Wednesday, March 20, 2013

Jabidah Massacre & Perjanjian Damai Sebagai Senjata

Oleh : M.I.A.\Imran Haaz



Bismillahir Rahmanir Raheem

Sebelum ini saya telah menulis tentang Jabidah Massacre (klik sini). Sebuah gerakan rahsia kerajaan Filipina di dalam era Marcos, bagi membentuk sebuah pasukan pemberontak dikalangan Muslim Moro untuk mengucarkacirkan Sabah. Ianya berada dalam lingkungan pengetahuan yang dirahsiakan dan tidak diperakui sejarahnya oleh kerajaan Filipina selama ini. Sehinggalah apabila terbitnya satu berita semalam. Kerajaan Filipina kini memperakui bahawa merekalah yang melatih dan terlibat dalam Ops Merdeka pada lewat tahun 1960 an. Jadi apa yang ditulis di dalam blog ini hampir setahun yang lalu, ada asasnya.


Bila menyebut tentang Filipina, segera saya teringat kepada sebuah peribahasa Melayu, Telunjuk Lurus Kelingking Berkait. Tiba-tiba sahaja, bagai dirasuk, sekumpulan orang-orang Islam menerobos masuk ke Sabah dan membuat kacau ganggu. Lalu, tidak dapat tidak, ingatan segera dipoleskan untuk kembali mengingati peristiwa pembunuhan Jabidah. Jika dulu, saudara-saudara seagama dengan kita yang dilatih pihak berkuasa Filipina, untuk memerangi saudara seagama dengan mereka di Sabah, menolak untuk melakukannya di atas faktor persaudaraan Islam. Mereka menolak untuk bersekongkol dengan Filipina yang merupakan sebuah kerajaan Katolik Majoriti. Mereka akhirnya dibunuh kerana menolak untuk bekerjasama dengan kerajaan Katolik Filipina untuk membunuh sesama Islam. Tetapi kali ini perkara itu tidak berlaku dengan Kiram. Kiram yang mempunyai seorang paderi Kristian yang dikenali sebagai Pastor ‘Boys’ Saccon sebagai penasihat 2, tergamak untuk mengirimkan pasukannya membunuh sesama Islam.


Saturday, March 9, 2013

Adiwira Celahan Ketiak Mama dan Papa


oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Dalam apa jua hal, perselisihan pendapat dan pertikaian, kita harus kembali kepada suruhan Allah dalam al Qur'an :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”(An-Nisa ayat 59)

Ulil Amri mengikut Syeikh Rasyid Ridha, ialah orang yang diberikan percaya untuk memegang sesuatu urusan. Boleh jadi dia pemimpin, boleh jadi dia pakar kimia dan boleh jadi dia seorang panglima. Mereka tahu dan mereka pakar dan mempunyai maklumat serta ilmu-ilmu yang diperlukan bagi menentukan sesuatu keputusan. Ada maklumat yang boleh dikongsi mereka dengan kita dan ada maklumat dan perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Kerahsiaan sesuatu maklumat itu juga, terutamanya dalam situasi peperangan merupakan sunnah yang dipraktikkan Rasulullah s.a.w. sendiri.

Tetapi kini kita yang sering mendakwa diri sebagai umat Rasulullah s.a.w., kerap kalinya kita yang lebih kerap meletakkan rasa mahu serta lintas hati melebihi aturan Allah dalam kitab panduannya. Kita kerap melepaskan hati menguasai lisan serta tangan dari tali kekangnya iaitu berakhlak kepada al Qur'an dan as Sunnah.

Thursday, March 7, 2013

Antara Manusia Jahat & Pemikiran Jahat

Oleh : Imran Haaz

We are told to remember the idea, not the man, because a man can fail. He can be caught, he can be killed and forgotten, but 400 years later, an idea can still change the world. ~ Evey


Evey ialah watak yang dimainkan oleh Natalie Portman di dalam V for Vendetta. Manusia boleh dimatikan, tetapi idea pemikiran manusia akan terus memberi pengaruh dan kesan kepada manusia lainnya tanpa sempadan masa. Pemikiran yang baik akan berterusan menumbuhkan kedamaian, pemikiran yang jahat pula akan berterusan membuahkan kemusnahan. Kita boleh membunuh manusia yang jahat, tetapi jika kita lupa membasuh idea pemikiran jahat yang membentuk diri mereka, ia seolah-olah kita tidak berbuat apa-apa. Kita hanya akan membiarkan masa depan kita lemas di dalam pusar kesia-siaan.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email