Wednesday, June 5, 2013

Potong Kepala Dia!

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Kita melihat semakin banyak iklan dan gaya kehidupan batil yang cuba disogokkan kepada pemikiran wanita. Lihat sahaja iklan yang dipertontonkan di kaca tv. Wanita super di dalam pengiktirafan mereka perlulah wanita yang takut kepada cahaya matahari, bodoh sombong, risau tentang warna ketiak, boleh berlari 48 jam tanpa makan, minum dan tanggungjawab, tetapi rambut mesti tersisir rapi. Malah lebih teruk lagi apabila wanita digambarkan boleh ditundukkan dengan produk wangian-wangian tertentu. Tanpa sedar, minda bawah sedar kebanyakan wanita yang hidup tanpa perlindungan hidayah akan segera terprogram untuk dibentuk menjadi terlalu risau dan hanya menghabiskan masa membelek kekurangan diri sendiri. Saya pernah menulis tentang ini dalam sebuah penulisan lama. Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan boleh diakses dengan klik di sini.


Saya kembali mahu menulis tentang perkara yang hampir sama selepas membaca berita tentang Angelina Jolie. Angelina Jolie kini diangkat sebagai tokong * keberanian, tegas dan berfikiran jelas di dalam memahami projeksi kemungkinan takdir. Hanya kerana pemeriksaan DNAnya menunjukkan dia mempunyai trait BRCA1. Satu jalur gen yang dikatakan akan menyebabkan kemungkinan barah payu dara berlaku kepada dirinya. Dikuatkan pula dengan kes-kes yang berlaku ke atas mereka yang mempunyai hubungan saudara dengannya.

Mereka cuba menunjukkan bahawa inilah cara yang sepatutnya dilakukan para wanita apabila berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan Jolie. Tindakan drastik yang dilakukan tergesa-gesa hanya kerana statistik menunjukkan bahawa kemungkinan buruk mungkin akan berlaku di dalam trajektori kehidupannya.

Mengelak barah payu dara, bukanlah dengan cara yang sebegini. Mastectomy seharusnya menjadi pilihan terakhir setelah sel-sel barah dikesan dan tidak dapat dikawal dengan cara yang lain seperti pembuangan nodus limfa melalui lumpectomy atau pun melalui proses pembuangan sebahagian payu dara quadrantectomy. Perlakuan Jolie ini cuba mencetus idea kepada golongan wanita supaya pantas untuk panik dan mengambil keputusan drastik dengan mengambil jalan tidak sepatutnya di dalam mengurus risiko kebarangkalian barah. Sedangkan barah boleh dielakkan semaksimumnya dengan cara yang lebih mudah, murah dan tidak melampau.

Kenapa tidak dipromosikan perkahwinan pada usia awal?

Kenapa tidak dipromosikan mencari pasangan yang akan mengurangkan risiko kanser di dalam generasi demi generasi yang dilahirkan?

Kenapa tidak dipromosikan untuk melahirkan anak pada usia awal?

Kenapa tidak dianjurkan menyusukan anak dalam usia awal secara penuh dalam tempoh 2 tahun 6 bulan?

Kenapa tidak ditekankan untuk elak memakai dan memakan produk-produk yang terbukti mencetus sel-sel barah untuk aktif?

Kenapa tidak dititikberatkan bahawa cara dan gaya hidup itulah yang menjadi punca kepada pengaktifan gen-gen kanser di dalam tubuh wanita?



Kenapa tidak dipromosikan perkara di atas untuk mengurangkan kemungkinan barah itu berlaku?

Kenapa tidak dipromosikan semua di atas? Tidak menguntungkan kapitalis dan kumpulan tangan-tangan terlindung?

Seolah-olah, dengan menggunakan kuasa Hollywood dan ketaksuban manusia kepada diva-diva Hollywood untuk memandang mereka sebagai kiblat ikutan, maka wanita di seluruh dunia akan terbisik untuk percaya bahawa tindakan drastik ala Angelina Jolie akan menyelamatkan mereka.

Pusar Putaran Kejahilan

Orang Melayu menyebut perkataan sengsara bagi menggambarkan kedudukan duka yang sangat mencengkam dan tidak tertanggung. Orang melayu bahasanya bahasa Sanskrit. Dikatakan 6 hingga 7 daripada sepuluh perkataan yang dituturkan orang Melayu merupakan perkataan Sanskrit.

Jelas pula, perkataan sengsara itu juga berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Samsara. Samsara merupakan putaran ganas kehidupan yang menginginkan kebebasan dengan mencapai Moksha sebelum mendapat Nibbana (Nirvana). Moksha hanya akan dicapai dengan Vid iaitu pegetahuan agama. Tanpa Vid, manusia akan berterusan hidup dalam putaran tanpa penghujung. Itu semua di dalam apa yang orang Melayu pernah percaya sebelum kedatangan Islam ke Nusantara. Tetapi, Islam juga mengajar perkara yang menyentuh dasar yang sama. Tanpa ilmu pengetahuan dan asas agama, mana mungkin manusia dapat bebas daripada putaran kejahilan hidup dan membebaskan diri mereka daripada cengkaman dunia.

