengan tujuan suka-suka.

Bagi mereka yang menulis dengan satu tujuan yang membawa harapan penulisan mereka membawa impak jangka panjang terutamanya kepada pemikiran bawah sedar manusia, maka setiap patah kata, gambar dan susunan ayat akan dibuat secara berhati-hati supaya sasaran yang ditetapkan akan dapat dicapai nanti.

Lalu, pada suatu petang pada 2006, saya membaca sebuah laporan berita yang dimuatkan di dalam akhbar The Star. Tajuknya, ‘Daughters crusade for women.’

Friday, January 24, 2014

Manusia Maju Mencari Islam, Manusia Kelabu Mencari Debu

Oleh : Imran Haaz


Terdapat sebuah formula tidak langsung berkenaan besar atau kecilnya populasi Kristian di dalam dunia. ia sentiasa berkait dengan tingkat perkembangan daya intelektual manusia. 


Apabila sesuatu negara itu mempunyai manusia-manusia dengan tingkat daya intelektual tinggi, maka agama Kristian tidak akan dapat subur di situ. Jika negara ini, merupakan sebuah negara dengan Kristian membentuk majoriti populasinya, maka, sebaik daya intelektual mereka meningkat, mereka akan secara beramai-ramai meninggalkan agama Kristian.

Pada mulanya mereka akan tercari-car arah. Akhirnya apabila bertemu sahaja dengan Islam, mereka akan segera mengenalpasti bahawa agama inilah yang mereka cari. Dan Tuhan di dalam agama inilah yang mereka rindukan selama ini.

Perhatikan statistik betapa semakin banyak gereja-gereja ditutup di negara-negara barat yang maju. Semasa Kristian subur di barat, zaman itu dikenali sebagai zaman gelap. Sehinggalah gerakan membebaskan gereja dari mencengkam sistem pemerintahan negara. Ketika itu, baharulah Eropah dan barat bangkit. Zaman kebangkitan yang dikenali sebagai zaman pencerahan. Perlahan-lahan mereka meninggalkan gereja dan agama mereka.

Islam kemudiannya mula berkembang. Dari perlahan menjadi semakin pantas. Ia menjadi agama yang paling berkembang dengan pantas di sana. Ini fakta. Maka wilayah-wilayah dan kantung-kantung gereja menjadi semakin menipis. Mereka memerlukan pelan tindakan supaya mereka tidak lenyap dari dunia.

Lalu mereka menyasarkan manusia-manusia dengan tingkat akal yang rendah untuk ditipu untuk percaya bahawa Kristian itu jalan sebenar menuju kepada Tuhan. Lihat sahaja di mana agama ini berkembang pesat. Di dalam hutan, di ceruk-ceruk yang tidak dijejaki manusia, di dalam negara mundur dan dunia ketiga. Di dalam negara-negara yang musnah tamadunnya kerana perang dan dihancurkan agen-agen mereka sendiri. Inilah tapak suburnya agama tersebut. Tempat di mana manusia tidak berada pada tingkat pemikiran optimum. Sebaik manusia-manusia ini mencapai tingkat pemikiran optimum, mereka pula akan mempersoalkan apa yang mereka pegang.

Kerana itulah Asia Tenggara termasuk Malaysia ini penting kepada mereka. Mereka merasakan bahawa manusia-manusia di sini berfikiran kangkung. Maka ia menjadi tanah yang subur untuk gerakan perkembangan iktikad agama mereka. Mereka tidak mampu untuk mengembangkan Kristian kepada kelompok manusia intelektual, tetapi mereka menyasarkan manusia-manusia

Harus diingat, keupayaan intelektual tidak diukur dengan pencapaian akademik atau sijil-sijil dan kredibiliti yang diberikan tinggi menggunung. Luqmanul Hakim, seorang manusia biasa, diangkat Allah sebagai antara manusia yang bijak hanya kerana dia berpesan dengan pesanan penuh hikmah kepada penyambung warisannya bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah. Pesanan inilah yang membezakan antara seorang manusia yang tahu dan faham atas tujuan apa dia diciptakan.

