Friday, July 18, 2014

MH 17 17 Haribulan 7, Permulaan Kejatuhan Yahudi Menurut al Quran?

Oleh : Imran Haaz

Satu perkara yang para sahabat r.a. buat bila berlaku peristiwa-peristiwa besar dan perkara-perkara yang sukar mereka fahami ialah, mereka akan segera membuka mushaf al Qur'an bagi mendapatkan nasihat Allah kepada mereka.


Kita orang biasa.. tidak sampai ke tahap kemampuan berkomunikasi dengan Allah sehingga tahap hebat macam itu. Tapi apa yang dilakukan mereka, selalu juga kita turuti sebagai jalan mencari petunjuk dan memahami apa yang sedang berlaku.

Semalam selepas berkongsi semula penulisan-penulisan lama berkenaan MH370 sebelum. Saya cuba membuka mushaf untuk memahami ke mana isu ini akan dibawa pergi.

Kejadian berlaku pada 17 haribulan 7 kepada MH 17.

Yahudi percaya kepada permainan nombor di dalam kehidupan mereka. Nombor satu bermakna permulaan, kelahiran. Nombor 7 bererti kemusnahan dan pengakhiran, kehancuran, penamatan. 

Dalam al Qur'an surah ke 17 ialah surah al Isra' dan ayat ke 7 di dalam surah tersebut menjelaskan perkara berikut:

Yahudi akan masuk kembali ke baitulmaqdis untuk kali kedua bagi melakukan kerosakan dan kejahatan mereka akhirnya akan dibinasakan Allah melalui tangan-tangan pihak yang dimusuhi mereka (umat Islam)...

ayat penuh seperti di bawah :

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (al Isra' ayat 7) (sila baca dari ayat pertama hingga ke 8 utk fahami dengan lebih jelas)..

Apakah dengan mencari pasal dengan Russia kali ini, escalation konflik akan membuatkan Yahudi berani menceroboh Masjidil Aqsa ketika rasa mereka terlebih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya, perang yang bakal diletuskan kali ini akan membawa kemenangan besar kepada Islam di Palestin?

Jika ia berakhir dengan peperangan besar, maka ketahuilah bahawa kemenangan dijanjikan Allah kepada umat Islam.. dan kita pula menjadi asbab (kes tembak jatuh MH17) kepada kehancuran total Yahudi..

Jadi pesan untuk Najib, jangan salah pilih pakatan.. umat Islam akan bergabung dengan Rum dalam perang akhir zaman.. ramai yang mengatakan Rum yg dimaksudkan ialah superpower Kristian Ortodoks dari Russia dan bukan sebelah Barat iaitu Amerika dan sekutu-sekutu Yakjuj dan Makjujnya kini.

Apakah 17/7 MH17 (al Isra' ayat 7), ialah asbab beginning (nombor 1) of the end (nombor 7) untuk Yahudi?

Kita cuba memahami. Tetapi pengetahuan sebenar adalah milik Allah.


Wallahua'lam..

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga-keluarga mangsa menghadapi ujian ini. Dan bagi sesiapa yang mempunyai tangan-tangan perancangan jahat yang menjadikan negara kita sebagai mangsa bertalu-talu dalam perebutan politik dunia, semoga Allah membalas mereka dengan pembalasanseadil-adilnya. Amin.

Untuk memahami isu ini, boleh tuan-tuan ke ruang facebook saya pada pautan berikut dan membaca penulisan-penulisan lama saya yang telah menjangkakan setiap kali adanya usaha untuk meruntuhkan ekonomi Amerika, maka akan ada sahaja false flag dijalankan. Sehari sebelum MH17, Presiden Russia dan ketua-ketua negara BRICS melancarkan perang ke atas sistem kewangan dunia yang dikawal Amerika. Bagi Amerika, Russia perlu diajar. Tetapi malangnya kita yang dimangsai di dalam konflik ini.

Pautan di bawah :

https://www.facebook.com/imran.haaz/posts/720325478023930

25 comments:

salam

sedih dg berita yg disampaikan pagi ni.. Ya Allah Ampunilah aku krn lalai dgn suruhanMu.. rupa-rupanya Allah tlh mengejutkan saya pkul 2 pg td utk bermunajat pdNya tp sy x amik pusing sbb sy ingat sy x boleh tido sbb panas.. krn takut tlpas sahur saya tido semula.. tp sungguh sy menyesal.. kalo saya boleh undur masa....

wpun dlm psawat itu tiada ahli keluarga saya ttp selagi ada yg beragama Islam dan seorg yg berperikemanusiaan, sy turut melahirkan kesedihan mendalam terutama kpd keluarga mangsa..

hanya doa dan tawakal pd Allah swt yg sy boleh usahakan pd waktu ini..

tetapi pd masa yg sama sy juga tkilan krn KUMAN2 juga mengambil kesempatan atas kesulitan yg dialami.. knp mereka tlalu mementingkan diri sdri tanpa memikirkan perasaan org lain?? knp mereka rasa mereka sgt bagus dlm semua hal yg sbnrnya mrk x layak utk mpertikaikan..

sedih n pedih masih terasa...!! :'(
 
ni semua taktik lapuk false flag yang sesetengah orang dah boleh baca..

yang lakukan mungkin mossad shinbeth or yang berkaitan israel

kenapa ?

