Saturday, September 29, 2012

Pewaris Nabi Atau Hanya Sekadar Ahli Kitab? bhg. 3

Bismillahir Rahmanir Raheem..
Jika sebelum ini, telah dijelaskan bagaimana perbandingan antara mereka-mereka yang dianggap sebagai pewaris nabi sebenar dan mereka-mereka yang hanya mengaku diri mereka sebagai pewaris nabi di dalam sikap dan perlakuan terhadap ayat-ayat al Qur’an, penulisan kali ini pula akan membawa kita menilai sikap yang diambil nabi, pewaris nabi sebenar dan golongan yang dengan perasannya mewar-warkan kepada dunia hanya mereka selayaknya dianggap sebagai pewaris nabi.

Kita akan mengambil topik yang mudah. Topik yang selalu ditunggangi oleh golongan yang sentiasa mengakui hanya diri mereka mewarisi perjuangan para nabi. Topik mudah ini merupakan kudapan serta makanan ruji yang sentiasa dikunyah golongan ini. Ini kerana topik ini melibatkan sentimen ketidakpuasan hati masyarakat kepada nasib yang menimpa diri mereka. Mereka tahu, apabila emosi manusia disentuh, rasionalisasi minda akan tercampak ke belakang punggung.

Kebiasaan bagi mana-mana ahli kitab sejak zaman-zaman nabi Bani Israel, mereka menggunakan agama bagi kepentingan diri mereka. Menyembunyikan ayat-ayat Allah yang tidak memberikan kelebihan kepada mereka dan membuat riuhpikuk kepada ayat-ayat yang dilihat mereka boleh dijadikan mangkin (catalyst) yang member kekuatan kepada perjuangan mereka. Sikap dan perangai mereka tidak berubah. Kiblat hala tuju kesudahan mereka ialah lubang biawak sepertimana yang Rasulullah s.a.w.  sebut di dalam hadis berikut.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkat : Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”. Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, September 25, 2012

Ababil dan Petunjuk Yang Ribuan Tahun Hilang

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan bertajuk Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg. 6. (Klik sini untuk membacanya)


Ayat 4 Isaiah Fasal 9 : Saat Hidayah dan Kelahiran Nabi Akhir Itu Hampir.

For thou hast broken the yoke of his burden, and the staff of his shoulder, the rod of his oppressor, as in the day of Midian.

Ayat 4 dari Isaiah fasal 9 ini sebenarnya merujuk kelegaan kepada hati dan perasaan suku-suku Arab tersebut yang diberikan hidayah. Seolah bebanan serta ketidakadilan yang selama ini ditimpakan ke atas mereka oleh golongan Bani Israel yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah di dalam beragama, akan diangkat. Mereka akan kembali dimuliakan oleh Tuhan dengan hidayah yang diberikan.

Sesuatu yang tidak pernah dijelaskan sehingga kini sejak ribuan tahun lamanya ialah, kenapakah ayat 4 ini merujuk perasaan lega tersebut datang kepada mereka. Kegembiraan itu  seolah-olah sama seperti kegembiraan yang pernah berlaku kepada umat pilihan Tuhan di hari-hari kemenangan di Midian (Madyan) suatu ketika dahulu.

Pertama, untuk memahami ayat ini dan apa yang dimaksudkan sebagai hari-hari kemenangan di Midian, kita perlu meneliti tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada manusia-manusia pilihan Tuhan di Midian?

Peperangan Bani Israel Menentang Midian

Kisah ini diceritakan di dalam kitab Judges fasal 7. Berkenaan tentera Bani Israel yang dipimpin Gideon. Dia mempunyai pasukan tentera yang sangat besar bagi menghadapi pasukan Midian. Dijumlahkan pada awalnya, pasukan mereka mempunyai 32,ooo orang tentera. Tetapi apabila Tuhan melihatkan keadaan mereka yang tidak mempunyai kekuatan hati dan perasaan, Tuhan mengarahkan Gideon untuk membuat tawaran kepada Bani Israel. Tawaran yang diberikan ialah supaya sesiapa yang berasa sangsi dan takut, mereka boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Adat bangsa penakut dan bacul, 22,000 orang daripada mereka meninggalkan medan sebelum sampai ke destinasi perjuangan.

