Bismillahir Rahmanir Raheem.. Dalam penulisan sebelum ini, saya telah menjelaskan bagaimana tindakan seorang penulis yang mengirimkan surat kepada akhbar Bahasa Inggeris di Malaysia cuba membersihkan dosa zionis dengan memfitnah Rasulullah s.a.w. (klik sini untuk membacanya). Penulisan kali ini merupakan sambungan yang telah saya janjikan di akhir penulisan tersebut berkenaan modus operandi memfitnah nabi dan rasul-rasul mulia bagi membersihkan dosa-dosa ahli kitab terhadap Allah dan sekaligus memberikan legitimasi palsu ke atas mereka untuk mengatakan Palestin itu milik mereka.
Joshua anak kepada Nun
Harap
perhatian dapat diberikan kepada bentuk nama yang digunakan di dalam penulisan
ini. Setiap kali sumbernya ialah Bible, saya akan menggunakan nama yang
digunakan oleh Bible untuk merujuk watak di dalam perbincangan tersebut.
Sebagai contoh, jika saya menyebut Moses, ia bermaksud cerita yang saya ambil
berkenaan individu terbabit merupakan cerita yang diambil dari kitab Bible dan
sumber-sumber Israeliyyat. Moshekh, Moses dan Musa merupakan orang yang sama.
Moshekh merupakan nama Musa yang disebut di dalam kitab Perjanjian Lama,
manakala Moses pula merupakan nama yang digunakan di dalam terjemahan Bible
bahasa Inggeris. Al Qur’an menyebut Moshekh/ Moses sebagai Musa di dalam al
Qur’an.
Begitu
juga dengan Oshea 1, Hoshea
2 dan Joshua 3. Ketiga-tiganya merujuk
kepada orang yang sama dan disebut dengan dua nama tersebut di dalam kitab
Perjanjian Lama dan Baru. Di dalam tradisi Islam Joshua ialah Yusha’, pemuda
yang bersahabat dengan Nabi Musa a.s. yang menemani Nabi Musa a.s. di dalam
perjalanan mereka bertemu Khidr a.s. Kisah mengenai perjalanan mereka
diceritakan di dalam surah al Kahfi ayat 60 hingga 82.
The Promised Land Hanya
Untuk Mereka-Mereka Yang Patuh Kepada Arahan Tuhan
Dikalangan
Bani Israel yang keluar dari cengkaman Firaun di Mesir, mengikut kitab
Perjanjian Lama, hanya Joshua anak kepada Nun (dari keturunan Ephraim) dan
Caleb anak kepada Jephunneh (dari keturunan Judah) beserta lelaki dan perempuan
Bani Israel dari keturunan Levi dibenarkan Tuhan untuk memasuki ‘Tanah Yang
Dijanjikan’ (The Promised Land).
Ini
kerana hanya mereka mendapat restu Tuhan untuk memasuki Tanah Yang Dijanjikan selepas Tuhan murka dengan kedegilan dan
kebiadaban Bani Israel dalam menurut perintahNya.
Ia
bermula dengan peristiwa apabila Tuhan di dalam Bible mengarahkan Moses
mengumpul dua belas orang perisik untuk meninjau Tanah Canaan (di Palestin
kini) bagi tujuan risikan ketenteraan. Joshua dan Caleb merupakan dua orang
dari 12 yang dilantik. Sebaik mendapat arahan dari Moses, mereka kemudian
bergerak menuju ke arah Canaan.
Selepas
40 hari melakukan kerja-kerja risikan, mereka pun pulang kepada Moses. Lalu
diceritakan mereka mengenai perihal tanah tersebut yang subur serta
manusia-manusia dari kaum yang mana mendiami setiap daerah, pekan dan tempat di
situ. Mereka juga menyatakan bahawa di sana mereka ketemui manusia-manusia yang
sangat hebat susuk fizik mereka. Kelihatan manusia-manusia itu sangat kuat dan
perkasa. Mereka menggambarkan keturunan Anak yang ditemui mereka di sana susuk
fizikal mereka bagaikan gergasi dan tidak mungkin Bani Israel dapat menewaskan
bangsa-bangsa tersebut jika sebarang serangan dilancarkan 4 .
Tetapi
Joshua, salah seorang perisik yang telah meninjau kawasan tersebut bingkas
bangun dan menyatakan dengan penuh semangat dihadapan Moses dan Bani Israel,
bahawa mereka (Bani Israel), seharusnya pantas menyahut seruan Tuhan dan
bingkas bangun dengan segera bagi melancarkan serangan ke atas tempat tersebut
dan sekaligus memilikinya. Joshua berkata bahawa Bani Israel pasti akan menang
di dalam pertempuran tersebut 5.
Tidak
senang dengan kenyataan penuh bersemangat Joshua, perisik-perisik lain yang
dilantik mula menyebarkan khabar-khabar yang menakutkan bagi tujuan melemahkan
semangat Bani Israel. Ia dilakukan bagi tujuan supaya mereka secara keseluruhannya
membantah perintah Moses supaya mereka tidak dapat dikerah bagi menyerang
Canaan dan daerah-daerah disekitarnya. Sebaik dihasut sedemikian
rupa, pada malam tersebut seluruh Bani Israel mula menangisi dan meratapi nasib
mereka dan menuduh Moses, Aaron dan Tuhan mereka telah menyebabkan mereka ditimpa
nasib malang sedemikian rupa. Mereka meratap bahawa adalah lebih baik dibiarkan
mereka terseksa di Mesir di bawah tekanan Firaun daripada mereka terpaksa
menanggung sengsara terbiar di kawasan gurun dan kemudiannya diarahkan untuk
pergi berperang dengan bangsa-bangsa yang kuat dan bersusuk fizikal seperti
gergasi.
Mereka
mula berbincang sesama mereka untuk melantik seorang ketua baru bagi
membolehkannya memimpin mereka kembali ke Mesir dan tidak perlu berperang 6. Lihat sahaja kebiadaban
bangsa ini. Setelah ditunjukkan serta dibantu Tuhan dengan pelbagai mukjizat
melalui Musa, mereka masih tidak mahu tunduk dengan arahan serta perintah dari
Tuhan mereka.
Lalu
Joshua dan Caleb mengambil inisiatif untuk masuk ke penempatan Bani Israel dan
memujuk mereka dengan berdialog dan menceritakan mengenai perihal tanah yang telah dijanjikan. Sebuah tanah yang sangat
subur dan sesuai untuk mereka diami.
Pujukan
mereka tidak berhasil malah mengundang kemarahan Bani Israel. Kemarahan Bani
Israel membuak sehingga mendorong mereka cuba untuk merejam Joshua dan Caleb
dengan batu sehinggalah muncul satu cahaya yang sangat terang. Cahaya yang
dikatakan mengiringi kehadiran Tuhan berdekatan dengan mereka.