Perbuatan Angelina Jolie cuba diangkat oleh tangan-tangan terlindung sebagai sebuah ikutan yang perlu ditiru dan dipersetujukan keberaniannya. Media kini cuba meletakkan Angelina Jolie pada kedudukan tokong keberanian.

Mereka cuba untuk memprogramkan kepada minda bawah sedar wanita-wanita diseluruh dunia bahawa, untuk menjadi sehebat Angelina, mereka harus berfikir tidak jauh dari 2 minit sebaik mendapat tahu tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku di dalam trajektori kehidupan mereka.


Lalu Angelina Jolie menunjukkan bahawa terdapat remedi untuk kehilangan mahkota yang dikorbankan hasil cetusan tindakan panik yang tidak wajar. Implan payu dara silikon dikatakan akan membantu mengembalikan apa yang dihilangkan. Tetapi, apakah benar dengan menggantikan payu dara asli dengan payu dara buatan manusia itu akan membebaskan wanita daripada sebarang masalah penyakit payu dara? Jawapannya tidak sama sekali. Membuang payu dara yang sihat dan menggantikannya dengan payu dara silikon, tidak pernah mengurang risiko penyakit-penyakit yang berkaitan payu dara. Malah ianya mendedahkan lebih ramai wanita kepada risiko-risiko jangkitan serta penyakit yang lebih banyak. Ia hanya akan mencampakkan wanita ke dalam satu putaran masalah yang tidak akan tamat dan berakhir.


Ketika ramai wanita diseluruh dunia cuba disedarkan dengan cara dan pendekatan berhemah tentang gaya hidup untuk mengelakkan daripada berhadapan risiko barah payu dara, Hollywood dan Kapitalis dunia sedang sibuk mempromosikan payu dara silikon dan produk-produk yang akan mencampakkan wanita-wanita yang terpengaruh ini ke dalam putaran perhambaan kepada sistem persepsi menjadi hamba dan penagih kepada produk-produk mereka.

Lebih memusykilkan lagi mengenai penglibatan kapitalis di dalam semua tragedi ini ialah bilamana tidak sampai seminggu pecah berita tentang tindakan tidak bijak Angelina Jolie tersebut, muncul pula berita yang memaparkan kejayaan sebuah syarikat pengeluar ubat yang menyatakan bahawa ubat BMN673 yang diciptakan mereka dapat menyelesaikan masalah gen BRCA1 yang mencengkam ‘masa depan’ Jolie.


Kemudian muncul pula berita yang menyatakan bahawa saham syarikat Myriad Genetics yang sedang bergelut berkenaan kes pembolotan paten bagi gen DNA BRCA1 & BRCA2 serta ujian-ujian klinikal bersabit gen di dalam paten-paten tersebut di mahkamah Amerika, melambung naik selepas pecah berita kisah pembedahan Jolie.


Maka benarlah seluruh dunia dibentuk oleh persepsi terjana di dalam studio-studio Hollywood. Semuanya menjurus kepada keuntungan mereka dengan menjadikan seluruh dunia sebagai zombi kepada semua yang diprodukkan mereka.

Oh.. bercakap mengenai zombi, Angelina membuat kemunculan sulungnya selepas berita pembuangan payu daranya pada majlis karpet merah semasa suaminya, Brad Pitt, melancarkan filem sulung terbitan syarikatnya, Plan B, dengan tajuk World War Z. Dia tahu kemunculannya diburu pemberita. Lalu lokasi pelancaran filem syarikat suaminya menjadi lokasi pilihan kemunculan pertamanya selepas berita pembedahan tersebut. World War Z, sebuah filem apokalips tentang dunia yang diserang pandemik Zombi. Ketika filem-filem mereka cuba mempotretkan zombi sebagai mayat hidup atau manusia yang terjangkit dengan penyakit yang mematikan ruh tetapi menghidupkan jasad yang merayau-rayau mencari makanan, kita di sini pula sedang melihat manusia di seluruh dunia sedang dizombikan oleh tangan-tangan terlindung yang cuba menguasai dunia melalui pengaruh Hollywood dan program-program media di dalam tangan dan kuasa mereka.

Maka jelas kita melihat sehingga ke sempadan dan wilayah kita sendiri zombi-zombi seperti ini berkeliaran seperti jasad yang kehilangan ruh, dan kepala yang kehilangan otak, merayau-rayau secara beramai-ramai di jalanan kerana laparkan produk, kebebasan dan demokrasi. Zombi-zombi yang dipamerkan di dalam filem-filem apokalips tersebut sudah pun berada disekeliling kita. Mereka tidak berfikir untuk diri mereka, tetapi mereka berjalan, bergerak, bercakap, hidup dan makan hanya kerana orang lain memprogramkan mereka untuk berbuat demikian.

