Saturday, December 1, 2012

Umat Islam Yang Tiada Maruah?

Walaupun Palestin mendapat kemenangan moral hari ini, tetapi kita di sini jangan sesekali alpa dan mengundur dalam tindakan yang telah kita berniat mahu dilaksanakan dengan teguh. Boikot tetap diteruskan.

"Tebang 'ladang kurma Zionis' dahulu sebelum satu hari nanti kita berangkat ke Khaibar!"

Walaupun ada yang memperlekehkan usaha ini, sekurang-kurangnya kita yang bergerak di dalam keupayaan terhad buat masa ini, mempunyai alasan untuk diberikan ketika di akhirat nanti.

Ada yang secara sinis memperlekehkan usaha tersebut. Malah ada juga yang sempat berundur kerana tidak mempunyai pendirian teguh. Jika berhadapan dengan makanan percuma pun tidak dapat menahan diri, mana mungkin diri dapat bertahan pada hari di mana makanan hanya ditawarkan oleh mereka-mereka yang mahukan akidah setiap seorang dari kita dikorbankan.

"Brother, kan burger tu free? Kita boikot bila kena bayar. Bila free kita makan la, bila kena bayar kita sambung balik boikot."


Sungguh manusia Muslim di bumi bertuah ini ramai yang telah dibutakan. Burger yang disangkakan mereka percuma itu, tanpa mereka sedar mereka membayarnya dengan sesuatu yang paling mahal yang ada pada diri mereka. Burger itu tidak percuma, tetapi burger termurah yang disangkakan mereka diberikan secara percuma itu dibayar mereka dengan maruah dan harga diri mereka sebagai muslim. Entah apa yang mahu dijelaskan kepada anak-anak ini nanti sekiranya dipertemukan kita semua kembali dengan mereka diakhirat kelak.

"Abang bukankah abang selalu mengatakan kita bersaudara? Jadi kenapa abang benarkan kami diperlakukan sedemikian rupa?"




© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

3 comments:

Ramai muslim yang berkerja dgn syarikat itu. Dan ada yang berpendapat jika kita memboikot produk syarikat itu, kita telah menyekat sumber ekonomi muslim yang berkerja di syarikat tersebut. Boleh sy minta pendapat tuan?
 
Ms Red Eva,
nanti saya jelaskan permainan psikologi di sebalik isu boikot dan pekerjaan muslim ini. InsyaAllah..
 
terima kasih. Harap dapat penjelasan dgn lebih lanjut
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email