Thursday, May 31, 2012

Aurat Muslimah : Penindasan Atau Kebebasan? Video

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya tersenyum sendiri apabila menonton bagaimana seorang penulis wanita bernama Hebah Ahmed, salah seorang dari penulis yang menyumbangkan penulisan kepada sebuah buku bertajuk I Speak For Myself, dipermudahkan Allah di dalam menjawab pertuduhan yang dilemparkan golongan feminis barat ke atas Islam. Sebagaimana yang sering saya sebutkan di dalam blog ini, mereka tiada modal selain memfokuskan serangan mereka terhadap peraturan penjagaan aurat di dalam Islam.

Tuesday, May 29, 2012

Terlewat 1400 Tahun : Hak Untuk Memiliki Identiti

Oleh Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Ketika barat sibuk meneropong serta mewar-warkan kepada dunia akan nasib ‘malang’ untuk insan-insan yang digelarkan sebagai muslimah, mereka sentiasa terlupa akan kedudukan cermin yang lebih dekat dengan rumah mereka sendiri untuk disuluh.

Bagi mereka, wanita Islam merupakan manusia-manusia yang tertindas hanya kerana mereka memilih untuk mengikut kehendak Allah dan mengenepikan kehendak manusia terutamanya golongan lelaki. Mereka hanya akan mematuhi kehendak manusia apabila ia merupakan arahan Allah untuk mereka berbuat demikian. Mereka menolak kehendak manusia apabila Allah mengarahkan mereka berbuat demikian. Menutup aurat bagi gerakan liberasi dan feminisme barat merupakan satu simbol penindasan. Tetapi mereka gagal memahami liberasi dan emansipasi kepada keupayaan wanita yang dicetus dengan peraturan aurat ini.

Thursday, May 24, 2012

Dialog Dengan Timbalan Pengarang Akhbar Inggeris

oleh :Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. pada 2009, ketika Beyonce cuba mengadakan persembahan di Malaysia, sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan kutukan ke atas sekumpulan pemuda PAS yang mengadakan demo bantahan. Mereka membantah persembahan Beyonce yang sepertimana kita ketahui mempunyai kecenderungan yang menggalakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak elok.

Saya bukan ahli PAS, tetapi sebarang kutukan atas perjuangan yang benar yang mahu ditegakkan atas nama Islam dan mengikut jalan yang dinyatakan Allah di dalam al Qur’an dan sunnah kekasihNya, ia bererti perkara tersebut turut menghina seluruh umat Islam secara keseluruhannya. Tidak kira ia dari UMNO atau PAS atau sesiapa sahaja, pasti ia akan saya sokong. Oleh kerana saya juga merupakan umat Islam, mencubit saudara seagama saya di atas apa yang dipercayai mereka serta dijalankan mereka di atas jalan yang tidak terpesong, maka cubitan yang dikenakan ke atas mereka itu juga akan membuat diri saya terasa.

Saturday, May 19, 2012

Gerakan Dajjal? Bah. 3 (Serangan Melalui Media)


Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Sebelum ini telah saya nyatakan di dalam blog ini bahawa pada setiap saat dan masa, akan terdapat usaha terancang dari pihak-pihak yang dikawal oleh satu gerakan dari luar untuk menjalankan usaha bagi memburuk-burukkan Islam. Mereka melakukan melalui pelbagai gaya dan cara. Ini termasuklah dengan menggunakan media-media yang kini dikawal oleh tangan-tangan mereka.

Kumpulan ini mendapat dana dari sejumlah badan-badan yang ditubuhkan di luar negara. Ia bagi menjalankan usaha mendoktrinisasikan pemikiran muslim supaya mempunyai rasa tidak selesa kepada agama mereka. Dalam masa yang sama, gerakan ini akan sedaya upaya menggerakkan agenda mereka supaya orang-orang bukan Islam pula membenci setiap apa yang disabitkan dengan Islam dan seumpamanya. Pemberi dana merupakan beberapa gerakan antarabangsa yang mendapat suntikan modal dari sekumpulan manusia yang bercita-cita untuk menguasai dunia melalui penaklukan pemikiran, perang dan gerakan-gerakan parasit yang bakal melumpuh setiap kerajaan serta sistem penguasaan yang wujud di dalam dunia pada masa kini bagi memberi laluan kepada pelantikan kerajaan-kerajaan boneka yang cenderung kepada mereka.