Lalu
Tuhan mereka berkata kepada Moses, ‘Lama mana lagi kaum ini mahu menolak untuk
beriman dengan-Ku? Lama mana lagi mereka mahu mempercayai-Ku sedang telah Aku
tunjuki mereka akan segala kehebatan mukjizat-mukjizat yang jelas dihadapan
mereka? Aku pasti akan menghancurkan mereka, dan dari kamu (Moses), aku akan
jadikan sebuah bangsa yang lebih besar dan kuat dari mereka.’ 7
Moses
diceritakan memujuk Tuhan yang sedang marah supaya tidak dihancurkan Bani
Israel. Lalu Tuhan bersetuju dengan permintaan Moses. Tetapi Dia mengenakan
hukuman ke atas Bani Israel yang menolak untuk berperang sepertimana yang
diarahkanNya dengan hukuman bahawa mereka tidak akan dapat memasuki tanah yang
dijanjikan. Hanya Caleb 8,
Joshua 9 dan mereka yang
berusia 20 tahun ke bawah semasa perintah Tuhan tersebut diarahkan diizinkan
Tuhan untuk memasuki Canaan.
Mendengar
kemurkaan Tuhan ke atas mereka, keesokan paginya mereka menyatakan kepada Moses
bahawa mereka menyesali perbuatan mereka sebelum ini. Mereka ingin menebusnya
dengan memulakan gerakan menyerang Canaan dalam waktu terdekat. Tetapi Moses
melarang mereka kerana itu merupakan satu perbuatan yang sia-sia. Ketika janji
kemenangan diberikan kepada mereka oleh Tuhan, mereka menolak untuk berperang.
Tetapi setelah Tuhan menarik balik janji tersebut, mereka beria-ia mahu
melaksanakan perintah yang telah dibatalkan itu. Degil tidak mendengar nasihat
Moses, mereka memulakan serangan. Kerana tiada lagi perlindungan Tuhan ke atas
mereka, percubaan mereka itu menerima kegagalan.
Ahli
kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani juga menyatakan bahawa bukan hanya Bani
Israel yang menolak untuk berperang di dalam kisah di atas diharamkan memasuki
tanah yang dijanjikan, kata mereka, Moses dan Aaron juga diharamkan tuhan dari memasuki tanah
tersebut disebabkan perlakuan mereka berdua dan kegagalan mereka sebagai pemimpin dan
rasul untuk Bani Israel.
Fitnah Ahli Kitab ke
atas Moses@Musa dan Aaron@Harun
Ahli
kitab Yahudi dan Nasrani termasuk golongan kafir dikalangan ahli kitab
melakukan satu fitnah yang dashyat ke atas Moses. Dia yang merupakan antara
rasul-rasul yang dimuliakan di dalam Islam, dihinakan golongan ahli kitab
dengan fitnah yang tidak sepatutnya.
Moses
dikatakan mereka turut diharamkan dari memasuki tanah yang dijanjikan Tuhan
disebabkan beberapa alasan berikut:
1. Mereka
Mengatakan Bahawa Moses Biadab Dengan Bani Israel.
Moses dikatakan mereka telah melanggar
perintah Tuhan yang menyuruhnya ‘berkata-kata’ dengan batuan yang akan
mengeluarkan mata air bagi minuman Bani Israel. Tetapi Moses telah menghentak
batuan tersebut dengan tongkatnya sehingga batuan tersebut mengeluarkan mata air.
Perbuatan ini ditafsirkan oleh ahli-ahli kitab sebagai tidak menghormati arahan
Tuhan kepadanya dan dengan menghentak batuan tersebut, ahli-ahli kitab cuba
memesongkan kesalahan yang dilakukan mereka lalu dipikulkan ke atas Moses
dengan rekasaya sedemikian. Seolah-olah Bani Israel itu terlalu mulia dan tidak
dapat ditegur atau dilakukan sesuatu yang dianggap menghinakan mereka biarpun mereka
terlalu biadab dengan Tuhan dan RasulNya yang diutus.
Tuhan di dalam Bible (Kitab
Bilangan@Numbers fasal 20 ayat 7 hingga 12) telah dikatakan mengarahkan Moses
untuk melakukan beberapa perkara berikut:
7And the LORD spake unto Moses, saying, 8Take the rod, and gather thou the assembly together, thou, and Aaron thy brother, and speak ye unto the rock before their eyes; and it shall give forth his water, and thou shalt bring forth to them water out of the rock: so thou shalt give the congregation and their beasts drink. 9And Moses took the rod from before the LORD, as he commanded him. 10And Moses and Aaron gathered the congregation together before the rock, and he said unto them, Hear now, ye rebels; must we fetch you water out of this rock? 11And Moses lifted up his hand, and with his rod he smote the rock twice: and the water came out abundantly, and the congregation drank, and their beasts also. 12And the LORD spake unto Moses and Aaron, Because ye believed me not, to sanctify me in the eyes of the children of Israel, therefore ye shall not bring this congregation into the land which I have given them. (Terjemahannya : TUHAN berkata kepada Musa, ''Ambillah tongkat yang ada di depan Peti Perjanjian, lalu engkau dan Harun harus mengumpulkan seluruh umat. Di depan mereka semua, engkau harus berkata kepada bukit batu yang ada di situ supaya memancurkan air. Demikianlah engkau mengeluarkan air dari bukit batu itu supaya rakyat dan ternak mereka dapat minum.'' Maka pergilah Musa mengambil tongkat itu seperti yang diperintahkan TUHAN. Musa dan Harun mengumpulkan seluruh umat di depan bukit batu itu. Lalu Musa berkata, ''Dengarlah, hai kaum pemberontak! Apakah kami harus mengeluarkan air dari bukit batu ini untuk kamu?'' Lalu Musa mengangkat tongkat itu dan memukulkannya pada bukit batu itu dua kali. Maka mancurlah air dengan derasnya, sehingga semua orang dan ternak bisa minum. Tetapi TUHAN menegur Musa dan Harun, kata-Nya, ''Karena kamu kurang percaya kepada-Ku untuk menyatakan kuasa-Ku yang suci di depan bangsa Israel, kamu tidak akan memimpin mereka masuk ke negeri yang Kujanjikan kepada mereka.'')
Di dalam ayat di atas Tuhan di dalam
Bible memerintahkan Moses melakukan 5 perkara berikut:
- Mengambil Tongkat.
- Kumpulkan seluruh
umat.
- Bercakap dengan batu.
- Keluarkan air dari
batu.
- Beri minum kepada
Bani Israel dan binatang ternak mereka.
