Sunday, February 3, 2013

Serangan Virus Episod 3


Bismillahir Rahmanir Raheem..  blog ini diserang sekali lagi. Pertama kali diserang dahulu, disyaki teknik DNS poisoning digunakan. Alhamdulillah, ia berjaya diatasi dalam tempoh yang cepat. Kemudian muncul pula isu cybersquatting. Saya telah jelaskan lama dahulu di dalam blog ini tentang kekeliruan serta apa yang berlaku sebenarnya.

Kemudian, pada 1 Februari 2013, blog ini disekat oleh Google Chrome atas alasan ia menyebarkan malware. Akses melalui Internet Explorer, Musang Berapi (Firefox) dan Safari tidak mempunyai masalah. Cuma ia disekat kerana GoogleSafebrowsing meletakkan blog ini di bawah blog yang memberi ancaman keselamatan siber kerana malware yang terdapat di dalamnya.

Saya menyedarinya pada petang Jumaat 1 Februari 2013. Lalu dengan segera saya mengambil langkah memeriksa, meneliti dan memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud di dalam blog ini. Alhamdulillah, kurang 3 jam isu tersebut berjaya diatasi dan blog ini kembali boleh dicapai melalui Chrome dengan cara normal.



Kemudian ia berlaku lagi. Kali ini berkait pula dari pautan ke laman web yang turut memperjuangkan penentangan kepada penyalahgunaan nama Allah. Lalu sekali lagi pemeriksaan kepada semua script yang dirasakan menjadi punca Chrome menghalang akses kepada blog ini diimbas. Selesai mengenalpasti semua script yang menjadi punca masalah tersebut, saya membersihkan beberapa artikel di dalam blog ini yang dikesan menjadikan Chrome menghalang akses kepada blog ini.




 Selesai, saya tersenyum sendirian. Hairan benar, setiap kali isu penyalahgunaan nama Allah disentuh dan setiap kali blog ini menulis tentang agenda gerakan dajjal di Malaysia, maka setiap kali itulah serangan dalam pelbagai bentuk dihalakan. Alhamdulillah, setakat ini ia masih boleh diuruskan tanpa sebarang masalah yang lebih besar.

Yang lebih menarik mengenai serangan ini ialah bilamana beberapa laman web sahabat dan mereka-mereka yang berjuang dengan gigih menentang penyalahgunaan nama Allah serta persundalan politik ‘Islam’ turut menjadi mangsa. Ada yang telah berjaya dipulihkan. Ada yang masih berusaha memulihkannya. Mungkin terasa panas dengan usaha yang digerakkan ini menyebabkan laman-laman ini menjadi pilihan untuk dilumpuhkan. Saya telah menghubungi mereka-mereka yang turut menjadi mangsa dan mencadangkan beberapa cadangan dan langkah pembaikan dan pemulihan yang boleh dicuba. Semoga masalah yang menimpa blog kendalian mereka juga dapat diperbaiki dengan segera.

Sekurang-kurangnya, apabila blog satuhala ini juga turut menjadi mangsa, ia memberikan pengajaran tentang beberapa kelemahan yang ada supaya boleh diperbaiki. Ambil positif dan teruskan perjuangan.

Seperti biasa sejak 2008, perkara-perkara ini tidak akan menghentikan usaha yang dibuat untuk memerangi gerakan dajjal di negara ini. Fasad bawaan gerakan mereka perlu dijelaskan secara istiqamah. Cuma satu pesan kepada sahabat yang biasa mengunjungi blog ini sekiranya terdapat kemungkinan ianya tidak lagi dapat diakses di masa hadapan, boleh ke akaun facebook atau email kepada saya untuk pautan laman baru yang akan saya bangunkan. Satu jatuh, sepuluh lagi akan bangun. Namun undur tidak sekali. Insya Allah.

Jatuh bertelut lutut terluka,
Mengaduh jangan, menangis pun jangan,
Musuh merempuh  mengharapkan berduka,
Terbakar semangat perkukuhkan perjuangan!

Jika hancur menjadi abu,
Berjuang abu menyemburkan asap,
Biar hancur patah seribu,
Bangkit pertahan Kalimah diucap!


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

1 comments:

Alhamdullilah...perjuangan menentang kebatilan sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah...semoga tuan cekal dalam menghadapinya Ameen
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email