Thursday, May 17, 2012

Dunia Yang Kejam Terhadap Wanita


Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Masih ingat dengan penulisan saya bertajuk ‘Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan”? sebahagian kecil penulisan itu saya turunkan di bawah berkenaan nasib bagaimana bekas-bekas model yang tidak lagi berada dalam susuk fizikal idaman.

Sebaik tercarik, terabit wajah dan susuk tubuh, mereka akan ditendang keluar dari pentas peragaan tanpa hormat. Carilah makan sendiri bila sudah memasuki fasa makcik-makcik. Apatah lagi sebaik beranak pinak. “Kami tak mahukan kamu lagi di situ”...

Petikan akhbar berikut menunjukkan bagaimana seorang gadis yang memenangi rancangan realiti t.v. Holland’s Next Top Model telah dinafikan hak untuk mendapatkan hadiah kemenangannya berupa kontrak dengan agensi model terkenal. Haknya dinafikan hanya kerana ukuran pinggulnya terlebih dua cm. Entah hak kebebasan wanita apa yang mereka kecap di sana sehingga seringkali wanita-wanita muslim di negara-negara Islam dikatakan ditindas. Apa gunanya kebebasan jika hak kemenangan mahu dilucutkan hanya kerana ukuran pinggul yang terlebih dua cm.



Gadis itu walaubagaimanapun bernasib baik apabila mahkamah memutuskan agensi model tersebut perlu menghormati kontrak yang telah ditandatangani dan mengarahkan pihak agensi terbabit membayar ganti rugi. Entah berapa ramai lagi gadis-gadis yang menaruh harapan terhadap kerjaya sedemikian lalu diperlakukan sedemikian rupa yang berakhir malang tanpa mendapat sebarang pembelaan. Apalah guna kebebasan sekiranya kebebasan itu menjerut wanita ke dalam satu sistem penilaian yang menekan mereka supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak manusia yang hanya mahu mengeksploitasi mereka bagi tujuan membuat untung. Yang untung orang lain, yang seksa si wanita.

Syukur kepada Allah, peraturan aurat telah menyelamatkan majoriti muslimah yang mematuhinya dari menjadi mangsa eksploitasi dan penghinaan sedemikian rupa. Entah kenapa gerakan-gerakan feminis bertukar kepada mode lembam pada setiap perkara yang menghina kedudukan wanita tetapi begitu cepat bersuara apabila seorang muslimah mahu mendekatkan diri ke jalan Allah?

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Monday, May 14, 2012

Cengkerik Berbunyi Bila Feminis Tercekik Karipap


Oleh : M.I.A.

Setelah bertahun-tahun sebuah syarikat penerbangan mencadangkan cadangan-cadangan berbau seksual ke atas pramugari mereka seolah boleh dicabul sesuka hati. Setelah bertahun-tahun membuat provokasi seksual untuk menarik minat lelaki-lelaki gila seks untuk menggunakan khidmat penerbangan mereka. Setelah berbuih mulut menegur bahawa perbuatan mereka boleh mengundang kesudahan buruk ke atas pekerja-pekerja mereka. Kenapa perlu mereka berasa hairan dan bingung bahawa ‘doa-doa’ di dalam iklan mereka sebelum ini diterjemahkan menjadi kenyataan seperti dalam paparan akhbar tempatan semalam?  Belum pun sempat cukup seminggu dari post Panglima Tonney & Reban Ayam Terbang, perkara yang tidak diingini berlaku sudah pun terjadi.



