Tuesday, July 31, 2012

Pahlawan & Setem Malaysia Pada Peluru Berpandu Temasek


Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Satu masalah dengan penulisan yang dimuatkan di dalam alam siber ialah, terdapat kecenderungan untuk sumber utama itu hilang tanpa ia memberikan amaran terlebih dahulu.

Tidak lama dahulu, saya pernah terbaca penulisan seorang bekas wartawan di dalam laman webnya www.mggpillai .com, mengenai satu peristiwa yang pernah berlaku di Bukit Batok Singapura. Ia melibatkan kecekapan Unit Tindakan Khas negara . Malang sekali, setelah kematian M.G.G. Pillai, laman web yang memuatkan penulisannya telah berkubur dan pautan kepada artikel tulisannya itu turut hilang. Agak merimaskan apabila penulisan yang telah saya rancangkan untuk dimuatkan ke dalam blog ini pada 31 Julai tahun ini, tidak dapat disandarkan kepada sumber asal dari mana cerita itu diperolehi.

Sehingga hampir tengah malam semalam saya mencari artikel tersebut. Saya percaya maklumat, screenshot dan segala yang berkaitan dengan apa yang saya rancangkan berada di dalam Laptop merangkap hamba abdi lama saya yang telah rosak.

Kisah tersebut berkenaan dengan bagaimana negara jiran, bekas sebuah naungan Kerajaan Melayu yang kini berubah tangan kepada mereka yang tidak berkaitan dengan akar buminya, menguji kesabaran pihak keselamatan negara ini dengan provokasi bertali arus mereka.

Monday, July 30, 2012

Belas, Sekeping Roti & Syahadah

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Seorang pekedai Muslim telah dirompak. Lantas, sepertimana tindakan refleks yang biasa, dia mengeluarkan senjata untuk mempertahankan dirinya. Mendapati perompak itu tidak dapat mengancam keselamatannya, perasaan takut berbaur marahnya berubah menjadi simpati apabila melihat perompak tadi mulai menangis.

Perompak itu mula merayu supaya diberi belas kasihan. Dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan dan berada di dalam keadaan terlalu lapar. Simpati tetapi masih berhati-hati dengan situasi tersebut, si pekedai tadi memaafkan perbuatan lelaki itu. Dia mencapai sedikit wang di dalam mesin tunai kedai miliknya yang cuba dirompak tadi. Jika tadi, wang itu cuba diperolehi dengan cara paksa oleh si perompak, tetapi kini wang yang mahu diperolehinya dengan cara kekerasan, diberikan oleh bakal mangsanya atas rasa belas kepada manusia lain yang menghadapi masalah.

Friday, July 27, 2012

Kesan Azan Yang Jarang Ditemui Di Negara Kita

Oleh Imran Haaz/M.I.A.





Azan yang dilaungkan oleh hampir 36 buah masjid di dalam lingkungan radius 1 km di sebuah tempat di Jeddah.  Ia memberikan kesan kepada wartawan Kristian ini kerana azan di sana benar-benar berfungsi menghentikan materialisme di dalam hati dan pemikiran majoriti muslim di sana... Di sini, azan yang dilaungkan tidak dipedulikan oleh majoriti Muslim.. bukan salah sesiapa.. tetapi kesalahan atas bahu kita semua kerana tidak dapat membentuk orang-orang di sekeliling kita untuk berubah kerana diri kita sendiri tidak terbentuk ke atas satu tekad takwa yang hanya mengharap redha Allah semata-mata. Kita mahu dunia berubah tetapi kita sendiri tidak mahu berubah. 



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 

Thursday, July 26, 2012

Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg 3


Setiap surah di dalam al Qur’an dimulakan dengan kalimah Basmalah kecuali surah at Taubah. Kalimah Basmalah inilah yang menjadi antara tanda-tanda yang telah disebutkan akan mengiringi sifat serta bukti kenabian Muhammad s.a.w. pada akhir zaman nanti. Kalimah tersebut bukanlah pertama kali digunakan Muhammad s.a.w.. tetapi, kalimah tersebut merupakan sesuatu yang telah biasa digunakan oleh para nabi dan rasul yang dilantik Allah semenjak zaman nabi-nabi dan rasul-rasul Bani Israel. Ia terbukti apabila Allah sendiri mewahyukan kisah bagaimana Nabi Sulaiman mengutuskan surat kepada Raja Perempuan negeri Saba’ dengan memulakan kepala suratnya dengan kalimah Basmalah tersebut. Ia disebut di dalam surah an Naml ayat 29 hingga 30 seperti di bawah :

(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Amat jelas, apabila disebutkan di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 19 bahawa rasul dan nabi yang djanjikan itu akan datang membawa ajaran serta perintah-perintah Allah di atas nama Allah, hanya Muhammad s.a.w. sahaja yang memenuhi kriteria ini. Bani Israel dan orang-orang Kristian telah lama lupa dan tidak mengetahui apa nama Tuhan mereka yang sebenar. Mereka dilarang menyebutnya sehingga menyebabkan mereka lupa akan nama Tuhan yang sebenar. Malah pernah di dalam sebuah kisah yang disebutkan di dalam Bible, seorang lelaki dihukum mati hanya kerana kerana kesalahannya menyebut nama Tuhan yang diharamkan mereka menyebutnya. Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam Leviticus fasal 24 ayat 10 hingga 16. Saya pernah menulis tentang tafsir perkara tersebut di sini

Oleh kerana telah menjadi kesalahan yang besar bagi Bani Israel dan Kristian untuk menyebut nama Tuhan yang sebenar, bagaimana mungkin mereka mengharapkan bahawa nabi yang dijanjikan di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22 itu mampu datang untuk membawakan ajaran dari Tuhan atas namaNya sedangkan namaNya sendiri tidak mereka ketahui?

