Thursday, February 27, 2014

Pelampau

0
Kepala pemerintah menganjurkan supaya golongan pelampau tidak dipedulikan. Lantas dengan pantas media-media yang pro dengan gerakan di sebelah sana memasukkannya di dalam ruang berita utama. Dengan pantas mereka menyambar peluang ini untuk menafsirkan siapa itu pelampau mengikut acuan dan tafsiran mereka sendiri. Dengan menjadi yang pertama menyiarkannya, mereka membebaskan organisasi mereka dan segala apa yang disokong mereka dari sabitan jolokan pelampau yang cuba dimaksudkan oleh Kepala Pemerintah. Persoalannya, siapa itu Pelampau yang Kepala Pemerintah maksudkan?

Pelampau. Siapa itu Pelampau?
Ini satu persoalan mudah yang perlu dijelaskan kerana akan ada manusia yang mengambil kesempatan. Pelampau itu ialah seseorang individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan melampau.

Kita Tahu Siapa Yang Akhbar Ini Cuba Rujuk Sebagai 'Extremist'. Orang Islam Bukanlah Terlalu Dungu Untuk Faham Lingo BahasaSemacam ini.
Apa pula yang dimaksudkan dengan ‘perbuatan melampau’?
Perbuatan melampau ialah satu perbuatan yang dilakukan melebihi serta melangkaui batas-batas serta had yang telah ditetapkan supaya jangan dilanggar.

Apa pula sempadan batas-batas serta had yang dimaksudkan?
Jika kita bercakap mengenai negara, maka sempadan batas-batas serta had yang dimaksudkan itu ditentukan oleh undang-undang yang digubal serta diluluskan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mana-mana undang-undang, resolusi, solusi, perjanjian serta persetujuan yang dibuat dan dilihat sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka kesemua yang dilakukan tersebut akan dikira sebagai tindakan serta perbuatan melampau. Setiap pelaku perbuatan melampau adalah manusia-manusia serta kumpulan yang digelarkan sebagai Pelampau.

Apa contoh perbuatan melampau lewat ini?
Berkeras untuk terus menghina nama Allah di dalam penerbitan Kristian ialah salah satu contoh perbuatan melampau yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang yang ditegakkan di dalam sesetengah negeri-negeri di dalam Malaysia. Ia bertentangan dengan keputusan undang-undang yang telah diputuskan.

Setiap kumpulan atau mana-mana inidividu yang menyokong tindakan melampau ini dilakukan, mereka juga boleh digelar sebagai kumpulan pelampau. Tidak kira apa status mereka samada dilantik oleh badan-badan swasta mahupun kerajaan, setiap contoh perbuatan yang menggalakkan serta besetuju dengan perbuatan melanggar undang-undang tempatan dan Perlembagaan Persekutuan bolehlah dirujuk mereka sebagai kumpulan Pelampau. Ini termasuklah MPKN yang mengkritik penjawat awam menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang tempatan. Mengangkat satu solusi  perjanjian yang bertentangan dengan undang-undang tempatan dan Perlembagaan Persekutuan sebagai sesuatu yang perlu dipatuhi oleh penguatkuasa undang-undang juga adalah salah satu contoh perbuatan melampau yang dilakukan oleh Pelampau.



Gelaran Pelampau tidak boleh sama sekali diberikan kepada individu-individu serta kumpulan-kumpulan yang mendesak Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang yang telah ditegakkan supaya dihormati. Menggelar atau melabel mana-mana individu atau kumpulan-kumpulan yang mengajak serta menegaskan supaya Perlembagaan Persekutuan dihormati sebagai kumpulan Pelampau ialah perlakuan pihak-pihak yang tidak tahu menghormati undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Perlukah Kumpulan Pelampau Ini Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh?
Sebagai umat Islam dan negara yang bertunjangkan agama Islam, peluang perbincangan tetap diberikan. Walaubagaimanapun, selepas berpuluh-puluh tahun berbincang dan pihak pelampau masih lagi berkeras mahu terus melakukan perbuatan melampau sehingga mahu menghuru-harakan negara, maka bukankah menurut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang negara dan negeri, kumpulan-kumpulan ini sudah seharusnya diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah diwartakan?

Apa guna mempunyai undang-undang sekiranya ia boleh dilanggar sesuka hati serta pihak yang bertanggungjawab menegakkannnya kelihatan teragak-agak untuk menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan? Apakah pihak yang telah diamanahkan dengan kuasa untuk memerintah dan menjamin keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang ini tidak berupaya untuk melakukannya? Tanpa tindakan yang jelas, ramai sudah mula berbicara sesama sendiri dan mencadangkan seolah-olah pemerintah bersetuju dengan tuntutan-tuntutan serta desakan kumpulan pelampau. Tidak boleh disalahkan mereka kerana mereka tidak mampu bersabar dengan taktik menarik rambut dari dalam tepung pemerintah. Bagi mereka ia terlalu perlahan sehinggakan isu lama belum diselesaikan, timbul pula isu baru. Rambut masih di dalam tepung, tepung pula berguni-guni ditimbunkan lantas menyukarkan usaha tersebut.

Rakyat biasa berharap, semua perbuatan yang melanggar undang-undang oleh kumpulan pelampau dapat diambil tindakan. Mereka akan berasa aman dan diam jika melihat agensi penguatkuasaan undang-undang berjalan dengan baik dan lancar. Cuma, oleh kerana terlalu banyak tindakan biadab ke atas Islam dan Melayu di sini dilihat lepas begitu sahaja, maka rakyat mula membuat spekulasi.

Bagi mereka, tiadanya tindakan bolehlah ditafsirkan seolah-olah pemerintah bersetuju dengan kumpulan-kumpulan pelampau ini. Syllogism mereka mudah, bukankah bila sahaja sesiapa sahaja bersetuju dengan kumpulan pelampau, maka mereka juga boleh dianggap bersekongkol dengan ideologi golongan pelampau? Lebih malang lagi apabila yang melakukan tindakan melampau itu ialah pihak yang dilantik oleh pemerintah sendiri untuk menjadi pagar kepada hasrat perpaduan negara. Harapkan pagar, pagar makan padi kata pepatah Melayu.

Jadi, untuk mengelakkan pemerintah dari turut dicop sebagai bersekongkol dengan idealisme kumpulan pelampau, maka pemerintah harus menegur dan memberikan amaran kepada mereka yang dilantik ini bilamana mereka tersasar dari landasan.
Sebuah pepatah di dalam Bahasa Inggeris menyebut, “Birds of a feather flock together.”

Harap mereka-mereka ini faham apa yang cuba disampaikan.


  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: