Friday, May 2, 2014

Suara Cengkerik WCC

0
Oleh : Imran Haaz
Pada dua minggu yang telah berlalu, WCC (Women’s Centre for Change) telah menulis sepucuk surat kepada the Star. Surat bertarikh 21 April 2014 dengan tajuk ‘ Safety , well-being of child must come first’. Ia berikutan kes perebutan hak penjagaan anak antara saudara baru kita, Encik Izwan Abdullah dengan bekas isterinya yang tidak diberikan hidayah.



Kes ini melihatkan terdapat satu usaha secara bersepadu oleh sesetengah pihak yang berkepentingan tertentu, berganding bahu cuba mempotretkan isu ini di dalam segenap segi yang boleh mewujudkan persepsi negatif kepada imej ayah anak-anak di dalam konflik ini serta peranan serta kedudukan mahkamah syariah di negara ini.

Kita tinggalkan kes itu, kita spesifikkan penulisan ini kepada sebahagian dari isikandungan surat yang ditulis oleh WCC yang cuba menjuarai isu kebajikan serta keselamatan kanak-kanak. Usaha sesiapa sahaja yang cuba menjaga dan memastikan hak kebajikan dan keselamatan kanak-kanak harus dipuji.

Tetapi apa yang menjadi subjek pertikaian di dalam penulisan ini ialah berkenaan keikhlasan mereka memperjuangkan hak dan isu keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. Kita melihat WCC seperti selektif dan agak bias dalam memperjuangkan hak-hak ini. Kita melihat mereka dan NGO-NGO senada dengan mereka hanya bersuara kuat di dalam kes-kes tertentu tetapi mendiamkan diri di dalam kes-kes tertentu yang lain. Pola kecenderungan ini seolah-olah menunjukkan terdapat sikap bias dalam memperjuangkan hak dan isu kanak-kanak di negara ini.

Tetapi, apabila kebajikan dan keselamatan kanak-kanak diperkotak-katikkan secara terang-terangan oleh pihak-pihak dan parti-parti politik tertentu, kita melihat mereka mengambil pendirian untuk berdiam diri seribu bahasa. Tiada teguran dikeluarkan kecuali berdiam diri. Diam. Sunyi sepi lautan berita terhias suara cengkerik hanya kerana mereka mengambil pendirian diam seribu bahasa.

Semalam, diperlihatkan di dalam pelbagai media bagaimana begitu ramai kanak-kanak di bawah umur termasuk diperingkat bayi dibawa berarak di dalam demonstrasi yang agak membahayakan. Kita tidak mahu berbincang tentang apa yang diperjuangkan, tetapi kita mahu bincangkan situasi tidak selamat kepada kanak-kanak yang  dibawa bersama. Media, tidak kira rasmi ataupun tidak, pada hari ini menunjukkan berlaku beberapa perkara diluar kawalan termasuk tindakan-tindakan ganas oleh segelintir budak-budak nakal di Dataran Merdeka.

Bukankah perkara-perkara ini mendedahkan kanak-kanak dan bayi-bayi yang dibawa bersama ini kepada situasi tidak selamat dan mengancam keselamatan dan kebajikan mereka? Jika di dalam surat mereka kepada The Star sebelum ini, WCC memetik perkara berikut :

The United Nations Convention on the Rights of the Child, of which Malaysia is a signatory, makes it an obligation to protect the interests of children, which Malaysia then enacted in the Child Act 2001. The Act lists crimes that children are to be protected from and prohibits criminal acts such as abandoning children of exposing a child to cause emotional injury.

Perenggan akta yang dirujuk WCC di dalam surat mereka ialah Artikel 31 di dalam Akta 611 (Act 611 : Child Act 2001). Sekiranya ia dikatakan terguna pakai di dalam kes yang dimaksudkan, apakah akta yang sama tidak boleh digunapakai untuk apa yang berlaku di Dataran Merdeka semalam?
Jika tidak, kenapa diam tentang apa yang berlaku di Dataran Merdeka semalam?

Apakah nilai nyawa, kebajikan serta keselamatan kanak-kanak dan bayi di Dataran Merdeka semalam,  tidak begitu penting dan bernilai untuk diperjuangkan? Atau apakah kerana majoriti mereka ialah kanak-kanak Islam, maka hak kebajikan dan keselamatan mereka tidak menjadi hal yang perlu dipedulikan oleh mana-mana pejuang hak kanak-kanak?

Kenapa ada selektif bias di dalam bersuara mengenai hak di sini? Jika tidak bias, sila bersuara sepertimana biasa dan buat teguran seperti mana WCC pantas menegur di dalam kes-kes kebajikan kanak-kanak yang lain. Buktikan dengan bersuara. Bukan diam membiarkan cengkerik menghiasi dada-dada media.
 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: