Thursday, October 4, 2012

Ramlee baca tak bunyi langsung..

0
Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismilahir Rahmanir Raheem..

Saya mendapat email dari seorang sahabat pengunjung blog ini. Sahabat ini menyedarkan saya dari lamunan complacency yang telah diprogramkan masuk ke minda saya bahawa masih terdapat hamba-hamba Allah muslim yang tidak mampu membaca walaupun usia mereka sudah membolehkan mereka berkahwin.

Ia agak mengejutkan bagi saya.Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya mendengar perkara seumpama ini. Beberapa tahun lepas, seorang sahabat pengunjung blog, Zara, juga menceritakan bagaimana terdapat ramai anak-anak muda terutamanya lelaki yang bekerja dikedai-kedai makan, tidak tahu membaca.Ia satu fenomena yang sangat pelik kepada negara yang sedang pesat membangun.



Mungkin ada di antara kita yang berada pada kedudukan penggubal dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan polisi terlepas pandang kepada masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya keciciran sedemikian di dalam arus perkembangan masyarakat kita pada hari ini. Untuk seorang lelaki yang seharusnya memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga, untuk tidak tahu membaca itu merupakan satu keadaan yang boleh menjejaskan mereka untuk memainkan peranan penting di dalam pembentukan masyarakat.

Jangan pula digunakan hujah Rasulullah s.a.w. juga tidak tahu membaca untuk memberikan legitimasi kepada kekurangan yang ada pada diri sendiri dan sistem masyarakat yang cuba dibentuk. Rasulullah s.a.w. benar tidak tahu membaca. Ianya sebuah perancangan Allah ke atas baginda supaya baginda tidak terpengaruh dengan mana-mana idea atau bentuk sistem pemikiran yang kemudiannya boleh mensabitkan baginda dengan perbuatan plagiat agama sepertimana yang cuba difitnahkan ke atas baginda oleh golontgan ahli kitab.

Tetapi dengan tidak tahu membaca tersebut, baginda mempunyai hujah yang kuat yang berdiri kukuh dibelakang baginda bagi menegepikan dakwaan bersifat fitnah yang cuba dikenakan ke atas baginda. Benar baginda tidak boleh membaca. Tetapi baginda merupakan manusia yang bijak di dalam semua bidang bermula dari akhlak yang baik, kepada pengurusan perniagaan sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul, kepada pembentuk sistem politik terbaik, pelopor sistem pemerintahan dan berpolitik yang bijak, mahir di dalam matematik, sains, astronomi, malahan bangsa Arab yang mendakwa diri mereka itu tahu membaca itu sendiri kembali diajarkan baginda melalui wahyu-wahyu Allah di dalam bentuk ayat-ayat al Qur'an cara bagaimana tatabahasa Arab di dalam keadaan terbaik perlu digunakan. Sistem tatabahasa Arab dibentuk mengikut sistem bahasa yang digunakan di dalam ayat-ayat al Qur'an pada zaman Saidina Ali r.a. Dengan berpandukan susunan-susunan ayat di dalam al Qur'an yang disampaikan melalui lisan Rasulullah s.a.w., maka bahasa Arab yang lahir dan lengkap pada hari ini terhutang budi kepada jasa Rasulullah s.a.w.

Jadi untuk mengatakan Rasulullah s.a.w. tidak tahu membaca di dalam nada yang memperlekehkan itu adalah antara perbuatan-perbuatan yang silap dan sia-sia. Semua pakar bahasa Arab pada hari ini yang mahir di dalam lisan dan penulisan Arab terhutang budi kepada baginda.Malah sistem tatabahasa Arab tersebut dijadikan rujukan oleh bahasa-bahasa lain di dalam dunia untuk membentuk sistem piawai tatabahasa bahasa-bahasa mereka supaya ianya seragam dan boleh digunakan secara rasmi dan bertamadun. Jadi adalah pelik untuk mereka-mereka yang mahir dalam apa jua bahasa penulisan, bacaan dan lisan untuk merujuk secara sinis kepada Rasulullah s.a.w. sebagai insan yang tidak tahu membaca.Rasulullah s.a.w. tidak mampu membaca itu, hanyalah sebuah hujah untuk menguatkan kedudukan baginda apabila berhadapan dengan golongan ahli kitab. Ini kerana selepas turunnya wahyu kepada baginda, baginda sentiasa menjadi orang yang dirujuk untuk tujuan penulisan wahyu serta pembentukan perkataan-perkataan serta frasa-frasa baru di dalam bahasa Arab.

Tanpa Rasulullah s.a.w., berkemungkinan kebanyakan sistem tatabahasa yang standard yang menggunakan Bahasa Arab sebagai panduan tidak mungkin wujud di dunia.

Tetapi agak malang apabila terdapat sekumpulan lelaki muslim (harap tidak ramai jumlahnya), sepertimana yang diceritakan di dalam email yang dikongsi rakan saya, masih tidak memperlengkapkan diri dengan satu asas yang penting yang menjadi titik tolak keupayaan untuk membebaskan diri dari belengu kejahilan. Cuba bayangkan apabila sahabat saya ini menyatakan sebahagian daripada mereka yang bekerja direstoran-retsoran tersebut menghafal simbol-simbol tertentu yang terdapat pada menu untuk emngambil pesanan. Mereka-mereka yang mempunyai masalah seperti ini berkemungkinan dibentuk di dalam satu sistem masyarakat yang tidak langsung mahu mengambil berat tentang nasib-nasib yang menimpa saudara-saudara seagama dengan mereka. Biarpun ia kes-kes terpencil yang berlaku di kawasan luar bandar, tetapi bukankah keciciran terhadap pelajaran anak-anak di dalam sesuatu kariah tersebut boleh ditangani sekiranya semua orang Islam ditempat itu prihatin dan mengambil berat.

Saya sangat berharap, apa yang berlaku kepada watak Ramlee yang digunakan sebagai sindiran dan memaparkan realiti masyarakat Melayu ketika itu di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, tidak kembali berlaku dengan lebih meluas lagi di dalam masyarakat kita. Semoga kes-kes terpencil yang melibatkan anak-anak muda lelaki Islam ini dapat diselesaikan dan dielakkan daripada berlaku dengan lebih meluas lagi. Kita semua perlu lebih prihatin.



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: