Wednesday, September 19, 2012

Telekung Harimau Bintang & Minda Lelaki Muslim

oleh : M.I.A./Imran Haaz

Pagi tadi, selepas bersarapan, saya berbual dengan seorang kakak di ofis. Dia bersungut perkara yang sering isteri saya sungutkan. Ia berkenaan telekung di masjid dan surau. Ia juga ada kena mengena dengan pusat pemikiran lelaki muslim.

Mereka sungutkan keadaan telekung di masjid yang sangat kotor. Sebab itu mereka biasakan membawa bersama telekung 
sendiri untuk bersolat. Terdapat kemungkinan di sesetengah tempat, telekung di masjid tidak dicuci berbulan lamanya. Teori telekung tidak dicuci dalam tempoh tersebut dibuat berdasarkan pemerhatian mereka sendiri yang mengatakan, setiap kali bersolat, para wanita tentu sahaja akan membersihkan diri dengan wuduk. Jadi untuk telekung menjadi berbintik-bintik seperti harimau bintang, sekurang-kurangnya ia memerlukan masa yang begitu lama ianya tidak dicuci.

Persoalan mereka, bukankah masjid itu rumah Allah dan bukankah Allah itu sendiri menyukai akan kebersihan. Tetapi kenapa lelaki-lelaki yang diberikan tanggungjawab menjaga dan memelihara rumah Allah ini, tidak pernah mengambil berat untuk memberikan keadilan serta rasa selesa kepada kaum wanita untuk bersolat di dalamnya? Dalam sepuluh masjid yang dimasuki, mungkin dua atau tiga sahaja yang mempunyai telekung dan persekitaran yang bersih. Bagi yang membawa telekung bersama dengan mereka, ianya tidaklah menjadi masalah. Tetapi, telekung yang kotor dan masam itu sedikit sebanyak mengganggu pemikiran jemaah. Itu belum diambil kira kolah, tandas dan persekitaran masjid yang kotor. Seolah-olah lelaki-lelaki yang diamanahkan untuk memelihara dan menjaga masjid tersebut, tidak pernah mengambil peduli tentang aspek kebersihan. Jika benar mereka cintakan Allah, tentu sahaja rumah Allah akan dijaga mereka dan dibersihkan sehingga ia selesa bagi tetamu-tetamu Allah yang datang.

Apa sebenarnya yang tidak kena dengan jawatankuasa masjid di sesetengah tempat? Cakap-cakap kedai kopi menyatakan, kebanyakan dari lelaki yang ditempatkan di situ tidak lagi aktif dan menggunakan waktu senggang lepas pencen untuk beribadat di sana. Tetapi, mereka tidak peka kepada perihal kebersihan dan tanggungjawab-tanggungjawab lain dalam memastikan rumah Allah sentiasa menarik perhatian. Perhatian mereka sentiasa tertarik kepada aktiviti solat jenazah, tahlil arwah dan sebagainya. Tetapi bila masuk bab pengurusan masjid untuk memperindahkan serta mengimarahkannya, seolah berlaku kegagalan di situ. Rasanya, sesuatu perlu dilakukan untuk mereformasikan pemikiran pemegang-pemegang amanah ini.

Begitu juga perhatian perlu diberikan kepada kebersihan bahagian solat wanita. Apakah pemikiran male centric yang sudah tertanam di dalam diri mereka sehinggakan kepetingan serta hak-hak wanita di dalam masjid sentiasa dipandang enteng. Harap diperhatikan sama masalah ini. Boleh jadi suatu hari nanti, kita boleh menggunakan kebersihan telekung di masjid-masjid di dalam kariah sebagai tolok untuk mengukur betapa prihatinnya masyarakat di sesuatu kariah itu dengan golongan wanitanya.

Bukankah lelaki-lelaki yang mengunjungi masjid itu antara lelaki-lelaki yang terbaik di dalam kariah? Jika lelaki-lelaki terbaik di dalam kariah sendiri pun tidak dapat memberikan keadilan kepada kaum wanita, apatah perkara lain yang boleh diharap dari lelaki-lelaki lain di dalam kariah.Jika telekung di masjid-masjid mereka kotor, maka kesimpulan yang dapat dibuat kepada lelaki-lelaki lain di dalam daerah tersebut ialah, mereka juga tidak prihatin kepada nasib serta kebajikan dan keselamatan wanita di kariah mereka. Mungkin penyakit sosial dalam masyarakat mereka juga berlaku kerana mereka tidak prihatin dengan wanita mereka. Sesuatu perlu dilakukan secara bersama untuk memperbaiki keadaan ini.

Bukankah antara pesan akhir Rasulullah s.a.w. di dalam khutbah terakhir baginda direkodkan seperti berikut:

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! 

Jadi, sudahkah kita melayan mereka dengan baik sepertimana yang Rasulullah s.a.w. tekankan? Jika sudah, kenapa masih ada telekung berbintik dan berbau seperti harimau bintang berbulan tidak mandi? Banyak perkara lagi kita perlu perbaiki dan kita harus berkejar mengerjakannya.


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 

14 comments:

..menarik entry ni...mmg ada sesetengah tempat yang telekungnya kotor dan berbau.. tetapi entry ini mengingatkan saya pada emak saya..katanya, kalau x mahu mengusung telekung ke hu ke hilir, pakai sajalah pakaian bersih yang boleh dibawa solat.pakai stoking, dah boleh solat dah.. :), islam itu mudah..

Tapi yelah, masing2 ada pendapat tersendiri dalam berpakaian kan... tak boleh nak cakap apa2..maybe ada sesetengah wanita yang lebih suka bertelekung walaupun sudah menutup aurat dengan penuh :)
 
Islam itu mudah.. mmg benar apa yg dikatakan Juwita..

Cuma ada ketikanya dlm berurusan sehari-harian, pakaian yg menutup aurat penuh mendapat kotoran yg tidak boleh dibawa ke dalam solat. kalau boleh dicuci on the spot tiada masalah. Mgkin sebab itu juga sesetengah wanita gemar mmbawa bersama mrk telekung spare, kalau2 pakaian x boleh dipakai.

Saya kenal beberapa wanita yg mengmbil inisiatif membawa pulang telekung2 dimasjid2 yg disinggahi dgn izin untuk mencucinya di rumah dan sesetengah di dobi. Mrk cuba melakukan yg terbaik dikala org lain hanya tahu bersungut..

Semoga lebih ramai muslimin dan muslimah seperti ini di dunia.. Islam itu mudah, muslim yg seringkali menjadikannya susah..
 
Salam MIA...

Yup..perlu digali dari dasarnya..telekung kotor itu adalah impak dari suatu ignorance..puncanya perlu digali kenapa sampai begitu sekali ignorance jawatankuasa masjid. masalah bukan baru. Rasanya dari dulu, kini dan mungkinkah selamanya begini?

Saya sangat kagum inisiatif oleh Pn Azila (The Telekung Project) yang terlebih dahulu terdorong utk melakukan usaha sukarela.

Saya pun hanya tahu bersungut dan memang selalu membawa telekung sendiri ke mana-mana. Pertama sbb telekung public mmg kotor. Kedua, telekung untuk org bersaiz comel mcm sy selalu takde. Ketiga, banyak telekung yang terlalu jarang menampakkan juga aurat.

Persoalan telekung juga mungkin boleh dilanjutkan kepada fabriknya yg terlalu jarang (terutama yang murah. Kalau nak yg tebal maka kena labur sikit. Bukan masalah mahal murah tapi kualiti fabrik yg tidak langsung menepati spec tutup aurat. Terasa nak bukak kilang telekung. telekung yg ada kat pasaran diimport dr vietnam & indonesia. Kualiti kdg2 sangat menyedihkan.

Buatan tempatan selalunya melebihi harga mampu milik golongan berpendapatan sederhana.Harga buatan tempatan selalu 3 angka.

Bukak kilang telekung anyone?
 
Saya juga kurang setuju dengan pemakaian pakaian harian kerana salah 1 masalah wanita (boleh dikatakan 9 dari 10 wanita mengalaminya)adalah sangat tidak mengizinkan wanita solat dgn pakaian harian kerana 'masalah itu'.

Di surau dan masjid tidak disediakan bilik persalinan di bahagian wanita seperti di R&R ke selatan tanah air. Bilik persalinan kecil ini juga bagi memudahkan wanita yg mpunyai'masalah kecil wanita' yang memerlukan mereka menukar pakaian.

Pereformasian perlu juga menyeluruh bagi menjadikan solat wanita tu benar-benar sah tanpa was-was dan tanpa dikurangi pahala sunat dek kerana telekung yang kotor.

wallahualam
 
Wa'alaikumsalam w.r.b.t. saudari Tanpanama September 19, 2012 5:56 PM,

Telekung project tu antara inisiatif mrk2 yg mahu mengubah keadaan. Di tempat saya juga ada beberapa kumpulan wanita yg prihatin melakukan semua tu kerana melihat masalah kebersihan telekung yg x diambil perhatian. Mmg, sptmana yg saudari sebut, masalah ini bermula dgn sikap tidak peduli.

Benar juga apabila disentuh ttg harga telekung. Bukanlah dgn niat berkira, tetapi cuba sahaja lihat busana dan pakaian muslimah yg menutup aurat. Mahalnya bukan main. Sedangkan pakaian yg menggalakkan anak muda seksi sgt murah. Tube, singlet, t shirt RM 5 - RM 15, seluar pendek atau micro skrit RM 20 - RM 50, sudah cukup murah jika dibandingkan pakaian muslimah yang mahu menjaga aurat. Bg yg bekerjaya, tiada masalah. Bgmana pula dgn student dan remaja?

Semua ni kena beri perhatian juga.




 
Wa'alaikumsalam w.r.b.t. saudari Tanpanama September September 19, 2012 6:06 PM,

Yang terbaik ialah yang tidak menyusahkan, menutup aurat dan bersih.

Tetapi sptmana yg saudari sebut, wanita diciptakan Allah istimewa. Ada kelebihan2 tertentu yg adakalanya tidak memungkinkan mrk menggunakan pakaian yg dipakai utk solat.

Sbb tu, mgkin ramai yg selesa membawa telekung. Trkadang tu, bila terlupa, terpaksalah gunakan telekung di masjid2 dan surau.

bab bilik persalinan kecil berdekatan atau dlm ruang solat wanita tu mmg menarik utk dicadangkan. Ia cadangan yg baik dan segar. Mgkin saya boleh cdgkn kepada mrk2 yg brtanggungjawab menjaga rumah Allah ni untuk kariah yg dekat dgn tempat tinggal saya.

Lelaki di masjid tidak sedar akan keperluan ini semua, kerana adakalanya mereka tidak dimaklumkan..

mungkin dgn menyampaikan idea2 mcm ni, keadaan di rumah2 Allah akan berubah sedikit demi sedikit selesa untuk semua terutamanya kaum wanita.. satu idea yg baik..

 
Assalammualaikum wbt, Tuan

Tertarik dengan topik ini, 'telekung harimau bintang' gelaran yang menarik. Memang benar kebanyakan surau atau masjid tidak mesra anak-anak apatah lagi wanita. Tampat wanita biasa terbiar dan kotor di sesetengah tempat. Dengan ketiadaan ruang persalinan, di tempat saya, kami dikelilingi tabir yang tembus pandang dan tidak bertutup sepenuhnya. Permasalahan aurat nampaknya perlu diperluaskan pemahamannya kepada lelaki juga bukan hanya ditujukan kepada wanita semata-mata.
Saya teringat sebuah kisah (tidak pasti sumbernya)dimana seorang lelaki yang sanggup mati daripada wanitanya membuka aurat.
adila_alim
 
Assalam...

Mungkin komen sy lari sikit dr tajuk. Bukan berniat nak provoke cuma inginkan pencerahan dan perbincangan matang.

Selalu ada ustaz dlm artikel online/offline atau ceramah menyatakan malaikat melaknat wanita yg menolak kemahuan suami hanya untuk 1 malam..sy tak sure ini hadis atau tidak. Tapi selalu dipergunakan oleh ustaz untuk menyatakan betapa wanita itu wajib memenuhi keperluan suami sehingga ke tahap malaikat melaknat wanita itu sampai pagi jika kemahuan itu dengan sengaja tidak mahu dipenuhi. Isunya 1 malam sahaja pon malaikat melaknat...

Bayangkan kewajipan jawatankuasa masjid yang selalunya dipimpin oleh lelaki yang tidak memenuhi keperluan wanita bukan sahaja 1 malam tapi mungkin sudah berbulan malah bertahun keadaan sama..malaikat tak kutuk or laknat ke mereka sampai pagi setiap hari...(ini bukan provokasi mohon pencerahan MIA terhadap isu ini untuk sy yg buta huruf bab agama)

Sambung citer...Bagaimana pula permintaan itu ditolak kerana penat bekerja (bekerja sebab terpaksa kerana gaji suami tidak mencukupi atau mungkin lebih teruk suami yang mampu pun buat2 tak reti bila isteri mampu menanggung keperluan diri n anak2 sendiri...kenapa ustaz tak pernah hi-light bab ni...kenapa laknat malaikat pada wanita...bagaimana pula kesalahan besar lelaki itu..

Bagaimana jika perempuan terpaksa menanggung beban keluarga lantaran suami pemalas. Bukan 1 malam tapi bermalam2...berbulan2..bertahun2 suami itu malas bekerja...ustaz tak mention pon malaikat laknat sampai pagi...

Mohon maaf..ini bukan provokasi..fahamkan saya yang tidak berilmu ini

 
Assalam MIA..

Sangat setuju dengan penyediaan bilik persalinan kecil untuk bahagian solat wanita.

Mohon open minded sket utk smua..Saya sepertimana wanita lain apabila nak solat akan jadi mcm superman nak tukar baju. Kalo superman dia tukar dr baju biasa ke baju pakai seluar kecik kat luar. Macam kita time solat nak bukak seluar kecik utk pakai telekung... jadi ala2 superman jugak la. kena cepat n tangkas.bukan apa takut org ternampak seluar kecik. kite tak selera tgk sluar kecik org. org lagi tak selera tgk sluar kecik kite hehe...

