Tuesday, February 26, 2013

Rogol Beramai-Ramai Dan Sebatang Lilin Pencuci Dosa

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Seorang gadis malang di India telah dirogol beramai-ramai. Seolah ia satu pesta yang mengasyikkan. Satu  Pakatan dibuat antara pemandu bas dan beberapa rakan buasnya. Puas merogol, gadis malang itu dibelasah dan kemudiannya dilempar keluar dari bas yang seharusnya membawa dia pulang dengan selamat ke kediaman keluarganya. Insiden malang ini mencetuskan kemarahan di seluruh dunia. Kita yang membacanya di sini juga terbakar dengan perasaan marah. Kita marah apabila manusia hilang perikemanusiaan demi melampiaskan nafsu serakah yang hanya menghinggap secara sementara ke dalam cetusan ghairah di atas manusia dengan tingkah abnormal ini. Cakap-cakap di dalam berita menyatakan, kes rogol dicatatkan setiap 22 minit di India.

Pantas, rusuhan bertukar menjadi wabak pernyataan rasa serta ekspresi betapa marahnya khalayak umum dengan berita yang tumbuh keluar di dada-dada akhbar dan media sosial. Kerajaan, sistem perundangan, sistem kepolisan, sistem ambil tahu masyarakat, sistem pengangkutan, kebebasan tanpa sekatan dan banyak lagi perkara ini diletakkan pada lapang sasar untuk dibidik oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan parah luka kejadian tersebut.

Thursday, February 21, 2013

Suara Azan, Pulau Pinang & Anak Cina Sesat


Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Tidak berapa lama dahulu, setelah ditakbirkan kemenangan sebuah entiti Harbi, suara azan menjadi semakin sayup di waktu subuh di Pulau Pinang. Bacaan al Qur’an sebelum subuh yang dinikmati sejak zaman berzaman sebelum ini, terus hilang di celah-celah serban manusia yang mendakwa diri pejuang Islam. Membangun bersama Islam kata mereka. Entah siapa yang bangun dan entah siapa yang rebah. Khutbah Jumaat juga berbunyi seolah tuan khatib berbisik kepada qarinnya di dalam kainnya sendiri. Membangun bersama Islam kata mereka.

Islam berkembang di negeri ini menjadi ratiban zikir harian mereka. Jika kita merujuk apa yang dimaksudkan dengan Islam di dalam terjemahan mereka, kita akan segera sedar bahawa Islam itu bermaksud poket yang semakin kembang dan cahaya peluang ke Sodomjaya yang bersinar terang benderang, cemerlang, gemilang, terbilang.

Monday, February 18, 2013

Racun Mata Hati

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Manusia dilahirkan dengan tidak tahu apa-apa. Perjanjian Ruh antara diri mereka dengan Tuhan juga tidak mereka ingati. Saya pernah menulis tiga artikel mengenai Perjanjian Ruh. Berminat boleh membacanya di sini (Perjanjian Ruh, Perjanjian Ruh II, Socrates & Perjanjian Ruh). Lalu Allah berikan pendengaran,penglihatan dan kemudian menghidupkan hati manusia.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (an Nahl 78)

 Pendengaran distimulasikan dengan alunan zikir dan ayat-ayat Allah di dalam al Qur'an semenjak dari dalam perut. Kemudian diperdengarkan azan dan iqamat semasa dilahirkan. Semuanya bagi tujuan menghidupkan mata hati.



Wednesday, February 13, 2013

Berpakaian Tetapi Bertelanjang

Seorang wanita membawa sebiji epal. Ditangannya ada sebilah pisau. Dia mahu seorang rakan wanita yang dikenalinya merasai buah tersebut. Rasanya sedap. Dia mahu rakannya itu merasainya. Lalu dia berjalan menuju ke rumah sahabatnya. Dia mula mengetuk pintu.