Moses dikatakan oleh ahli-ahli kitab
melakukan semua yang diperintahkan ke atasnya kecuali arahan supaya dia
bercakap dengan batu. Apabila Moses menghentak batu tersebut sebanyak dua kali,
lalu terpancarlah mata air bagi menghilangkan kehausan sebuah umat yang suka
meminta-minta.
Ahli kitab menyatakan bahawa Tuhan murka
ke atas Moses disebabkan perbuatannya ini. Lalu Tuhan di dalam Bible menyatakan
kepada Moses bahawa atas kegagalannya untuk percaya dan beriman sepenuhnya
kepada Tuhan di dalam Bible, maka dia dan Aaron diharamkan dari memasuki tanah
yang dijanjikan.
Di dalam Bible, kisah batu yang
memancarkan air selepas dipukul dengan tongkat Musa berlaku sebanyak 2 (dua)
kali. Kali pertama ianya berlaku ialah semasa Bani Israel baru sahaja
meninggalkan Mesir. Ia berlaku ketika mereka sedang berkhemah di sebuah daerah
yang dinamakan sebagai Rephidim 10
berdekatan Gunung Sinai. Pada ketika itu Bani Israel menghadapi masalah ketiadaan
air lalu mereka meminta Moses untuk memohon kepada Tuhannya supaya diberikan
mereka air bagi menghilangkan kehausan. Moses memarahi mereka kerana sikap
mereka yang suka bersungut dan cuba mencabar Tuhan. Setelah bertegang leher
dengan Bani Israel, Moses kemudiannya
meminta kepada Tuhannnya supaya dimakbulkan permintaan Bani Israel yang sedang
marah. Moses berkata kepada Tuhannya bahawa jika tidak dimakbulkan permintaan
Bani Israel, mereka sudah bersedia untuk merejamnya dengan batu. Lalu Tuhannya
berfirman seperti berikut.
5 And the LORD said unto Moses: 'Pass on before the people, and take with thee of the elders of Israel; and thy rod, wherewith thou smotest the river, take in thy hand, and go. 6 Behold, I will stand before thee there upon the rock in Horeb; and thou shalt smite the rock, and there shall come water out of it, that the people may drink.' And Moses did so in the sight of the elders of Israel. (Terjemahannya : Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: ''Berjalanlah di depan bangsa itu dan bawalah beserta engkau beberapa orang dari antara para tua-tua Israel; bawalah juga di tanganmu tongkatmu yang kaupakai memukul sungai Nil dan pergilah. Maka Aku akan berdiri di sana di depanmu di atas gunung batu di Horeb; haruslah kaupukul gunung batu itu dan dari dalamnya akan keluar air, sehingga bangsa itu dapat minum.'' Demikianlah diperbuat Musa di depan mata tua-tua Israel.)
Kejadian pada kali pertama ini
menunjukkan Moses diperintahkan Tuhan di dalam Bible supaya memukul batu di
Gunung Sinai supaya mengeluarkan air. Tempat
di mana peristiwa air memancur dari batu tersebut disebut sebagai Massah di
dalam Bible 11.
Manakala kejadian kedua dikatakan berlaku
hampir 40 tahun selepas kejadian yang pertama di Massah di sebuah daerah yang
dinamakan sebagai Kadesh-Barnea. Ia sebagaimana yang diceritakan di dalam
petikan Kitab Bilangan (Numbers) fasal 20 ayat yang dicatatkan di atas. Tempat
di mana batuan mengeluarkan air tersebut dinamakan sebagai Meribah.
Para sarjana Bible terutamanya Kitab
Perjanjian Lama bercanggah pendapat tentang samada Massah dan Meribah merujuk
kepada tempat yang sama atau dua buah tempat yang berbeza. Di dalam Kitab
Keluaran (Exodus) fasal 17 : 1, Massah dan Meribah dikatakan merujuk kepada
tempat yang sama. Manakala terdapat di dalam ayat lain seperti di dalam ayat 8
Kitab Ulangan (Deuteronomy) fasal 38 dan ayat 8 di dalam Kitab Mazmur (Psalms)
fasal 95, Massah dan Meribah dirujuk secara selari. Selari disini membawa
maksud bahawa kejadian air memancur dari batu itu merujuk kepada dua kejadian
yang hampir sama berlaku di dalam dua peristiwa yang berbeza 12.
Benarkah Moses dimurkai Tuhan kerana dia
dikatakan tidak bercakap dengan batuan tersebut tetapi mengambil keputusan
untuk memukul batuan tersebut dengan tongkat? Benarkah kejadian di Meribah
selepas 40 tahun kejadian mata air dari batuan yang pertama di Massah
benar-benar berlaku? Atau apakah kejadian yang kedua itu sebuah rekasaya ahli
kitab bagi menimbulkan fitnah ke atas nabi dan rasul yang sepatutnya dicintai
mereka?
Semasa menyelidiki perkara ini dan
membuat perbandingan antara cerita yang dimuatkan di dalam Kitab Bible dan al
Qur’an, saya menemui satu masalah untuk menentukan berapa kali sebenarnya peristiwa Moses memukul batu dengan tongkatnya berlaku dan apa penjelasan al Qur'an mengenainya.
Peristiwa itu disebut di dalam al Qur’an
di dalam dua buah surah dengan aturan ayat yang berbeza mengikut kronologi
peristiwa. Yang pertama ianya disebut di dalam surah al Baqarah ayat 60 dan
satu lagi rujukan kepada peristiwa itu dibuat ialah di dalam surah al A’raaf
ayat 160. Kedua-duanya saya petik sebagaimana di bawah :
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancarlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi". (al Baqarah 60)
Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (al A’raaf 160)
Al Qur’an bukanlah sebuah kitab yang
disusun secara kronologi. Tetapi ia bukan merupakan satu masalah bagi setiap
muslim yang berusaha untuk mendapatkan kedudukan serta kronologi sesuatu kisah
yang disebut di dalam al Qur’an. Oleh kerana ia merupakan sebuah kitab sebagai
panduan manusia-manusia yang berfikir, kita perlu menggerakkan daya fikir untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang disusun hebat di dalam pelbagai surah
berbeza di dalam al Qur’an.
Berkenaan kisah Musa a.s. di dalam al
Qur’an ini, suka saya menjelaskannya di dalam kerangka komen sepertimana yang
telah saya janjikan kepada saudara M. Razi di dalam komennya terhadap penulisan
saya ‘Bakar al Qur’an’ (http://satuhala.blogspot.com/2011/08/bakar-al-quran.html)
.
