Monday, June 9, 2014

Tiba-Tiba, Semua Orang Adalah Islam Di Cadbury

oleh   : Imran Haaz

Tidak berapa lama dahulu, apabila gerakan memboikot McDonald dijalankan secara besar-besaran, secara tiba-tiba, berlaku lambakan iklan dalam semua media menunjukkan McDonald adalah sebuah organisasi yang dipimpin, ditadbir dan digerakkan oleh tenaga kerja muslim. Jika sebelum pemboikotan berlaku, untuk melihat wanita bertudung dan apa-apa imej Islam di dalam iklan-iklan McDonald adalah satu harapan yang hampir mustahil untuk direalisasikan. Semua keluarga bahagia di dalam iklan McDonald sebelum itu menunjukkan hampir semua lapisan masyarakat minus manusia berimej Islam.

Kemudian hadir zaman pemboikotan akibat serangan Israel. Umat Islam menjauhi McDonald. Lalu muncullah tindakan-tindakan desperate cuba mempotretkan McDonald sebagai sebuah organisasi yang digerakkan oleh tenaga kerja Islam. Terlalu semak dengan iklan-iklan sebegini, seorang sahabat, Rizal Hass, blogger Islam1st.org menyatakan perkara berikut kepada saya :

"Suddenly, everybody is a Muslim at McD.." ~ Rizal Hass

Saya mengangguk mengiakan. Hanya apabila diboikot, maka modus operandi Alim Kucing digunakan. Pengiklan tahu kelemahan umat Islam. Pakaikan saja tudung, serban, kopiah dan janggut kepada mana-mana orang yang dijadikan model, maka sepantas Gaban menukar pakaian, persepsi semua umat islam di luar sana disangka mereka akan berubah sekelip mata. Mereka tahu tentang Kryptonite Minda Melayu Muslim.

Maaf, ini bukan zaman pemikiran Melayu dua hingga tiga dekad lepas, orang Melayu Islam telah lama berubah cara berfikir mereka. Mereka tidak lagi mudah memaafkan kerana sudah terluka dengan jutaan permohonan maaf yang tidak pernah menginsafkan pihak-pihak yang melukakan mereka. Dalam facebook dan laman-laman sosial, trend pemikiran sedar dan baru seperti ini sedang bergerak pantas. Seorang sahabat di facebook menulis perasaannya tentang iklan-iklan terbaru Cadbury.





Letaklah model memakai tudung labuh membaca al Quran sambil mengunyah produk anda dengan lahap di depan Kaabah sekalipun, kami menilai anda bukan hanya kepada sekali dua iklan anda akhir-akhir ini, tetapi sikap bertahun anda terhadap imej Islam yang sentiasa dikebelakangkan selama ini oleh anda. Terlajak perahu boleh undur, terlajak menolak imej Islam selama ini, buruk padahnya.

Jika selama ini, imej Islam tidak pernah dipentingkan di dalam organisasi anda dan iklan-iklan anda, maka tidak perlulah berlagak Alim Kucing dengan berjalan terkepit secara tiba-tiba. Semuanya sangat janggal dan canggung. Tidak percaya? Sebaik sales naik dan stabil kembali, perempuan bertudung di bawah ini akan diperosokkan kembali ke bahagian pengeluaran berhadapan dengan mesin-mesin pembuat coklat dan bukan lagi lensa kamera.




Tengok sahaja iklan-iklan McDonald apabila sifat mudah lupa Melayu menguasai kembali diri mereka. Ke mana perginya orang Islam yang beramai-ramai disogokkan ke iklan media semasa zaman pemboikotan? Hilang secara tiba-tiba bukan?

Tanpa istiqomah, tiada siapa akan hormat kepada suara umat Islam nanti.

Bagaimana pula dengan kes Cadbury ini? Terpulanglah kepada selera anda  masing-masing. Ada yang berselera dan ada yang sudah hilang selera. Kita tidak pernah mempertikaikan sijil Halal JAKIM, tetapi sebagai rakyat Malaysia, semua orang mempunyai hak untuk memilih coklat mana yang mereka suka. 




© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

2 comments:

latest isu right now is gelatin babi dibolehkan dalam ISLAM.kenyataan yg dikeluarkan oleh Dr Yusuf al qardhawi n ulama islam malaysia spt Dr Asri ada menyatakan hal tersebut.. ttp disanggah oleh UKE.. apa pendapat tuan??
 
Salam HAsanah..

Utk perkara itu, saya rasa pihak yang berotoriti dari Dr MAZA telah mengeluarkan fatwa mrk..

Silabaca pautan di bawah ini kerana apa yg dinyatakan mereka jelas dan membezakan keadaan darurat dan keadaan tidak darurat..

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/gelatin-dalam-ubat
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email