BRCA1, BMN673, Myriad Inc., Plan B dan pelancaran World War Z mungkin hanya satu kebetulan. Segala kebetulan ini secara tidak langsung mengingatkan saya kepada lirik Californication (terjemahan saya ~ Penyundalan Program Pemikiran Dunia Dari California) dari Red Hot Chilli Peppers. Maka benarlah seluruh dunia dibentuk oleh persepsi terjana di dalam studio-studio Hollywood.

Tidak lama sesudah segela kebetulan ini dan itu, saya terbaca pula kes mengenai Michael Douglas. Seorang yang ketagihan alkohol dan rokok. Michael Douglas menyatakan bahawa dia kini sedang bertarung dengan kanser. Seketul tumor kecil muncul pada tekaknya. Dia menyalahkan oral seks sebagi punca dan menolak bahawa rokok dan alkohol yang diketagihinya sebagai penyebab tumor tersebut muncul.

Meminjam ‘kebijaksanaan’  Jolie, kenapa tidak sahaja dianjurkan kepada Michael Douglas untuk memotong sahaja leher dan kepalanya? Kenapa harus wanita sahaja yang perlu melalui semua proses kesakitan dan mengorbankan diri dalam apa jua hal? Kenapa perlu memaksa wanita untuk panik sedang setiap penyakit ada pelbagai remedi yang boleh dicuba dan diusahakan sebelum apa-apa bentuk tindakan drastik yang merugikan diambil sebagai jalan pilihan? Mahukah Hollywood dan barat mencadangkan kepada mana-mana lelaki yang mempunyai gen yang cenderung kepada kanser prostat untuk mengambil langkah yang sama seperti diambil oleh Jolie? Kenapa ada double standard di situ?

Inilah penyundalan pemikiran manusia dari Kalifornia.


* tokong = Saya elakkan menggunakan perkataan idola. Bila idola disebut, maka sisi pendewaan yang dirasakan oleh orang ramai sebagai tidak mencemar kemuliaan akal manusia akan muncul. Tetapi apabila idola digantikan dengan perkataan tokong, maka minda manusia yang telah diprogramkan untuk menjadi terlalu biasa dengan pendewaan manusia, akan terjentik untuk sedar bahawa apa yang dilakukan mereka selama ini di dalam memuja dan terikut-ikut dengan idola, mempunyai trajektori hala tuju kehidupan yang memusnahkan masa depan di dunia dan akhirat.

© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

2 comments:

Assalamualaikum, Tuan, sememangnya itulah yang dimahukan tangan-tangan tersembunyi yang sering kita perbincangkan. Ini semua bukan satu kebetulan tetapi orde baru terancang! Time pun meletakkan Angelina muka depan dengan tajuk the angelina effects. Kita perlu kenal susuk angelina dalam konteks orde baru dunia. Wanita ini bertuankan bos yang sama dengan bush dan obama!

"Ketika filem-filem mereka cuba mempotretkan zombi sebagai mayat hidup atau manusia yang terjangkit dengan penyakit yang mematikan ruh tetapi menghidupkan jasad yang merayau-rayau mencari makanan, kita di sini pula sedang melihat manusia di seluruh dunia sedang dizombikan oleh tangan-tangan terlindung yang cuba menguasai dunia melalui pengaruh Hollywood dan program-program media di dalam tangan dan kuasa mereka."

Benar kata Tuan dengan kenyataan di atas. Malah saya ingin menambah lagi bahawa ini semua bukan kebetulan. Kapitlais Ektremis sememangnya terlibat. Hollywood sememangnya terlibat. Angelina boleh untuk menolak daripada hadir, tetapi belau sebagai 'duta' syarikat genetik tersebut, sebagai duta kepada projek zombi manusia/wanita moden. Tidak dapat tidak beliau mesti dan wajib hadir.

Projek seperti ini sebenarnya perbuatan terancang seperti projek Eugenics yang ditaja Rockefeller Foundation untuk melahirkan superhuman seperti yang mereka pertontonkan kepada kita dalam X-Men, Ironman dan bapa segala blokbuster The Man of Steel!

InsyaAllah akan saya kupas dengan lebih lanjut tentang ini.
 
Wa'alaikumsalam w.b.t. tuan Rizal Hass,

Benar tuan, projek Zombi manusia/wanita moden sudah lama berjalan.

Dan sempadannya tidak terhenti kepada projek Eugenics, tetapi mensasarkan seluruh kemanusian dengan satu program minda bawah sedar untuk cepat panik dan bersedia menerima Messiah..

Tiada Messiah lain yang sedang disediakan semua manusia ini kecuali utk menerima Sang Al Masih Dajjal itu sendiri.

Kita hanya org biasa.. tetapi bukankah mereka2 yg menentang Dajjal dan gerakannya diakhir zaman ialah orang2 biasa?

Menunggu kupasan tuan di Islam1st.org.. In Sya Allah..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email