Monday, September 24, 2012

Muhammad & Sahabah Di Dalam Bible bhg. 6


Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Kemunculan Rasulullah s.a.w. telah diberitakan serta ditunggu-tunggu lebih awal oleh manusia-manusia yang masih beriman kepada Allah s.w.t. Hampir semua jalan-jalan menuju Allah telah mengalami rencatan serta korupsi disebabkan perbuatan-perbuatan ahli kitab. Berikutan dengan kerosakan yang berlaku ini, manusia-manusia yang merindui Allah s.w.t., menunggu dengan penuh sabar  akan janji yang pernah Allah s.w.t. berikan kepada mereka, bahawa pada masa hadapan yang terdekat nanti, akan lahirlah ke dunia seorang insan yang digelarkan oleh Penciptanya sendiri sebagai Rahmat Buat Sekelian alam. Berpusu-pusulah mereka-mereka yang beriman kepada Allah yang janji-janjiNya menunggu saat kedatangan serta kelahiran penutup segala nabi dan rasul.

Hari kelahiran baginda bukan sahaja ditunggu-tunggu sejak ribuan tahun lamanya, malah bagi yang beriman kepada janji-janji Allah yang Allah s.w.t. maklumkan kepada generasi orang-orang yang beriman kepada Allah sebelum Islam dilengkapkan pada hayat baginda Rasulullah s.a.w., mereka mengambil serius akan semua tanda-tanda yang ditafsirkan mereka sebagai petunjuk yang menyatakan kelahiran tersebut bakal berlaku. Mereka menggerakkan diri mereka untuk berada dekat dengan tempat di mana kelahiran serta permastautinan baginda Rasulullah s.a.w. bakal berlaku.

Friday, September 21, 2012

Ini Bukan Lelaki!

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Berikut merupakan sebuah kisah yang dipetik dari Tafsir al Azhar, Prof. Dr. HAMKA.

Suatu ketika, pada abad ke sembilan belas ketika Acheh berperang dengan Belanda. Zentgraf, seorang pengarang terkenal telah menceritakan di dalam bukunya yang diberikan judul 'Aceh'.

Katanya, "Pada suatu hari hari, pergilah soldadu-soldadu Belanda mengadakan rondaan ke suatu kampung, mencari kalau-kalau ada 'Muslimin' bersembunyi dikampung tersebut. (Orang-orang Aceh, pada ketika itu menggelarkan pejuang-pejuang pembela agama dengan tanahair dengan gelaran 'Muslimin', bagi yang tidak pernah berjuang dan masih belum sempat berjuang, kehormatan dalam pemberian gelaran 'Muslimin' tersebut tidak akan diberikan.)

Wednesday, September 19, 2012

Telekung Harimau Bintang & Minda Lelaki Muslim

oleh : M.I.A./Imran Haaz

Pagi tadi, selepas bersarapan, saya berbual dengan seorang kakak di ofis. Dia bersungut perkara yang sering isteri saya sungutkan. Ia berkenaan telekung di masjid dan surau. Ia juga ada kena mengena dengan pusat pemikiran lelaki muslim.

Mereka sungutkan keadaan telekung di masjid yang sangat kotor. Sebab itu mereka biasakan membawa bersama telekung 
sendiri untuk bersolat. Terdapat kemungkinan di sesetengah tempat, telekung di masjid tidak dicuci berbulan lamanya. Teori telekung tidak dicuci dalam tempoh tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian mereka sendiri yang mengatakan, setiap kali bersolat, para wanita tentu sahaja akan membersihkan diri dengan wuduk. Jadi untuk telekung menjadi berbintik-bintik seperti harimau bintang, sekurang-kurangnya ia memerlukan masa yang begitu lama ianya tidak dicuci.

Monday, September 17, 2012

Bodoh, Anjing, Syaitan, Iblis, Bengong, Bangang


Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Penulisan ini merupakan bahagian kedua kepada penulisan, ‘Pewaris Nabi atau Hanya Sekadar Ahli Kitab?’ Penulisan kali ini akan cuba membawa kita semua meneliti sikap serta perlakuan segelintir manusia yang tanpa segan silu mendakwa serta mendabik dada bahawa hanya mereka yang selayaknya dianggap sebagai pewaris kepada perjuangan nabi. Melalui penelitian kepada sunnah nabi dan athar sahabah yang ditinggalkan kepada kita sebagai panduan, penulisan kali ini akan membawa kepada perhatian akal untuk kembali berfungsi bagi menilai benarkah putih yang selama ini kita nampak sebagai putih itu benar-benar putih.

