Wednesday, May 8, 2013

Tidak Perlu Sampai Menghina Negara Dengan Menjemput Kapten Amerika

4
Oleh : Imran Haaz.

Setelah 55 tahun merdeka, masih ada manusia-manusia yang dianggap sebahagian daripada warga negara Malaysia ini hidup dengan minda yang terjajah.

Mereka mudah terdedah kepada delusi. Bagi mereka, jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan, segala cara itu halal dan boleh digunakan bagi membolehkan rasa tidak puas hati mereka disalurkan. Termasuklah cara menjemput campurtangan luar untuk mengajar negara kita cara bagaimana negara majmuk berbilang bangsa ini perlu ditadbir.



Berikutan kejutan keputusan PRU 13, setelah kuat menghayunkan bandul sokongan ke arah golongan yang menjadi harapan baru kepada penguasaan politik dan kuasa golongan mereka, mereka kini mendapati pemerintah yang cuba dijatuhkan itu, tidak bergoyang. Runtuh jauh sekali.

Mungkin oleh kerana takut akan gelombang retaliasi politik kepada hasil tindakan mereka yang tidak pernah membezakan antara fitnah, fakta dan berita di dalam mengejar kuasa sebelum ini akan memakan diri, maka kepada Presiden Obama mereka tuju untuk memohon simpati dan pertolongan. Bagi mereka, pemerintahan dominasi Melayu selama ini kejam terhadap mereka.


Seperti manusia-manusia yang terendam lama di dalam delusi, Amerika ialah kiblat hak, hormat dan demokrasi. Seolah-olah jika mereka mampu untuk berpindah, mereka ingin segera berpindah ke Amerika. Amerika pasti akan memberikan peluang samarata kepada mereka. Itu yang mereka pasti. Tetapi, pasti mereka itu dicongakkan melalui tolok-tolok persepsi yang mengundang seribu satu delusi.

Harapan mereka, mungkin di Amerika nanti, nasib mereka akan lebih baik.

Tetapi tidak semua mereka mampu berpindah ke Amerika. Lalu Amerika harus dibawakan ke Malaysia untuk mengajar Malaysia bagaimana untuk menghormati pilihan yang telah dibuat oleh golongan mereka untuk mengubah Malaysia. Bagi mereka, pemerintahan Dominasi Melayu sebelum ini amatlah kejam terhadap mereka. Bagi mereka, pemerintahan Dominasi Melayu mengamalkan rasuah. Sedangkan rasuah memerlukan dua pihak untuk menjadikannya sebagai rasuah. Yang memberi juga perasuah. Yang menerima juga perasuah. Malah yang memberi itulah juga yang menggalakkan rasuah berkembang dan tumbuh di mukabumi negara ini. Mereka juga ringan lidah apabila meluncurkan pertuduhan demi pertuduhan bahawa mereka merupakan manusia-manusia yang ditindas hak-hak mereka sebagai warganegara.

Disinilah datangnya harapan kepada Captain America. Hero yang mula menyebarkan demokrasi dengan pesawat-pesawat B 52.

Bagi mereka, apabila hero demokrasi ini datang ke Malaysia, nasib mereka akan berubah dengan lebih baik. Jika sebelum ini, hanya 8 daripada senarai 10 orang terkaya di Malaysia merupakan mereka, maka dengan datangnya Amerika, 16 daripada 10 orang terkaya di Malaysia akan mempunyai wajah seperti mereka.

Apabila Kapten Amerika sampai nanti, di dalam basahan mimpi mereka, hak-hak demokrasi mereka akan tertegak dan dihormati. Bagi mereka lagi, apabila Kapten Amerika datang nanti, hak-hak mereka untuk mendapat pengiktirafan kerana turut menyumbang kepada proses pembangunan negara akan diangkat dengan pujian.

Nanti dulu! Berhentilah bermimpi.. kerana mungkin negara yang kamu hinakan pada hari ini, telah banyak memberikan lebih ruang kepada kamu untuk hidup, membesar, lapang, kaya dan tenang di dalam mengamalkan apa yang kamu percaya dan bertutur di dalam bahasa yang kamu selesa berbahasa. Malah sehingga ke tahap ramai daripada kamu yang mampu menduduki Dewan Rakyat untuk menentukan dasar halatuju negara, biarpun sesetengah daripadanya perlu melalui proses praktis membaca usul di dalam Bahasa Kebangsaan, supaya ianya dapat difahami oleh lain-lain penggubal undang-undang negara.

Amerika yang kamu pandang sebagai hero, keheroannya itu hanya berlaku di dalam mainan mimpi dan delusi.

