Monday, May 5, 2014

MH370 : Apa Maksud MH370 Menuju Antartika?

1
Oleh : Imran Haaz

Gerakan dajjal selalu bercakap di dalam bentuk simbolik. Apabila mereka mengatakan bahawa laluan kapal terbang MH370 menuju ke Antartika, kita manusia dengan akal rasional dan beriman kepada Allah tertanya-tanya, apa motif mereka-mereka yang menerbangkan pesawat itu mahu dengan menerbangkan pesawat Boeing 777 ke Antartika? Mahu tengok Penguin?



Apakah ada lapangan terbang di Antartika dapat mendaratkan pesawat Boeing 777 dengan selamat? Satu yang jelas, Antartika bukan motif destinasi pesawat tersebut. Pesawat itu berada di tempat lain dan akan dan mungkin telah ‘disumbat’ ke dalam laut ketika semua manusia alpa nanti.

Setiap perbuatan dan perkara besar dilakukan manusia pasti mempunyai motif. Melalui pemantauan sejak sekian lama, saya yakin dan percaya Antartika itu bukan destinasinya. Bagi mereka-mereka yang masih tidak faham dengan gaya pemikiran gerakan dajjal, mereka akan mengambil serius maklumat tersebut.

Maklumat yang mereka kongsikan berkenaan laluan kapal terbang menuju ke Antartika sebenarnya tidak bermaksud untuk membantu kita mencari  kemungkinan kapal terbang itu menuju ke sana. Tetapi mereka lakukannya kerana mereka sedang memberitahu kepada dunia suatu perkara tentang kemampuan mereka untuk melakukan semua ini.

Ramai yang tidak pernah mendengar tentang satu pepatah pelaut Eropah lama. Pepatahnya berbunyi seperti berikut:

“Below 50 degrees south there is no law. Below 60 degrees south there is no God.” – Pepatah Pelayar Eropah Lama.

50 Degree South ialah kawasan yang ditandai dengan garis Latitude 50 Darjah ke Selatan garis Khatulistiwa. 60 Degree South ialah kawasan yang ditandai dengan garis Latitude 60 Darjah ke Selatan garis Khatulistiwa.



Maklumat laluan pesawat sepertimana yang diberitahukan mereka sedang dalam perjalanan menuju kea rah 50 Darjah Selatan. Di dalam pepatah pelayar Eropah lama, ia satu kawasan di mana dirujuk mereka sebagai kawasan di mana tiada undang-undang wujud. Segalanya gasar dan kasar di situ.

Teruskan lagi perjalanan menuju ke bawah, maka pesawat akan memasuki kawasan 60 Darjah Selatan. Di dalam pepatah pelayar Eropah lama, ia satu kawasan di mana, tiada Tuhan wujud dan berkuasa di situ.

Melihat kepada arah gerakan yang dikatakan dilalui penerbangan tersebut, seolah-olah mereka cuba merimakan (rhyme) pepatah tersebut dengan kemampuan tindakan mereka dalam kes MH370 ini. Seolah-olah mereka sedang berkata kepada dunia perkara berikut :

Tiada undang-undang di dunia, mahupun Tuhan dapat menghalang sebarang tindakan kami jika kami mahu ia berlaku.

Apakah itu yang
mereka cuba sampaikan? Berani anda mahu melawan gerakan Dajjal? Tiada undang-undang dalam dunia mahupun Tuhan boleh menghalang kehendak mereka. Apakah itu yang mereka mahu sampaikan dengan memberitahu kita maklumat tentang penerbangan tersebut menuju Antartika? Wallahua'lam..

Tetapi gerakan dajjal ini terlupa tentang sesuatu.. orang-orang Islam akan menghancurkan mereka tidak lama lagi.. Ini bukan lagi janji, tetapi sesuatu yang In Sya Allah, pasti akan terjadi.. Tunggulah..

© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.




Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

1 comment:

salem said...

Assalammualaukum w.b.t Saudara,
Walaupun tahu saya tak layak, tapi saya selalu berdoa semoga tergolong diantara mereka yang terpilih..InshaAllah..