Monday, May 6, 2013

Semoga Mata Hati Tidak Tertutup

14

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.

PRU-13 sudah selesai. Ketetapan Allah ke atas negara ini sudah jelas terpampang. Negara ini bukanlah seperti Tunisia dengan 98% umat Islam. Ianya juga bukan seperti Mesir dengan 94% umat Islam. Malah lebih jauh dari Syiria dengan 87% umat Islam.

Kita hanya berjumlah sekitar 60 lebih peratus umat Islam. Di Tunisia, Mesir dan Syria, sebuah pemerintahan Islam jatuh pasti akan diganti dengan satu pemerintahan Islam yang baru timbul. Di sana semua itu ialah realiti. Tetapi di sini, keadaan itu berada di sempadan antara realiti dan fantasi. Cuma bagi m
ereka-mereka yang merantau jauh dari zon realiti, mereka tersenyum dengan semua ancaman ini kerana sedap dan selesa menunggu basahan mimpi.

Keputusan Allah adalah tetap keputusan Allah. Tiada kuasa di dalam dunia boleh mengubah atau cuba mengelak dari mengubah keputusan Allah. Allah memberikan kekuasaan kepada siapa sahaja diinginkannya. Allah juga boleh menarik balik kuasa pemerintahan daripada siapa sahaja yang dimahukanNya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali Imran ayat 26)

Jika benar pemerintah sebelum ini zalim, tentu sahaja doa-doa yang saban hari dipanjatkan dipelbagai lokasi dari dalam bilik, di atas jalanraya hingga ke stadium-stadium bolasepak akan dimakbulkan Allah. Doa antara manusia yang dizalimi dengan Allah tidak berhijab.
Maka jika ada usaha manipulasi di mana-mana pihak untuk memastikan kemenangan mereka tetap berpihak kepada mereka, perancangan mereka sudah pasti tidak akan berupaya melawan kehendak Allah jika Allah telah menetapkan keputusanNya. Ini adalah keputusan Allah. Dan setiap keputusan Allah juga merupakan ujian kepada semua pihak yang terlibat.

Yang menang, mereka akan diuji dengan amanah menjalankan kuasa. Yang kalah mereka akan diuji dengan kemampuan mereka untuk menerima keputusan Allah ini. kedua-dua pihak perlu bermuhasabah dalam apa yang jelas terpampang di dalam keputusan semalam.
Telah terlihat dengan jelas, orang-orang bukan Islam telah memusatkan daya kekuatan mereka untuk melakukan satu ayunan sokongan kepada pihak yang ditafsirkan mereka sebagai pihak yang memenuhi aspirasi mereka di dalam cita-cita kepuncak kuasa.

Mereka kini dilihat satu dan kukuh dalam satu ketetapan jemaah yang menyokong dasar untuk mengangkat kekuatan golongan bukan Islam di puncak kuasa.

Tetapi malangnya apabila terdapat terlalu ramai umat Islam yang masih tidak nampak dengan pecahan polariti sokongan yang semakin jelas kini. Polariti pengundian kini terbahagi kepada cita-cita bukan Islam ke puncak kuasa dan keupayaan pemerintahan Muslim untuk mengekalkan kuasa.

Pada celahan pertembungan ini, terlihat pula berlaku kejanggalan apabila ada pihak masih belum nampak trajektori kepada trend yang sedang berlaku di hadapan mereka.

Merata-rata tempat, ditakbirkan trajektori hala tuju pendakian puncak kuasa di dalam graf berikut. Mereka melihat bahawa tahun 2018 nanti, mereka akan berjaya ke tampuk kuasa.
Persoalannya, apakah mereka faham dan dapat melihat apa trend yang sedang berlaku seterusnya dan siapa sebenarnya yang sedang mengukuh kerana persekongkolan mereka untuk ke puncak kuasa?



Dengan mata hati yang terang, mereka pasti akan sedar bahawa hizb yang kini ditakbirkan mereka sebagai turut menuju ke puncak kuasa tersebut pada hakikatnya sedang menujuk ke daerah ghaib (oblivion) dari puncak kuasa.