Penulisan kali ini akan membawa kita semua menilai sikap segolongan manusia yang mendakwa diri mereka sebagai satu-satunya kumpulan yang layak mewarisi perjuangan nabi dan menilai sikap yang diambil mereka apabila dibacakan ayat-ayat Allah oleh mereka dan kepada mereka.

Baru-baru ini, saya cuba berbicara dengan seorang lelaki yang mempunyai kedudukan tinggi di dunia. Kedudukannya diakhirat merupakan milik Allah untuk menentukannya. Pernah diangkat pemerintah untuk menjawat jawatan tinggi dalam sebuah organisasi pencegahan.

Monday, September 10, 2012

Pewaris Nabi atau hanya sekadar Ahli Kitab?

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Perjuangan umat ini merupakan satu perjuangan yang sangat sukar. Tetapi Allah telah memuliakan daya akal kita berbanding umat-umat sebelumnya dengan satu perkara. Kita ini merupakan satu umat yang boleh menjaga diri sendiri tanpa kehadiran seorang nabi atau rasul di sisi. Tetapi keupayaan itu sangat bergantung kepada keupayaan kita memahami serta melengkapkan diri kita dengan bekalan ilmu yang telah disampaikan dengan penuh amanah oleh generasi-generasi ulama jujur yang tanpa sebarang kepentingan lain selain mengharap redha Allah secara turun temurun.
Ilmu-ilmu yang mempunyai rantaian hubungan terus kepada sumber wahyu yang diamanahkan kepada Rasulullah s.a.w. ini disampaikan dengan penuh jujur. Kita Islam pada hari ini juga berkat usaha nenek moyang kita dalam perjuangan mereka yang melibatkan kehilangan darah, harta dan nyawa semata-mata untuk memastikan segala anak cucu mereka menerima Islam di dalam bentuk yang tidak tercemar dan dipesongkan. Pernahkah kita meluangkan sedikit masa memikirkan sejenak betapa jalan perjuangan kita kini sebenarnya sebuah jalan yang mudah tetapi telah disukarkan oleh sikap-sikap mereka-mereka yang tidak beramanah dari kalangan kita sendiri.

Monday, September 3, 2012

False Flag Kepala Babi & Selipar Di Masjid

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Ini merupakan penulisan yang sebelum ini saya muatkan di dalam akaun Facebook saya. Dikongsi kembali di sini untuk liputan yang lebih luas.

Bismillahir Rahmanir Raheem.

Mossad jika melakukan False Flag, mereka tidak memakai pakaian seragam, t-shirt bertulis MOSSAD dibelakang baju mereka, lencana MOSSAD dan sebagainya. MOSSAD modus operandi dia mudah.. kill 2 birds with one stone.. mereka akan menghantar orang-orang yang memakai pakaian seragam atau t-shirt bertulis nama salah satu dari dua kumpulan yang mereka mahu lagakan dan kemudian cetuskan provokasi. Lalu bergaduhlah dua kumpulan muslim yang jarang menggunakan akal kerana tertipu dengan agen provokator upahan ini.


Sunday, September 2, 2012

Kembali Harum Muhammad kerana Mohamed

Peristiwa yang hampir sama pernah berlaku beberapa kali di Malaysia. Bukankah dengan bersikap baik, jujur dan amanah itu memperindahkan Islam di mata bukan Islam.

Nama Muhammad itu harum kerana Mohamed si pemandu teksi telah bersikap jujur. Tak perlu slogan, tak perlu rostrum ceramah, tidak perlu berdegar-degar dengan flip flop cita-cita politik Islami, tidak perlu lori pickup dengan loud hailer mendoakan saudara seIlslam yang di dakwa tidak cukup Islam pecah perut utk menunjukkan diri lebih Islam dari orang lain dan tidak perlu ceramah dari satu tempat ke satu tempat untuk menunjukkan diri itu lebih Islam dari org lain. Lihat sahaja kisah Mohamed di dalam video ini. Kita perlu perbaiki diri supaya Islam itu indah. Sikap kita akan membantu dakwah Islam itu berkembang secara tidak langsung nanti. Ramai yang menjauhkan diri dari Islam kerana sikap muslim itu sendiri. Tetapi lihat sahaja apabila muslim itu menunjukkan contoh akhlak terbaik, secara tidak langsung Islam turut harum bersama sikap kita yang harum.



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email