Friday, February 14, 2014

توليرنسي ٢

3
اوليه : عمران هااز

سبلوم اين، كيت دهيدڠكن دڠن سبواه بريتا يڠ مڠينصفكن. جنازه ببراڤ اورڠ همبا الله يڠ سداڠ دڤيندهكن درڤد قبور مريك د جوهر، د داڤتي ماسيه دالم كادأن سمڤورنا. لالو، سورت خبر ممبوات ليڤوتن سينساسي. سموا اورڠ برچاكڤ مڠناءي عمل عباده يڠ موڠكين دعمالكن سي ماتي. ايت ميمڠ بريتا باءيق. بريتا باءيق ڤد مريك يڠ ڬيمر مليهت سسواتو برداسركن تاهڤ سينساسي بريتا ايت دبريتاكن.


تتاڤي، تياد سياڤا ماهو مليهت قيصه ترسبوت لبيه جاوه درڤد اڤ يڠ دبريتاكن. تياد سياڤا ڤرنه ماهو برفيكير، باڬايمانا تمڤت ڤرسمادين اورڠ-اورڠ يڠ برايمان اين دڬڠڬو دان كمودين دڤيندهكن هاڽ كران ڤروجيك-ڤروجيك ڤمباڠونن يڠ سداڠ رنچق دجالنكن. اسلام تيدق مننتڠ كماجوان. اسلام تيدق مننتڠ ڤمباڠونن. ماله ڤروبهن سرتا ڤڠاليهن لوكاسي قبور ايت جوڬ دبنركن د دالم اسلام. چوما اد ساتو ڤركارا يڠ ساڠت تيدق سداڤ تنتڠ اڤ يڠ سداڠ برلاكو كڤد اومت اسلام د نڬارا ميليق مريك اين.


كناڤ، هاڽ مريك سهاج يڠ ڤرلو برتولق انسور؟



سماس هيدوڤ، مريك دتولق ك كيري دان ك كانن. مريك تيدق ممبنته. مريك اكور كران مريك اومت يڠ سنتياس برتوليرنسي. ڤمرينته سنتياس مڠمبيل موده هاتي دان ڤراسان مريك. ڤمڤاسن اونتوق مريك سنتياس هاڽ چوكوڤ اونتوق مڠوبت لوك سمنتارا. ڤمڤاسن كڤد مريك هاڽ سقدر ممڤو ممبواتكن مريك هيدوڤ مرمڤت باڬايكن تيكوس-تيكوس د لورڠ كومباهن



.ايت نصيب مريك سماس هيدوڤ. سلڤس ماتي، نصيب مريك ماسيه لاڬي تيدق بروبه. ماسيه لاڬي ڤرلو دتولق ك كيري دان ك كانن اتس دسقن ڤمباڠونن دان سباڬايڽ. مريك تيدق لاڬي برڽاوا اونتوق ممڤو ممبنته. مريك اكور كران مريك اومت يڠ سنتياس برتوليرنسي. سماس هيدوڤ مريك دان سماس ماتي مريك.

چوما ڤرسوالنڽ، كناڤ اڤابيلا قوم لاين يڠ مينومڤڠ د اتس تانه يڠ بوكن ميليق اصل مريك، تيدق كيرا سماس هيدوڤ اتاو سماس ماتي مريك، ڤيهق ڤمرينته تيدق ممڤو اونتوق منجالنكن تيندقن يڠ سروڤا ك اتس مريك سڤرتيمان يڠ دلاكوكن كڤد اومت اسلام يڠ هيدوڤ دان يڠ تله ماتي؟ نڬارا سياڤا سبنرڽ اين؟ اڤاكه اورڠ-اورڠ اسلام اين، نيلاي هاتي دان ڤراسان مريك سام نيلايڽ دڠن سمڤه د دالم باكول سمڤه ڤجابت-ڤجابت ڤمرينته؟ سهاروسڽ هاتي-هاتي مريك-مريك اين يڠ سنتياس مڽوكوڠ سرتا برتولق انسور دڠن ڤمرينته دجاڬ. بوكنله سهيڠڬ مناتڠ مريك باڬاي ميڽق يڠ ڤنوه. تتاڤي ممبري سديكيت تولق انسور كڤد مريك يڠ بوليه برتولق انسور.







ليهت سهاج لاكرن سكيتسا د باوه. بوكنكه اي سسواتو يڠ ساڠت بنر اونتوق دڤركاتاكن. جك ملالوءي كامڤوڠ ملايو، تانه ڤرقبورن ملايو، كبون ملايو، سكوله ملايو دان سڬالا يڠ ملايو، سموا چادڠن ڤمباڠونن يڠ درانچڠكن اكن دجالنكن سڤرتي اصل. جك برتمبوڠ دڠن اوريانتاسي اتاو جاجرن يڠ تله دچادڠكن، مك سڬالا يڠ ملايو يڠ برتمبوڠ دڠن چادڠن ترسبوت ڤرلو دڤيندهكن اتاو دهاڤوسكن.