Doktor, Lawyer, Majistret apakah mereka bijak jika meletakkan seluruh pengharapan dan kehidupan mereka kepada patung, batu dan kayu?

Seluruh dunia dengan manusia berfikiran maju berlumba-lumba mahu memeluk Islam. Mereka sebenarnya semakin hari semakin dekat kepada Islam.

Jadi, tiada tempat untuk agama selain Islam berkembang kecuali dengan mencuba gerakan missionary mereka kepada golongan manusia yang masih belum maju dalam pemikiran. Kita menyediakan tempat yang subur bagi mereka. Pemikiran ramai daripada kita masih terkepung di dalam satu sistem pemikiran yang mudah ditipu. Kita masih berfikiran kolot. Kita masih menunggu hidayah dalam rupa bentuk nama-nama Allah pada pokok, ranting, langit dan haiwan. Kita masih lagi hanya mahu terkejut dengan kebesaran Allah setelah melihat sejadah yang tidak pernah digunakan tiba-tiba terlipat dalam posisi seakan bersolat.

Kerana melihatkan sistem pemikiran kita sebegitulah pihak-pihak pelampau Kristian dinegara ini bersungguh-sungguh mahu memastikan yang ruang terhad untuk mereka berkembang di rantau sebelah sini dapat dimanfaat sebaik-baiknya. Selagi umat Melayu masih percaya air kumbahan yang terpancut dari celah-celah batu sebagai air penawar. Selagi kedai tidak laku akibat tidak pandai berniaga dituduh terkena buatan orang. Selagi tegar membawa anak-anak berjumpa bomoh menjampi getah pemadam, pen dan pensel untuk mendapat keputusancemerlang dalam peperiksaan. Selagi itulah kita, umat Islam dinegara ini akan dipandang sebagai sebuah ladang yang subur untuk gerakan missionary Kristian.

Kebodohan ialah baja paling subur untuk gerakan mereka. Tanpa kebodohan manusia, mereka tidak akan dapat berkembang.

Maka kita semua bertanggungjawab untuk membebaskan umat ini dari sisi pemikiran bodoh yang membelengu serta merosakkan lojik akal kebanyakan daripada kita. Kita perlu bebaskan umat ini daripada tercandu delusi. Kita perlu bebaskan umat ini daripada belengu kryptonite minda muslim. Tanpa gerakan pembebasan ini, kerja kita menjadi berat. Orang-orang Melayu/Islam di sini perlu diajar kembali cara bagaimana berfikir. Kita sudah terlalu lama outsourcekan keupayaan berfikir untuk dijalankan orang lain. Kita sudah lama selesa menjadi pak turut. Kita bertakbir kuat tanpa menerbitkan hatta sekelumit pun rasa gerun malah dipandang kita dengan pandangan paling hina seolah kita diumpamakan sebagai keldai oleh golongan kafir.

Itu hakikat diri kita. Kita berpecah kerana kita tidak pernah mahu berfikir bahawa imuniti anugerah Tuhan kepada umat Islam yang tak akan terkalah hanya datang bersama penyatuan muslim. Kita lebih sanggup untuk ditakdirkan hancur kerana perbalahan kuasa sementara penguasaan dunia. Kita berpatah arang berkerat rotan hanya kerana ketaksuban atas pegangan sesuatu yang fana.

Kita merasa kita gagah kerana bergaduh sesama sendiri. Dalam masa yang sama, kumpulan missionary ini melihat kita sebagai ladang yang subur kerana kehilanagan imuniti.

Orang-orang barat sedang berebut-rebut meninggalkan kemabukan dunia untuk memeluk Islam. Orang kita berebut-rebut menjual Islam kerana mabukkan dunia. Perhatikan video di bawah. 1250 warga Jerman, salah sebuah negara dengan keupayaan kejuruteraan termaju di dunia, memeluk Islam secara serentak di dalam satu Majlis. Kenapa kita di sini ada yang sehingga menjual agama demi merebut sesuatu yang fana? 




