Wednesday, June 19, 2013

Malaysia, Selat Melaka dan Tokong Demokrasi Amerika

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Penulisan sebelum ini, membawa kepada perhatian pengunjung blog ini dengan kisah De-Ja-VU cita-cita hegemoni Tokong Demokrasi Amerika dan apa yang telah diperbuat mereka dengan Panama dan Noriega.

Pada kali ini, kita melihat pula mengenai kedudukan Malaysia sebagai negara yang dilihat dekat dan mempunyai penguasaan ke atas laluan Selat Melaka dan akses kepada sumber mineral yang diprojeksi sebagai banyak di Laut China Selatan.

Sebelum ini, sebahagian daripada penulisan ini ditulis di dalam akaun facebook saya bermula dari sebuah video yang dikongsi oleh salah seorang sahabat yang menamakan dirinya Allin Artline.

Ia berkisar mengenai peristiwa tembakan rambang yang membunuh pelajar-pelajar sekolah di Amerika. Lalu ia membawa bias ingatan untuk segera memikirkan tentang tragedi pengeboman acara marathon di Boston. Sebuah peristiwa yang disangsikan kebenarannya. Bukan jumlah kematian dan letupan tersebut yang disangsikan. Tetapi, apabila pihak berkuasa Tokong Demokrasi Amerika dengan cepat menuding jari kepada suspek Muslim dari Chechnya dan segala yang dilakukan penuh dengan operasi kelabu termasuk membunuh suspek sebelum dapat dibicarakan, tidak dapat tidak, kita akan kembali teringatkan operasi False Flag semasa pembunuhan John F. Kennedy dan September 11.



Ramai termasuk saksi utama pembunuhan JFK mati di dalam tempoh 1967 hingga 1976. Seolah kebenaran yang sebenar-benarnya cuba ditenggelamkan melalui jalan-jalan kematian ini. Banyak teori menyelubungi sebab kematian Irv Kupcinet, Grant Stockdale, Gary Underhill, Bill Hunter, Jim Koethe, Tom Howard, Mary Sherman, Mary Pinchot Meyer dan ramai lagi. Mereka-mereka ini merupakan orang-orang yang mempunyai kaitan dan hubungan jika tidak dengan JFK, mereka mempunyai hubungan dengan agensi-agensi yang dekat dengan plot-plot cerita yang memuncak dengan pembunuhan JFK. Ada di antara mereka merupakan sahabat kepada JFK, wartawan yang terlibat di dalam pemberitaan dan penyiasatan kes JFK, peguam, skandal dengan JFK, saintis yang terlibat dengan projek senjata biologi untuk membunuh Fidel Castro dan sebagainya.

Monday, June 10, 2013

Lain Boneka Dari Ventriloquist Sama

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..


Pada 2009, saya menulis kronologi kehancuran dalaman negara-negara Islam seperti berikut.

Segala ancaman kepada Dunia haruslah dihapuskan. Iran harus dilemahkan sebagaimana Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang lain. Libya, Syria, Yaman, Lubnan dan negara-negara Islam yang dilihat sebagai sekutu yang boleh menyokong pemberontakan Iran terhadap hegemoni barat akan dilumpuhkan. Begitu juga dengan negara-negara Islam di Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Saya menulisnya di sini..
http://satuhala.blogspot.com/2009/10/nobel-obama-dan-muntah-hijau.html#ixzz2VmSI18C7

Lama sebelum itu, saya menulis tentang perkara yang hampir sama seperti petikan berikut :

Apa yang berlaku di sana mempunyai kaitan dengan apa yang apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Turki dan Malaysia. Hanya Allah sahaja memiliki pegetahuan tentang apa sahaja rancanganNya dan apa yang sedang dia persiapkan untuk Yahudi di Israel.

“Di sana” di dalam petikan di atas, merujuk kepada demokrasi yang telah ditegakkan secara sah di Gaza, tetapi tidak diiktiraf oleh Israel dan sekutunya. Lalu semua hasil keputusan yang dicapai oleh sistem demokrasi yang ditegakkan di Gaza beberapa tahun dahulu, disambut dengan serangan demi serangan saban tahun oleh Israel dan sekutunya. Bacaan penuh pada pautan berikut : 

Serangan melalui pemberontakan dalaman ke atas Libya, Mesir, Tunisia, Iran, Turki, Indonesia dan Malaysia telah dijangka. Berkali-kali saya menulisnya di dalam blog ini secara konsisten sejak 2009.
Saya menulis tentang semua itu sebelum Libya, Mesir, Tunisia dan Turki cuba diruntuhkan melalui kekacauan dalam. Setiap kali, saya menulis tentang perkara tersebut, saya akan membuat artikel susulan mengenai False Flag.

False flag secara mudah merupakan satu modus operandi yang biasa dilakukan agen-agen Israel serta proksi mereka untuk mencetus peperangan, kekacauan, perubahan rejim, perubahan pemegang kuasa, perubahan polisi dan sebagainya melalui jalan fitnah. Jalan Fitnah di dalam kategori False Flag ini dilakukan dengan mencederakan atau melakukan pembunuhan kepada pasukan sendiri dan kemudian menuduh ianya dilakukan oleh pihak musuh supaya campurtangan luar serta sentimen rasa benci rakyat ditempat yang menjadi sasaran dapat diapi-apikan.