Friday, May 11, 2012

Terlewat 1400 Tahun : Barat Memperakui Keberkesanan Iddah


Oleh Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. lebih 1400 tahun yang lalu, seorang manusia yang paling mulia dilantik Allah menjadi seorang pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan kepada semua manusia dan jinn yang mendiami bumi ini. Dia adalah rahmat untuk sekelian alam sebagaimana Penciptanya memperakukannya. Bersama dirinya di bawa satu bentuk rahmat yang amat luas dan terang yang mana ruang cakupannya sebagai petunjuk kepada jalan kebahagiaan umat manusia meliputi segala zaman kemanusiaan yang waras dan rasional.

Islam melalui perlantikan Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul, dilengkapkan agama tersebut untuk dijadikan anutan, pegangan serta panduan umat manusia bagi menjalani sebuah kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Apa yang telah disampaikan kepada kaum Nuh a.s., kepada kaum Hud a.s., kepada Bani Israel oleh Musa a.s. sehingga Isa a.s. merupakan asas-asas kepada agama ini yang hanya dipelengkapkan sebaik sebelum  Muhammad s.a.w. , sebagai nabi dan rasul terakhir, menghembuskan nafasnya yang terakhir 1400 tahun dahulu.

Yahudi, Kristian dan pelbagai cabang agama lain semuanya bermula dari satu agama iaitu Islam. Sehinggalah orang-orang yang berkepentingan yang diamanahkan memegang urusan umat-umat terbabit, digelapkan hati mereka dengan kecintaan terhadap menganggap diri mereka sendiri sentiasa betul dan mula mengenepikan apa sahaja yang diwahyukan serta disampaikan oleh rasul-rasul yang penuh amanah kepada mereka. Perselisihan demi perselisihan inilah yang telah menyebabkan agama yang pada asal dasarnya satu, berpecah menjadi cabang-cabang yang semakin jauh dari akar tauhid yang benar.

Wednesday, May 9, 2012

Gerakan Dajjal? bah. 2


Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem....

Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan yang diterbitkan sebelum ini. Klik sini untukmembacanya.

Modus Operandi
Melalui pemerhatian semenjak itu, saya mendapati jika pihak-pihak yang menyertai jemaah gerakan dajjal ini, jika mereka tidak memulakan isu, mereka akan mengambil kesempatan di atas kes-kes yang sedang muncul di dalam negara. Melalui NGO-NGO yang dinamakan dengan nama Islam dan dianggotai oleh orang-orang yang bernama Islam mereka akan memulakan ‘sepak mula’ agenda tersebut.

Sebaik  ‘sepak mula’ dilakukan, maka jentera-jentera mereka akan mula memainkan peranan. Mereka akan memulakan dengan kemunculan surat-surat menyokong perjuangan mereka di dalam akhbar-akhbar  yang bersekongkol dengan menggunakan penulis-penulis dengan nama-nama Islam bagi menunjukkan bahawa ‘majoriti  muslim dengan pemikiran terbuka dan moden’ berada dipihak mereka. Kemudian suara pengarang akhbar-akhbar yang mungkin bersekongkol dengan gerakan tersebut akan menggunakan ruangan pengarang di dalam akhbar kendalian mereka untuk membawa isu ini kepada peringkat satu lagi. Di dalam masa yang sama sebelum dan selepas dari itu, seorang dua wartawan mereka akan mula memainkan isu ini di dalam beberapa konteks yang secara umumnya berkisar kepada masyarakat yang seharusnya berfikiran terbuka moden serta menghormati hak asasi golongan tersebut.

Friday, May 4, 2012

Panglima Tonney & Reban Ayam Terbang


Pada 2009, ketika saya menulis 'Berdagang Punggung di awan Merah', Allahyarham Azizi Abdullah menghubungi saya untuk menggunakan penulisan tersebut di dalam Utusan Pengguna. Saya membenarkannya. Ia bagi tujuan memberi kesedaran bagaimana pramugari-pramugari syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia dilayan seperti objek seks.

2012, syarikat penerbangan yang sama masih lagi 'melacurkan' pramugari-pramugari mereka dengan iklan online mereka dengan cadangan-cadangan seksual yang jelas. Perhatikan headline yang digunakan iklan-iklan serta promosi mereka baru-baru ini seperti  “New girl has finally arrived, she's twice the fun and half the price”, “Coffee, teaor me?”  dan “Now taking reservations. The seat, not the girl.”