Jangan dibiarkan keadaan ini berlarutan. Kita terus memperbaiki keupayaan pemikiran semua disekeliling kita termasuk kita sendiri. In Sya Allah, setiap kesusahan dalam berusaha itu akan datang bersamanya dua kemenangan. Semoga situasi dalam video di bawah ini akan dapat dilhat dengan kerap dinegara ini. In Sya Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=le-ER3VQurc

Wednesday, January 22, 2014

Antara Pilaneserg & Sweden

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Hak asasi manusia di barat, dibentuk dari acuan yang kelabu. Itu hakikatnya. Bagi mereka manusia itu harus bebas-sebebas bebasnya. Ini satu kegilaan. Hatta jika wujud satu Utopia sekalipun, manusia masih harus dibataskan dengan tindakan-tindakan sekatan. Sekatan bukanlah bererti menghalang kebebasan. Tetapi sekatan yang dikenakan ialah mengenai memelihara kebebasan yang dikecapi oleh majority rakyat supaya tidak dirosakkan oleh segelintir pelampau.

Apa yang berlaku ke atas pasangan Islam di Sweden amat menyedihkan. Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dilaporkan masalah penahanan pasangan itu berpunca dari tindakan mereka memukul tangan anak mereka yang tidak mahu bersolat. Kita di sini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan mereka ditahan. Apa bentuk pukulan yang dikenakan dan bagaimana isu itu boleh menjadi besar sehingga menyebabkan mereka ditahan. Apakah sikap Islamophobia orang-orang barat menyebabkan sesuatu yang kecil sebegini menjadi besar? Kita tidak tahu jawapannya dengan pasti. Sementara mereka-mereka yang sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan menjalankan tugas mereka, kita doakan yang Hak mendapat kemenangan mereka.

Bukan mudah untuk hidup sebagai umat Islam jauh dari komuniti Islam. Ia sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah memberi amaran bahawa baginda akan berlepas diri jika mereka diapa-apakan.

‘Aku berlepas diri dari setiap muslim yang tinggal bersama orang-orang musyrik.‘ Mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, mengapa?’ Rasul menjawab, ‘Jangan sampai orang muslim melihat api orang kafir’,” (Hadis Riwayat Abu Dawud,  at-Tirmidzi, Ibnul Arabi dan ath-Thabrani).

Ia mengenai kisah pertempuran yang berlaku dalam perjalanan pasukan kiriman Rasulullah s.a.w. menuju ke Khats’am. Ketika pertempuran berlaku, pasukan kiriman Rasulullah s.a.w. telah tidak sengaja membunuh sekumpulan orang yang cuba menyelamatkan diri. Walaupun mereka telah bersujud sebagai indikasi mereka ialah orang-orang Islam, tetapi mereka terbunuh di dalam peristiwa itu.




Ulama’ menggunakan peristiwa ini untuk menunjukkan bagaimana situasi jalan hidup yang perlu dielakkan, sekiranya boleh, oleh orang-orang Islam. Orang-orang Islam tidak boleh menjadi seperti domba yang sesat yang tinggal bersama kawanan serigala. Jika tidak mampu untuk dielakkan, mereka harus segera mencari komuniti Islam yang terdekat supaya dapat bergabung di dalam Jemaah mereka. Ini bagi tujuan keselamatan diri dan agama dan bagi tujuan perlindungan.

Nasib yang menimpa keluarga Muslim ini di Sweden adalah sangat malang. Kita tidak mahu berbicara tentang undang-undang mereka dan kita tidak mahu berbicara tentang apa yang menyebabkan ianya berlaku. Itu masih samar-samar di sini. Perkara yang samar, jika diberikan pendapat, takut ianya memberikan situasi yang tidak adil kepada apa yang berlaku.

