Wednesday, February 5, 2014

Jawi Phobia atau Anti Jawi?

4
Ong Kian Ming menulis komen berikut.


Nampak sangat kerap baca Perlembagaan Singapura sebagai kiblat rujukan. Dalam Perlembagaan Singapura, Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah ditulis dalam tulisan rumi sahaja. Ia disebut jelas di dalam artikel 153A Perkara 2 seperti berikut :


(2)  The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script:{a}

Tapi Perkara 152 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menegaskan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan lain-lain bentuk tulisan adalah tidak dilarang. 

Ia kemudian diperjelaskan di dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Perkara 9 seperti berikut :

Tulisan bagi bahasa kebangsaan
9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Mereka-mereka yang tidak faham dengan asal usul tulisan Bahasa Melayu tentu sahaja tidak faham kebijaksanaan pihak yang merangka Perlembagaan ini dengan memberikan ruang luas kepada mana-mana bentuk tulisan yang membentuk bahasa Melayu. Bahasa Melayu pernah ditulis dengan Skrip Rencong, Rajang, Kawi, Pali, Sanskrit dan Jawi. Jadi meletakkan limitasi kepada penulisan Bahasa Melayu kepada tulisan Latin atau rumi, membawa maksud menafikan sejarah serta susur galur bangsa Melayu dan evolusi sistem tulisan mereka. Meletakkan limitasi sedemikian rupa bermakna meludahi sejarah pembentukan sistem bahasa untuk bangsa Melayu.

Akta Bahasa Kebangsaan juga menjelaskan Tulisan Melayu ialah Tulisan Jawi. 

Apakah dengan mempamerkan sikap sebegini, Ong Kian Ming mempunyai rasa iri dan menunjukkan sisi anti sifat dan personaliti Melayu di dalam berbahasa? Jika bahasa Mandarin dan cina boleh dibenarkan berkembang di Persekutuan Tanah Melayu, kenapa pula Bahasa Kebangsaan di dalam tulisan Melayu/Jawi hendak dihapuskan? 

Jika Perlembagaan Persekutuan pun tidak ada masalah dengan penggunaan skrip Jawi untuk bahasa Melayu, siapa Ong Kian Ming untuk mempertikaikannya?

Apakah Ong Kian Ming anti kepada semangat Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Atau apakah dia cuba menghasut rakyat membenci semangat Perlembagaan Persekutuan? Bolehkah Ong Kian Ming dan Nyonya di dalam gambar di bawah disabitkan dengan sentimen rasis dan perkauman kerana membenci tulisan orang-orang Melayu? Jika dia menyatakan sesuatu yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, dia juga dalam masa yang sama meludah Perlembagaan DAP. Apa kata Karpal Singh selaku peguam terkenal dan juga Pengerusi DAP tentang perlakuan Ong Kian Ming dan Theresa Kok di bawah yang mempertikaikan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia? Jika benar mereka menghormati Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang sering dilaung-laungkan, maka, kenapa pula apa yang dilaungkan itu tidak dicerminkan melalui sikap dan perbuatan?




Satu lagi persoalan timbul, kenapa pasca 2008, mereka ini kelihatan suka benar melakukan tindakan offensif yang menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu di sini? Apakah mereka mengharapkan orang-orang Islam/Melayu melakukan reaksi dan bertindakbalas lantas kesempatan itu akan diambil mereka untuk memainkan sentimen bahawa mereka sentiasa dimangsai (mainkan sentimen victimization) oleh kaum pribumi negara? Yang pasti mereka tahu bahawa penyokong mereka akan menelan apa sahaja yang keluar daripada mulut mereka. Sentimen dimangsai itu merupakan salah satu taktik meraih simpati yang tidak pernah pudar dan setiasa bugar dalam memberikan mereka kekuatan sokongan. Ini semua perlu dihentikan supaya negara tidak menjadi huru hara dek kerana cita-cita politik segolongan dari rakyat negara ini.

 Untuk apa yang dimuatkan di atas, m
ereka harus memberikan penjelasan. Jika tidak, sudah pasti kita boleh mencadangkan bahawa destini yang menimpa umat Melayu Singapura dan kedudukan bahasa mereka dan tulisan mereka akan turut terhidang dalam masa depan nanti jika pihak-pihak ini memegang tampuk kuasa. Na'uzubillahi min Dzaalik. Semoga itu tidak berlaku.


P/s :

Klik untuk besarkan.


Rujukan :

{a} http://statutes.agc.gov.sg/aol/search/display/view.w3p;page=0;query=DocId%3A%22cf2412ff-fca5-4a64-a8ef-b95b8987728e%22%20Status%3Ainforce%20Depth%3A0;rec=0
 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

Anonymous said...

tengok muka perempuan cina tu macam nak b***h je.. kalau takde iman dalam hati ni, dh lma suruh org p santau muka si bangsat dan pengkhianat negara.. patut sultan halau je dia keluar dr malaysia sbb dia tak layak berada di malaysia.. tp apakan daya.. ini la akhir zaman yg mna skrg adalah kemuncak zaman fitnah dan penghasutan... saya makin sedih dgn kedudukan islam di malaysia yg makin diancam kedaulatannya oleh puak2 kufar laknatullah.. khuatir jika malaysia bakal menjadi spt di thailand yg smakin jatuh.. dlu sy suka bkawan dgn org cina krn kterbukaan mereka ttp saat ini saya smkin takut utk mpercayai mreka.. langkah pertama ialah sy elak dr membeli d kdai2 cina n cuba menaikkan taraf ekonomi melayu wpun sy tau agak mahal ttp lebih baik majukan bangsa sdri dr bangsa asing.. ttp makin sedih jika kita yg melayu ini myokong pulak perbuatan n percakapan mereka. adakah malaysia masih ada harapan untuk elak dr berlakunya 13 Mei nnt??? wallahualam

Hasanah

satuhala said...

Ramai yg marah.. yg pelik ada ramai juga yg suka.. tp dlm marah2, kita pegang kemarahan kita dgn cara yg baik.. lepaskan bila ianya halal dilepaskan.. tahan bila ia lebih halal untuk ditahan..

Org yg paling kuat ialah org yg dpt menahan perasaan marahnya.. kita main reverse psikologi dgn org2 mcm ni.. klu itu yg mereka x mahu.. itulah perkara yg akan kita buat... fight anti jawi dgn memperkasakan jawi..

Masih ada harapan utk elak sebarang peristiwa yg merosakkan keamanan.. kita semua mesti aktif memberi nasihat dan amaran... ia supaya manusia yg bijak akan mula sedar yg semua ini tidak memberikan apa2 masalah kepada kita semua..

Setiap sen yg dibelanja, klu boleh pastikan ia akan masuk ke dalam putaran ekonomi org Islam.. walupun mahal, sekurang2nya dia bayar zakt dan lebihan wang itu akan kembali kepada saudara2 Islam yg memerlukan.. In Sya Allah..

Unknown said...

Komen yg mantap..saya amat setuju. Belilah pewangi kereta keluaran product muslim...

satuhala said...

Buy Muslim first Kojai..