Tuesday, November 27, 2012

Antara Takut Tuhan Dan Takut Benggali, Roni & Company?

3

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bagaimana mungkin majoriti muslim yang mempunyai pemikiran yang sihat, rasional dan berpegang teguh kepada al Qur’an dan sunnah dapat diyakinkan akal dan perasaan mereka bahawa Islam itu akan selamat dan berkembang penuh bersinar di bawah pihak yang saban hari mendabik dada bahawa hanya mereka dimukabumi ini Islam dan tidak yang lain.


Bagaimana mungkin untuk umat Islam dikalangan rakyat murba boleh percaya bahawa agama mereka akan selamat dengan tindakan acah, undur dan lari lintang pukang hatta untuk menguatkuasakan undang-undang memisahkan percampuran di dalam situasi tidak perlu antara lelaki dan wanita. Ini bukanlah kali pertama. Ia sudah berlaku berkali-kali sepanjang beberapa tahun ini. Persoalannya kenapa ramai yang masih tidak nampak dan menyedari tentang apa yang sedang berlaku? Apakah mungkin kegagalan fungsi akal fikiran untuk memproses kejadian-kejadian disekeliling mereka pada hari ini berpunca dari ‘makjun sangkut’ yang sering dilanggan?



Jika benar demikian, mungkin kementerian kesihatan perlu membuat pemeriksaan samada produk ubat kuat seks yang dijual di dalam akhbar-akhbar tertentu itu memberikan kesan kepada sistem pemikiran sehingga menyebabkan berlakunya halusinasi ala LSD yang menyebabkan mereka sentiasa terhidukan ‘syurga’ walaupun berada ditempat yang sangat busuk dan meloyakan.

Satu persatu sikap dan perlakuan mereka yang terlalu tunduk dan takut kepada Benggali, Roni dan Company untuk menjalankan hatta undang-undang kecil di bawah negeri yang seratus peratus di bawah penguasaan mereka tidak dapat direalisasikan.

Kerap kali pula, apabila Benggali, Roni dan Company (BRC) mula marah-marah, maka dengan segera kambing hitam dikalangan mereka sendiri akan dicari dan dikorbankan untuk mencari redha tuan Benggali. Ramai sudah menjadi mangsa. Ramai pejuang sudah dikorbankan. Mereka hanya berani mengacah. Kemudian bilamana salah seorang dari Benggali atau Roni bersuara, maka terpaksalah mereka mengorbankan orang-orang mereka sendiri supaya redha BRC dihujankan ke atas mereka. Lihat sahaja isu rumah maksiat dan arak di salah satu negeri yang telah diamanahkan Allah sebagai ujian nikmat kuasa ke atas mereka. Ketika yang ikhlas mahu mengubah situasi menjadi lebih baik dan mendekati redha Allah, dia kemudiannya dikorbankan bilamana tindakannya itu mencetus amarah Roni. Lihat sahaja keratan berita berisi acahan manja yang dibuat satu ketika dulu. Kita semua maklum dengan apa yang terjadi setelah Roni diacah dengan tuntutan sedemikian rupa. Pesuruhjaya parti negeri dijadikan korban hanya kerana mencari redha Roni.

Takut kepada siapa sebenarnya? Tuhan atau Benggali Lumpuh, Roni & Company? Bagaimana untuk melaksanakan sesuatu yang lebih meluas dan besar sekiranya yang kecil sebegini pun jenuh mereka bertukar lampin untuk menampung bahan kumuhan yang tidak lagi dapat dikawal injapnya. Setiap kali disergah Benggali yang tidak pernah menjual roti, berlari-lari lintang pukang setiap seorang dari mereka dari keberanian untuk mempertahankan prinsip yang cuba ditegakkan. Tetapi, yang menghairankan, keupayaan melawan mereka menjadi tegang apabila berhadapan dengan pihak yang sama agama dan bangsa dengan mereka. Apa hal dengan semua ini?

Tolonglah, kali ini jangan sesekali tunduk dengan desakan Benggali, Roni & Company. Tolonglah, buktikan yang mereka benar-benar pejuang agama sepertimana yang sering dilaung-laungkan selama ini. Jika tunduk juga kepada desakan Benggali, Roni dan Company kali ini, maka janganlah impian untuk ke tampuk kuasa itu diidamkan kecuali di dalam basahan mimpi masing-masing.

Kerana terlalu bersikap lemah dan takutlah, penyokong Benggali, Roni & Company berani membuat kenyataan yang terang dan tidak berselindung dengan menggelarkan penyokong-penyokong gerakan yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam sebagai 'terlalu besar kepala' untuk mencalonkan Presiden mereka sebagai bakal Perdana Menteri di dalam cita-cita politik gerombolan tersebut. Lihat sahaja keratan akhbar di bawah ini. Penulis yang warna fikirannya terlalu jelas di dalam setiap penulisannya selama ini, mengatakan bahawa Daerest Leader Lim lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding parti yang sanggup mengorbankan segala-galanya dengan menyumbangkan masa, tenaga, agama untuk cita-cita politik bersama. Kenapa diam dan tidak bertindak balas dengan kenyataan sedemikian rupa?



Saya telah bertahun memerhati, menilai dan telah membuat keputusan. Semoga Allah memaafkan kesilapan dan mengampunkan kesilapan saya empat tahun yang lalu. 


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

3 comments:

rizal hass said...

Spot On Saudara, maaf kesibukan membuatkan saya sudah jarang2 dapat ke sini. term BRC tu memang lawak tahap dunia!
Kementrian Kesihatan memang kena teliti setiap ubat seks yang dijual tok-tok guru kat sebelah situ!

satuhala said...

Saudara Rizal Hass,
Saya tidak nampak mereka memenuhi kriteria sepertimana yang disebutkan Allah di dalam ayat 29 surah al Fath:

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar."

entah kenapa sikap mereka sgt terbalik dr golongan yang disebutkan Allah di dalam ayat di atas..

Lebih malang lagi, ramai yg tertipu dengan penampilan mereka.. menilai semua ini, maka benarlah ini akhir zaman..

rizal hass said...

Setuju, saudara baca dengan nama Tuhanmu, Tuhan sekalian alam, mgkin ada dikalangan mereka membaca kerana mahu menang kerusi, mahu bagi lapang dada tok guru...jaga hati ketua kawasan dan sebagainya...sedangkan pendirian saudara dalam kesemua tulisan saudara tidak memberikan saudara imbuhan apa-apa, kecuali menagih keredhaan-Nya juga..semoga termakbul hendaknya..amin ya rabbalalamin