Tetapi penulisan ini akan memberi komen kepada perkara yang jelas tidak betul. Perkara tidak betul yang berlaku pada waktu ini ialah, tindakan pemerintah Sweden yang memisahkan anak-anak keluarga ini daripada ibu bapa mereka dan memberikannya kepada keluarga bukan Islam untuk menjaga mereka. Niat murni keluarga bukan Islam itu untuk menjaga mereka buat sementara waktu tidaklah ditentang. Tetapi sebagai sebuah keluarga Islam, mereka berhak untuk ditempatkan bersama mana-mana keluarga Islam yang terdekat dengan jalinan darah bersama keluarga tersebut.

Tuesday, January 21, 2014

Jangan Sampai Cacing Naik Ke Mata...

Oleh : Imran Haaz

Pepatah Relevan Minggu Ini, "Jangan sampai cacing naik ke mata.."

Orang tua-tua kita dahulu sentiasa berpesan dengan hikmah. Hikmah dipelajari melalui pengalaman dan pemerhatian. Banyak pantang larang yang kita lihat seakan merapu, tetapi sebenarnya disampaikan kepada subjek yang mahu ditegur dengan kiasan yang lebih mudah. Ia supaya mereka mampu faham akan sebab dan kesudahan akibat sesuatu perbuatan.

Kebanyakannya dibuat dalam nada-nada serta pengisian yang cuba menakut-nakutkan. Sekarang ini, disebabkan kita berhadapan dengan masyarakat yang lebih moden dan terbuka, maka pesan-pesan seperti 'Jangan lalu bawah ampaian, Jangan tertiarap dengan kaki menyabung, Jangan Menyanyi di dapur.. dan sebagainya, tidak lagi kedengaran. Anak-anak muda tidak lagi diajar tentang kesudahan perbuatan sesuatu perkara. Walaupun merapu seperti mana yang dinasihatkan satu masa dulu, tetapi pengajaran yang harus diambil ialah, orang-orang tua dahulu mengajar sebab dan akibat melakukan sesuatu perbuatan.

Generasi hari ini ialah Generasi Undo (Klik) sebagaimana yang saya tulis dalam satu nukilan sebelum ini. Mereka sangka, semua kesudahan buruk akibat perbuatan mereka boleh di-undo-kan. Tetapi itu tidak berlaku sebenarnya.

Monday, January 20, 2014

Hipokrisi Pelampau Agama

Oleh : Imran Haaz

Pada Oktober 2010, Kerajaan Australia mewartakan undang-undang untuk mengharamkan sebarang penggunaan nama Marry Mc-Killop untuk menjaga kesucian nama itu dari dicemarkan. Marry McKillop merupakan warga Australia yang bakal diangkat sebagai seorang Santo oleh gereja Katolik Vatican. Dia merupakan Santo yang pertama untuk negara Australia.




Lihat sahaja hipokrisi gereja dan penganut Katolik. Jika nam
a Santo mereka, seorang manusia biasa yang dimuliakan gereja mereka pun tidak dibolehkan untuk dicemarkan dengan sabitan-sabitan yang tidak sepatutnya, kenapa pula mereka tidak boleh berfikir dalam getus fikiran yang serupa mengenai penghinaan nama Allah di Malaysia?

Lebih teruk lagi khayal pelampau-pelampau Katolik di Malaysia dengan menuduh kita sebagai bersifat tidak terbuka kerana melarang mereka menghina nama Allah dengan sabitan sifat Anthropomorphic.

Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.


 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Sunday, January 19, 2014

Tolak Ansur

Oleh : Imran Haaz

Setelah Pengetua Rasis merangkap seorang pemeras ugut bunuh melafazkan tiga patah perkataan hikmat 'I'm veli soli', dengan pantas MB Johor memuji tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai kemuncak toleransi. Tolerasi itu perkataannya. Perkataan Kemuncak itu pula tambahan garam dalam lauk yang saya tambah sendiri. 


Toleransi di dalam bahasa Melayu sangat dekat dengan perkataan tolak ansur. Tolak dan ansur. Kerana itulah tanah Johor semakin hari semakin kecil ditolak dan beransur kepada republik Yahudi tidak berhidung mancung dari selatan.