Lihat sahaja graf prestasi mereka semenjak mereka menukar ayat-ayat Allah untuk menghalalkan persemendaan politik dengan pihak yang satu lagi. Graf kekuatan mereka sedang berada di dalam situasi menurun. Dari 27 kerusi Parlimen pada 1999, kini hanya tinggal 21 kerusi. Tiada trend menaik malah lebih banyak menurun. Apakah mereka tidak sedar akan hakikat ini?



Tetapi lihat sahaja pula siapa yang memperolehi laba dari persemendaan politik yang jelas dilarang Allah. Dari 10 kerusi pada 1999, mereka kini mempunyai 38 kerusi Parlimen. Hampir semua bukan Islam dari keturunan Cina kini bersatu bergabung dibelakang mereka. Polariti kini semakin jelas. Ia antara survival kuasa politik antara Islam dan bukan Islam pada masa-masa akan datang.


Lebih malang lagi, tahun 2018 merupakan satu tahun di mana dijangkakan akan berlaku permulaan satu lagi putaran kemerosotan ekonomi. PRU 14 mungkin perlu diadakan sebelum tempoh itu untuk mengelakkan berlakunya masalah-masalah yang berkait kemerosotan ekonomi yang dijangka bakal berlaku.

Dalam mereka sibuk terendam di dalam
kecanduan akibat delusi bahawa mereka lebih layak menguasai urusan umat Islam, tahukah mereka, bahawa dengan kedua-dua entiti Islam ini bergabung, UMNO dan PAS, kedua gabungan mereka akan memperolehi majoriti mudah membentuk sebuah negara yang dikuasai sepenuhnya oleh kuasa Islam?

109 kerusi Parlimen UMNO dan 21 kerusi Parlimen PAS jika digabungkan akan membentuk, 130 kerusi Parlimen. Ia lebih dari majoriti mudah yang diperlukan iaitu 112 kerusi. Dengan tambahan kerusi-kerusi bumiputera Islam Sarawak dan Sabah, InsyaAllah majoriti 2/3 akan mampu dicapai.

Persoalannya, kenapa pilihan ini tidak mahu diketengahkan? Kenapa memilih untuk berpecah ketika kuasa pemerintahan Islam itu lebih terjamin dengan penggabungan yang ditunggu-tunggu umat Islam selama ini? Kenapa masih memilih ombak ketika daratan dihadapan?


Saya secara peribadi berharap agar kedua-dua parti ini akan mempertimbangkan dan seterusnya melaksanakan penggabungan atas dasar maslahat umat Islam. Saya konsisten tentang ini sejak dari dahulu. UMNO tidak runtuh dan goyah walaupun diasak dengan ayunan Tsunami bukan Islam. Malah mereka lebih banyak memperolehi kerusi Parlimen berbanding tahun sebelumnya. Tetapi ayunan Tsunami bukan Islam ini, membenamkan kedudukan PAS pada aras kubur yang lebih dalam. Dari 27 kerusi pada 1999, kini hanya tinggal 21. Apakah mereka masih tidak sedar tentang hakikat ini?

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Ali Imran ayat 28)


Takbir?

Wallahua’lam.



 © 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

14 comments:

Anonymous said...

kian nampak jelas bila melihat graf ... tentunya PRU ke 14 bertambah sengit atau PRU penentuan peralihan kuasa klu kita masih bercakaran sesama sendiri....249

adi said...

tengah hari tadi baru saje membuka tafsir Al Quran sambil tunggu azan berkumandang .. ayat last yang disertakan oleh Tuan , saya juga membacanya tadi.. Dejavu kah ?

Nurul said...

gabungan PR tidak mengutungkan umat islam.. ya Allah, sedarkan umat ini..

satuhala said...

249.. (Chik?)..
Polariti yg diberikan amaran selama ini semakin jelas.. perebutannya ialah kini antara Islam dan bukan Islam.. 4 tahun sebelum 2014, sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki kembali kefahaman umat Islam mengenai masa depan yang terhidang dihadapan mereka nanti...
Mrk sebenarnya tiada pilihan kecuali bersatu.. Itu pilihan awal, tengah dan akhir kita..

satuhala said...