Ia berkenaan bahaya kekeliruan yang mungkin timbul sekiranya Bible dibaca tanpa kita mempunyai asas al Qur’an dan ilmu berkenaan hadis yang agak kuat. Kita perhatikan bagaimana kekeliruan yang ditimbulkan Bible boleh menyebabkan kita mengatakan sesuatu perkara yang tidak benar mengenai Allah, al Qur’an dan rasul-rasul yang diutuskan Allah. Kisah Musa ini merupakan satu contoh yang mudah di dalam memperjelaskan isu yang disebut oleh saudara M.Razi di dalam komennya tidak lama dahulu.
Ia berkenaan bahaya kekeliruan yang mungkin timbul sekiranya Bible dibaca tanpa kita mempunyai asas al Qur’an dan ilmu berkenaan hadis yang agak kuat. Kita perhatikan bagaimana kekeliruan yang ditimbulkan Bible boleh menyebabkan kita mengatakan sesuatu perkara yang tidak benar mengenai Allah, al Qur’an dan rasul-rasul yang diutuskan Allah. Kisah Musa ini merupakan satu contoh yang mudah di dalam memperjelaskan isu yang disebut oleh saudara M.Razi di dalam komennya tidak lama dahulu.
Sekali
atau dua kali?
Salah satu fungsi al Qur’an yang jarang
diberi perhatian oleh muslim ialah fungsinya sebagai pembeza antara yang benar
dan palsu di dalam membicarakan kisah-kisah umat-umat yang terdahulu bersama
nabi-nabi dan rasul-rasul Allah yang diutuskan kepada mereka.
Ahli kitab terutamanya dari kalangan
Yahudi telah melakukan satu fitnah yang besar terhadap nabi Allah Musa a.s.
dengan menyatakan baginda bersikap biadab dengan Bani Israel dan melangar
perintah Allah. Ia sepertimana yang telah dijelaskan di atas apabila mereka
memperkatakan serta menafsirkan cerita sepertimana yang dimuatkan di dalam
kitab Bilangan (Numbers) fasal 20 ayat satu hingga 13. Fitnah mereka ini juga
disambut oleh golongan Nasrani yang sentiasa mengajarkan kepada anak-anak
mereka bahawa Musa a.s. yang mulia telah melakukan kesalahan. Baginda difitnah berkenaan
kes batu dan mata air di Meribah. Kerana itulah, jika kita berbicara dengan
mana-mana orang Kristian, apabila ditanyakan kepada mereka soalan kenapakah
Musa dihalang Tuhan dari memasuki tanah yang dijanjikan, jawapan standard yang
diberikan mereka ialah Musa telah melanggar arahan Tuhan di dalam peristiwa di
Meribah ini.
Selama ribuan tahun Musa a.s. telah difitnah
oleh ahli-ahli kitab. Sehinggalah kehadiran Muhammad s.a.w. sebagai pembawa
Risalah terakhir membersihkan namanya dihadapan sebuah umat baharu yang akan
menjadi saksi kepada kerja-kerja yang telah dijalankan Musa a.s. dengan penuh
amanah satu ketika dahulu.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah. (al Ahzaab : 69)
Beberapa kisah fitnah ke atas Musa a.s. disebut
di dalam kitab-kitab tafsir sebagai
menafsirkan perbuatan fitnah ahli kitab sepertimana yang disebut di dalam ayat
69 di dalam surah al Ahzaab seperti di
atas. Antaranya kisah ahli kitab mengatakan bahawa Musa a.s. mempunyai masalah
penyakit burut 13 ,
berzina dengan perempuan upahan Qarun, tuduhan membunuh Harun a.s. di atas
sebuah bukit 14 dan
pelbagai tuduhan lagi. Fitnah-fitnah ke atas Musa a.s. ini termasuklah fitnah
yang menyatakan baginda diharamkan Tuhan dari memasuki tanah yang dijanjikan
disebabkan peristiwa memukul batu di Meribah.
Ahli kitab mendakwa mereka lebih layak
untuk memuliakan Musa berbanding umat Islam, tetapi lihat sahajalah perlakuan
mereka mengatakan sesuatu yang biadab terhadap insan mulia yang dilantik Allah
sebagai rasul untuk membimbing serta
menyelamatkan mereka dari segala perkara buruk yang ditimpakan ke atas mereka.
Di akhirat nanti, umat Muhammad akan
menjadi saksi kepada rasul-rasul yang didustakan umat-umat mereka. Semua rasul
yang didustakan umat mereka akan menjadikan umat Muhammad sebagai saksi bahawa
mereka telah menjalankan amanah Allah dengan penuh kepatuhan. Ia dapat difahami
melalui hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari sepertimana yang dipetik di bawah.
Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah
bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat. Beliau menjawab: "Ya,
Tuhan!" Tuhan berfirman: "Sudahkah engkau sampaikan ajaran
agama?" Beliau menjawab: "Ya, sudah". Lalu ditanyakan kepada
umatnya: "Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?" Mereka menjawab:
"Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan".
Ditanyakan kepada Nuh: "Siapakah yang jadi saksi engkau?" Nuh
menjawab: "'Nabi Muhammad dan umatnya". Lalu mereka (umat Muhammad)
menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi
saksi terhadap kamu (umat). Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: "Dan
begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi
terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu". (Surat Al
Baqarah, 143) (Sahih Bukhari, Hadis No : 1579)
Di dalam kitab Kejadian (Genesis) fasal 9 ayat 20 hingga 28, ahli kitab
memfitnah Nuh sebagai pemabuk dan akibat terlalu mabuk dia berbogel dan
bertelanjang. Terlihat dirinya bertelanjang, Nuh dikatakan mereka telah diliwat
anaknya sendiri yang bernama Ham. Ianya disebut di dalam Babylonian Talmud Sanhedrin 70a 15 sebagai menafsirkan apa yang berlaku sehingga
menyebabkan keturunan Canaan yang berakar dari susur galur Ham dilaknat Tuhan
dan tanah milik mereka di Palestin kini wajar dirampas. Pelbagai fitnah direkasaya ahli-ahli kitab ke atas
para nabi dan rasul yang diutus kepada mereka bagi membolehkan diri mereka
diangkat sebagai umat pilihan serta bagi menghalalkan segala perbuatan jahat
mereka.
Tanyakan kepada mana-mana muslim mengenai
perihal nabi-nabi dan rasul-rasul utusan Allah yang diimani mereka, pasti
segala perkara yang baik disebut mereka tentang utusan-utusan Allah tersebut.
Tetapi sikap berbeza dapatdilihat pada ahli kitab.
Berbalik kepada peristiwa Moses di
Meribah, al Qur’an mempunyai jawapan yang jelas bagi menjawab pertuduhan
ahli-ahli kitab ke atas Musa. Betapa Allah tidak pernah membiarkan nama
hamba-hambaNya yang soleh dihinakan. Nama Musa dibersihkan oleh Allah, Tuhan
yang menciptakan seluruh alam melalui pengkisahan tentang apa yang berlaku kepada Musa
semasa baginda dilantik menjadi Rasul.