Ada wilayah di Johor sudah mula menjadi tapak kediaman dan kemudahan kepada cita-cita perkembangan rakyat republik tersebut. Republik itu mahu menambah rakyat, tetapi tanahnya tidak cukup. Jadi daripada membuat setinggan di atas laut, adalah lebih praktikal menumpang tanah di negara orang yang boleh berTOLAK ANSUR. Beransur-ansur nanti, kawasan itu akan dibuat zon khas. Kemudian dihantar tentera mereka untuk menjaga keselamatan rakyat mereka di situ. Sama dengan tentera mereka yang mengawal sumber air di kawasan negara kita selama ini.

Malah, sebuah majalah berkenaan sains dan alam di negara tersebut, sudah mula menganggap zon tersebut sebagai wilayah negara mereka. Ini bukan satu kesilapan penerbitan. Saya katakan ia bukan kesilapan penerbitan ialah kerana versi bahasa Inggeris dan Melayu majalah tersebut memaparkan peta yang sama. 



Di dalam peta itu, Kita melihat zon negeri Johor sudah mengecil. Ini bersamaan dengan maksud tolak dalam perkataan TOLAK ANSUR. Zon negara Cinapura pula, semakin beransur-ansur membesar. Inilah bahagian Ansur di dalam TOLAK ANSUR.

Jadi, apabila kes tersebut diselesaikan dengan kata-kata hikmat 'I'm Veli Soli' yang merupakan pelembut dan pendungu keupayaan minda Melayu Muslim dilafazkan, maka ia diangkat oleh MB Johor sebagai satu contoh toleransi. Toleransi yang juga membawa maksud tolak ansur. Tahniahlah... akhir nanti, Melayu akan beransur-ansur diperhambat ke hutan.


 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Saturday, January 18, 2014

I'm Veli Soli

Oleh : Imran Haaz


Tahun 2010, seorang pengetua Melayu mengeluarkan satu kenyataan yang tidak disenangi golongan yang tidak setia kepada prinsip2 asas pembinaan negara.

Lalu, bertubi-tubi mereka menyerangnya, peribadinya, kementerian yang menggajikannya. Pengetua itu dikatakan memohon maaf. Mereka tidak menerima permohonan maafnya. Mereka mahu dia dihukum. Lalu Kementerian pendidikan menghukumnya dengan membuat pertukaran. Pengganas Chauvinist masih tidak berpuas hati. Hukuman itu terlalu ringan kata mereka. Mereka mahukan hukuman yang lebih berat kerana menurut mereka isu itu berbau perkauman. Sekiranya ada hukuman mati untuk sabitan kesalahan perkauman, tentu sahaja hukuman ini akan dituntut mereka untuk dijalankan ke atas pengetua itu. Lihat sahaja keratan akhbar tersebut.


Lihat pula liputan berita mengenai seorang pengetua pelampau merangkap chauvinis dan rasis di sebuah sekolah vernakular di Johor yang tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Negara. Akhbar itu sunyi sepi daripada membuat sebarang liputan. Tiada surat2 bantahan disiarkan.

Seorang guru muslimah yg juga baru memeluk Islam telah diugut krn berkeras mahu kekal menutup aurat. Ia menimbulkan satu polemik yang membuat darah mana-mana org Islam menjadi panas.

Tetapi puak chauvinis ini tahu kelemahan org Melayu. Kelemahan org Melayu ialah pemimpin politik mereka adalah terdiri dari kalangan manusia bacul. Peti undi ialah segala-galanya bagi mereka. Hidup dan mati pemikiran mereka bertawaf pada isi peti undi. Pentas politik sudah menjadi rumah persundalan agama. Orang2 politik memperdagangkan agama dengan menggadaikannya mengikut jumlah undi golongan kafir yang boleh mereka terima. Lebih banyak bahagian agama yang dijual, maka lebih banyak sokongan golongan kafir akan bersama mereka. Kerana itulah setelah sekian banyak isu yg melukakan perasaan org Islam, mereka masih percaya bahawa dengan melafazkan kata-kata hikmat 'I'm veli soli', maka dosa mereka yg berdosa akan diampunkan orang Melayu tanpa sekelumit dendam.

