Wednesday, March 26, 2014

MH370 : "Selesai", Redha & Terus Diam?

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Bukankah Doa orang-orang yang dizalimi itu tiada hijab antara mereka dengan Allah? Bukankah di dalam hal MH370 ini, kita semua, rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah dizalimi dengan fitnah ini? Amerika mungkin mempunyai MOSSAD, CIA,MI6 dan para timbalannya yang sedang bermain opera. 

Mereka mungkin mempunyai segala kekuatan dan keupayaan untuk melakukan dosa dan menimbusnya kembali dengan fikiran bahawa semua manusia akan terus percaya jika data itu datang dari negara Red, White & Blue. Yakjuj dan Makjuj ini sama sahaja warna bendera mereka. Sama sahaja bahasa mereka. Sama sahaja warna kulit mereka. Sama sahaja motif utama dalam percaturan dunia mereka. Israel telah dikembalikan kepada bumi dan bandar yang telah diruntuhkan (al Anbiya’ ayat 95). Fasad kejahatan Yakjuj dan Makjuj yang mengembalikan mereka telah pun berleluasa ke seluruh dunia (al Kahfi ayat 98-99) dan sejak 2008 sudah mula menampakkan wajah mereka dengan tanpa selindung di muka bumi yang telah diberkati ini. Tasik Galilee (Tabariyyah) sudah semakin surut airnya dibekalkan kepada bangsa yang diharamkan pulang ke tanah yang dijanjikan di Palestin. Yakjuj dan Makjuj telah memulangkan mereka ke sana.

Mereka kembali ke sana dari seluruh dunia dan diangkat menjadi warga negara tanah suci yang dirampas. Bukankah ini yang telah Allah beritahukan kita selama 1,400 tahun dahulu? Bukankah kita telah diberitahu bahawa perkara ini akan benar-benar berlaku? Kenapa matahati kita kabur dan buta? Yakjuj dan Makjuj di depan mata pun kita tidak sedar tentang kehadiran mereka.

Fahami ayat 96 surah al Anbiya’. Apabila ayat itu menyebut bahawa bangsa ini akan kembali ke tanah yang diharamkan mereka untuk pulang, dan mereka diberitakan akan pulang dalam keadaan menurun dari semua arah, maka ramai daripada kita, dengan matahati yang kabur memberi tafsiran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan datang dari arah perbukitan dan gunung ganang. Sentiasa saya menegur tentang kepentingan matahati dalam banyak penulisan di dalam blog ini.

Ayat 96 surah al Anbiya’ memberikan lokasi spesifik di mana bangsa yang diharamkan ini akan kembali. Apabila mereka kembali ke sana, mereka akan bergerak dalam keadaan menurun. Hanya ada satu tempat di dunia yang mana setiap daripada manusia akan pergi ke sana dalam keadaan menurun dari semua arah. Tempatnya ialah Laut Mati dan Tasik Galilee.



Kenapa? Laut mati ialah kawasan paling rendah di dunia. Jika ia titik paling rendah dalam dunia, maka semua pergerakan yang bergerak ke arahnya akan berlaku dalam keadaan menurun.  Tetapi laut mati mempunyai air yang sangat masin dan tidak sesuai untuk minuman penduduk setempat. Tidak jauh daripada Laut Mati, terdapat Tasik Galilee (Tasik Tabariyyah). Tasik ini merupakan tasik air tawar dan merupakan sumber bekalan air untuk penduduk Israel kini. Apabilaia sumber bekalan air, maka manusia yang menuju ke sana pasti memerlukan bekalan air dari tasik ini untuk kelangsungan hidup. Tasik Galilee merupakan kawasan kedua paling rendah kedudukannya berbanding paras laut dalam dunia. Semua yang pergi ke sana akan datang dari arah yang lebih tinggi. Bukan bermaksud turun dari bukit, tetapi datang dari seluruh dunia ke tempat yang lebih rendah. Tasik ini jugalah yang menjadi indikator berapa lama lagi masanya yang tinggal untuk manusia menghitung saat pertemuan mereka dengan dengan Al Masih Dajjal.

