Thursday, November 7, 2013

Cadangan Karlpal

Karlpal Singh mencadangkan mana-mana pertubuhan yang menggunakan nama agama dan bangsa patut dinyahdaftarkan. Cadangan itu dilihat bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dia menyatakan cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan alasan untuk kebaikan negara bagi jangka masa panjang. Kewujudan pertubuhan-pertubuhan serta parti-parti politik berorientasikan bangsa dan agama mengikut katanya sangat memudaratkan masa depan Negara. Biasalah bagi mana-mana minority dengan inferiority complex yang mempunyai pembesar suara besar untuk mencadangkan perkara-perkara demikian.

Lalu dia memberikan contoh PAS antara yang perlu dinyahdaftarkan. Setelah PAS melemparkan ayat-ayat al Qur’an ke belakang punggung untuk menghalalkan kerjasama dengan DAP. Kini PAS cuba dicadangkan untuk dinyahdaftarkan oleh Pengerusi DAP. Bahasa mudah, PAS halalkan DAP, DAP mahu nyahdaftarkan PAS.



Bukankah pada 2008, saya telah menyatakan bahawa apa yang disebut Allah dalam surah al Mumtahanah akan menghantui PAS sepanjang kerjasama mereka? (baca ‘Bila Muslim Berakal Pandir.’ Klik)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil seteruKu dan seteru kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka) (al Mumtahanah ayat 1 hingga 2)

Di dalam imaginasi Karlpal, PAS dan beberapa parti politik lain disebutkan sebagai contoh pertubuhan yang perlu dinyahdaftarkan. Mungkin kerana telah berusia, Karpal tidak mampu memberikan contoh-contoh lain yang mungkin boleh dimasukkan ke dalam senarai pertubuhan yang perlu dinyahdaftar kerana berorientasikan nama agama dan bangsa-bangsa tertentu. Biar saya sahaja menolong menguatkan memorinya. Antarapertubuhan yang mungkin akan termasuk ke dalam cadangan nyahdaftarnya adalah seperti berikut :

1.       Sister in Islam (SIS)
2.      Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)
3.      Catholic Lawyers Malaysia
4.      Dong Zhong
5.      Jiao Zhong
6.      Young Buddhist Association.
7.       Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOA
8.      Centre For Rights Of Ingineous People Sarawak (CRIPS)
9.      Islamic Renaissance Front (IRF)
10.   Sidang Injil Borneo (SIB)
11.    National Evangelical Christian Fellowship (NECF)
12.   Council of Churches Malaysia (CCM)
13.   Dewan-Dewan Perhimpunan Cina
14.   Federation of Malaysian Indian Organisations (PRIMA)
15.   indian malaysian active generation (image)
16.   Malaysian Indian Development & Unity Association
17.    Malaysian Indian Network Development Society (MINDS)
18.   Tamil Foundation Malaysia

Dan banyak lagi..


‘Bagus sekali’ cadangan Karrpal Singh. Tidak sabar rasanya melihat semua pertubuhan yang dinyatakan di atas dinyahdaftarkan dalam kadar segera sepertimana yang dicadangkan di dalam cadangan Karpal Singh.

Wednesday, November 6, 2013

Orang Lain Sudah Melupakan Bulan..

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Pagi ini satu berita dimuatkan. India melancarkan pesawat angkasa yang akan ditugaskan mengorbit planet Marikh. Russia telah mencuba. China juga telah mencuba tetapi gagal. Jepun juga tidak ketinggalan. Mereka gagal. Tetapi mereka tetap di dalam kedudukan telah mencuba. Mereka akan terus mencuba kerana itu sifat dan jati diri mereka yang mendambakan kemajuan.



Di mana pula kita dan Negara-negara Islam yang lain? Masih berbunuh dan bergaduh sesama sendiri kerana ada yang merasakan diri lebih Islamik dari manusia Islam yang lain? Masih lagi bergelak tawa suka tersenyum dan tersengih mendengar hukum air mani, hisap susu isteri ketika anak sendiri sudah masuk universiti dan bakal berumahtangga di dalam ceramah-ceramah agama? Sepatutnya mereka semua sudah tahu tentang itu semua sebelum mendirikan rumahtangga. Ini sangat pelik. Banyak yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita. Banyak yang sangat tidak kena dengan sistem pendidikan agama kita. Banyak yang sangat tidak kena dengan golongan ‘berpakaian agama’ kita. Banyak yang sangat tidak kena dengan sistem pemikiran kita semua sendiri.

Sex sells, di mana pun ia diungkapkan. Bukan setakat filem, majalah, drama, dokumentari, akhbar dan iklan-iklan kapitalis, malah sex turut sells di dalam ceramah-ceramah agama berorientasikan jumlah pendengar dan bukan kualiti ilmu yang disampaikan kepada pendengar. Bukan sedikit golongan ‘berpakaian agama’ yang menjadi hartawan menjaja hukum-hukum berbaur konotasi seksual popular di dalam ceramah-ceramah mereka.

“Ini hukum. Ia mesti disampaikan,” Come on la Syeikh. Kalau yang disampaikan hukum tersebut merupakan anak-anak remaja yang perlu belajar tentang hukum-hukum tersebut dan bakal-bakal pengantin, itu memang kena dengan tempatnya. Di dalam ceramah terbuka yang dihadiri bapa-bapa dan tok-tok wan orang yang sudah beranak pinak dan bercicit piut, dan subjek ini merupakan subjek utama yang dipalugendangkan, tidak dapat tidak, kita tertanya, apakah hanya setakat itu sahaja yang kita mampu gali keluar dari agama ini untuk dihidangkan kepada manusia-manusia muslim yang dahagakan ilmu dan kehebatan? Apakah hanya subjek itu sahaja yang mahu didengari khalayak muslim? Jika itu kecenderungan mereka, maka umat ini merupakan umat yang sangat berpenyakit.

“Bukan saya yang nak sebut, orang dah Tanya, saya jawab saja,” Ungkapan klise umpama rekod rosak berulang-ulang yang tak pernah gagal untuk menjinakkan mana-mana pihak yang mempersoalkan kecenderungan kandungan seksual di dalam ceramah agama. Tanpa kandungan seksual terbabit, 40% dari hasil tabung kutipan tentu sahaja berkurang. Orang Melayu sukakan segalanya tentang seks. Kerana itu Hukum Kanun Melaka dipenuhi undang-undang yang dibuat bagi mengekang kecenderungan serta kebuasan seksual golongan-golongan tertentu di dalam negeri Melayu. Ia supaya manusia di alam Melayu dapat hidup aman, damai dan tenteram dan menghormati hak antara satu sama lain. Kerana sultan yang buas nafsu seksualnya itu jugalah Melaka runtuh dan tidak bangkit kembali sehingga hari ini.

Mereka menepis dengan mengatakan mereka hanya menjawab soalan yang ditanyakan. Entah siapa yang bertanya kita pun tidak pasti sebenarnya. Diri sendiri, orang sendiri atau memang benar ia ditanya, Allah sahaja yang mengetahui. Bertahun memantau gerakan televangelis Kristian di luar Negara, saya melihat kecenderungan yang sama sedang menjangkiti ‘golongan berpakaian agama’ kita. Kitajuga sudah maju. Kita juga tidak kurang hebatnya dengan televangelis dan youtubevangelis kita sendiri. Menarik sekali filem Leap Of Faith lakonan Steve Martin. Modus Operandi ‘golongan berpakaian agama’ mencari untung disebalik topeng agama dilondehkan secara santai di dalam sebuah persembahan komedi.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email