Al Qur’an tidak menyatakan dengan jelas samada
peristiwa memukul batu tersebut berlaku hanya sekali atau pun dua kali. Ini kerana persoalan tersebut bukanlah satu
persoalan penting yang harus ditangani. Peristiwa itu hanya disebut dalam
dua buah ayat di dalam al Qur’an. Di dalam sebutan kisah tersebut di dalam
surah al Baqarah ayat 60, peristiwa tersebut diceritakan selepas peristiwa
turunnya Manna dan Salwa di dalam ayat 57 surah yang sama. Meneliti teks serta
kandungan maksud ayat-ayat yang membawa kisah Musa di dalam surah al Baqarah, ianya tidak disusun secara kronologi
tetapi mengikut sebutan peristiwa-peristiwa tertentu yang berlaku di dalam
sejarah Bani Israel sebagai mengingatkan mereka kembali kepada nikmat-nikmat
yang Allah berikan kepada mereka di zaman Musa a.s.
Begitu juga dengan ayat 160 surah al A’raaf. Sebutan kisah Musa a.s. memukul batuan tersebut, disebut pula sebelum kisah yang diturunkan Manna dan Salwa di dalam ayat yang sama. Jadi persoalan samada peristiwa tersebut berlaku sekali atau dua kali di dalam al Qur’an tidaklah menimbulkan masalah sepertimana kisah tersebut yang diceritakan di dalam Bible.
Berapa kali kejadian itu berlaku, bukanlah perkara pokok untuk diberi perhatian. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah, apakah benar Moses memukul batuan yang mengeluarkan matair tersebut tanpa mengikut arahan Tuhan yang menyuruhnya supaya berbicara dengan batuan tersebut? Persoalan inilah yang menjadi intipati kepada fitnah ahli kitab ke atas Musa a.s.
Begitu juga dengan ayat 160 surah al A’raaf. Sebutan kisah Musa a.s. memukul batuan tersebut, disebut pula sebelum kisah yang diturunkan Manna dan Salwa di dalam ayat yang sama. Jadi persoalan samada peristiwa tersebut berlaku sekali atau dua kali di dalam al Qur’an tidaklah menimbulkan masalah sepertimana kisah tersebut yang diceritakan di dalam Bible.
Berapa kali kejadian itu berlaku, bukanlah perkara pokok untuk diberi perhatian. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah, apakah benar Moses memukul batuan yang mengeluarkan matair tersebut tanpa mengikut arahan Tuhan yang menyuruhnya supaya berbicara dengan batuan tersebut? Persoalan inilah yang menjadi intipati kepada fitnah ahli kitab ke atas Musa a.s.
Para sarjana Bible yang mengkaji tentang
peristiwa yang disebutkan di dalam Kitab Bilangan (Numbers) fasal 20 ayat 1
hingga 13 juga berbeza pendapat dalam percubaan mereka untuk mengesahkan samada
peristiwa di Meribah itu benar-benar terjadi atau pun hanya sebuah kesilapan
para penulis Bible yang terdahulu.
Johnson Lim Teong Kok (JLTK), di dalam
penulisannya The Sin of Moses and The
Staff of God: A Narrative Approach memuatkan beberapa pendapat tentang
peristiwa di Meribah. Dia menyatakan bahawa hampir semua tafsiran kritis
(exegetical) oleh sarjana Bible ke atas peristiwa sepertimana yang disebut di
dalam Kitab Keluaran (Exodus) fasal 17 ayat 1 hingga 7 dan kisah yang
disebutkan di dalam Kitab Bilangan (Numbers) fasal 20 ayat 1 hingga 3, menunjukkan
adanya pengulangan yang berkemungkinan merupakan sebuah cabang yang berasal
dari sebuah kisah induk. Berlakunya pengulangan sedemikian rupa juga mungkin disebabkan
ia merupakan sebuah rujukan kepada kisah-kisah yang mempunyai beberapa
persamaan yang ketara.
Antara teori yang dikemukakannya ialah
teori sumber lama (old source theory) 16,
di mana Numbers fasal 20 dikatakan merupakan kisah yang diambil dari sumber
yang dinamakan sebagai sumber P.
Numbers fasal 20 dikatakan merupakan
kisah yang dikembangkan dan menjadi revisi kepada kisah yang disebut di dalam
Exodus fasal 17. Sedangkan Exodus fasal 17 merupakan kisah yang sering
disabitkan dengan sumber awal yang dikenali sebagai sumber J & E.
Sarjana
Bible pada lewat kurun ke 19, menyatakan kitab-kitab di dalam Pentateuch iaitu
Genesis, Exodus, Numbers, Leviticus dan Deuteronomy merupakan kitab-kitab yang
disusun dengan dengan menggunakan empat jenis sumber. Pentateuch yang juga
dikenali dengan nama Taurat menggunakan 4 sumber berikut yang kemudian disusun
bagi membentuk lima kitab awal di dalam Bible seperti mana ia wujud pada hari
ini. Sumber-sumber tersebut dinamakan sumber J (Jahwist/Yahwist), sumber P
(Priestly), sumber E (Elohim) dan sumber D (Deuteronomy). Kesemua sumber-sumber tersebut disusun selepas kurun
ke 6 Masihi.
Sepertimana
ayat-ayat al Qur’an yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ayat-ayat Mekah
dan ayat-ayat Madinah, ke empat-empat sumber tersebut juga mempunyai ciri-ciri
yang membezakannya antara satu dengan yang lain. Cuma yang membezakannya dengan
ayat-ayat Mekah dan Madinah di dalam al Qur’an dengan sumber-sumber yang
membentuk Bible ialah ayat-ayat al Qur’an di dalam dua bahagian tersebut
merupakan wahyu-wahyu Allah yang tidak pernah dan tidak dapat diubah oleh
manusia. Manakala ke empat-empat sumber J,P,E dan D dalam Pentateuch merupakan
karangan serta susunan beberapa orang penulis Bible yang mengambilnya dari
tradisi lisan, kitab-kitab yang masih ada, hipotesis yang disusun dibuat
melalui pemerhatian ke atas sumber-sumber yang ada serta komentar-komentar yang
dibuat oleh penulis-penulis awal kitab-kitab ini yang kemudiannya dimasukkan
sebagai sebahagian daripada Pentateuch.
Jika
salah satu ciri ayat-ayat Mekah ialah ayat-ayat tersebut bermula dengan ayat
‘Wahai manusia..’ dan ayat-ayat Madinah pula bermula dengan ‘Wahai orang-orang
beriman...’, 4 sumber-sumber di dalam Pentateuch ini juga mempunyai ciri-ciri
yang membezakannya antara satu dengan yang lain.
