Monday, May 20, 2013

Resolusi, Revolusi atau Evolusi?

Oleh : Imran Haaz.


Penulisan di bawah merupakan sebuah penulisan yang tidak pernah saya terbitkan di dalam blog ini. Ia diterbitkan di dalam ruang akaun facebook saya pada 11 Oktober 2012. Berikut penulisan penuh tersebut. Pautan asal dan komen-komen asal boleh ke timeline akaun facebook saya pada Oktober 2012.

Bismillahir Rahmanir raheem...

Ramai yang keliru untuk membuat keputusan. Sedangkan mukmin itu bukanlah saudara kepada kekeliruan atau mudah untuk dikelirukan. Semua kekliruan tu tidak perlu kita harungi kalau kita semua bersatu atas satu jemaah. Untuk menjadikan negara ini tunduk 100% kepada sistem Islam dengan pantas, hanya ada dua cara. 1. Resolusi 2. Revolusi. Kedua-duanya memerlukan kekuatan jemaah Islam Yang bersatu. Negara ini telah dibentuk oleh Allah dengan keadaan tiada ruang untuk umat Melayu/Islam berpecah. Allah mahukan kita bersatu dalam negara ini. Hanya manusia dihasut Iblis sahaja mengatakan Islam boleh didirikan dengan bersekongkol dengan golongan kafir yang menentang kita pada jalan agama kita dan cuba menghalau kita keluar dari kampung halaman kita sendiri (al Mumtahanah ayat 9).

Tidak kira melalui resolusi @ revolusi, kedua-dua cara memerlukan Melayu/Islam bersatu dalam satu jemaah. Tiada cara lain, kecuali bersatu. Hampir 500 tahun negara ini berada di bawah pemerintahan Nasrani dan Nasrani terlepas pegangannya ke atas negara ini bila semua umat Islam bersatu di bawah panji bangsa Melayu pada 1957. Apakah kita masih enak dibuai mimpi bahawa golongan Nasrani tidak mahu menguasai semula negara ini selepas 55 terlepas dari tangan mereka. Entah kenapa ramai sangat orang-orang Islam dibutakan dan tidak menyedari bahawa kumpulan-kumpulan Nasrani melalui PBB, US, Israel, NATO, dan pelbagai pertubuhan hak asasi manusia, media yang berselerak di dalam dunia sedang menjalankan agenda penjajahan ke atas seluruh dunia. Tidakkah manusia-manusia muslim sedar bahawa semua negara-negara yang baru muncul di dunia merupakan negara-negara Nasrani yang dipisahkan dari negara Islam?

Prinsip mudah mereka, jika tidak dapat menguasai sesebuah negara Islam secara total, daerah-daerah serta negeri-negeri yang mempunyai majoriti orang Nasrani di dalamnya perlu dipisahkan dari pentadbiran negara Islam. Perhatikan kepada Timor Timur yg kini dikenali sebagai Timor Leste. Dulu ia merupakan sebuah daerah di bawah penguasaan negara Umat Islam Indonesia. Tanpa bantuan IMF satu ketika dulu kepada Indonesia, apakah kita fikir semudah itu Indonesia melepaskan Timor Timur? Ia kini sebuah negara Nasrani yg muda. Perhatikan pula, Sudan Selatan. Dulu ia sebuah pecahan daerah dalam negara Sudan yg dikuasai umat Islam. Kini ia berjaya dipisahkan melalui tekanan-tekanan yang dikenakan. Kini Sudan Selatan merupakan negara termuda dunia. Dan ia juga merupakan sebuah negara Nasrani. Ia sepertimana Timor Timur, yang merupakan negara Nasrani yang dipisahkan dari Indonesia. Pengalaman serupa pernah terjadi kepada kita Nusantara. Bermula dengan Taiwan, Filipina dan kemudian Singapura. Perhatikan dengan rapat Nigeria , Ambon, Papua Barat (Irian Jaya) dan Pulau Pinang pula selepas ini. Persoalannya, kenapa umat Islam terlalu buta? Terlalu terkesima pada facade penampilan 'Islami' sedangkan mereka bersekongkol dengan proksi gerakan dajjal yang sangat jelas persekongkolannya melalui lisan, 'persemendaan' dan perbuatan? 

Friday, May 17, 2013

Apakah Evangelis Kristian Benar-benar Jujur Hendak Guna Kalimah Allah?

Berikut ialah penulisan Tuan A. Karim Omar. Saya salin semula di sini. Pautan asalnya klik sini.


Puak-puak evangelis Kristian masih ingin menegakkan benang yang basah. Mereka masih berkeras menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk terjemahan istilah God adalah satu keperluan. (Saya telah ulaskan bahawa terjemahan tersebut adalah tersasar dari segi kaedah peristilahan di sini: klik untuk baca).
Niat sebenar puak-puak evangelis berbohong untuk mengguna kalimah Allah bagi terjemahan kepada istilah “God” telahpun didedahkan sendiri oleh majalah mereka Christianity Today yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka dengan jelas mengatakan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu usaha strategik untuk menipu umat Islam agar terkeliru untuk membaca bahan-bahan bacaan Kristian. (baca di sini: Kenapa Evangelis Kristian Risau Apabila Lagu Agnes Monica Diharamkan?).
Untuk kiriman ini saya ingin dedahkan pula apakah puak-puak evangelis ini benar-benar jujur hendak mengguna nama suci Allah itu. Apakah mereka benar-benar percaya bahawa nama yang sepatutnya untuk Tuhan mereka adalah Allah? Apakah mereka akan benarkan pula penganut Islam yang telah tertipu oleh mereka itu berterusan mengguna nama suci Allah apabila telah murtad dan mengamal agama Kristian?
Majalah Christianity Today keluaran Januari-Februari 2013 telah mendedahkan sepasang suami isteri Islam telah ditipu dan berjaya dimurtadkan serta percaya bahawa Tuhan dalam agama Kristian juga bernama Allah. Laporan majalah tersebut menyebut bahawa akhirnya mereka berterusan mengguna nama suci Allah (seperti dalam ucapan Alhamdulillah dan Insha Allah) apabila telah murtad dan masuk agama Kristian.
Maka pada suatu hari, mereka bertemu kembali dengan paderi yang telah memperdayakan mereka untuk murtad. Maka paderi itu bertanya khabar kepada mereka.
One day the pastor came to me and said, “How are you?” I answered, “Alhamdulillah!” (“Praise be to God!”). The pastor was very angry. He said, “No, brother! No more Alhamdulillah. Your God is changed from Allah to God [using the tribal name]. You have to express your thanksgiving to God as a Christian …
Allah-changedTerjemahannya:
Suatu hari paderi tersebut datang berjumpa saya dan berkata, “Awak apa khabar?” Saya menjawab, “Alhamdulillah!” (“Segala puji kepada Allah!”). Paderi tersebut sangat marah. Dia mengatakan, “Tidak, saudara! Tidak lagiAlhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar dari Allah ke Tuhan [dengan mengguna nama Tuhan dalam istilah bahasa tempatan]. Awak perlu menyatakan kesyukuran awak kepada Tuhan sebagai seorang Kristian …
Dengan JELAS dan TERANG, sememangnya paderi tersebut menipu. Dan ini membuktikan bahawa sememangnya puak-puak evangelis ini MENIPU hanya untuk memperdayakan umat Islam dalam tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah itu.
PENIPUAN dan KEJAHATAN puak-puak evangelis ini semakin ketara apabila majalah mereka sendiri mendedahkan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu guna nama suci Allah untuk tujuan nama Tuhan mereka. Malah majalah tersebut mendedahkan lagi bahawa mereka AMAT BENCI dengan nama Allah itu.
Ini yang disebut lagi dalam perenggan yang sama:
He asked me to not use the term Allah because Allah is evil, Allah is the Devil, Allah is the black stone, Allah is an idol.
Allah-is blackstone
Terjemahannya:
Dia (paderi itu) melarang saya guna kalimah Allahkerana Allah jahat, Allah adalah Syaitan, Allah adalah batu hitam (Kaabah), Allah itu adalah berhala.
KEBENCIAN puak-puak evangelis ini terhadap nama suci Allah ini sungguh jelas sekali apabila mereka menghina Allah.
PERSOALAN POKOK, jika mereka sungguh bencikan nama suci Allah ini mengapa mereka menuntut hendak gunanya?
BUKTI dari bahan Kristian sendiri mendedahkan kebencian dan kesumat mereka terhadap nama suci Allah. Tetapi kerana tujuan untuk MENIPU dan memperdayakan umat Islam mereka tuntut penggunaan kalimah Allah. Dan fenomena ini nampak jelas bukan sahaja berlaku di Malaysia.
Inilah asas penyebaran kepalsuan ajaran Kristian yang berlandaskan menipu orang untuk masuk agama mereka dan terjerumus sama dalam api neraka selama-lamanya. نعوذ بالله من ذلك

