Tuesday, January 22, 2013

Misi Gerakan Penginjil Di Pulau Pinang III

oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Sebelum ini, telah saya ceritakan bagaimana saya sendiri cuba didakwahkan oleh beberapa orang Kristian di Pulau Pinang. Ceritanya pernah saya muatkan di dalam blog pada Ogos 2011. Saya telah menulis dan memberi amaran tentang semua ini sejak dari 2008. Baru-baru ini, timbul semula isu ini. Ia timbul bilamana pendakwah Kristian menunggu diluar sekolah untuk  memberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah naskah Kitab Psalm. Kitab Psalm atau Mazmur merupakan sebahagian dari kitab Bible di dalam bahagian Perjanjian Lama. Asalnya ia merupakan sebahagian dari kitab Zabur Nabi Daud. Tetapi ianya telah diubah dan disunting sehingga peratusan ayat-ayat Allah di dalamnya menjadi kecil. Terlalu kecil dan hanya dapat dikesan oleh minda-minda yang terlatih. Bahagiannya yang selebihnya, hanya memesongkan kitab asal tersebut dari tujuannya yang asal semasa diberikan kepada Nabi Daud. Kitab Psalm biasa digunakan untuk nyanyian dan upacara sembahyang serta doa-doa di dalam gereja.

Kitab yang diberikan kepada pelajar-pelajar termasuk yang Islam di Pulau Pinang baru-baru ini amat mudah dikesan dan diketahui apa tujuan pemberiannya. Ia jelas dan ternampak dari segi zahir penampilannya, sebuah kitab Kristian yang jelas dan tidak lagi berselindung disebalik apa-apa bentuk penyamaran yang lain. Bentuk kitab sebegini amat mudah untuk dikenalpasti dan ditolak oleh mereka-mereka yang mengenalinya. Tetapi gerakan mereka, tidaklah bodoh dan kurang bijak seperti yang berlaku baru-baru ini di Jelutong. Mungkin mereka tersilap dan menghabiskan wang peruntukan yang diberikan untuk gerakan mereka dengan mengupah orang-orang yang langsung tidak sofistikated di dalam berdakwah sepertimana yang terperangkap di dalam radar perhatian muslim seperti yang berlaku di Jelutong, Pulau Pinang. Kita tidak risau dengan kumpulan yang kurang bijak seperti itu, tetapi kita sedikit rimas apabila sebahagian besar dari gerakan terancang yang lebih halus gagal dikesan oleh majoriti daripada kita.

Sunday, January 20, 2013

Ustaz Kazim : Sensitiviti Kita Dalam Isu Kalimah Allah

Dari Abdullah bin Abbas –r.a.- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.  (Hadis Riwayat at Tarmidzi)



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Wednesday, January 16, 2013

Blog Ini Betul 'kata' Majlis Peguam


Pada 4 November 2011, saya menulis sepucuk surat kepada Utusan Malaysia. Ia berkenaan peranan yang dimainkan sekumpulan peguam yang bermati-matian mahu mempertahankan aktiviti serta program berkenaan kebebasan kecenderungan seksual di Malaysia. Isikandungan surat itu boleh dicapai disini. Mungkin tingkat kehebatan intelektual mereka-mereka di Utusan Malaysia itu terlalu tinggi di balik awan, maka surat tersebut menjadi penghuni tong sampah di meja editorial mereka.

Ia tidak diterbitkan. Tetapi itulah yang telah saya jangkakan. Saya menulis surat-surat protes kepada semua akhbar yang di baca jika terdapat isu yang saya rasa perlu diperbetulkan dan diberi perhatian. Lebih banyak yang tidak disiarkand dari yang disiarkan. Mungkin adakalanya saya menulis sesetengah dari surat tersebut dengan papan kekunci computer yang ditekan dengan penumbuk. Mungkin bahasanya adakalanya kedengaran keras. Tetapi itulah satu-satunya cara yang terbaik. Ia lebih baik dari benar-benar menumbuk seseorang. Tetapi terkadangnya ada manusia yang lebih rela melihat manusia sesama manusia bertumbuk dari mahu melihat mereka bergasak dengan hujah dan perbincangan yang lebih bertamadun. Saya mengubat kemarahan dalam isu-isu tertentu dengan terus menghubungi samada melalui surat atau email kepada mereka-mereka yang mencetuskan rasa tidak berpuas hati tersebut. Apalah yang hendak ditakutkan jika kita berpegang kepada kebenaran. Dan yang benar itu tidak pernah pula lari dari al Qur’an dan sunnah.

Tuesday, January 15, 2013

Malaysia Menunggu Lori Kassim Baba


Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Kassim Baba, sebuah watak yang sangat menarik. Digarap P.Ramlee yang mengambil sebahagian besar kisah dari Hikayat 1001 satu malam. Kassim Baba seorang kaya. Tetapi hatinya disalut sifat kedekut dan tamak. Sebaik Alibaba meminjam cupak dari rumahnya, dia menjadi tidak tenteram. Bagaimana mungkin saudaranya yang miskin itu mempunyai sebarang keperluan kepada cupak? Tidak tenteram dan gelisah, dia tidak dapat tidur. 

Kepada isterinya Aloyah, diadukan kemusykilan. Lantas dia dipujuk untuk bertenang kerana isterinya telah meletakkan pelekat dibelakang cupak yang dipinjamkan.