Semua yang berlaku ini adalah berkait. Ada permainan, ada percaturan, ada untung dan ada yang mendapat rugi. Tetapi di celah-celah semua ini, ada juga yang menjadi mangsa keadaan. Malang bagi insan yang kehilangan tempat bergantung. Malang bagi anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa. Malang bagi suami mahupun isteri yang kehilangan orang-orang yang tercinta. Malang bagi orang tua yang kehilangan anak-anak yang merupakan permata hati mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan perkara ini turut merasa sedih, kecewa dan marah dengan apa yang berlaku.

Benar kita harus redha. Benar kita harus bersabar dengan ujian. Tetapi apakah setakat itu sahaja agama kita mengajar kita untuk berhadapan dengan isu serta perkara sebegini? Kenapa kita terlalu pasif dan harus cepat mengungsi diri ke daerah ratapan dan berdiam diri? Kita tidak diajar untuk meraung-raung dan meratap. Tengok betapa tabahnya mereka-merekayang diuji dengan ujian berat ini menahan diri daripada berbuat demikian. Lihat pun perbezaan mereka-mereka yang bukan Islam yang ditimpa ujian ini. Bukan semuanya layak diuji sebegini rupa.

Redha dan terus diam? Agama kita tidak mengajar kita supaya menjadi umat yang pasif serta mudah diperbodohkan. Kita harus bangkit. Kita harus sedar terdapat sesuatuyang telah berlaku diluar batasan normal sebuah kemalangan biasa. Seolah seluruh dunia sedang berada di atas sebuah pentas lakonan hebat. Kita menjadi sebahagian daripada aktor-aktor yang bertindak dan memberi reaksi mengikut skrip yang mereka mahukan.

Persoalannya, apa yang kita boleh buat jika semua ini merupakan sesuatu yang dipentaskan dalam percaturan kuasa dunia? Apa upaya kita sebagai manusia-manusia kerdil dari sebuah Negara kecil tanpa kekuatan yang boleh mengancam dan mengugut untuk mempertahankan maruahnya daripada dicincang lumat pada mata khalayak antarabangsa?

Malangnya kita tidak percaya kepada janji Allah. Malangnya kita terlupa pada janji Allah. Malangnya kita hanya berpura-pura berdoa dan bersimpati tetapi kita tidak secara serius memanjatkan doa kepada Allah supaya kejahatan ini dikembalikan kepada mereka-mereka yang mementaskannya.

Satu soalan, jika kita ialah superpower dunia dan mempunyai kehebatan tentera dan persenjataan yang tidak terlawan, apakah kita akan mendiamkan sahaja kezaliman ini daripada berlaku dan mengguris perasaan kita? Tentu jawapannya tidak sama sekali.

Tetapi, bukankah kita telah dibekalkan Allah dengan satu bentuk arsenal persenjataan yang terhebat, milik Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Tuhan yang menciptakan Betelgeuse (Bait al jauzi), bintang yang 120,000 kali lebih besar dari bumi kita. Tuhan yang menciptakan VY Canis Majoris yang besarnya 600 trillion kali ganda daripada bumi kita.

Persoalannya, apakah dengan nikmat senjata ini, kita tidak mahu menggunakannya untuk mendoakan agar kejahatan tangan-tangan yang menjadi punca agama dan bangsa kita dihina diseluruh dunia dikembalikan kepada mereka? Apakah dengan nikmat senjata yang dijanjikan tanpa hijab ini, kita tidak mahu menggunakannya untuk menyerahkan kembali kepada Allah siapa sahaja yang telah meletakkan kita semua dalam keadaan gundah, parah dan marah kerana fitnah ini?  Apakah dengan nikmat senjata yang dijanjikan tanpa hijab ini, kita mahu bersikap tidak apa dan melupakan sahaja tangan-tangan ini yang mempotretkan kepada dunia bahawa kita adalah bangsa yang bodoh dan boleh diperbodoh-bodohkan?

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". 1
Ameen..



1)       Al Baqarah ayat 250.
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email