Monday, April 7, 2014

Noah : Mabuk, Liwat, Demokrasi Bebalisme dan Hipokrisi Teragung.

Oleh : Imran Haaz

Filem Noah bakal menerjah ke panggung seluruh dunia. Kisah Noah terdapat di dalam hampir semua lagenda bangsa yang terdapat di dalam dunia. Dalam setiap lagenda tersebut, kisah banjir besar mengikat tema lagenda-lagenda itu dengan apa yang berlaku semasa zaman Noah. Epik Atrahasis, Epik Gilgamesh, Sataphata Brahmana, Tanakh dan sebagainya menyebut tentang sebuah kisah banjir besar yang memulakan penghidupan manusia yang baru.

Nuach namanya di dalam Tanakh Yahudi. Noah ialah referensi oleh golongan Nasrani kepadanya. Manu, namanya seperti disebut penganut Sanatana Dharma (agama yang secara salah disebut sebagai agama Hindu). Islam merujuknya sebagai Nuh a.s. Baginda figura utama di dalam kisah banjir Nuh.

Dalam setiap epik dan kitab-kitab tersebut, pelbagai sabitan sifat dan perlakuan Nuh a.s. diceritakan. Ada yang benar, ada yang ditokok tambah dan ada yang berupa fitnah.
Kita sebagai umat Islam sentiasa menggunakan al Qur’an sebaga Furqan yang membezakan antara keperibadian Nuh a.s. yang benar dan yang difitnahkan.

Mabuk, Liwat dan Sumbang Mahram
Kita tidak dapat menerima cerita yang dimuatkan di dalam Tanakh dan Talmud Yahudi yang menyebut Noah, selepas peristiwa banjir tersebut, bermabuk-mabukan dan lantas tertidur dalam keadaan telanjang bulat sehingga menyebabkan auratnya dapat dilihat oleh anak-anaknya.

3 orang anaknya di dalam Bible dikenali dengan nama Shem, Ham dan Japeth. Ham melihat ayahnya terlena di dalam keadaan telanjang. Lalu memanggil kedua adik beradiknya yang lain untuk melihat keadaan bapa mereka. Apabila bapa mereka tersedar, maka perbuatan Ham dikutuk bapanya. Dia dan keturunannya disumpah.

Sumpahan ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk menunjukkan kenapa bangsa Canaan yang mendiami Philistine (Palestin) pada zaman Joshua (Yusya’ bin Nun), perlu dirampas tanah mereka. Ini kerana bangsa Canaan merupakan keturunan Ham anak kepada Noah.

Apabila manusia mempertikaikan kenapa Ham dan keturunannya disumpah sebegitu teruk oleh Noah dengan kesalahan melihat aurat bapanya, maka para Rabbi Yahudi menjelaskan ada perkara lain turut berlaku yang mana ceritanya tidak dimasukkan di dalam Bible. Ia disebut dalam Talmud Babylonian yang merupakan kitab yang digunakan oleh golongan Yahudi untuk memahami isikandungan dan hukum hakam di dalam Torah, Nevi’im dan Ketuvim yang membentuk kitab Tanakh yang dikenali kita pada hari ini sebagai Kitab Perjanjian Lama (Old Testament).

Dalam salah satu Gemarah (Mishnah) di dalam Talmud Babylonian, mereka menceritakan perihal Ham yang melakukan sesuatu yang lebih dari melihat kemaluan bapanya. Para Rabbi Yahudi berpecah kepada dua pendapat mengenai punca kemarahan Noah. Yang pertama mengatakan, sebaik melihat bapanya yang kemabukan dan tidak sedarkan diri dalam keadaan memalukan tersebut, Ham mengembiri bapanya. Yang kedua mengatakan Ham melakukan tindakan berbaur seksual termasuk meliwat bapanya. Ia disebut di dalam Talmud Sanhedrin 70a.

Berikut, justifikasi untuk  pendapat yang kedua. Mereka menjelaskan, apabila perkataan Vayyara (
וַיַּרְא - Dan Dia melihat) digunakan di dalam Genesis fasal 9 ayat 22 seperti berikut :



Transliterasi Teks :

Vaiyyara Ham Avi Canaan…. (Dan Ham ayah kepada Canaan melihat…)

Menurut mereka, perkataan melihat itu sebenarnya mencadangkan lebih daripada itu. Para Rabbi Yahudi menjelaskan bahawa maksud ‘Dia Melihat’ turut mencadangkan bahawa Ham melakukan satu tindakan seksual yang tidak berpatutan kepada bapanya. Hujah mereka, di dalam Genesis fasal 34 ayat 2, terdapat sebuah kisah pencabulan seorang wanita bernama Dinah di dalam konotasi penggunaan kiasan yang sama. {Saya pernah menulis tentangnya strategi False Flag terawal dunia yang melibatkan pemerkosaan wanita bernama Dinah di dalam Taurat. Kaum Yahudi beriman dengan teknik ini untuk merampas hak dan tanah pihak lain melalui operasi False Flag di seluruh dunia.  Operation Northwoods, Pearl Harbor, Holocaust,  Panama, September 11 dan sebagainya digunakan mereka untuk membunuh orang-orang sendiri untuk menuduh pihak lain melakukannya. Saya menyebutnya di sini pada 2010 (http://satuhala.blogspot.com/2010/08/ini-palestin-kita.html) dan pada 2009 (http://satuhala.blogspot.com/2009/11/palestin-sebuah-post-mortem-3.html)}.

