Tuesday, January 28, 2014

Jangan Baling 'Molotov Cocktail' Sembunyi Tangan

Oleh : Imran Haaz

Berjuang hampir satu dekad dalam menghadapi himpitan demi himpitan provokasi golongan pelampau Kristian menyebabkan kita pada hari faham benar dengan perangai serta perlakuan mereka.

Taktik mereka mudah, jika agama mereka tidak dapat dikembangkan kerana kekangan, mereka akan melakukan pelbagai bentuk provokasi untuk memaksa orang-orang Islam melakukan tindakbalas. Kerana itulah kita yang berjuang di sini sentiasa berpesan kepada orang-orang Islam supaya bertenang dan melawan mereka secara intelektual serta menggunakan cara yang mereka tidak akan sangka. (Klik untuk ke penulisan yang cuba menjawab provokasi seorang penulis yang menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai punca keganasan Timur Tengah)

Kita juga sentiasa berpesan kepada pemerintah supaya mengambil tindakan mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah diwartakan. Apa guna undang-undang sekiranya ia boleh diludah dan dipijak begitu sahaja oleh puak-puak pelampau ini. Kita berpesan dengan pemerintah kerana kita tahu mereka-mereka ini akan terus melakukan provokasi sehingga timbul kacau bilau. Mereka memang mahukan berlaku keganasan ke atas orang-orang Kristian dan gereja-gereja mereka. Mereka telah merancang perkara ini sejak berdekad lepas.


Mereka telah melakukan eksperimen di Indonesia dengan menggunakan taktik provokasi untuk memainkan sentimen mereka dimangsai. Malah mereka tidak malu untuk mengakuinya di dalam buku gerakan Kristianisasi mereka.





Pada 1990, sebuah buku diterbitkan untuk mewujudkan kesedaran golongan Kristian tentang usaha mereka mengembangkan Kristian di serata dunia. Saya telah menulis tentang buku ini sejak 2007. Negara sasaran adalah termasuk Indonesia, Brunei dan Malaysia.
Taktik contextualization dan syncretism sudah disebut berkali-kali sejak saya memulakan blog SATUHALA. Tetapi taktik melakukan provokasi sehingga menyebabkan berlaku tindakbalas ganas ke atas orang Kristian dan gereja mereka, jarang saya sentuh kecuali melalui penulisan-penulisan yang memberi amaran kepada umat Islam supaya tidak bertindak ganas termakan provokasi mereka.




Tatktik provokasi ini pernah digunakan di Indonesia. Hasilnya, pada 1992 terdapat sejumlah gereja dibakar. Mereka memang mengharapkan situasi ini akan memberikan kelebihan kepada mereka. Di dalam buku tersebut, disebutkan bahawa dengan berlakunya tindakan sebegini, mereka berharap dan berdoa agar wujud nanti kesedaran serta kesungguhan dalam usaha menyebarkan agama Kristian dan membangkitkan semangat orang-orang Kristian untuk memberi komitmen kepada agama mereka. Mereka bercakap di dalam bahasa yang berlapik. Apabila kita sudah biasa dengan permainan gaya bahasa mereka, kita akan faham bahawa apabila mereka bercakap mengenai 'doa', ia sebenarnya membawa maksud beri perhatian, beri sumbangan tenaga, beri bantuan kewangan supaya perkara tersebut boleh berlaku.

Tidak percaya kepada kenyataan tentang semangat miisionary mereka untuk menyebarkan Kristian akan lebih berkobar-kobar sekiranya pihak mereka berada dalam keadaan tertekan? Lihat sahaja dengan apa yang berlaku di Banting dengan tumpuan di Taman Teluk Datuk pada link di bawah :

http://akarimomar.wordpress.com/2014/01/17/terbaru-mubaligh-masuk-kampong-modus-operandi-yang-sama/

Pelampau Kristian memang sukakan provokasi. Mereka melakukan provokasi dengan harapan orang-orang Islam akan bertindak di luar batasan. Jadi, jangan sesekali termakan dengan provokasi mereka. 

Mereka memang mahukan berlakunya keganasan, tetapi kita harus melawan keadaan serta cabaran provokasi ini dengan cara yang mengikut apa yang diajarkan Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi tekanan mereka. 

Kita mesti memastikan bahawa kita bukanlah boneka-boneka yang boleh digerakkan sesuka hati mereka melalui permainan psywar mereka. Persekutuan ini agamanya Islam. Maka kita harus menjadi sutradara kepada halatuju 'permainan' isu ini, Jangan biarkan kita ditunggang hanya kerana kita tidak gemar berfikir menggunakan akal.

False flag mungkin akan berlaku, tetapi jangan sampai kita yang memulakannya. Untuk pemerintah, tolong pastikan Rule of Law benar-benar dihormati di negara ini. 

Ketidakmampuan pemerintah untuk menjalankan fungsi sebagai pihak yang bertanggungjawab tentang Rule of Law ini, akan menyebabkan manusia-manusia dengan tahap kesabaran yang rendah, akan cuba menyelesaikan isu ini dengan tangan mereka sendiri. Elakkan semua ini berlaku dengan menjalankan apa yang perlu dijalankan. 

Manusia belajar dari sejarah. Bukan sedikit tamadun dan pemerintahan jatuh hanya kerana rakyatnya melihat golongan yang memerintah tidak berupaya menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi semua mesti mengambil pelajaran. Semoga Malaysia ini terus aman di bawah naungan Islam dan umat Islam yang mengambil berat tentang agama mereka dan bertegas di dalam perkara yang perlu mereka bertegas dan berlembut di dalam perkara yang Allah benarkan mereka berlembut. Ameen.
  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

1 comments:

Assalamualaikum...

Saya sangat tertarik dgn blog saudara yang berinformasi..mesej yang cuba disampaikan indah bahasanya bersulamkan sindiran sinis yang tajam menusuk sanubari...thumbs up, keep up the good work..

Cuma nak tanya, where can i get the copy of buku "operation world" yang saudara tulis diatas? Terima kasih :-)
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email