oleh : Imran Haaz/M.I.A.
Bismillahir rahmanir Raheem..
Lebih sedekad yang lampau, saya mengikuti sebuah debat yang diadakan di antara saudara (kini Dr.) Asri Zainul Abidin bersama Astora Jabat di kawasan yang dikenali sebagai Mengkuang (jika tidak silap) di dalam daerah Seberang Prai. Ayahanda saya yang membawa saya ke sana dengan satu pesan, “Perhatikan, di sana ada sesuatu”. Saya tidak faham. Malah sehingga kini saya tidak faham apa yang dimaksudkan. Saya cuba membuat kesimpulan, namun ia tidak memuaskan. Lalu saya biarkan ia berlalu.

Ayahanda saya menyuruh saya duduk bersama
sekumpulan pemuda berkopiah putih hampir dengan sebatang pohon rimbun. Duduk
dikelilingi kumpulan tersebut, intipati debat dan perbahasan tersebut tidak
didengar dengan jelas butir bicara mereka. Perdebatan itu juga yang diganggu
panas emosi yang dikipas penonton, sedangkan panelis debat kelihatan sangat tenang, rasional dan
berdebat dengan tertib. Bukan intipati isi perdebatan itu yang mahu disentuh.
Bukan siapa yang lebih benar serta menonjol yang mahu diungkitkan. Lagi pula
ianya berlaku lebih dari belasan tahun yang lampau. Tetapi pengalaman sebagai
seorang remaja belasan tahun duduk dikelilingi sekumpulan fanatik mengajar saya
sesuatu. Disitulah titik mula saya mengenali apa yang menjadi krypton kepada
rencah penyimpulan lojik pemikiran orang melayu Islam kebanyakan. Ketika
panelis berdebat, muslim dikalangan yang menonton juga tidak kurang hebatnya
berdebat dan berdialog sesama sendiri.
Di situ saya melihat kumpulan pemuda tersebut
membuat kesimpulan siapa yang benar melalui input-input mudah. Seseorang itu
cukup benar bagi mereka sekiranya dia menyelitkan ayat-ayat al Qur’an (biarpun
ia berbentuk manipulasi), memasukkan elemen-elemen bahasa Arab yang kompleks
dan tidak difahami khalayak serta mesti berjubah dan berkopiah. Jika janggutnya
tebal dan memilih pula memakai serban,
tahap benarnya orang tersebut akan
mendekati kebenaran bicara para malaikat. Saya mengakui input-input yang
disabitkan dengan kebenaran yang digunapakai tersebut ada kebenarannya di zaman
awal serta pertengahan Islam. Pada ketika itu, para sahabah dan tabi’in membawa
penampilan diri mereka yang sangat dekat dengan al Qur’an dan sunnah. Segala
sifat, sikap dan apa sahaja yang mengorbit perwatakan si pemakai jubah dan
serban tersebut pada ketika itu, jika diujikannya kepada kemahuan Allah di
dalam al Qur’an dan garis-garis jelas di dalam sunnah Rasulullah s.a.w., ianya
adalah tidak bertentangan malah sentiasa selari. Pengucapan dimulut sentiasa
selari dengan perlakuan harian dan sifat-sifat baik yang sentiasa disabitkan
dengan diri si pengucap.