Thursday, May 16, 2013

Antara Yang Lemas Dan Yang Perlu Diselamatkan

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Seruan yang menyeru kepada perpaduan umat Islam dalam satu jemaah ialah satu seruan yang selari dengan tuntutan al Qur’an dan as Sunnah. Jika keduanya menjadi pegangan dan tiada motif lain di dalam menjalani kehidupan kecuali mengharapkan redha Allah, umat Islam tidak akan menentang anjuran perpaduan ini.

Jika tidak mampu bergabung, cukup untuk kedua-dua entiti politik Muslim terbesar di negara ini mempunyai satu modus vivendi yang kukuh berpegang kepada motif utama untuk memastikan Islam kekal agung dan teratas serta selamat dan berkembang pesat di negara ini. Modus vivendi itu juga harus menitikberatkan bahawa semua hak-hak mengenai Islam dan umat Islam di negara ini perlu diberi penekanan utama untuk diperjuangkan dan bukan untuk dijual borong demi kuasa politik.



Malang sekali apabila cadangan-cadangan perpaduan tersebut dibawa kepada meja rundingan, ada yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis dan berbau penolakan. Ada yang menolak dengan cara yang biadab sehingga mahu meludah wajah sesiapa yang membawa perkara kepada dirinya. Ada juga yang mungkin terpaksa menolak dengan cara yang berlapik.

Friday, May 10, 2013

Terbalikkan Bendera: Apa Hak & Legitimasi Mereka?

oleh : Imran Haaz

Majalah National Geographic keluaran Ogos 2012, menyiarkan sebuah kisah perjuangan orang asli Amerika. In The Shadow of Wounded Knee menjadi tajuk kepada penulisan tersebut. Ia mengisahkan tentang nasib masyarakat Sioux di Oglala, Pine Ridge, Dakota Selatan.



Wajah mereka mempunyai iras Melayu. Pada 1975, telah berlaku satu pembunuhan etnik yang melibatkan pergerakan American Indian Movement (AIM) oleh FBI dan kerajaan Amerika. Tanah Adat mereka telah dirampas melalui pelbagai olahan terhadap perjanjian sedia ada. Dari memiliki Amerika sebagai negara mereka, penguasaan kaum Indian Amerika kemudiannya dikelompokkan secara paksa mengikut suku kaum dan tanah adat yang bertaburan di seluruh negara. Immigran kulit putih datang dengan senjata dan perjanjian tipu daya.

Wednesday, May 8, 2013

Tidak Perlu Sampai Menghina Negara Dengan Menjemput Kapten Amerika

Oleh : Imran Haaz.

Setelah 55 tahun merdeka, masih ada manusia-manusia yang dianggap sebahagian daripada warga negara Malaysia ini hidup dengan minda yang terjajah.