Mungkin sebahagian besar daripada mereka-mereka yang sedang sibuk menyembah, meruntun dan memegang lutut Amerika untuk segera datang ke Malaysia ini tidak tahu bahawa negara itu sendiri perlu belajar dengan Malaysia. Amerika itu sendiri perlu belajar bagaimana pemerintahan negara ini dijalankan dengan memberikan kedudukan hormat kepada golongan mereka selama ini, sebagaimana  yang mereka kecapi tetapi tidak mereka sedari selama ini.

Pastinya mereka tidak pernah tahu bahawa di Amerika, negara tersebut mempunyai satu undang-undang perkauman yang mensasarkan dasar perkauman secara spesifik kepada etnik Cina. Undang-Undang yang dinamakan sebagai Chinese Exclusion Act (Akta Pengecualian Bangsa Cina), sudah tertegak di dalam negara itu sejak ratusan tahun lamanya.

Antara isikandungannya ialah, akta tersebut diluluskan oleh penggubal undang-undang Amerika pada 1882 untuk menyekat kemasukan etnik Cina ke negara tersebut. Bukan setakat disekat, malah mana-mana etnik Cina yang telah bersama menyumbang kepada pembangunan Amerika semasa mereka dibawa masuk sebagai immigrant untuk menjalankan kerja-kerja buruh di Amerika, dinafikan hak mereka untuk diserapkan sebagai warganegara Amerika atas jasa mereka.

Tidak cukup dengan itu, akta perkauman tersebut juga menafikan hak-hak kepada mana-mana kaum Cina untuk mengundi dan terlibat dalam proses demokrasi di Amerika. Pada 2012, setelah 236 tahun merdeka, penghinaan Akta tersebut dibawakan ke House of Representative Amerika untuk dibatalkan. walaupun akta tersebut sebenarnya dibatalkan melalui Magnuson Act 1943, United States Code masih mengekalkan Tajuk "Exclusion of Chinese" di dalam Chapter 7 Title 8 kod undang-undang tersebut.


Judy Chu, yang membawa perkara ini kepada perdebatan untuk pembatalan mengatakan perkara berikut :

“The early Chinese-American immigrants strengthened our nation’s infrastructure, only to be persecuted when their labour was seen as competition and the dirtiest work was done.”



Chinese Exclusion Act.

Wah.. sampai begitu sekali Amerika tidak mahu bersaing dengan etnik Cina secara sihat? 

Sedangkan kaum kulit putih di Amerika itu sendiri merupakan kaum immigran. Dalam keadaan ini, bukankah pemerintahan dengan Dominasi Melayu di Malaysia ini dalam semua cara lebih baik layanannya dan melihat persaingan dengan etnik Cina dalam cara yang lebih sihat dan tidak menganiaya hak-hak asasi bernegara mereka seperti yang berlaku di Amerika? Sekurang-kurangnya, pada hari pertama Malaya merdeka, mereka sudah diserap sebagai warganegara hanya bersandarkan kepada Jus Soli.

Bukankah ia satu penghinaan kepada darah bangsa mereka sendiri apabila cuba meminta bantuan campurtangan Amerika untuk mengajar Malaysia mengenai hak demokrasi dan bersuara etnik Cina dalam PRU baru-baru ini? Amerika telah menghina mereka. Amerika mempunyai undang-undang perkauman yang mensasarkan hanya kepada etnik mereka. Kaum kulit putih Amerika tidak mahu bersaing secara sihat dengan mereka. Mereka dinafikan segala hak bermula dari hak untuk menjadi warganegara hingga hak untuk bersuara dan mengundi di dalam Amerika. Maka lojikkah mereka-mereka ini mahu menjemput Amerika mengajar Malaysia tentang hak-hak mereka?

Bukankah lebih elok, jika mereka-mereka ini menulis ke dalam facebook milik Obama, untuk menjemput Amerika belajar menghormati persaingan dan keupayaan bangsa-bangsa lain dan perkongsian kekayaan negara dengan belajar daripada Malaysia. Belajar daripada Malaysia dan bukan datang untuk mengajar Malaysia. Ini akibatnya bila membesar dalam kelompok terisolasi dalam kepungan manusia berwajah dan berbahasa seperti diri sendiri. Jelas mereka di bawah ini, di bawah pengaruh delusi. Amat malang kerana mereka amat vokal tanpa isi yang boleh memberi manfaat kepada semua.

Jika Amerika masih pilihan mereka, itu hak mereka untuk ke mana-mana destinasi yang disukai. Tiada siapa menghalau dan tiada sesiapa pula menghalang. Perlembagaan Malaysia tidak mengenakan sebarang sekatan kepada individu untuk kekal atau menanggalkan hak untuk kekal di Malaysia atau ke mana-mana destinasi mesra mereka yang disukai. Mereka boleh sahaja kekal dan mereka boleh sahaja mengikut kata hati sendiri.

