Thursday, February 13, 2014

Orang Melayu Tiada Sense of Humour

Oleh: Imran Haaz

Orang Melayu, tiada sense of humor. Perlu diulang, bila bercakap tentang orang Melayu di sini, saya bercakap mengenai orang-orang Islam yang dibentuk majoriti orang-orang Melayu di sini. Orang Melayu, terlalu bodoh untuk menerima lawak jenaka. Itu yang cuba mereka gambarkan. Mereka cuba programkan di dalam media bahawa orang-orang Melayu tidak dapat membezakan antara humor, satira dan sebuah penghinaan. Manusia Melayu seharusnya duduk di dalam kelas beruk untuk belajar memanjat pokok kelapa. Seolah-olah itu yang mereka cuba gambarkan betapa kolotnya pemikiran Melayu.

Mungkin mereka tidak pernah bercampur dengan orang Melayu sebenarnya. Iya benar, sense of humor orang-orang Melayu seakan berkurangan. Berkurangan bukan bererti terhakis. Tetapi terpaksa disimpan dalam keutamaan yang terkebelakang kerana mereka sedang berkabung dengan nasib agama dan bangsa mereka.

Jika benar Melayu tiada sense of humor, tentu sahaja mereka tiada cerita Pak Pandir dan Lebai Malang. Melayu menyindir melayu di dalam satira-satira tersebut kerana pemikiran Melayu pada waktu itu lebih banyak merugikan kedudukan anak bangsa. Siapa tidak ingat kepada cerita Pak Pandir yang menang sorak tetapi kampung tergadai. Ayam sabung yang disangka miliknya rupanya telah dihakmilikkan kepada Sultan melalui perjanjian yang Pak Pandir tidak mampu fahami. Orang Melayu faham bahawa itu adalah satu sindirin kepada pemikiran bangsa mereka. Mereka menerimanya dengan hatinya terbuka. Mereka menggunakan cerita tersebut untuk saling mengingatkan sesame mereka.


Mereka tahu, cukup dengan satu pandir, habis seluruh kampung boleh tergadai. Apa lagi jika berpandir-pandir berada di dalam negara.

Datanglah berlawak dan bercampur dengan orang Melayu pada ketika suka mereka. Orang utara terutamanya orang Pulau Pinang, orang Melaka dan orang Negeri Sembilan, kasar sense  of humor mereka. Takut nanti pulang menangis di bawah ketiak ibu jika melihat mereka melancarkan sense of humor mereka ke tahap maksimum keupayaan mereka.


Seorang wartawan Star menulis sebuah artikel yang dimuatkan pagi ini. Tajuknya ‘Having Fun With Satire’. Tulisan seorang anak muda Melayu. Bakatnya harus dipuji. Saluran bakatnya disalurkan memerlukan skrutini.
Dia menyentuh mengenai video Teresa Kok yang bertajuk Onederful Malaysia. Baginya ia satu satira yang perlu dilayan sebagai satira. Kemudian dia memetik kata-kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil seperti berikut :

..satire is a form of expression that is regarded as an acceptable form of critique in most modern democracies.

O.k.lah, saya mungkin boleh bersetuju secara berkategori dengan komen Fahmi. Memberi perhatian kepada perkara ini, tiba-tiba saya teringat dengan pesan Confucius di dalam Kitab Bunga Rampainya.

 “Chi K’ang Tzu asked Confucius about government.  Confucius answered, ‘To govern (cheng) is to correct (cheng).  If you set an example by being correct, who would dare to remain incorrect?’”(Book XII, ayat 17). 

Pendek kata, apa yang dimaksudkan dengan nasihat Confucius ialah, sebelum mahu membetulkan sesuatu, betulkan diri sendiri terlebih dahulu.

Artikel tulisan wartawan Star tersebut kemudiannya disambut dengan sepucuk surat kepada akhbar The Star. Penulis tersebut menambah garam ke dalam lauk yang sudah dihidangkan sebelum ini. Seolah-olah mahu mencadangkan bahawa orang Melayu memang tidak ada sense of humor. Hanya mereka sahaja yang bijak. Pantas benar beliau memberikan komen dan menangguk di air yang keruh. Mana mungkin peluang untuk menghina orang-orang Islam secara berseloroh demikian boleh dilepaskan. Lihat suratnya. 