1. sebab nak memburukkan nama malaysia kerana malaysia selalu kondem israel

2. untuk memberi tekanan kepada putin berdasarkan kes di ukraine

bak kata pepatah inggeris 'killing 2 birds with one stone'.
 
Apakah ke'tahi'an ini?
 
Ostad ostad, ni nak pakai tarikh risia ke tarikh malaysia sebab masa tu kat malaysia dah 18 aribulan dah, pening ni quran man saya nak bukak ni ahhh sudahh
 
Bodo laa ko nih manusia. Bole tak ko jgn sesatkan lg umat manusia dlm dunia nih? Pahala ko dh byk sgt ke?

Kalo berani approve la komen aku nih. Aku bet ko takkan berani punya. Takde telur.
 
Itu masalahnya dgn KUMAN.. dgn dana dr US, mrk akan semaksimum mungkin menggunakan isu ini utk mengangkat puppet pendana mrk utk ke kemuncak yg mrk mahukan.. part of the grand plan Hasanah..
 
Hamba Allah July 18, 2014 at 10:55 AM,

benar ia false flag.. ia telah diduga sejak awal lagi.. malah bila BRICS lancarkan perang ke atas bank dunia sehari sebelum itu, kita sudah dapat jangkakan bahawa akan ada retaliasi dalam bentuk sebegini dr US dn sekutunya..

Cuma malangnya, kita mangsa ditengah2..
 
Hamba Allah July 18, 2014 at 10:55 AM,

benar ia false flag.. ia telah diduga sejak awal lagi.. malah bila BRICS lancarkan perang ke atas bank dunia sehari sebelum itu, kita sudah dapat jangkakan bahawa akan ada retaliasi dalam bentuk sebegini dr US dn sekutunya..

Cuma malangnya, kita mangsa ditengah2..
 
Hamba Allah July 18, 2014 at 4:17 PM,

Flight dihempaskan di Ukraine. maka tarikh UKraine.

Apa signifikansi tarikh dgn perkara ni.

Jika sudah biasa dgn cara mossad/CIA bekerja.. setiap tarikh akan dipilih dgn penelitian dan justifikasi tertentu..

Itu signifikansi cara MO mrk, tarikh, tempat, waktu dan segala nombor yg berkait dgn mana2 kejadian tentu akan bersangkut dengan mana2 perkara yg dirujuk mrk utk boleh disensasikan..

Jd memahami MO Mossad/CIA ini dan cara mrk, rasional perkara ini terjadi pada tarikh tersebut di cari..

Pembentangan tarikh dan rujukan silang dgn al Quran dibuat utk check samada mrk ada cuba menggunakan nombor2 di dalam al Quran sebagaimana mrk gunakan nombor di dalam gemmatria yahudi utk melakukan perkara ini.

Faham kan..
 
Pahala sya tidaklah banyak Karim.. tetapi saya tahu saya boleh kutip pahala dari usaha dan pahala karim yg menggunung tu lepas approve komen Karim dan dibaca setiap kali oleh pengunjung blog ini..

Jika ramai yg membacanya, InsyaAllah saya akan kaya dgn pahala Karim..

Jika Karim berani, kenapa beri link yang menipu?

Hahah.. jika post ini bertahan sehingga kiamat, Alhamdulillah, pahala Karim akan disedut sampai kering dan karim pula akan mendapat nikmat dihumbankan dosa2 saya yang banyak atas kepala karim nanti...

terima kasih..
 
Lama saya tunggu tulisan tuan.... alhamdulillah, ada lagi anak muda kita macam tuan yang peka akan perkara sekeliling yang berlaku... muga Allah hancurkan mereka yang terlampau durjananya. Muga Allah bagi kekuatan Dan kesabaran ke atas saudara kita Di palestin dan Gaza dan juga keluarga mangsa mh17...
 
Segala puji bagi Allah tuan Hamba Allah July 18, 2014 at 11:36 PM..

Harap tiada yg keliru dgn pentafsiran date tersebut. Ini kerana saya menulis dalam bentuk analisis menggunakan sudut pandang Modus Operandi yg selalu digunakan MOSSAD/CIA dalam menentukan tarikh2 kejadian false flag yg dimahukan mereka.

Setiap tarikh yg mrk pilih, ada perkara yg cuba mereka justifikasikan dgn rujukan silang kepada pelbagai perkara terutamanya dgn percubaan mengaitkan semua itu dgn kitab suci..

perancangan mrk mungkin mahu menunjukkan secara salah bahawa al Qur'an mengatakan (dalam tafsiran salah mereka) mereka akan menang, tetapi pada hakikat sebenar pemahaman ayat itu ialah, Allah mengatakan, melalui kemasukan mereka ke Masjidil Aqsa utk kali kedua nanti dan atas dosa mereka berbuat kerosakan tersebut, Allah akan menghancurkan mereka melalui tangan2 kita sebagai muslim.

Ia bukan satu bentuk obsession kpd khurataft nombor, tetapi melihat dari sudut cara Mossad/CIA berfikir. Itu sahaja..
 
Ada logiknya. Berpandukan al quraan insya allah kita tak akan sesat dalam kehidupan.
 
terima kasih atas entry.
lebih membuka minda saya.
 
Baca je.. xbley terima mntk pandangan dan nasihat.. menegur jgn smpai menghina.. karim..karim.. sedey..
 
semoga Allah memberkatimu saudara . .In sya Allah
 
semoga Allah memberkatimu. .In sya Allah
 
a
 
Alhamdulillah. .jumpa juga saya dengan maksud tersirat ayat 7 surah ke 17 (Al-Isra')..mungkin Allah memberi petunjuk.terdetiknya hati saya untuk merujuk kembali kepada Al-quran, dengan apa yang terjadi dgn dunia sekarang.

Saja tadi,saya buka surah ke 17 dlm Al-Quran dan melihat ayat ke 7 sempena dengan tarikh 17.7 kapal terbang MH17 ditembak jatuh. Tiada niat lain,hanya untuk membelek Al-Quran sekiranya mungkin kejadian itu ada dirakamkan oleh Allah s.w.t.
Bagaikan jantung saya berhenti berdetik, apabila ayat ke 7 itu tertulis:

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul-Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."

Saya terdiam. Terfikir. Adakah ini semua kebetulan? Di saat Gaza diserang, di saat dunia mula membuka mata melihat kejahatan Israel, di saat itu jugalah dunia digemparkan dengan berita kapal terbang MH17 ditembak jatuh. Tiada kata lain saya dapat ungkapkan betapa hati ini berat tatkala membaca surah ini. Terdetik sayu di hati saya..benarlah, Al-Quran itu benar. Janji Allah itu pasti. Kemenangan akhirnya akan berpihak kepada orang Islam. Amin.

Saya bukanlah pengkaji. Bukan juga ilmuwan. Mungkin saya diberi petunjuk sebentar tadi. Syukur,ada juga hamba Allah yg diberi petunjuk untuk berkongsi buah
fikiran yg sama, yg baru sahaja terlintas di fikiran saya tadi. Wallahualam.
 
BarakALLAH fikum. Alhamdulillah. Semuga diberkati usaha saudara untuk membuka mata dan minda tentang cara penipuan pada akhir zaman ini. Ya kita mesti memahami dan mengkaji cara mereka, yang akan sengaja meninggalkan petanda2 bagi mereka yang tajam akal, untuk mempamerkan 'kepintaran' mereka, kelicikan perancangan mereka, supaya manusia ternganga kagum. dan pastunya mereka juga sendiri merasa kagum akan kekuasaan mereka. ramai yang tertipu. sedikit saja yang diterangi NUR untuk menembusi ilusi kepada fahaman hakiki.
sukacita ingin saya ketahui siapakah guru yang membimbing saudara? tentu beliau guru yang dikurniai cahaya.
 
Nak tumpang sedih dengan kelakuan karim..
 
Tuan Hamba Allah (July 19, 2014 at 6:35 AM), Tuan Sherasan, Tuan Hamba Allah (July 19, 2014 at 1:10 PM)& Juwita..

Ada manusia memang begitu.. mungkin dia mempunyai masalah dgn dirinya sendiri sehinggakan susah utk dirinya menyanggah sesuatu dgn cara yg baik dan lebih tertib dan memperbaiki..

Hanya simpati dapat dirakamkan utk org sptnya..
 
Tuan Hamba Allah (July 20, 2014 at 2:19 AM) & Tuan Hamba Allah (July 20, 2014 at 7:36 AM)..
Tiada bezanya antara keupayaan kita semua..

Rasanya utk meletakkan serta menamakan guru yg spesifik, setiap dari kita berguru dari kita dalam perut bermula dgn kata2 serta doa ayah ibu kita sehingga ke guru kita yg terakhir yg membisikan syahadah ke telinga kita pada kahir hayat kita..

Setiap seorang dari guru yg kita pernah bertemu dan belajar dr mereka mempunyai sumbangan kepada membentuk siapa diri kita pada hari ini.. mereka sungguh ramai..

Wujudnya kita dgn keupayaan kita pada hari ini adalah kerana kita dibentuk bagai batu bata yg disusun oleh pelbagai guru sepanjang hayat kita..

Maka tidak adil rasanya kita menamakan mana2 guru yg spesifik di atas sumbangan mereka.. tetapi sumbangan mereka tetap ada..
 
Benarkah SEBUAH 'BANK DUNIA' dah bertapak kat Malaysia? JIka benar, adakah DANA EMAS SEDANG BERSIAP SEDIA MASUK KE BANK INI (KE DALAM NEGARA)?
 
http://ameer125.blogspot.com/2014/07/kuasa-rusia-usa-dan-insiden-mh17.html

http://ameer125.blogspot.com/2014/07/petunjuk-tragedi-mh370-dan-mh17.html
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email