Monday, April 28, 2014

Satu Jari Obama, Empat Jari Tanah Melayu

Encik Obama,
Malaysia sudah lama menghormati hak kebebasan beragama pihak lain.

Tiada siapa menghalang sesiapa untuk mengamalkan agamanya di sini. Jika amalan itu memang terkandung di dalam ajaran asal agama tersebut, maka tiada sesiapa akan menghalang hak asasi penganut agama tersebut untuk mengamalkn kepercayaannya dalam bentuk asal. Itu jelas hak asasi yang kami hormati.

Tetapi, apabila agama itu dilakukan modifikasi sehingga menceroboh agama lain melalui penghinaan dan tindakan biadab, maka tindakan itu dinamakan tindakan pelampau. 



Pelampau ialah Extremist yang sama dalam kamus bahasa Dasar Luar Amerika. Memberi hak dan muka kepada kumpulan pelampau adalah satu tindakan yang mana Tokong Demokrasi seperti negara tuan juga tidak sanggup untuk iktiraf sebagai satu hak yang perlu dihormati.

Perlu kami ingatkan kepada Encik Obama, bangsa kami telah beberapa kali bangkit sebagai superpower dunia sebelah timur, beratus malah lebih seribu tahun sebelum bangsa-bangsa asli Amerika dibunuh dan dirampas hak mereka oleh orang-orang gasar kristian Eropah. Kami bergelar empayar sebelum perkataan Amerika itu sendiri wujud.

Jadi, dengan melihat track rekod ini, janganlah hendaknya pihak tuan dirujuk sebagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong utk mengajar kami adab menghormati hak asasi manusia. Jika kami tidak pandai menguruskannya masakan bangsa-bangsa lain yang datang ke sini dan terus mahu tinggal dan tidak mahu pulang ke mother land mrk? Jelas ternampak layanan mother land dgn bahasa mother tongue yang diagungkan mereka tidak seindah layanan dan peluang untuk maju yang diberikan kepada mereka dari rakyat Tanah Melayu.


Malah ramai di antara mereka yang telah mengoyak dokumen kewarganegaraan negara ini sebelum ini, berpusu-pusu mahu pulang ke sini. Kenapa tidak dituju sahaja ke motherland yang bertutur mother tongue yang diagung-agungkan? Bukankah semua ini mncadangkan bahawa tiada negara lain di dunia dpt melayan orang-orang yang tidak tahu bersyukur ini dengan baik selain dari Tanah Melayu ini?

Kami tidak maju hari ini brpunca dari tindakan pengganas kristian Eropah menjajah, menjarah serta meninggalkan baggage masalah-masalah penjajah. Malah sehingga sekarang ini, saki baki kumpulan extremist kristian tersebut sedang memperjudikan keamanan negara ini dengan menuntut perkara-perkara yang tidak pernah menjadi sebahagian dari agama mereka untuk diangkat sebagai hak untuk mereka beragama di dalam agama mereka.

Jadi, lain kali jika mahu berbicara tentang adab dan hormat mengenai hak asasi, maka tolong pastikan sasarannya betul dan tepat. Satu jari tuan tunjukkan, empat jari kembali ke muka tuan yang sedang terseyum. Sekian.

1 comments:

Obama = perasan

Blah la bama
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email