Sifat hipokritnya saya akan tunjukkan sebentar lagi. Pantang Nampak peluang, pasti akan direbutnya. Janji orang Melayu boleh digambarkan sebagai racist, tidak bertamadun, bodoh, dungu dan berpemikiran tertutup.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang desakan penulis yang sama supaya kes pengetua Melayu yang dikatakan mengatakan sesuatu yang ditafsirkan mereka sebagai menghiris perasaan mereka sebagai anak cucu kepada bekas pendatang dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman lebih berat. Penulisannya klik sini. Surat tulisannya seperti di bawah.



Jika benar dia memperjuangkan kesamarataan serta anti kepada tindakan berbaur perkauman, tentu sahaja dia akan menulis surat yang serupa untuk mengutuk tindakan seorang pengetua sekolah vernakular Cina yang rasis di selatan Tanah Melayu. Kes tersebut bukan hanya melibatkan arahan membuka tudung, tetapi dikatakan turut disertakan dengan ugutan bunuh. Jika benar dia pejuang kesamarataan serta anti perkauman, kenapa diam dan membisu?


Begitu juga dengan kes Melayu tiada sense of humor yang dijadikan mereka bahan olok-olok yang menjadi sahut-sahutan antara mereka. Persoalannya, di mana suara mereka untuk menegur Teresa Kok, yang tidak mempunyai sense of humor dan tidak menghormati sesuatu cereka seni meraban ke seantero dunia hanya kerana sebuah cerpen bertajuk ‘Politik Baru YBJ’ satu ketika dulu? Bukankah ia juga sekadar cerpen?



Teresa Kok dan gerombolannya kemudiannya membuat forum dan menyaman akhbar tersebut. Mereka memainkan isu tersebut semaksimum yang boleh. Kes tersebut kemudiannya dibawa ke mahkamah dan keputusan telah dicapai. Ada banyak cerita dan spekulasi yang berlegar tentang kes tersebut, termasuk tindakan tikam belakang, tidak professional dan sebagainya. Mungkin benar dan mungkin tidak. Tetapi, tidak ada sesiapa pun pada waktu itu yang mahu menghalakan tuduhan bahawa Teresa Kok tidak menghormati karya kreatif serta bertindak keterlaluan dalam menafsirkan isikandungan cerita tersebut dengan pendekatan sensitif. Apakah hanya kerana dia seorang Kok, maka dia boleh berbuat apa sahaja? Termasuk menjadi terlebih sensitif bila perlu dan menjadi Seorang sutradara merangkap Mak Lawak bila dia mahu? Kok iya pun mahu berkokok-kokok menuduh orang-orang Islam sebagai tidak mempunyai sense of humor, cermin-cerminlah diri sendiri dulu.

Kepada penulis artikel The Star dan penulis surat yang berazam mahu semua manusia mempunyai sense of humor dan menghormati karya seni, maka bolehlah mulakan khutbah anda kepada Teresa Kok dan rakan-rakannya terlebih dahulu. Bak kata Confucius sebentar tadi, jika mahu orang lain berubah, ubahlah diri sendiri dahulu.



Jom Ubah! Ya.. ubah diri sendiri dulu!                                                                                                                                                                                   
  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

2 comments:

Salam IH, Jd mereka nk bgurau yea, nak bersatira yea..jom bgurau jgak dgn lebih pedas..kata nk sense of humor,jom kita bgurau.. Rasa nak t*mb*k je dorang ni..cina jgn mara yea.sy bgurau je ni
 
Wa'alaikumsalam w.b.t. Hamba Allah February 14, 2014 at 8:43 PM,

Ni baru betul2 sense of humour ala-ala cerita delegasi hang tuah melawak dengan Betara Guru Majapahit dengan tarian hulur kaki dalam Sulalatus Salatin.




 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email