Sunday, May 11, 2014

Kisah Sepotong Ayat al Qur'an dan Kebangkitan Korea Selatan

Tan Sri Sanusi Junid menulis. Antara yang menarik di dalam penulisan tersebut ialah mengenai :

Kisah Pertama :
Kisah Maarof Zakaria yang berusaha menubuhkan Bank Melayu pertama. Oleh kerana gerakan membebaskan kekangan ekonomi Melayu pada masa itu dilihat sebagai ancaman, maka Maarof Zakaria kemudiannya didapati terbunuh.

Kisah Kedua :
Kisah Loceng Gereja pada setiap 7 Oktober. Ia bagi mengingatkan mereka tentang kemenangan golongan Kristian yang pertama semasa menundukkan armada perang Uthmaniyyah. Kemenangan pertama itu adalah pencetus kebangkitan semangat dan kemenangan moral golongan Kristian. Sebelum itu, tentera Khalifah Uthmaniyyah sering dikatakan sebagai pasukan empayar Islam yang tidak mampu dikalahkan. Ia berlaku pada 7 Oktober 1571. Berikutan kekalahan pertama ini, 348 tahun kemudiannya, Khilafah Islam runtuh. Itu kesan kekalahan pertama. Puncanya ketamakan golongan pemerintah dan bergelumangnya mereka dengan maksiat hati. Itulah dia kesan menang kali pertama perang di dalam Battle of Levanto 1571.

Kisah Ketiga:
Kisah mengenai Kebangkitan Korea Selatan sebagai sebuah kuasa Ekonomi kerana sepotong ayat al Qur’an di dalam Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur. Presiden Park Chung Hee telah memenangi pilihanraya Korea Selatan pada 1963. Satu lawatan ke Kuala Lumpur diadakan selepas dari itu. Dalam lawatan tersebut, Presiden Park terpandang kepada sepotong ayat al Qur’an. Dia bertanyakan maksudnya. Lalu diberitahukan kepadanya bahawa maksud ayat tersebut ialah “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahnya sendiri.” Memahami maksud ayat tersebut, Presiden Park berkata , “'nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau 'self-help'.

Lalu apabila kembali ke negaranya dan memulakan program 'Saemul Undung', Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan berkata 'The religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until they change themselves.' Bermula dengan program inilah Korea Selatan yang dulunya lebih mundur dari Malaysia sebelum Park Chung Hee ke sini, kini menjadi lebih maju kerana mengamalkan sepotong ayat dari Al Quran, malah, mereka kini, menjadi saingan kepada Jepun.

Lihat Korea Selatan, hanya dengan beriman kepada sepotong ayat al Qur’an lengkap dengan amalinya tolak retorik, mereka melonjak menjadi pesaing dunia dalam bidang ekonomi dan teknologi. Apa kena dengan kita yang menyatakan beriman dengan 6,236 ayat2 al Qur’an? Ada sesuatu yang tidak kena dengan kita pada hari berkenaan keimanan kita kepada ayat2 Allah.

Presiden Park memahami ayat tersebut dan mempraktikkannya, dia mengkaji sejarah “Shilla Dynasty” dan  “The Seven Year Wars With Japan” yang menyaksikan Korea memenangi perang beberapa kali dengan Jepun. Ketika itu Korea di bawah Laksamana Yi Sun Chin. Dalam mengkaji sejarah kehebatan silam negaranya, dia mendapati bahawa prinsip Hwarang Do dipegang pentadbiran Korea pada ketika itu. Lima prinsip yang hampir sama dengan prinsip Bushido Jepun iaitu mengenai 'trustworthiness', 'courage', 'discipline', 'diligence' and 'loyalty.'

Kisah Ke Empat :
Kisah Naib Presiden Taiwan yang pernah berurusan di Malaysia. Dia kemudiannya menjadi Perdana Menteri Taiwan. Berikut verbatim ayat yang ditulis Tan Sri Sanusi Junid :

Saya di waktu itu bekerja sebagai eksekutif di bank Chartered. Bila Vincent mendengar kecurigaan saya atas sikap Jinsheng yang dikatakannya ada pada orang Taiwan sedangkan saya tahu ramai taukeh besar China kaya kerana 


- judi, 

- terlibat dalam perniagaan dadah,

- aktif dalam kegiatan kongsi gelap, dan

- mengurus rangkaian outlet pelacuran 

lantas Vincent berkata -

'Di dalam sesebuah Negara tidak mungkin semua rakyatnya bersikap Jinsheng, 
iaitu 
-amanah,  

- berani, 

- disiplin, 

- rajin dan 

- setia. 

Yang perlu ialah cukup ramai pemimpin di berbagai peringkat menghayati nilai murni itu. Taiwan, katanya, perlu hanya sekitar 20,000 pemimpin dan ketua di berbagai bidang dan tahap yang mengamal prinsip berkenaan.

Kata Vincent Siow, bagi Malaysia mungkin perlu seramai itu juga.

beliau menutup penulisan perenggan-perenggan akhir tulisan tersebut dengan menegaskan bahawa prinsip Bushido, Hwarang dan Jisheng merupakan prinsip-prinsip yang sudah sekian lama tersisip kemas di dalam al Qur’an. Lalu beliau petik beberapa pepatah lama, kata-kata Hukama’ dan pepatah Inggeris lama. Satu yang biasa kita dengar ialah :

'Ilmu yang tidak beramal laksana pohon yang tidak berbuah'.

Penulisan penuh beliau di sini.. bacalah..

3 comments:

Subhanallah...
 
menarik perkara ni...

terima kasih atas perkongsiaan.
 
Mohon share
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email