Adi,
mgkin krn ayat itu sdg disebut2 diserata negara. Lalu gelombangnya menyebabkan kita semua tanpa sengaja menyentuh, membuka dan membacanya dikala yang hampir sama.. Semoga majoriti yg membacanya mengambil pengajaran dan tindakan..Ameen..

satuhala said...

Nurul,
Ameen...
Benar, gabungan PR tidak menguntungkan sejak hari yang pertama ia diarkitekkan..
Semoga lebih ramai yg sedar spt Nurul dan sahabat2 di sini.

Anonymous said...

untuk PRU 14 ini melayu islam mahu lihat Pas bersama BN dan biarkan PKR bersama DAP. Melayu islam pasti gemilang jika Pas kembali ke pangkal jalan.



Anonymous said...

Umat islam perlu bersatu untuk membentuk negara Islam yg di impikan..

Anonymous said...

Terima kasih saudara Imran Haaz,satu ulasan PRU yg menarik...walaupun ramai yg berkata kemenangan BN diperolehi secara tipu,BN pasti akan kalah jika ALLAH izinkan..tetapi malangnya rakyat terutamanya penyokong PR masih tidak nampak siapa sebenarnya yg mengizinkan kemenangan ini...

satuhala said...

Tanpa Nama May 6, 2013 at 7:47 PM,

Saya juga setuju. Ttp tidak hanya utk PRU 14, tetapi selama-lamanya.. InsyaAllah..

satuhala said...

MS Red Eva,

Ameen.. dan setuju..

satuhala said...

Tanpa Nama May 7, 2013 at 11:14 PM,
Benar.. Tidak ada sesiapa yang mampu melawan takdir ketetapan Allah.. Allah sudah putuskan.. ramai yang berdoa agar urusan pemerintahan diberikan kepada mrk yg bertanggungjawab kpd Islam dan Islam selamat di bawah pemerintahan mereka.. kenapa tidak mahu dianggap bahawa doa tersebut telah dimakbulkan Allah dgn keputusan PRU ini?

Hanya ada dua keadaan, satu, Doa mereka sebenarnya dimakbulkan. Dua, doa mereka tidak dimakbulkan krn sifat2 org yang makbul doanya tidak ada pada mereka.

Mungkin akan ada yg cuba bermain bahasa dgn mengatakan kemenangan mereka ditangguhkan.. Jika ditangguhkan, pastinya ada sebab ianya ditangguhkan oleh Allah. Persoalannya, apakah sebab musabab tersebut?

Wallhua'lam..

Anonymous said...

bagaimana pula dgn gabungan umno dgn mca,mic dan parti gerakan..???yg ni mnjadi persoalan..umno bn pertikaikan gabungan pas,pkr dan dap tp xsdr yg dia tu bergabung dgn org kafir juga..mca tu 100% kaum cina..tp dap 60%cina 20%india dan 20%melayu dll..

satuhala said...

Saudara Anon May 9, 2013 at 8:42 PM,

Perkara ini bukanlah berkenaan siapa bangsa atau berapa komposisi bangsa di dalam sesebuah parti..

Jika itu yg menjadi perhatian, jelas delusi yg cuba disebarkan ini berjaya memasuki pemikiran umat2 Islam.. Ia bukan berkenaan bangsa.. tetapi ia berkenaan masa depan survival Islam di bumi Malaysia ini.

Persoalannya ialah berkenaan dengan siapa kumpulan2 Islam ini bergabung?

Perlu faham perbezaan antara golongan kafir yang menurut perintah (al Mumtahanah ayat 8) & Golongan kafir yang mahu memerintah (al Mumtahanah ayat 9)..

Ia semudah itu.. tetapi menjadi kelabu kerana ayat2 Allah di dalam al Qur'an telah dipadamkan oleh manusia2 yang tidak bertanggungjawab kepada agama mereka sendiri..