Wednesday, August 22, 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri

Bismillahir Rahmanir Raheem.. mungkin agak terlewat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua sahabat pengunjung blog ini. Cuma di dalam keghairahan kita melawat sanak saudara dan berkunjung mengunjung di dalam keadaan aman dan damai, harapan saya, kita tidak melupakan nasib dan penderitaan mereka-mereka yang juga merupakan saudara-saudara kita di serata dunia yang sedang kini dirundung malang. Semoga Allah memberikan keamanan kepada kita dan negara-negara yang didiami saudara-saudara kita di seluruh dunia. Semoga permusuhan sesama kita diubati dengan kembali berpegang kepada 'tali' Allah dengan dengan segera.

Dan semoga kita tidak terlupa untuk bertindak di dalam kapasiti yang termampu oleh kita untuk membantu saudara-saudara kita di mana jua mereka berada supaya penindasan yang telah berlaku ke atas mereka dapat segera dihapuskan serta keamanan pulih kembali di dalam kehidupan mereka. Untuk Muslim di seluruh dunia terutama Rohingya, di dalam keseronokan kami menyambut syawal di sini, kami tidak pernah lupa dengan penderitaan saudara-saudari di sana. InsyaAllah, usaha dan doa akan kami lakukan secara istiqamah bagi mendapatkan keadilan dan keringanan beban untuk tuan-tuan. Satu pertanyaan kepada diri sendiri, selain berpesan tentang nasib mereka, apakah bentuk tindakan lain yang telah diambil dan dilakukan kita bagi menunjukkan solidariti kita dibelakang mereka yang tertindas? Jika tidak ada dan belum ada tindakan.. persoalannya kenapa ia berlanjutan begitu? Apakah kita sebuah bangsa dan umat yang hanya gemar beretorik dan hanya sekadar seronok berkongsi kisah penderitaan orang lain sebagai sebuah penceritaan, tetapi tidak berminat mengambil pelajaran dan membuat tindakan? Buatlah sesuatu yang terdaya untuk membantu mereka..


Selamat Menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin. Harap kita tidak terlupa di dalam alpa kepada mereka.


Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email