Menunggu cupak itu dipulangkan, bukanlah sesuatu yang mudah pada Kassim Baba yang bersifat dengki, kedekut dan tamak. Sebaik cupak dipulangkan, diperiksanya belakang cupak yang telah dilekatkan gam. Alangkah terkejutnya Kassim Baba. Wang emas terlekat pada cupak yang dipinjamkan kepada Alibaba yang miskin.

Tidak senang duduk, lalu satu pertemuan dengan Alibaba diatur. Alibaba dijamu makan dan diberikan penghormatan yang belum pernah sebelum ini diberikan kepadanya. Niat Kassim Baba hanya satu. Dia mahu tahu apa rahsia yang disembunyikan saudaranya. Kalau boleh, dia mahu mengaut segala punca dan sumber kekayaan yang memberikan perubahan hidup kepada saudaranya.

Sunday, January 13, 2013

Ada Apa Dengan 112/121?


Bismillahir Rahmanir Raheem.

Sesuatu tarikh boleh ditulis dengan pelbagai cara. Jika 12 Januari, ada yang menulisnya sebagai 112 dan ada juga  menulisnya dengan 121. Angka ini muncul kembali. Ia muncul setelah terbenam beberapa tahun lepas. Lebih menarik lagi, ia sentiasa dekat dengan agenda Kristianisasi negara ini. Menariknya, jika dibaca tidak kira samada dalam bentuk 112 atau 121, ianya tetap mengorbit kepada satu perkara dengan bentuk tujuan yang sama iaitu simbolik kepada perjuangan gerakan Kristianisasi dalam negara.

Perhatikan perkara berikut :

Nombor 112 ialah bersamaan dengan YHVH Elohym dlm gemmatria Yahudi. YHVH Elohym ialah nama Tuhan yang disembah di dalam kitab Bible terutamanya di dalam teks Perjanjian Lama. Saya terbaca tentangnya di dalam blog Tuan A. Karim Omar.

12 Januari juga boleh ditulis dengan 121. Apabila ditulis di dalam bentuk begini, lantas calar perjuangan yang berkait kes Linna Joy satu ketika dulu kembali menggamit memori. 121 (1A) merupakan artikel di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memisahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan sivil. Artikel ini telah cuba dihapuskan sejak beberapa tahun dahulu melalui pelbagai kumpulan pendesak yang mana akhirnya berjaya menggunakan beberapa menteri kabinet untuk membawa satu memorandum kepada pemerintah yang kemudiannya dikaitkan dengan tuntutan-tuntutan IFC.

Usaha tersebut berjaya dipatahkan dengan tindakan pantas orang-orang Islam mendesak Perdana Menteri yang dilihat terlalu lemah dan hampir tunduk kepada semua desakan yang mengancam kedudukan Islam di Malaysia.  Kes Lina Joyy cuba dijadikan batu loncatan untuk membolehkan usaha-usaha ke arah memastikan artikel 121 (1A) dihapuskan sama sekali. Gerakan kristian sejak dari kes Lina Joy sentiasa melihat artikel 121 (1A) sebagai penghalang kepada percubaan murtad orang-orang Islam. Ia perlu dihapuskan. Menarik sekali apabila nombor ini muncul kembali minggu ini. Yangg lebih menarik pula apabila pemain-pemainnya hampir majoritinya orang yang sama di dalam gambar di bawah selepas mereka kecewa di dalam kes Lina Joy serta percubaan membuka floodgate murtadin gagal.




Sila ke pautan blog milik Tuan A. Karim Omar untuk penjelasan 112 di dalam Gematria Yahudi.





© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Wednesday, January 9, 2013

Bila Lembu Dan Anjing Diberikan Nama Allah

Oleh : Imran Haaz

Isu nama Allah timbul lagi. Perkara ini telah dijangka akan berlaku. Aritmetik manusia di dalam membuat kiraan peluang mendapat undi berpotensi dari Sabah dan Sarawak telah dijadikan kayu ukur untuk isu ini berputar 180
dari trajektori perjuangan asal. Tetapi, barangkali mereka lupa bahawa bukanlah pengundi yang menentukan siapa akan berkuasa di mana sahaja lokasinya di dunia milik Allah ini. Allah memberikan kuasa kepada siapa sahaja yang dikehendakinya walaupun tanpa faktor kira-kira manusia.

Kita, orang-orang Islam berasa senak hati dan jiwa melihatkan kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Seolah-olah ada ‘besi’ yang memaksa si fulan membuat kenyataan menggunakan skrip tulisan yang pernah digunakan Anuar sebelum ini bagi memberikan justifikasi berkenaan. Rujuk semula transkrip lama di bawah yang digunakan sebagai dialog yang menghalalkan penggunaan nama Allah kepada kumpulan Kristian yang bukan berketurunan Arab di Malaysia yang pernah diterbitkan di dalam sebuah akhbar antarabangsa.


Tetapi, usahlah gusar dengan apa yang telah berlaku pada hari ini. Mereka-mereka yang mengumumkannya tidak berada dipuncak kuasa. Puncak kuasa itu diamanahkan kepada pihak lain yang masih berpegang teguh dengan amanah kuasa yang dipinjamkan Allah. Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui tentang segala apa yang dirancangkan makhluk-makhlukNya.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email