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan Allah untuk sekali lagi diberi peluang bertemu dengan bulan yang teramat mulia ini. Sungguh, malam pertama Ramadhan itu, suasana berbeza dan amat menyamankan. Ia segera mengingatkan saya kepada segala kekurangan usaha dan amal yang telah menghiasi peluang nikmat Ramadhan pada tahun yang lepas.

Boleh dikatakan, jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang berada disekeliling saya, kejaran saya terhadap amal di bulan Ramadhan adalah antara usaha yang paling perlahan dan terlalu jauh untuk dikatakan cukup. Kesibukan itu satu alasan yang sentiasa diungkapkan oleh manusia-manusia yang lemah. Mereka yang lemah ini, termasuklah diri saya sendiri.

Ramadhan berbeza impak kedatangannya kepada setiap individu mengikut apa kecenderungan matlamat di dalam hidup mereka. Ada yang sudah sejak awal mengosongkan jadual kesibukan bagi memastikan ianya terisi dengan pelbagai perkara berfaedah bagi mencari jalan-jalan menuju redha Allah. Ada yang semakin sibuk mencari rezeki kerana di dalam bulan yang berkat ini, rezeki menjadi berlipat kali ganda. Tidak salah mencari rezeki lebih di bulan ini kerana mencari rezeki atas niat mencari redha Allah itu juga merupakan ibadah. Jika keutamaan diletakkan kena pada tempatnya, apa yang diusahakan itu akan membawa keberkatan. Untungnya umat Islam kerana setiap perkara yang dilakukan dengan niat kerana Allah akan mendapat balasan pahala. Cuma rugilah sekiranya, sesetengah perkara yang hanya datang bersama bulan yang diberkati ini seperti solat sunat tarawih terlepas begitu sahaja. Kita cuba memperbaiki apa yang kurang dan tidak kena dengan Ramadhan yang lepas. Semoga Allah mempermudahkan semua termasuk diri saya sendiri. Ramadhan ini juga harus digunakan sebagai kesempatan untuk memperbaiki hubungan sesama umat Islam dan berusaha kepada penyatuan umat Islam negara ini merentas sempadan politik. Jika itu tidak dapat direalisasikan, kesudahan yang buruk telah dijanjikan Allah untuk kita semua. Menilai semua tanda-tanda yang telah dijelaskan Rasulullah s.a.w. mengenai akhir zaman, kemungkinan kita akan bersolat dalam keadaan begini sudah tidak terlalu jauh dan lama.



Milik Allah segala pengetahuan mengenai masa depan. Doa kita untuk semua Mujahidin yang berjuang di jalan yang hak serta benar. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari penipuan Dajjal dan gerakan yang didokong proksinya. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut serta mengimarahkan Ramadhan ini untuk semua sahabat pengunjung. 

Wednesday, July 18, 2012

Gajet ke Sekolah?

Oleh M.I.A./Imran Haaz


Saya tidak pasti samada keputusan membenarkan pelajar-pelajar sekolah membawa handphone serta gadget lain telah dibuat kajian sepenuhnya atau pun tidak. Yang jelas, sebagai orang biasa yang tidak mempunyai akses kepada kerta-kertas kajian tersebut, saya menulis bersandarkan kepada pemerhatian saya sebagai bapa yang memerhatikan. Saya bukan seorang arkitek sosial yang mana pandangan saya disokong oleh mana-mana kertas kajian yang dibayar untuk menghasilkan sesuatu kesimpulan atau pun tidak. Ini hanya pandangan seorang manusia lain yang sedikit risau dengan kesan-kesan luarjangka yang mungkin sesetengah pihak terlepas pandang.

Friday, July 13, 2012

Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg 2


Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Antara yang telah biasa dibicarakan ialah perihal ayat yang dimuatkan di dalam kitab Deuteronomy (Ulangan) fasal 18 ayat 17 hingga 22 seperti berikut :

17 And the LORD said unto me, They have well spoken that which they have spoken. 18 I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him.19 And it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in my name, I will require it of him. 20 But the prophet, which shall presume to speak a word in my name, which I have not commanded him to speak, or that shall speak in the name of other gods, even that prophet shall die. 21 And if thou say in thine heart, How shall we know the word which the LORD hath not spoken? 22 When a prophet speaketh in the name of the LORD, if the thing follow not, nor come to pass, that is the thing which the LORD hath not spoken, but the prophet hath spoken it presumptuously: thou shalt not be afraid of him.

Monday, July 9, 2012

Muhammad dan Sahabat Di Dalam Bible, Bhg. 1

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Hampir semua ayat-ayat yang jelas mengenai kemunculan Muhammad s.a.w. di dalam kitab-kitab samawi telah dipadamkan serta diubah maksudnya sebaik Muhammad s.a.w. dilantik sebagai nabi dan kemudian rasul selepas baginda berusia  40 tahun. Ahli-ahli kitab dikalangan bangsa Yahudi dan penganut Nasrani menafikan baginda-lah insan yang telah dijanjikan kepada mereka sejak sekian lama.

Berita kemunculan Muhammad s.a.w. sebagai penutup serta pelengkap kenabian bukan hanya disebut di dalam kitab-kitab samawi seperti Taurat, Zabur dan Injil, malah ia terdapat di dalam kitab-kitab Sruti yang merangkumi empat Veda. Berita kemunculan Muhammad s.a.w. juga disebutkan dengan jelas di dalam sebahagian dari 18 kitab Smriti, dalam sebahagian kitab-kitab Itahasas (Ramayana, Yogavashista, Mahabharata dan Harivamsa), kitab-kitab Purana serta  atau Dharma Shastras Hindu. 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email