Saturday, April 28, 2012

Ops False Flag Yang Menunggu Masa..


Oleh : Imran Haaz

Bagi yang mengkaji gerakan dajjal, Ops False Flag merupakan suatu bentuk modus operandi yang biasa digunakan sejak zaman nabi-nabi Bani Israel. Ia bermula dengan kisah bagaimana seorang lelaki dari Bani Lawi (Levi) yang mahu membalas dendam atas kematian gundiknya yang dibunuh dengan menghasut seluruh Bani Israel melancarkan perang ke atas Gibeah. Cara yang digunakannya ialah dengan memotong bahagian tubuh gundiknya itu menjadi 12 bahagian lalu dikirimkan kepada 12 suku bani Israel bagi tujuan mendapatkan simpati dan memulakan provokasi.

Marah dengan kejadian yang berlaku, seluruh Bani Israel berkumpul dan bertekad menyerang Gibeah atas cerita yang disampaikan oleh lelaki Bani Lawi tersebut. Ia disebut di dalam kitab (sefer) mereka yang dinamakan Judges fasal 19. Pengkaji Bible kebanyakannya tidak mengetahui bahawa Judges fasal 19 ini disusun umpama puzzle yang silap disusun sehinggakan memasukkan kisah peristiwa kaum Lut yang seharusnya berada pada kitab Genesis di dalam kisah Ops False Flag yang pertama ini. Hasil hasutan menggunakan surat (media massa untuk zaman sekarang ini), Gibeah diserang akibat hasutan fitnah apabila lelaki Bani Lawi tersebut memotong serta mencincang mayat kalangan mereka sendiri lalu disebarkan di dalam api provokasi yang disampaikan secara meluas.


Monday, April 23, 2012

Jangan Sesekali Berputus Asa...


Oleh Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Ada ketikanya di dalam pecutan kehidupan, kita dihambat sehingga ke satu sempadan di mana kita hampir berputus asa dengan apa yang kita cuba usahakan. Begitu juga satu ketika di dalam kehidupan saya sehingga pada suatu hari saya mengadu kepada Allah bahawa sempadan itu semakin hampir untuk merobohkan semangat saya untuk terus ke hadapan, lalu saya bicarakan kepada Dia, “Tolonglah wahai Tuhanku, perlukah, di dalam segala ketempangan untuk melangkah ke hadapan, aku hentikan apa yang telah berdekad lalu aku usahakan? Tolonglah wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan aku termasuk di dalam golongan yang berputus asa.. Amin, Wahai Tuhan sekelian alam,”.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email