Mereka mudah terdedah kepada delusi. Bagi mereka, jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan, segala cara itu halal dan boleh digunakan bagi membolehkan rasa tidak puas hati mereka disalurkan. Termasuklah cara menjemput campurtangan luar untuk mengajar negara kita cara bagaimana negara majmuk berbilang bangsa ini perlu ditadbir.



Berikutan kejutan keputusan PRU 13, setelah kuat menghayunkan bandul sokongan ke arah golongan yang menjadi harapan baru kepada penguasaan politik dan kuasa golongan mereka, mereka kini mendapati pemerintah yang cuba dijatuhkan itu, tidak bergoyang. Runtuh jauh sekali.

Mungkin oleh kerana takut akan gelombang retaliasi politik kepada hasil tindakan mereka yang tidak pernah membezakan antara fitnah, fakta dan berita di dalam mengejar kuasa sebelum ini akan memakan diri, maka kepada Presiden Obama mereka tuju untuk memohon simpati dan pertolongan. Bagi mereka, pemerintahan dominasi Melayu selama ini kejam terhadap mereka.

Monday, May 6, 2013

Semoga Mata Hati Tidak Tertutup


Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.

PRU-13 sudah selesai. Ketetapan Allah ke atas negara ini sudah jelas terpampang. Negara ini bukanlah seperti Tunisia dengan 98% umat Islam. Ianya juga bukan seperti Mesir dengan 94% umat Islam. Malah lebih jauh dari Syiria dengan 87% umat Islam.

Kita hanya berjumlah sekitar 60 lebih peratus umat Islam. Di Tunisia, Mesir dan Syria, sebuah pemerintahan Islam jatuh pasti akan diganti dengan satu pemerintahan Islam yang baru timbul. Di sana semua itu ialah realiti. Tetapi di sini, keadaan itu berada di sempadan antara realiti dan fantasi. Cuma bagi m
ereka-mereka yang merantau jauh dari zon realiti, mereka tersenyum dengan semua ancaman ini kerana sedap dan selesa menunggu basahan mimpi.

Keputusan Allah adalah tetap keputusan Allah. Tiada kuasa di dalam dunia boleh mengubah atau cuba mengelak dari mengubah keputusan Allah. Allah memberikan kekuasaan kepada siapa sahaja diinginkannya. Allah juga boleh menarik balik kuasa pemerintahan daripada siapa sahaja yang dimahukanNya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali Imran ayat 26)

Jika benar pemerintah sebelum ini zalim, tentu sahaja doa-doa yang saban hari dipanjatkan dipelbagai lokasi dari dalam bilik, di atas jalanraya hingga ke stadium-stadium bolasepak akan dimakbulkan Allah. Doa antara manusia yang dizalimi dengan Allah tidak berhijab.
Maka jika ada usaha manipulasi di mana-mana pihak untuk memastikan kemenangan mereka tetap berpihak kepada mereka, perancangan mereka sudah pasti tidak akan berupaya melawan kehendak Allah jika Allah telah menetapkan keputusanNya. Ini adalah keputusan Allah. Dan setiap keputusan Allah juga merupakan ujian kepada semua pihak yang terlibat.

Yang menang, mereka akan diuji dengan amanah menjalankan kuasa. Yang kalah mereka akan diuji dengan kemampuan mereka untuk menerima keputusan Allah ini. kedua-dua pihak perlu bermuhasabah dalam apa yang jelas terpampang di dalam keputusan semalam.
Telah terlihat dengan jelas, orang-orang bukan Islam telah memusatkan daya kekuatan mereka untuk melakukan satu ayunan sokongan kepada pihak yang ditafsirkan mereka sebagai pihak yang memenuhi aspirasi mereka di dalam cita-cita kepuncak kuasa.

Mereka kini dilihat satu dan kukuh dalam satu ketetapan jemaah yang menyokong dasar untuk mengangkat kekuatan golongan bukan Islam di puncak kuasa.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email