Pada tangan orang Melayu, ada kuasa undang2. Apalah guna kuasa undang-undang jika ianya tidak mampu digunakan.

Yahudi Bani Qainuqa dihalau dari Madinah dan diperangi hanya kerana salah seorang dari mereka cuba mencabul kehormatan seorang Muslimah sehingga tudung yang dipakainya tertanggal.

Itu Yahudi berhidung mancung. Di sini pun ada Yahudi juga. Tak kan dengan undang2 ditangan, pemerintah masih tidak boleh melakukan apa2?

Melayu Muslim Memang Pemaaf. Memaafkan itu ada tempatnya. Tapi jangan sampai orang2 Islam semakin dihina dan Di Layan Seperti Anjing Kurap Dalam Negara Sendiri..

Tanpa sekolah satu sistem, sikap tiada rasa sensitif begini akan kekal berterusan sampai bila-bila. Sekolah ternakular harus ditutup. Ops.. I'm veli soli.


 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Friday, January 10, 2014

Surat Terbuka Kepada Ketua Sami Buddha Malaysia dan Singapura

Oleh : Imran Haaz

Ini merupakan satu surat yang terbuka bagi menjawab kenyataan akhbar terbuka yang dibuat Rev. Dr. Sumana. Kenyataannya dipetik oleh akhbar The Sun pada hari Rabu 8 jan 2014.


Email jawapan kepada Rev Sumana spt di bawah. 


Saya menulis surat balas ini pada hari sama. Ia dihantar melalui email kepada Editor Akhbar tersebut. Penolong Editor di mana saya pernah berdialog dengannya sebelum ini telah pun lama berhenti. Dialog lama tersebut boleh dicapai di sini.

http://satuhala.blogspot.com/2012/05/dialog-dengan-timbalan-pengarang-akhbar.html

Mengetahui ianya tidak akan disiarkan the Sun sepertimana surat-surat protes sebelum ini, saya tetap melakukannya. Bukankah itu satu pekerjaan yang membuang masa dan sia-sia jika mengetahui ianya berkemungkinan besar tidak akan disiarkan? Itu yang dikatakan beberapa sahabat. Untuk persoalan itu, saya cuma boleh menceritakan kepada mereka perihal seekor burung kecil yang berusaha memadamkan api setinggi bukit ketika Namrud sedang berusaha menghapuskan Nabi Ibrahim a.s. dengan harapan jalan agama Hanafi ini akan berkubur sebaik Ibrahim a.s. terbakar sepenuhnya. Apakah burung kecil itu tidak tahu bahawa usahanya itu juga sia-sia? Burung itu tahu, paruh kecilnya itu tidak akan memadamkan api yang sedang kelihatan membakar Ibrahim a.s.

Thursday, January 9, 2014

Ahli Sorga Sudah Mendarat?

Sejak Bila Resolusi Sepuluh Perkara Lebih Tinggi Dari Undang-Undang?

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Kita umat Islam tidak pernah mahu belajar dari pengalaman. Atas sebab itulah pemerintah akan menjadi mangsa ugutan pihak pelampau agama pada setiap kali menjelang pilihanraya. Pemerintah diberikan amanah kuasa dan mempunyai kuasa di atas undang-undang yang telah diwartakan.

Walaubagaimanapun, amat malang apabila peruntukan undang-undang sediada ini hanya bertujuan menambahkan mukasurat dan nombor perkara di dalam kanun dan enakmen undang-undang sediada. Ia sekadar satu perhiasan. Tidak mampu atau tidak mahu menggunakannya bukanlah satu persoalan yang rakyat mahu tahu. Kebanyakan rakyat melihat dan menilai apa kemampuan perintah dalam menjalankan sebanyak mana hasrat yang dimahukan majoriti rakyat.

