Thursday, May 16, 2013

Antara Yang Lemas Dan Yang Perlu Diselamatkan

Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Seruan yang menyeru kepada perpaduan umat Islam dalam satu jemaah ialah satu seruan yang selari dengan tuntutan al Qur’an dan as Sunnah. Jika keduanya menjadi pegangan dan tiada motif lain di dalam menjalani kehidupan kecuali mengharapkan redha Allah, umat Islam tidak akan menentang anjuran perpaduan ini.

Jika tidak mampu bergabung, cukup untuk kedua-dua entiti politik Muslim terbesar di negara ini mempunyai satu modus vivendi yang kukuh berpegang kepada motif utama untuk memastikan Islam kekal agung dan teratas serta selamat dan berkembang pesat di negara ini. Modus vivendi itu juga harus menitikberatkan bahawa semua hak-hak mengenai Islam dan umat Islam di negara ini perlu diberi penekanan utama untuk diperjuangkan dan bukan untuk dijual borong demi kuasa politik.



Malang sekali apabila cadangan-cadangan perpaduan tersebut dibawa kepada meja rundingan, ada yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis dan berbau penolakan. Ada yang menolak dengan cara yang biadab sehingga mahu meludah wajah sesiapa yang membawa perkara kepada dirinya. Ada juga yang mungkin terpaksa menolak dengan cara yang berlapik.

Benar sesetengah itu merupakan kata-kata yang terkeluar dari mulut sesetengah orang kita sendiri. Tetapi dalam Islam, selepas zaman Rasulullah s.a.w., kita tidak menilai orang melalui bicara dirinya. Tetapi kita menilai manusia melalui track record amali perbuatannya. Itu cara yang ditunjukkan Saidina Umar al Khattab r.a.

Baru-baru ini, saya terbaca satu kenyataan dari Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Seorang ulama’ yang dihormati dan juga bertindak sebagai pemimpin salah sebuah entiti Islam yang besar yang mahu digabungkan bersama entiti yang satu lagi. Secara lisan dan berlapik, beliau menolak idea perpaduan antara UMNO dan PAS. Alasannya UMNO ialah parti yang sedang lemas. Saya tidak pasti apa justifikasinya yang membuatkannya menilai dan membuat hipotesis bahawa UMNO sebagai parti yang sedang lemas.


Secara realitinya UMNO dilihat mengukuhkan kedudukan di dalam Barisan Nasional. Yang sedang lemas sebenarnya pada masa kini, ialah masa depan anak-anak muda Islam yang menjadi celaru dengan permainan kasar dan fitnah politik masa kini. Masa depan mereka sebenarnyalah yang sedang menuju kelemasan.

Malaysia ialah sebuah negara yang telah ditakdirkan Allah dengan satu keadaan di mana umat Islam tidak mempunyai pilihan untuk berpecah. Sebagaimana yang telah saya tuliskan sebelum ini, Malaysia bukanlah seperti Iraq, Mesir, Tunisia dan Syria yang mempunyai peratusan umat Islam melebihi 85% dan ke atas. Negara-negara itu, apabila umat Islam berpecah, kuasa politik dan pemerintahan negara mereka masih berada di tangan umat Islam. Satu pemerintah Islam jatuh, maka akan bangun satu lagi pemerintah Islam.

Tetapi Malaysia tidak sebegitu. Satu pemerintah Islam jatuh, belum tentu yang naik nanti juga adalah pemerintah Islam. Dengan 60% lebih sahaja umat Islam di Malaysia, berpecah bukan satu pilihan yang bijak.

Mereka-mereka yang sedar tentang perkara ini sedang mengusahakan jalinan kerjasama untuk melihat kedua-dua entiti politik Islam terbesar di Malaysia bersatu dalam tempoh terdekat. Jika tidak mampu bersatu sekalipun, sekurang-kurangnya mereka mempunyai modus vivendi sepertimana yang disebutkan sebelum ini di atas. Sebelum tahun 2008, kita melihat seakan ada modus vivendi untuk mempertahankan Islam antara PAS dan UMNO. Tetapi selepas, 2008, Islam dan hak-haknya telah dijadikan bahan komoditi untuk setiap penawaran menuju ke puncak kuasa.

Ketika diajukan kemungkinan Pas dan UMNO boleh bergabung, Presiden PAS menyatakan bahawa PAS tidak seharusnya menghampiri orang yang sedang lemas. Itu kata-kata lisan berlapiknya. Tetapi sepertimana yang kita, umat Islam yang berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah percaya dan dididik selama ini, kita tidak menilai orang melalui bicara dirinya. Tetapi kita menilai manusia melalui track record amali perbuatannya. Walaupun beliau menyatakan akan menjauhi ‘orang yang sedang lemas’, track record dirinya menunjukkan sikap beliau yang sebaliknya.



Semoga hari pertautan rasa bersaudara itu kembali dengan segera. Tidak kira siapa yang lemas dan siapa yang mahu bertindak sebagai penyelamat.

Semoga Allah s.w.t. mengampunkan segala dosa kita kerana berpecah dan melapangkan dada ke semua kita untuk membuka ruang perdamaian dan kembali bersatu sebagai muslim dalam satu jemaah yang kuat.. Ameen.



 © 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.



2 comments:

bak kata pepatah Melayu "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" HEHEHE.. susah nak cari ulama yang betul2 ikut ajaran Islam yang sebenar seperti sheikh Yusuf al Qardhawi, Ahmad Yassin, Ahmed Deedat, Hamka, Hassan al Banna yang mana betul2 memahami ajaran Islam yang benar dan sanggup mati untuk mempertahankannya.. skrg ni rata2 ramai ulama yang mementingkan periuk nasi sendiri dari orang lain.. adakala rasa macam tak tau mana patut ikut.. teringat bila tgk cerita reflection shuaib webb dia kata pasal keseimbangan.. jangan ada dua golongan dimana yang terlalu liberal dan terlalu konservatif.. moga terhindar dari termasuk golongan ini.. amin..!!!
 
Hasanah.. penulisan di atas boleh ditafsir melalui pelbagai pendekatan.. ada yg faham dgn kefahaman yg pelbagai.. ttp satu yg saya setuju dgn Hasanah ialah sentiasa mengambil kedudukan tidak berpihak kecualikepada kebenaran al Qur'an dan as sunnah..
Akhir zaman, itu pesan nabi.. bila duapuak bertelingkah.. kita tetapkan diri kita berada 'di dalam rumah'... (berkecuali)..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email