Jika bertegas mahu keluar dari sini, carilah negara yang lebih baik. Negara yang tidak mempunyai Akta perkauman seperti Amerika, Negara yang  tidak memberikan mereka status warganegara jika tidak mahu menukar nama kepada Parjo, Salim, Wardhono, Thaksin dan sebagainya. Negara yang membolehkan separuh daripada sepuluh orang terkaya di dalam negara itu merupakan orang-orang mereka. Carilah negara yang dewan di mana dasar sesuatu negara itu digubal, memberikan kerusi-kerusi kuasa kepada mereka. Negara yang membenarkan mereka beradat dan berbahasa di dalam bahasa lisan mereka dan membenarkan sistem pendidikan berteraskan bahasa mereka dibina dan diperkembangkan. 

Jika negara ini mereka temui, maka terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan. Menjejakkan kaki keluar dari Malaysia, maka timbul satu persoalan. Apakah negara dalam bentuk sedemikian rupa itu wujud di dalam dunia ini kecuali negara tanah-tanah asal mereka?

Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.


 © 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

rynna said...

setuju 100% dengan penulisan saudara.

satuhala said...

Rynna,
Mrk semua ini sebenarnya sedang kemabukan delusi...

Cina Itu Hina said...

Masa untuk bertindak. Orang Cina ni ingat mat salleh suka mereka.
Sebab itu mereka terkejut bila Obama ucap tahniah pada Najib.
Walhal, US pandang Cina sebagai threat nombor satu.
Jadi US adalah kawan orang Melayu.
Lagi-lagi Melayu adalah islam moderate yang sokong us.
Bukat itu saja Obama telah pernah hidup dengan orang Melayu Indonesia.
Bodoh cina ni tak sedar seluruh dunia pandang Cina hina..hehe

satuhala said...

Saudara June 16, 2013 at 6:30 PM..

Tiada satu bangsa di dalam dunia ini hina. Semuanya variasi manusia ciptaan Allah di dalam dunia.

Dgn variasi ini, kita dianjurkan untuk berkenal-kenalan dan mengenali sikap baik yg boleh dicontohi dan sikap buruk yg boleh dijauhi.

Cina tidak hina. Melayu juga tidak hina. Yahudi juga tidak hina. Yang hina ialah bilamana bangsa-bangsa manusia ini mempunyai sistem pemikiran yang merosakkan serta membuat gangguan.

Kita tidak perlu menghina sesuatu bangsa krn bangsa dan warna kulit mrk. Tetapi kita menentang sistem pemikiran sesetengah mrk yang merosakkan. Bila kita menentang chauvinist cina, kita hanya menentang sistem pemikiran dan sentimen bermusuhan serta penting diri mrk. kita tidak menentang mrk krn mrk itu berbangsa Cina. Bangsa Cina juga manusia ciptaan Allah. Semua ciptaan Allah adalah makhluk Allah. Jika kita menghina mrk, kita menghina salah satu ciptaan Allah. Ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

Pada perkara yg dinyatakan saudara berkenaan satu getus fikir sebahagian masyarakat cina spt di dalam contoh facebook di atas, saudara benar krn menyatakan mereka terdelusi untuk mempercayai bhw Amerika menyukai mrk. Ia tidak berlaku sama sekali.

Ttp, drpd sentimen tersebut, kita dpt mengetahui bahawa mrk ini mmpunyai asal kiblat pemikiran dr mana. Kebanyakan org Cina yg memuja Amerika, mrk ini merupakan produk tarbiah pemikiran yg berasal dr Taiwan. Amerika diangkat sebagai Hero krn Taiwan memusuhi sgt sangsi dgn China.

US bukan kawan baik org Melayu. Ia hanya berkawan baik dgn melayu yg menikam lain2 melayu dari belakang.

Sebenarnya kerajaan China lebih baik dgn kerajaan Melayu. Ia satu hubungan yg telah dibentuk sejak zaman Srivijaya lagi. Malah sehingga kini, kerajaan China masih mengekalkan hubungan baik dgn kerajaan Melayu. Malaysia dianggap sebagai salah satu drpd ring of pearls China.

Tetapi kita harus membezakan antara kerajaan China yg mesra kerajaan melayu, businessman cina yg bermuamalat dgn orang2 melayu, parti politik chauvinist cina yang anti kerajaan melayu, dan orang-orang cina sebagai bangsa secara keseluruhannya. Kesemuanya mempunyai kiblat pemikiran yang tidak sama.

malang sekali di sini apabila majoriti drpd mrk termakan hasutan utk terus mempotretkan diri mrk sbg org asing dgn mengasingkan diri mrk drpd sistem pergaulan masyarakat dan mengasingkan diri mrk drpd dapat difahami diri mrk oleh rakyat Malaysia yg lain keseluruhannya.

Ada sesuatu yg perlu diperbetulkan tentang perkara tersebut. Pemerintah harus berani membuat keputusan sekarang daripada membiarkannya daripada terus melarat dan mengancam hubungan antara kaum di dalam negara.