Sumber J
merupakan sumber yang menggunakan nama Tuhan di dalam Bible dengan nama YHWH.
Sumber tersebut juga sering menggambarkan Tuhan di dalam gambaran anthropomorphic
(seperti manusia pada bentuk fizikal, perbuatan dan perasaan). SumberJ juga
dikatakan memuatkan cerita di dalam bentuk yang lebih naratif. Sumber J juga
dilihat cenderung kepada kemuliaan serta kelebihan Judah, salah sebuah negeri
di dalam pecahan negeri Bani Israel. Lenggok bahasa yang digunakan oleh sumber
J dikatakan lebih kaya berbanding sumber P ,yang dikatakan terlalu kering
kerana berat memfokuskan tentang aspek peraturan dan perundangan dan sumber E
yang dikatakan ditulis menggunakan bahasa yang tidak sebaik sumber J. Sumber J
merujuk gunung di mana Moses mendapat wahyu sebagai Gunung Sinai. Alatan suci
seperti Ark of the Covenant (Tabut Perjanjian) disebut dengan kerap di dalam
sumber ini. Cara Tuhan berkomunikasi dengan manusia di dalam sumber J,
digambarkan dengan komunikasi secara terus sepertimana di dalam kisah Adam,
Moses serta Jacob yang berbicara secara terus dengan Tuhan.
Sumber P
pula merupakan sumber yang dikatakan dihasilkan selepas tempoh perhambaan
bangsa Yahudi di Babylon. Sumber ini antaranya merujuk Tuhan dengan nama El
Shaddai. Nama yang diperkenalkan kepada Abraham selepas nama Elohim
diperkenalkan sebelum zaman itu dan nama YHWH yang diperkenalkan kepada Moses
selepas itu. Sumber P kebanyakannya
berbicara tentang ritual-ritual yang perlu dijalankan oleh para pendita di
dalam fungsi mereka dalam masayarakat. Sumber P juga dikatakan sentiasa
berbicara tentang masa depan Israel di dalam nada-nada optimis setelah mereka
diperhambakan di Babylon. Sumber P juga dikatakan merupakan hasil masukan
redaksi yang dibuat bersandarkan sumber-sumber J dan E. Sumber J merujuk gunung
di mana Moses mendapat wahyu sebagai Gunung Sinai. Sumber P juga merujuk gunung
di mana Moses mendapat wahyu sebagai Gunung Sinai. Tuhan dalam sumber P,
berkomunikasi melalui perantaraan pendita-pendita Bani Israel.
Sumber E
juga merujuk Tuhan sebagai Elohim bagi penceritaan sebelum zaman Moses. Selepas
zaman Moses, Tuhan dirujuk sebagai YHWH. Sumber E kelihatan condong kepada
kerajaan utara Israel dan lebih banyak mengisahkan cerita-cerita berkenaan
kehadiran para malaikat. Sumber E merujuk gunung di mana Moses mendapat wahyu
dengan nama Gunung Horeb. Alatan suci seperti Ark of the Covenant (Tabut
Perjanjian) tidak pula disebut di dalam sumber ini. Tuhan di dalam sumber E,
berkomunikasi melalui jalan-jalan mimpi.
Sumber D
dikatakan bukanlah kerja yang dihasilkan oleh seorang penulis, tetapi sebuah
sidang redaksi. Ia berkemungkinan ditulis di dalam suatu tempoh yang bermula
kurun ke 7 sebelum masihi sehingga ke kurun ke 5 masihi. Ia kebanyakannya
memasukkan ayat-ayat berkenaan hukum-hukum serta peraturan-peraturan yang mengawal
kehidupan Bani Israel. Ia juga memuatkan cerita-cerita sejarah yang digarap
dengan tujuan mengembalikan sistem hidup yang lebih teratur setelah kerajaan-kerajaan
Israel hancur. Sumber D juga merujuk gunung di mana Moses mendapat wahyu dengan
nama Gunung Horeb.
Kesemua
sumber itu kemudiannya dikumpulkan sekali dalam beberapa siri redaksi sehingga
membentuk Kitab Perjanjian lama sebagaimana ia wujud pada hari ini.
Dalam mukasurat 95 hingga 96 bukunya,
JLTK memetik beberapa cadangan yang
dikemukakan beberapa orang sarjana yang cuba menjelaskan teori sumber lama ini
sebagai sebuah interpolasi terhadap kisah asal yang disebut di dalam Exodus
fasal 17 ayat 1 hingga 7. Kisah di dalam Numbers fasal 20 itu sebenarnya
dikatakan tidak berlaku. Ia hanya sebuah interpolasi yang dibuat bagi
tujuan-tujuan tertentu oleh penulis kitab Numbers fasal 20. Jadi teori sumber
lama ini merupakan antara cadangan yang dikemukakan bagi mencari fakta sebenar
tentang ke dua kisah yang kelihatan hampir sama yang berlaku ke atas Bani
Israel dan Moses semasa mereka keluar dari Mesir. Walaupun banyak penjelasan
yang cuba dikemukakan, ia masih tidak dapat memberikan satu kepastian yang
jelas samada benar atau tidak Moses
dilaknat Tuhan kerana memukul batuan tersebut untuk mengeluarkan air tanpa
berbicara dengan batu itu terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, oleh kerana tidak ada
panduan lain yang dapat mereka rujuk bagi memberikan kepastian samada Moses
melanggar arahan Tuhan supaya berbicara dengan batu tersebut sebelum memukulnya,
JLTK membuat kesimpulan pada bahagian akhir bukunya bahawa perbuatan Moses itu
telah menyebabkan Tuhan murka kepadanya. Kesimpulan ini dibuat JLTK walaupun terdapat
ramai sarjana Bible yang menyatakan kisah di dalam Numbers fasal 20 tidak
pernah berlaku.
JLTK menyebut perkara berikut sebagai
justifikasi kesimpulan Moses berdosa yang dibuatnya.Beliau menyatakan tongkat
yang dipegang Moses itu merupakan sebuah tongkat kebesaran dan merupakan simbol
kuasa Tuhan atas mukabumi ini 17.
Malah tongkat tersebut juga disebut dengan nama et- Matekh Ha-Elohym (מטה האלהים) yang bermaksud Tongkat Tuhan sepertimana yang
disebut di dalam Exodus fasal 7 ayat 19 dan Exodus fasal 4 ayat 20.
Lalu di dalam pengakhiran bukunya 18, JLTK menyimpulkan perkara
berikut bersandarkan hipotesis yang dibuatnya dengan pemahamannya ke atas
ayat-ayat berikut. Dia menyatakan telah disebut beberapa kali di dalam Bible
yang Tuhan murka ke atas Moses dan saudaranya Aaron. Antaranya, yang pertama,
telah disebutkan di dalam Numbers (Kitab Bilangan) fasal 20 ayat 12 :
12 And the LORD said unto Moses and Aaron: 'Because ye believed not in Me, to sanctify Me in the eyes of the children of Israel, therefore ye shall not bring this assembly into the land which I have given them.’
Kedua, Tuhan dikatakan murka kepada Aaron
kerana Aaron melanggar perintahNya di lokasi mata air Meribah. Ia disebut di
dalam Numbers (Kitab Bilangan) fasal 20 ayat 24 seperti di bawah :
24 'Aaron shall be gathered unto his people; for he shall not enter into the land which I have given unto the children of Israel, because ye rebelled against My word at the waters of Meribah.
Ketiga, Moses dimurkai kerana beliau
dikatakan menghinakan kedudukan mulia Tuhan di hadapan Bani Israel semasa di gurun
Zin. Exodus (kitab Bilangan)
14 because ye rebelled against My commandment in the wilderness of Zin, in the strife of the congregation, to sanctify Me at the waters before their eyes.'These are the waters of Meribath-kadesh in the wilderness of Zin.
Ke empat, sebagaimana yang telah disebut
di dalam Deuteronomy (Kitab Ulangan) fasal 32 ayat 51 seperti berikut :
51 Because ye trespassed against Me in the midst of the children of Israel at the waters of Meribath-kadesh, in the wilderness of Zin; because ye sanctified Me not in the midst of the children of Israel.
Ke semua ayat di atas disusun oleh JLTK
sebagai menunjukkan bagaimana Moses dengan menyalahgunakan simbol kekuasaan
Tuhan di atas mukabumi ini, mendapat laknat dan murka Tuhan. Laknat dan
kemurkaan Tuhan inilah yang menyebabkannya tidak layak untuk memimpin Bani
Israel memasuki Canaan.
Oleh kerana Matekh Ha-Elohym tersebut digunakan untuk memukul batuan tersebut
sebelum Moses berbicara dengan batuan itu, perbuatannya itu menurut tafsiran JLTK
telah meletakkan peri pentingnya kekuasaan serta keutamaan yang perlu diberikan
kepada Tuhan dibelakang keputusan terburu-buru yang diambil oleh Moses. Arahan
Tuhan dikatakan JLTK telah diketepikan Moses. Ia seolah-olah meletakkan Moses
lebih terkehadapan dari Tuhan di depan Bani Israel. JLTK menyebut :
From God’s perspective, the misuse and abuse of מטה האלהים, is not simply a faux pas but a transgression. Through the act of striking the rock with the staff, Moses oversteps the boundary of YHWH. Inevitably, Moses trespasses not only God’s command but also God himself. This explaination is further supported the fact that the sin of Moses consists of trespassing (מעל) againts God (as mentioned in Deut 32:51). In the end, the sin of Moses was serious enough not to warrant a review or special consideration for his earlier services to YHWH. In short, Moses the arbitrator has become Moses the arbiter. Hence YHWH sideline him by removing him from the office of leadership and barring him from leading the people into the Promised Land. (Dari perspektif Tuhan, penggunaan salah serta penyalahgunaan Matekh Ha Elohym, bukan hanya sekadar kesilapan langkah (faux pas; disebut Fo Pa), tetapi suatu perbuatan melampau. Melalui perlakuan beliau memukul batuan tersebut dengan tongkatnya, Moses telah melangkaui sempadan yang telah ditetapkan Tuhan. Tidak dapat dielakkan, Moses telah bersikap melampau bukan hanya terhadap arahan Tuhan tetapi terhadap Tuhan itu sendiri. Penjelasan ini seterusnya menyokong fakta bahawa perbuatan Moses itu adalah termasuk dalam dosa pencerobohan (Me’al) atas Tuhan (sepertiman yang disebut di dalam Deut : 32:51). Pada akhirnya, dosa Moses terlalu besar sehingga tidak melayakkannya untuk dinilai semula melalui ketaatan-ketaatan lampaunya dan seterusnya mendapatkan pertimbangan keampunan dari Tuhan. Secara ringkas, Moses si penimbang tara telah berubah menjadi Moses si penghukum. Lalu Tuhan mengesampingkan dia dan mengeluarkan dia daripada kedudukan sebagai pemimpin (Bani Israel) dan mengharamkannya daripada memimpin Bani Israel untuk bersama memasuki Tanah Yang Dijanjikan.)
Walaupun salah satu satu kesimpulan yang
kuat dapat dibuat dari pemerhatian para sarjana Bible bahawa peristiwa di
Meribah (Numbers 20: 1 -13) seperti yang dibentangkan JLTK di dalam bukunya itu tidak berlaku dan Moses memang diarahkan
Tuhan untuk memukul batuan tersebut sepertimana yang dikisahkan di dalam Exodus
fasal 17, JLTK tetap membuat kesimpulan
diakhir penilaiannya ke atas subjek yang menjadi kajiannya bahawa Moses memang
berdosa dan mengkhianati arahan Tuhan ke atasnya.
Apa yang jelas, Al Qur’an menegaskan
peristiwa Musa a.s. memukul batu itu memang benar-benar berlaku. Sebagai sebuah
kitab yang praktikal, persoalan utama yang harus ditangani di dalam kisah Musa
dan batuan yang mengeluarkan mata air ini ialah persoalan samada Musa ada
diperintahkan oleh Allah untuk memukul batuan tersebut ataupun tidak. Ia bagi
tujuan membersihkan fitnah ahli kitab yang menyatakan Musa@Moses dihalang Tuhan
memasuki Canaan kerana kebiadabannya memukul batu yang menjadi punca minuman
Bani Israel.
Dalam kedua-dua ayat iaitu ayat 60 surah
al Baqarah dan ayat 160 surah al A’raaf, kedua-dua ayat mengesahkan bahawa
Allah mengarahkan Musa@Moses untuk memukul batuan tersebut. Ia sekaligus
memadamkan fitnah yang sering diucapkan oleh Bani Isarel dan disambung fitnah
itu kini melalui lisan orang-orang Kristian yang ada pada hari ini. Tuan-tuan
boleh bertanyakan kepada mana-mana sahabat tuan-tuan yang beragama Kristian dan
rajin ke gereja. Tanyakan kepada mereka, kenapakah Moses dihalang Tuhannya
untuk memasuki Tanah Canaan? Nescaya jawapan standard yang telah diprogramkan
oleh ahli kitab Yahudi telah disemaikan kukuh di dalam minda mereka, ialah
jawapan yang menyatakan Moses telah berkelakuan biadab dengan memukul batuan di
Meribah.