Bukan apa demi menjaga syarat sah solat kene particular.Tak guna solat dengan 'masalah kecil wanita' n mungkin najis n mungkin membawa kepda tak sah solat. Rugi sampai akhirat...
 
Wa'alaikumsalam Tanpa Nama September 22, 2012 10:00 AM,
Mahu saja saya jelakan sekarang, tetapi masa belum mengizinkan.. InsyaAllah ada kesempatan, saya jelaskan berkenaan masalah diskriminasi pasal kes laknat para Malaikat tu..
 
Salam Adila_Alim,
Apa yg Adilla cakap tu betul.. Saya ada komen di dalam akaun fb saya dan masukkan cerita pasal bagaimana org Islam di zaman Rasulullah s.a.w. dan selepasnya sanggup berperang semata-mata kerana mahu mempertahankan maruah seorang wanita muslim yg dibukakan auratnya secara tidak patut.. kalau sempat saya akan ubah format komen tersebut dan masukkan ke sini sebagai post.. InsyaAllah..
 
Wa'alaikumsalam w.r.b.t. Tanpa Nama September 22, 2012 10:19 AM,

Kadang2 prkara mcm tu tak diketahui oleh lelaki yg terperengkap dlm dunia ego org lelaki.. kena buka ruang perbincangan utk mengmbil kira keperluan wanita dalam setiap perancangan yang dibuat.. wanita ada hak bersuara dan kaum lelaki kena menghormatinya..
 
Assalam IH,

Sy masih menunggu pencerahan diskriminasi terhadap wanita sepertimana yg dirangkapkan:

"Mahu saja saya jelakan sekarang, tetapi masa belum mengizinkan.. InsyaAllah ada kesempatan, saya jelaskan berkenaan masalah diskriminasi pasal kes laknat para Malaikat tu..

October 2, 2012 at 12:50 AM"

Jika wanita itu buat silap
1. ditegur
2. dipisahkan tempat tidur
3. dipukul (dgn benda lembut dan dibawah parah pinggang)

Soalan sy:

Jika yg menderhaka itu adalah lelaki, apa hukumnya
1. tidak memberi nafkah
2. memukul isteri (tanpa alasan kukuh dan memukul di muka)

kenapa ustaz2 tak pernah hi-lightkan benda ni masa ceramah.
selalu yg disalahkan adalah wanita..wanita..dan wanita....

bagaimana pula dgn lelaki yg berat tulang menolong isteri di rumah (yg mana isteri sgt ringan tulang membantu suami ringan beban dgn bekerja utk menampung keperluan keluarga). lelaki a.k.a suami itu tidak langsung membantu menjaga anak, mengemas rumah, memasak, dll yg suami ini tahu hujung minggu terlentang depan tv..

malam boleh keluar tgk bola atau sekadar melepak dgn kawan2. isteri jaga anak tanpa cuti, weekdays kena kerja lagi...weekend kerja jaga anak, makan pakai suami...suami boleh escape dgn mudah..keluar lepak ngan kawan.

mintak tolong angkat almari pon susah

sakitnya ada suami pemalas..
suami mcm ni tak kena laknat ke

mmg la isteri mcm ni selalu 'disejukkan' dengan nasihat oleh tok2 guru n ustaz dgn ganjaran pahala, tp berpahalakah jika hati selalu sakit. tp cukupkah ustaz memberi kesejukkan sekadar itu tanpa teguran2 kepada sang lelaki pemalas+suka guna dakyah escapism mudah sbb dia 'lelaki' dia tak perlu buat semua tuuuuu

 
Wa'alaikumsalam CikPuan Anonymous January 27, 2013 at 10:05 AM,

Sepertimana di dalam jawapan kepada komen sebelumnya, saya saya akan menulis malah sedang menulis sedikit demi sedikit tentang apa yang menjadi buah persoalan saudari.

Boleh saja saya menulis secara ringkas dan memuatkannya di dalam ruang komen yang terhad, tetapi ia tidak akan memberikan keadilan sepenuhnya kepada subjek yang menjadi perhatian di dalam soalan yang dikemukakan.

Insya Allah saya akan memberikan yang terbaik tentang hal ini. tetapi sebagai manusia biasa yang mempunyai komitmen2 lain yang menuntut keutamaan awal terlebih dahulu, yang dahulu akan saya dahulukan. InsyaAllah saya akan memuatkannya di sini sebaik penulisan itu selesai. Maaf kerana ia biasa datang lebih lewat dari yang dijangkakan.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email