Apabila sahabatnya membuka pintu dan menjemputnya masuk, lantas dia menghunus pisau tersebut dan diletakkan pada leher sahabatnya. ‘Makan buah itu cepat! Kalau tidak, kau akan mendapat masalah!’. Benar pada waktu itu si sahabat itu akan makan epal tersebut kerana terpaksa. Tetapi bukankah selepas itu, dia akan menjadi trauma setiap kali terpandang kepada buah epal? Niat mereka di dalam gambar di bawah ini baik, tetapi perlaksanaannya lebih banyak merosakkan dari memperbetulkan.

Monday, February 4, 2013

KeAdilan Untuk Patrick Teo

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Wassatiyyah ialah keadaannya bilamana keadaan memerlukan kita berlembut, kita seharusnya berlembut. Bilamana keadaan memerlukan kita bertegas, kita seharusnya bertegas. Keadaan bilamana kita perlu menghukum, maka kita perlu menjalankan hukuman tersebut. Bukan berterusan berlembut pada setiap saat dan masa meskipun kepala kita dipijak-pijak dengan kasut bekas pijakan najis mugallazah.


Kini telah muncul satu bentuk trend yang cuba memprogramkan ke dalam fikiran umat Islam supaya sentiasa bersifat dan bersikap dormant. Berlembut tidak kena tempat. Semuanya kerana cuba untuk menyesuaikan diri dalam kelompok ‘Muslim berhemah’. Kala mana spesifikasi yang menentukan siapa itu Muslim yang berhemah ditentukan oleh kehendak politik dan tekanan yang cuba dipaksakan ke atas orang-orang Islam oleh mereka-mereka yang bukan Islam. Muslim perlu sentiasa berlembut. Itu kehendak mereka. Itu juga yang telah secara tanpa sedar merasuk pemikiran kita. Jika Muslim itu perlu sentiasa berlembut pada setiap saat dan masa, entah apa pula tujuan sebahagian besar ayat-ayat Madiniyyah di dalam al Qur’an diturunkan. Apakah ia hanya sekadar bahan perhiasan dan lagu-laguan para qari yang hanya suka mendengar dan memperdengarkan tetapi jauh dari menjadikannya sebagai amali yang dituntut?

Sunday, February 3, 2013

Serangan Virus Episod 3


Bismillahir Rahmanir Raheem..  blog ini diserang sekali lagi. Pertama kali diserang dahulu, disyaki teknik DNS poisoning digunakan. Alhamdulillah, ia berjaya diatasi dalam tempoh yang cepat. Kemudian muncul pula isu cybersquatting. Saya telah jelaskan lama dahulu di dalam blog ini tentang kekeliruan serta apa yang berlaku sebenarnya.

Kemudian, pada 1 Februari 2013, blog ini disekat oleh Google Chrome atas alasan ia menyebarkan malware. Akses melalui Internet Explorer, Musang Berapi (Firefox) dan Safari tidak mempunyai masalah. Cuma ia disekat kerana GoogleSafebrowsing meletakkan blog ini di bawah blog yang memberi ancaman keselamatan siber kerana malware yang terdapat di dalamnya.

Saya menyedarinya pada petang Jumaat 1 Februari 2013. Lalu dengan segera saya mengambil langkah memeriksa, meneliti dan memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud di dalam blog ini. Alhamdulillah, kurang 3 jam isu tersebut berjaya diatasi dan blog ini kembali boleh dicapai melalui Chrome dengan cara normal.


Friday, February 1, 2013

Naser Disa : Polemik Kalimah Allah


Video ini harus ditonton. Ia berisi penjelasan dari Tuan Hj. Naser Disa, seorang peguam yg menjadi frontline dalam isu kalimah Allah yang dibawa ke mahkamah pada 2009. Jika mahu kepada kebenaran, berlapang dada dan buang semua ketaksuban sebelum menonton video ini.Alhamdulillah, segala yang diperkatakannya di dalam video tersebut, tiada yang bertentangan dengan apa yang sering dinyatakan dengan tegas di dalam blog ini sejak 2008 berkenaan isu nama Allah. Sila tonton sampai ke penghujung video. Perkongsian dari Tuan A. Karim Omar.



Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email