Di dalam Genesis Fasal 34 ayat 2, teks tersebut menyebut perkara berikut:



When Shechem son of Hamor the Hivite, the ruler of that area, saw her, he took her and raped her... (Genesis fasal 34 ayat 2)

Itulah yang menjadi pegangan kepada para Rabbi untuk mentafsirkan maksud ‘dan Dia Melihat’ semasa Ham melihat ayahnya bertelanjang kerana kemabukan, dengan menggunakan kisah perbuatan Shechem yang memperkosa Dinah setelah ‘melihat dia tertidur di depan pintu'.

Ini adalah satu fitnah yang dahsyat ke atas seorang Rasul Ulul Azmi yang mulia. Seorang Rasul ialah seorang pemimpin kepada umatnya. Seorang pemimpin kepada umatnya dipilih Allah dari kalangan manusia terbaik dikalangan mereka. Hanya mereka-mereka yang tidak mempunyai masalah mempunyai pemimpin dari kalangan peliwat, tidak akan membantah fitnah ini dari berterusan dihalakan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul Allah yang mulia.
Tiada siapa boleh menerima fitnah yang sebegini rupa.

Demokrasi Bebal dan Bebal Demokrasi
Demokrasi ialah satu sistem bebal yang turut memberi pejal bersuara kepada golongan bebal untuk menuntut kebebalan diangkat sebagai sesuatu yang perlu dihalalkan atas nama hak dan kebebasan. Tetapi golongan ini lupa bahawa setiap negara yang mengamalkan demokrasi, undang-undang negaranya ditentukan oleh golongan majoriti yang menyokong serta membentuk kerajaan. Undang-undang yang terbentuk adalah cerminan kepada getus rasa dan kehendak golongan majoriti yang meletakkan pemerintah kepada tempatnya.

Jika mereka tidak tahu menghormati undang-undang yang telah ditegakkan melalui proses demokrasi, maka tidak perlulah mereka bercakap lagi mengenai demokrasi kerana mereka terlalu naïf mengenai apa itu yang harus dimengertikan mengenai demokrasi. Diam itu lebih baik bagi mereka dari bersuara menuntut sesuatu yang tidak selari dengan prinsip demokrasi yang diimani mereka.

Oleh kerana majoriti umat Islam di negara ini melihat lesen kreatif yang digunakan Hollywood untuk menerbitkan cereka berkenaan Nuh a.s. yang tidak selari dengan Nuh a.s. yang diimani mereka, maka melalui prinsip demokrasi, mereka menggunakan peruntukan undang-undang yang dibuat melalui proses-proses demokrasi untuk menghalang penghinaan ke atas Rasul Allah yang mulia melalui penayangan filem ini.

Ini adalah sebuah hak yang diiktiraf oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 di dalam perkara 21 (1) dan (2) di bawah :

 Article 29
(1)              Everyone has duties to the community in which alone the free and full development of his personality is possible.

(2)             In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms and others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society. 

Di dalam sebuah penulisan sebelum ini yang bertajuk “Dialog Dengan Timbalan Pengarang Akhbar Berbahasa Inggeris’, saya berhujah dengan Timbalan Pengarang tersebut apabila dia mengatakan saya menekan hak minoriti dengan menuntut konsert Beyonce dibatalkan. Penulisan tersebut di sini. (http://satuhala.blogspot.com/2012/05/dialog-dengan-timbalan-pengarang-akhbar.html)

Hipokrisi Teragung  
Kita berasa jelak dengan sikap dan perangai sebahagian besar golongan bukan Islam di Malaysia ini. Lebih setengah abad Merdeka, mereka masih tidak tahu serta memahami tentang sensitiviti di dalam hubungan antara masyarakat negara ini.

Mereka membuat bising dan melolong kepada dunia seolah-olah umat Islam ini terlalu sensitif dengan agama mereka. Yang menjadi masalahnya ialah bilamana satu jari ditudingkan kepada orang lain, empat jari lain akan kembali ditudingkan kepada mereka. Mungkin terlupa pesan Bob Marley:

Road of life is rocky, & you may stumble too, while you’re pointing finger someone else is judging you. Could you be loved? – Could You Be Loved? – Bob Marley.

Benarkah hanya orang Islam terlalu sensitif dengan figura-figura yang dimuliakan di dalam agama mereka apabila figura tersebut dihinakan manusia lain?