Rakyat dididik dan ditarbiah dengan rukun negara pada hampir setiap minggu perhimpunan bermula alam persekolahan mereka. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang antara tiga dari lima rukun negara yang ditarbiah semenjak mereka belum lagi boleh membaca secara lancar.

Gambar 'diluar tabii', untuk tajuk berita utama diluar tabii. Sangat sesuaikan?

 Jadi, apa perasaan mereka apabila pemerintah negara yang mahu mereka ditarbiah dengan prinsip-prinsip rukun negara ini, mereka dapati tidak bercakap serupa bikin dan hanya gemar beretorik apabila berhadapan dengan desakan kumpulan-kumpulan pelampau agama Kristian.

Monday, January 6, 2014

Isu Kalimah Allah : Ujian Asid Atau Bakal Mencurah Asid?

Oleh : Imran Haaz

The Star memuatkan tajuk Acid test untuk National Unity Consultative Council (NUCC). Ia melibatkan isu kalimah Allah yang cuba dipermain-mainkan oleh golongan pelampau Kristian tempatan.  Menyerahkan urusan kalimah Allah kepada NUCC ibarat menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak tepat dan mungkin tidak layak. Ia juga seolah merupakan tindakan menggunakan pintu belakang untuk menafikan keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Mahkamah Rayuan. Proses perundangan masih lagi berjalan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan membawa kes untuk dibicarakan di dalam Mahkamah Persekutuan. Membawa isu ini kepada NUCC yang dianggotai oleh majoriti golongan yang bersetuju dengan Kristian dibolehkan menggunakan nama Allah, ibarat percubaan meliwat undang-udang.


Menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak layak dan tepat membawa maksud negara akan menuju kucar kacir dan mungkin hancur. Lebih 70% muka2 yang dilantik di dalam National Unity Consultative Council merupakan mereka yang cenderung dengan pendapat Kristian harus dibolehkan menggunakan kalimah Allah. Penulisan ini bukan bertujuan untuk melangkau perkara yang belum berlaku serta meletakkan prejudis awal, tetapi track record kebanyakan mereka yang berada di dalamnya seolah-olah mencadangkan perkara itu akan berlaku.

Friday, January 3, 2014

Generasi "Undo"

oleh : Imran Haaz

Pemikir dari golongan ahli Antropologi gemar membahagikan generasi manusia yang ada pada masa sekarang kepada beberapa generasi. Bermula dengan Baby Boomers untuk generasi yang dilahirkan selepas Perang Dunia ke II, diikuti oleh Generasi X untuk kumpulan yang dilahirkan bermula 1964 hingga 1979 dan Generasi Y untuk mereka yang dilahirkan selepas itu sehingga tahun 2000. Generasi selepas tahun 2000 dinamakan dengan Generasi Z atau Generasi Senyap. Betulkah generasi yang terhidangkan dan sedang berkembang dihadapan kita ini merupakan satu generasi senyap? Nama-nama ini tidak memberikan justifikasi yang adil kepada sisi pemikiran atau dimensi psikologi dan pembentukan pemikiran golongan yang sedang membesar dihadapan serta bersama kita.


Kita sedang berhadapan bukan dgn Generasi Y atau Z. Kita sebenarnya sedang berhadapan dengan Generasi Undo. Terminologi  yang saya ciptakan sendiri melalui pemerhatian yang dilakukan saban hari ke atas sisi psikologi manusia-manusia muda pada zaman ini.  Terma Undo itu sendiri terbit dengan merujuk kepada wujudnya fungsi butang undo pada perisian pemprosesan kata pada awal kewujudannya. Lance A. Miller dan John C. Thomas merupakan mereka yang bertanggungjawab mencadangkan kewujudan satu fungsi seperti fungsi Undo sebagai sesuatu yang mungkin membantu di dalam kerja-kerja programming. Setelah kewujudan butang yang seharusnya memudahkan pekerjaan manusia itu, manusia kini tidak lagi berhati-hati di dalam berfikir dan mengambil keputusan.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email