تتاڤي اڤابيلا چادڠن اتاو جاجرن لالوان ايت ملالوءي كاوسن كامڤوڠ بوكن ملايو، تانه ڤرقبورن بوكن ملايو، كبون بوكن ملايو، سكوله بوكن ملايو دان سڬالا يڠ بوكن ملايو، مك چادڠن ايت اكن دتوڠسمڤهكن اتاو داوبه دڠن سڬرا. نڬارا اين نڬارا سياڤا سبنرڽ؟ بوكنكه اي نڬارا رعيت مليسيا يڠ منجونجوڠ تيڠڬي ڤرلمباڬان نڬارا يڠ ملتقكن ملايو اسلام ڤد كدودوكن ايستيميوا؟ جك بڬيني چارا لايننڽ، اڤله ڬونا ممڤوڽاءي ڤرلمباڬان دان روكونڬارا جك سموا ايت دكاحقكن اوليه يڠ ممرينته هاڽ كران اورڠ-اورڠ ملايو امت موده برتوليرنسي.

اين توليرنسي جهنم نامڽ! سمڤأي بيلا ماهو بياركن كيت سموا دڤركوتق-كتيقكن د دالم نڬارا تمڤت تومڤه داره سنديري؟

اورڠ ملايو اسلام ڤرلو ممبواڠ سيكڤ تيدق اڤ. اڤ يڠ حق، مستيله دڤرتاهنكن. اڤ يڠ دڤرتاهنكن ايت، چاڬرنڽ اياله هرتا، كريڠت، داره دان ڽاوا. سمڤأي بيلا كيت سموا ماهو منجادي رعيت كلس دوا د نڬارا اين؟

سلاڬي كيت تروس برڤچه، سلاڬي ايتله كيت اكن تروس دڤركوتق-كتيقكن. ايوه كيت اوبه دڠن مڠيكوتي كمبالي جالن اسلام سبنر دان مڠهيدوڤكن كسدرن كيت تنتڠ حق-حق كيت. ساتو ڤركارا يڠ ڤرلو دايڠت دالم ممڤرتاهنكن حق-حق كيت، جاڠن ڤولا سمڤأي منچروبوه حق-حق اورڠ لاين.

© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

3 comments:

Hasanah said...

1)melayu mudah lupa
2)melayu malang
3)melayu merempat
4)melayu terpinggir
5)melayu malas
6)melayu blablabla....

kalo dikaitkan dgn melayu mmg selalunya dipandang negatif bkn shj dgn bangsa lain malah sesama bangsa... ada seseorang prnah menyatakan jika bangsa lain tidak mendengki sesama mereka ttp jika bangsa kita sendiri tak boleh tengok org berjaya.. mesti nak jatuhkan antara satu sama lain.. contoh yang sangat mudah bila tgk kejayaan org lain masa tu la dia hantar "benda" untuk merosakkan kejayaan tersebut. inikah yang dinamakan toleransi? kenapa melayu sesama sendiri tak boleh bertoleransi dan mendoakan yang terbaik dalam kejayaan saudara seagama dan sebangsa mereka? kenapa mesti menjatuhkan antara satu sama lain?

satu sebab yang saya rasa sangat tepat untuk menjawab soalan ini adalah mereka sangat jarang dan kadang2 solat secara berjemaah di masjid atau surau2 yang ada. lebih rela solat sendirian di rumah @ x solat langsung. bila mereka jauh dgn ummah masyarakat, hati mereka mungkin akan diselaputi oleh penyakit wahan yg makin tebal didlm hati masing2.

pernah ada terdengar hadis nabi saw yg menyatakan jika solat subuh di masjid @ surau penuh seperti solat jumaat, maka gerunlah para musuh islam untuk berperang dgn orang islam..

persolannya.. bila waktu tersebut akan sampai di malaysia agaknya?

satuhala said...

Saudari Hasanah,
Yg tu penyakit org Melayu. Bila mrk dpt atasi penyakit tersbut mrk akan berjaya sebagai umat Islam yang berjaya.

Benar, puncanya ialah Melayu tidak lagi secara majoritinya bersolat jemaah.

Subuh seperti Jumaat itu rasanya bukan hadis Nabi, tapi mungkin kata-kata dari Allahyarham Syeikh Dr. Fathi Yakan, seorang pemimpin gerakan Islam Lubnan.

satuhala said...

Saudari Hasanah,
Yg tu penyakit org Melayu. Bila mrk dpt atasi penyakit tersbut mrk akan berjaya sebagai umat Islam yang berjaya.

Benar, puncanya ialah Melayu tidak lagi secara majoritinya bersolat jemaah.

Subuh seperti Jumaat itu rasanya bukan hadis Nabi, tapi mungkin kata-kata dari Allahyarham Syeikh Dr. Fathi Yakan, seorang pemimpin gerakan Islam Lubnan.