Masih ingat apa tindakan Kerajaan Australia, Timbalan Sherif Tokong Demokrasi Amerika di Asia, apabila salah seorang rakyatnya, Mary McKillop, diangkat sebagai Santo oleh Holy See? Mereka mengharamkan sebarang penggunaan namanya di dalam mana-mana penerbitan bagi menjaga kesucian namanya. Saya menulisnya di dalam penulisan, ‘Hipokrisi Pelampau Agama’ (http://satuhala.blogspot.com/2014/01/hipokrisi-pelampau-agama.html)



Masih ingat dengan kisah imej Jesus yang dipotretkan sedang merokok di dalam akhbar Tamil, Makkal Osai? MCCBCHS (Majlis Perunding Antara Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) mengutuk tindakan tersebut dan menuntut Kerajaan mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut. Akhbar itu digantung penerbitan selama sebulan. Saya menulisnya di sini (http://satuhala.blogspot.com/2014/01/hipokrisi-pelampau-agama-ii.html)



Masih ingat lagi dengan kes kepala lembu yang dipijak di Shah Alam? Mereka yang memijaknya mengatakan bahawa mereka tidak bermaksud untuk menghina binatang yang dimuliakan mana-mana agama. Kepala lembu itu ditafsirkan mereka sebagai simbolik kepada kepala negeri yang dituduh mereka sebagai bebal kerana tidak faham sensitiviti umat Islam di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, perkara tersebut kemudiannya dijadikan isu penghinaan ke atas agama lain kerana isu tersebut melibatkan pihak Islam dan pihak Hindu tempatan. Isu itu telah dibawa ke mahkamah dan hukuman telah dijatuhkan.
Jadi, bukankah semua perkara ini menunjukkan isu penghinaan ke atas mana-mana figura yang dimuliakan sesuatu agama itu sebagai satu perkara yang sensitif dan perlu dielakkan daripada berlaku. Jika bukan Islam yang merupakan minority di negara ini boleh dan berhak sensitif dan bersuara mengenai penghinaan ke atas agama mereka, kenapa pula suara orang-orang Islam yang merupakan majority di negara ini mahu mereka diamkan dan tidak pedulikan di dalam isu Filem Noah ini?


Semasa isu kepala lembu itu berlaku, MCCBCHS, menuntut supaya satu undang-undang diaplikasikan terhadap mana-mana bentuk penghinaan ke atas mana-mana agama. Kita tiada masalah dengan cadangan tersebut dan perkara yang tidak bertentangan dengan al Qur'an. Dalam al Qur'an surah al An'aam ayat 108, orang-orang Islam telah dipesankan dengan pesanan berikut :

al An’aam ayat 108
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikian Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Oleh kerana MCCCBCHS telah menuntut satu undang-undang yang sama untuk semua bentuk penghinaan ke atas mana-mana agama, maka mereka haruslah menghormati sensitiviti umat Islam di dalam isu penghinaan nama Allah dan isu filem Noah ini. Tentu mereka tidak suka apabila tuntutan yang dibuat mereka sebelum ini ditafsirkan majoriti umat Islam di Malaysia ini sebagai satu tindakan dan tuntutan penuh hipokrit dan selektif. Kita menuntut mereka berpegang kepada kenyataan mereka di dalam kenyataan yang dikeluarkan semasa isu Makkal Osai dan kepala lembu di Shah Alam.



Untuk orang-orang bukan Islam lain yang mencebik tindakan umat Islam yang tidak bersetuju dengan filem Noah ini, maka mereka seharusnya faham isu sensitiviti ini sebagaimana mereka berasa sensitif ketika agama mereka melalui fasa penghinaan. 

Jika masih tidak mahu memahami perkara tersebut, apakah boleh dikatakan mereka-mereka ini selektif bebal dalam hal hak-hak yang diiktiraf oleh sistem demokrasi? Inilah budaya bebal yang sudah mula meular dan menjalar di dalam masyarakat. Inilah jadinya apabila golongan Ruwaibidhoh mula bersuara dengan memancarkan kebebalan mereka untuk ditelan seluruh dunia.

Untuk umat Islam, kita tidak perlu takut untuk mempertahankan kesucian agama kita kerana berhadapan dengan ancaman manusia-manusia bebal. Kita perlu terus berusaha dan bersuara mempertahankan kesucian agama kita. Kita digaji Allah dengan bayaran syurga untuk melakukan perkara ini.

Teringat bait lirik nasyid dari kumpulan Nadamurni satu ketika dulu..

Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis..


Wallahua’lam.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

1 comments:

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas artikel yang bernas berkaitan pengharaman tayangan "noah" di bumi tercinta ini.
Semoga ianya menjadi pedoman kepada semua muslim di bumi bertuah ini dan peringatan kepada yang masih bebal dan beban(sebutan bearban...gaya utara)tentang sikap saling menghormati agama dan budaya masing-masing.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email