Salah satu contoh teknik false flag yang pernah cuba digunakan di kawasan Nusantara pernah saya ceritakan tidak lama dahulu di dalam petikan artikel lama di dalam blog ini seperti berikut :

Malaysia juga tidak terkecuali dari Operation False Flag. Pada ketika Indonesia berkonfrontasi dengan projek Malaysia Tunku Abdul Rahman, pengganas British yang semakin hilang kekuatan empayar mereka dengan satu demi satu kemerdekaan yang terpaksa diberikan kepada tanah jajahannya, mencadangkan kepada Tunku Abdul Rahman satu bentuk cadangan yang boleh menghancurkan masa depan kedua-dua negara yang serumpun ini. Pihak British pada ketika kempen ganyang Malaysia sedang diapi-apikan di Indonesia, memberi sebuah cadangan kepada Tunku Abdul Rahman. Cadangan tersebut seperti berikut.

British akan menempat sebuah kapal perangnya di Selat Melaka dengan kru kapal. Pada satu ketika yang tepat pada perkiraan mereka, pihak British akan mengebom kapal mereka sendiri dan membunuh semua kru di dalamnya. Setelah pengeboman itu berjaya, maka satu tuduhan akan dilemparkan kepada pihak Indonesia bahawa merekalah yang bertindak ganas dengan mengebom kapal milik British. Pada persepsi umum nanti, tiada siapa akan menuding jari kepada Malaya dan British atas kecelakaan yang berlaku kerana pada sangkaan umum, kapal tersebut merupakan sekutu Malaya dan ianya pula milik British. Ia diletupkan sebagai ‘lesen besar’ yang mengabsahkan dan bakal menghalalkan keperluan British untuk terlibat sama dalam perang baru nanti 1. Cita-cita British untuk menguasai Nusantara tidak pernah padam walaupun kemerdekaan sudah diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Nafsu besar mereka tidak dapat dibendung apabila melihat kesempatan yang ada di depan mata. Ini perluang mereka untuk menguasai Malaya kembali dan mendapat bonus memiliki Indonesia pula kelak. Tetapi, Allah itu Maha Besar. Allah membukakan hati Tunku Abdul Rahman dengan menolak cadangan untuk mendajalkan Indonesia dengan pelan tersebut. Alasan yang diberikan Allahyarham Tunku ialah, “Bahawa kami ini serumpun.” Walau pun kita dipisahkan secara geografi dan melalui pelakaran sempadan yang dicipta barat, tetapi perasaan bersaudara itu tidak hilang. Jika Tunku Abdul Rahman menyambut cadangan tersebut, tentu sahaja masa depan rantau ini berubah menjadi sesuatu yang tidak serupa dengan hari ini. 

Pautan penuhnya di sini: 
http://satuhala.blogspot.com/2010/02/kepala-babi-bakar-rumah-ibadat-satu.html#ixzz2VmXMIxFy

Wednesday, June 5, 2013

Potong Kepala Dia!

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Kita melihat semakin banyak iklan dan gaya kehidupan batil yang cuba disogokkan kepada pemikiran wanita. Lihat sahaja iklan yang dipertontonkan di kaca tv. Wanita super di dalam pengiktirafan mereka perlulah wanita yang takut kepada cahaya matahari, bodoh sombong, risau tentang warna ketiak, boleh berlari 48 jam tanpa makan, minum dan tanggungjawab, tetapi rambut mesti tersisir rapi. Malah lebih teruk lagi apabila wanita digambarkan boleh ditundukkan dengan produk wangian-wangian tertentu. Tanpa sedar, minda bawah sedar kebanyakan wanita yang hidup tanpa perlindungan hidayah akan segera terprogram untuk dibentuk menjadi terlalu risau dan hanya menghabiskan masa membelek kekurangan diri sendiri. Saya pernah menulis tentang ini dalam sebuah penulisan lama. Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan boleh diakses dengan klik di sini.


Saya kembali mahu menulis tentang perkara yang hampir sama selepas membaca berita tentang Angelina Jolie. Angelina Jolie kini diangkat sebagai tokong * keberanian, tegas dan berfikiran jelas di dalam memahami projeksi kemungkinan takdir. Hanya kerana pemeriksaan DNAnya menunjukkan dia mempunyai trait BRCA1. Satu jalur gen yang dikatakan akan menyebabkan kemungkinan barah payu dara berlaku kepada dirinya. Dikuatkan pula dengan kes-kes yang berlaku ke atas mereka yang mempunyai hubungan saudara dengannya.

Mereka cuba menunjukkan bahawa inilah cara yang sepatutnya dilakukan para wanita apabila berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan Jolie. Tindakan drastik yang dilakukan tergesa-gesa hanya kerana statistik menunjukkan bahawa kemungkinan buruk mungkin akan berlaku di dalam trajektori kehidupannya.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email