Tuesday, February 4, 2014

Pesan Rasulullah s.a.w, Seekor Tikus dan Loji Nuklear Fukushima

Oleh : Imran Haaz

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tutuplah bejanamu, tutup tempayan, kunci pintu dan padamkan lampu (ketika hendak tidur), kerana syaitan tidak pandai membuka tutup tempayan, tidak pandai membuka pintu dan tidak pandai membuka bejana. Jika kamu tidak mempunyai tutup segalanya, boleh bentangkan pada bejananya sepotong kayu sambil menyebut nama Allah. Lakukanlah demikian, kerana si penjahat kecil (tikus,lipas dan sebagainya) dapat menyalakan api sehingga membakar rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim- Hadis Nombor : 1934)

Setiap pesan Rasulullah s.a.w., harus diberi perhatian. Bukan hanya perhatian tetapi dikaji dan dimanfaatkan. Walaupun pesan itu kelihatan sebagai satu pesan yang kecil. Mungkin ia pesan yang kecil kepada minda yang tidak terbuka dan kecil. Maka ia akan selamanya menjadi satu pesan kecil yang tidak akan dipedulikan.

Hadis di atas, sebuah hadis yang mengandungi pesan Rasulullah s.a.w. berkenaan perihal keselamatan rumah dari bahaya penyakit dan kebakaran. Bahaya kebakaran mempunyai pelbagai punca. Kelalaian salah satu daripadanya. Bahaya kebakaran juga boleh berlaku disebabkan aktiviti mahkluk perosak yang merayap di waktu malam. Bukan sedikit jumlah kediaman dan premis perniagaan telah musnah akibat bahaya api yang dicetuskan oleh sang tikus.

Justeru itu, Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bahaya kebakaran yang disebabkan oleh akiviti serta pergerakan haiwan perayap seperti tikus diberikan perhatian. Semua bekas simpan makanan, minuman serta sumber cahaya berasaskan api harus ditutup supaya bahaya penyakit serta kebakaran  tidak akan berlaku.

Walaupun kelihatan remeh, pesan ini jika tidak diberi peduli bakal mengakibatkan bahaya penyakit dan kebakaran yang lebih memudaratkan. Lihat sahaja keratan akhbar di bawah :


Para penyiasat yang menjalankan siasatan kegagalan fungsi penyejuk reactor Nuklear di loji Nuklear Fukushima mendapati, penyejuk reactor tersebut gagal berfungsi disebabkan berlakunya litar pintas akibat perbuatan seekor tikus. Litar pintas ini kemudiannya menyebabkan penyejuk reaktor tersebut berhenti berfungsi selama 39 jam. Apa yang terjadi selepas itu telah menjadi satu berita besar dalam lipatan sejarah.

Sentiasa beri perhatian kepada setiap perkara yang menjadi punca kepada perkara berbahaya. Biarpun sekecil-kecil perkara. Tindakan mencegah itu sentiasa lebih baik daripada perbuatan mengubati. Krisis Nuklear Fukushima masih belum diselesaikan sepenuhnya. Kesan dan akibat daripada kegagalan loji Nuklear tersebut masih menghantui kawasan sekitar dengan pencemaran dan bahaya radiasi.

Lihat saja betapa pesan Rasulullah s.a.w. untuk perkara-perkara sekecil itu sekalipun dapat menyelamatkan krisis kemanusiaan.

Rasulullah s.a.w. turut berpesan dalam pelbagai hadis tentang golongan pelampau dan penggugat keharmonian serta pemecah belah umat. Kerapkali, pesan Rasulullah s.a.w. tentang tindakan yang perlu diambil ke atas mereka sentiasa bernada keras dan tidak bertangguh.

Jadi jika bahaya tikus yang boleh menyebabkan  kemusnahan kediaman dan krisis kemanusiaan pun tidak lepas daripada perlu diberi perhatian. Apatah lagi bahaya tindakan puak-puak pelampau yang seolah-olah dibiarkan tanpa diambil tindakan tegas oleh pemerintah pada masa kini.

Pemerintah harus ingat, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jika seekor tikus boleh mengakibatkan krisis Nuklear yang membahayakan keselamatan manusia sejagat, apatah lagi bahaya tindakan puak-puak pelampau yang boleh membakar perasaan manusia dan menyebabkan berlakunya kemusnahan kepada Negara yang telah dibina dengan tangisan, keringat, darah dan nyawa.

Kembali kepada al Qur’an dan Sunnah dalam menilai setiap tindakan yang perlu diambil. In Sha Allah, tiada krisis yang tidak akan dapat ditangani kecuali manusia-manusia yang takut untuk percaya setiap apa yang dipesankan di dalam al Qur’an dan melalui sunnah itu, ada benarnya.

Akan ada singkat dan sempit pemikiran menyatakan hadis di atas tidak relevan dengan situasi puak-puak pelampau dan pemisah umat di Negara ini. Mereka tidak faham akan kiasan. Pemikiran mereka telah beku dan rigid kerana terlalu lama biasa disumbatkan dengan maklumat bias sehingga ke kerongkong.

Oleh kerana hadis-hadis mengenai tindakan ke atas puak-puak pemisah dan penggugat umat Islam di Negara ini disebut dengan tindakan-tindakan keras yang perlu dijalankan samada secara terang, rahsia dan sulit (tindakan covert dan clandestine), maka untuk memuatkannya di dalam sebuah perbincangan terbuka merupakan satu tindakan yang tidak boleh dilakukan. Bagi mereka-mereka yang tahu dan faham, mereka akan mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Terlalu banyak pihak mengintai untuk mencari jalan melakukan implikasi undang-undang kepada mana-mana pihak yang dilihat mengancam survival cita-cita kuasa mereka. Jadi kita harus bijak dua langkah di depan.

Pemerintah juga, dengan panel penasihat agama yang berada disekeliling mereka tentu tahu peranan yang harus dimainkan supaya Negara ini dapat kekal aman dan Islam kekal tertinggi di dalam Negara.


Jangan biar ‘si penjahat-penjahat kecil’ ini melakukan kerosakan yang lebih besar kepada negara.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email