Semuanya seolah-olah mencadangkan syarikat tersebut tidak hanya menawarkan tambang penerbangan murah, malah maruah staf-staf wanitanya juga semurah tawaran tiket yang diberikan. 

Persoalannya, ke mana perginya pejuang-pejuang hak asasi wanita yang selalu bising-bising di dalam khayal mereka berkenaan dunia penindasan ke atas wanita Islam dan segala peraturan Islam selama ini? Kenapa berterusan memilih untuk menjadi selektif pekak, bisu dan buta? Kita tahu siapa mereka dan motif utama dalam perjuangan mereka. Cuma mereka boleh menipu sekumpulan manusia tetapi tidak semua manusia boleh ditipu mereka.

Apa pula kata kementerian-kementerian berkenaan? Apakah penyakit pekak, bisu dan buta gerakan feminisme Malaysia juga telah berjangkit kepada mereka? Sampai bila mahu membiarkan Tonney sesuka hati memijak maruah pekerja-pekerja wanita syarikatnya? Siss dan Biga... Bila mahu duduk, bantah dan bersihkan Tonney di Dataran Merdeka?


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Thursday, May 3, 2012

Gerakan Dajjal?


Oleh Imran Haaz

Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan 'Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama' yang diterbitkan sebelum ini. Klik sini untukmembacanya.

Berdasarkan pengalaman berhadapan dengan golongan ini, saya mendapati mereka ini menimbulkan sesuatu isu dengan perancangan-perancangan yang berperingkat. Setiap tingkat perancangan akan dijalankan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang secara zahirnya kelihatan berbeza jemaah dengan mereka yang memulakannya, tetapi pada intipati perbuatan dan perjuangan mereka, mereka sebenarnya beratur di dalam sebuah jamaah yang sama dibantu oleh sebuah gerakan yang sentiasa saya namakannya ‘Gerakan Dajjal’ yang cuba menguasai semua negara di dunia dan negara yang mempunyai populasi muslim secara khususnya supaya sebuah World Government (Kerajaan Dajjal) dapat diwujudkan bagi memerintah dunia. 

Jika kurun-kurun sebelum ini, gerakan tersebut menumpukan perhatian mereka kepada perancangan menguasai benua Eropah dan negara-negara barat, umumnya melalui pelbagai perang dan hutang akibat perang yang perlu ditanggung, kini setelah mereka berjaya menakluk dan memegang dengan erat pemerintahan negara barat, hanya tinggal satu lagi usaha iaitu menundukkan hampir ke semua sistem pemerintahan negara-negara yang didiami majoriti muslim dan diperintah oleh orang-orang Islam untuk tunduk kepada penguasaan mereka. Saatnya tidak lama sahaja lagi untuk dunia menyaksikan kemunculan Dajjal. Menurut Syeikh Imran Hossein, kita yang menjadi serta membentuk generasi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil dan masih bersekolah pada hari ini, berkemungkinan merupakan generasi kedua akhir sebelum generasi anak-anak kita bertemu dengan apa yang sering diberikan amaran oleh para nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Kita adalah merupakan generasi yang seharusnya bertanggungjawab menyediakan generasi yang bakal menyusul ini dengan segala ilmu serta kelengkapan bagi persediaan mereka untuk memasuki zaman fitnah. Sebelah dari kaki kita kini telah kita jejak masuk ke zaman tersebut. Yang akan bergelumang secara total di dalam zaman fitnah itu adalah generasi anak-anak dan anak cucu mereka nanti. Negara kita ini tidak terkecuali. Hanya Mekah dan Madinah sahaja dijamin selamat dari kemasukan Dajjal. Konco-konco Dajjal akan dapat menjejak kedua tanah suci itu, tetapi mereka akan dikeluarkan apabila Mekah dan Madinah digegarkan dengan 'gempa'. Bagi yang memerhatikan dengan dekat semua perkembangan ini, kita akan menyedari bahawa konco-konco serta proksi kepada gerakan terbabit sudah pun bertapak di negara kita sejak sekian lama.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email