Melampaui batas jika kita ingin bertegas
dengan sesuatu yg tidak jelas dan kedudukan sebenarnya hanya diketahui oleh
Allah. Samada peristiwa itu berlaku sekali atau dua kali, itu bukanlah
persoalan utama yang perlu disinggung. Sekali atau dua kali, peristiwa itu
tetap benar-benar terjadi dan al Qur’an tiada masalah dengannya. Perkara pokok
yang perlukan kepastian di dalam isu ini ialah bagi menjawab fitnah ahli kitab
ke atas Musa a.s. yang mendakwa baginda melanggar perintah Tuhan supaya
berbicara dengan batuan tersebut sebelum memukulnya. Jelas, dalam dua ayat
berkenaan peristiwa tersebut yang dinyatakan dalam al Qur’an, kedua-dua ayat
menegaskan bahawa Musa a.s. memang diarahkan oleh Allah supaya memukul batuan
tersebut bagi tujuan mengeluarkan matair untuk mengubat kehausan Bani Israel.
Jadi, perbuatan ahli kitab dari kalangan
Yahudi dan Nasrani yang menyatakan Moses tidak dibenarkan memimpin Bani Israel
untuk memasuki Canaan atas sebab Moses tidak bercakap dengan batu terlebih
dahulu, hanya sebuah rekasaya fitnah yang dilemparkan ke atas seorang rasul
yang mulia. Sepertimana yang telah dipetik lebih awal tadi di dalam surah al
Ahzaab, al Qur’an yang telah diwahyukan Allah kepada Muhammad s.a.w. turut
membersihkan fitnah-fitnah serta rekasaya jahat ahli kitab terhadap salah
seorang rasul yang amat mulia.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah. (al Ahzaab : 69)
Jadi, bagaimana mungkin mereka mendakwa
mereka mengikut jalan para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w., sedang rasul
yang mulia seperti Nuh a.s., Musa a.s., Daud a.s., Sulaiman a.s., Isa a.s. dan
ramai lagi difitnah mereka dengan fitnah yang besar dan dashyat semata-mata
kerana rasul-rasul tersebut bertegas dengan Bani Israeldan moyang keturunan
mereka yang biadap terhadap perintah-perintah serta arahan Allah?
Palestin : Tanah Yang
Dijanjikan Untuk Hamba-Hamba Allah Yang Beriman
Bani
Israel dan Yahudi kini sering mendakwa bahawa tanah Palestin yang cuba dirampas
mereka sehingga kini, merupakan hak milik mutlak bangsa mereka. Tidak pernah
sekalipun di dalam kitab-kitab mereka, Tuhan memberikan mereka hak untuk
menduduki tanah tersebut atas faktor bangsa. Hak mereka untuk menduduki tanah
tersebut diikat dengan syarat-syarat yang ketat. Syarat utamanya ialah, mereka
semua perlu beriman kepada Allah sepenuhnya.
Tanah
yang dijanjikan tersebut sejak di zaman Taurat sehingga ke saat ini merupakan
tanah yang dikhususkan Tuhan kepada manusia-manusia yang beriman kepadaNya. Beberapa
kali di dalam Bible ditegaskan bahawa Bani Israel itu sendiri akan dihalau
keluar dari tanah suci tersebut sekiranya mereka tidak lagi patuh kepada
perintah Tuhan. Ia dibuktikan dengan beberapa peristiwa yang disebut di dalam
kitab mereka, termasuklah peristiwa mereka dihancurkan serta dikalahkan orang
Assyria dan kemudiannya oleh Nebuchadnezzar. Sebelum kehancuran yang disebabkan
oleh Nebuchadnezzar, dikirimkanNya Nabi Jeremiah (mengikut kitab mereka) untuk
memberi peringatan tetapi dia tidak dipedulikan. Tuhan mereka menyatakan
perihal diri mereka seperti apa yang dicatatkan di bawah ini:
I once called them a leafy olive-tree, full of beautiful fruit; but now with a roar like thunder I set it leaves on fire and break its branches (Jeremiah 11 : 16)
Tidak
lama dari itu, mereka negara mereka dihancurkan oleh Tuhan melalui tangan
tentera-tentera Nebuchadnezzar. Ini menunjukkan bahawa tanah suci di Palestin
itu bukanlah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada Bani Israel, tetapi tanah yang
dijanjikan Tuhan kepada manusia-manusia yang beriman secara total kepadaNya.
Tanah yang dikhususkan Tuhan untuk manusia-manusia yang sedia menurut segala
apa yang telah dirancangkan Tuhan ke atas mereka.
Ketika
mereka dihalau dan dihancurkan oleh Nebuchadnezzar, pada ketika itu mereka
dikatakan mengenepikan segala peraturan yang telah ditetapkan Tuhan ke atas mereka.
Mereka juga dikatakan telah menyembah berhala yang dikenali dengan nama Baal. Mereka
merupakan umat yang telah diberikan peluang berkali-kali oleh Tuhan supaya
kembali mematuhi jalan agamaNya. Tetapi mereka mahu kekal berdegil.
Mereka
juga telah diberitahukan tentang tanda-tanda kedatangan satu zaman di mana mereka
perlu patuh dan beriman kepada seorang Nabi yang akan didatangkan untuk
menuntut mereka kembali beriman sepenuhnya kepada Allah.
Diceritakan
kepada mereka tentang tanda-tanda yang akan mereka dapati secara jelas berada
pada Nabi yang dimaksudkan. Mereka juga diberitahukan dengan jelas di dalam
kitab-kitab mereka bahawa ketika datangnya 2 (dua) peristiwa di dalam zaman
yang akan datang, kedudukan mereka sebagai hamba-hamba yang istimewa di hadapan
Tuhan akan ditamatkan sepenuhnya dan selepas dari itu, mereka akan digantikan
secara total oleh sebuah umat lain yang akan kekal beriman kepada Allah
sehingga akhir zaman.
Peristiwa
yang pertama akan menunjukkan kepada mereka bahawa masa mereka sebagai umat
pilihan Tuhan akan menjadi suntuk. Satu tuntutan perubahan dan perakuan kepada
nabi dan Rasul terakhir perlu mereka imani. Dengan berlakunya peristiwa
tersebut, mereka tahu bahawa masa bagi mereka sebagai umat Tuhan tidak akan
lama.
Mereka
juga telah diberitahukan serta diberikan amaran tentang bakal berlakunya satu
peristiwa tidak lama selepas peristiwa pertama seperti yang disebut di atas.
Sebuah peristiwa yang akan menandakan sebuah ultimatum kepada penyingkiran
mereka dari menjadi umat pilihan Tuhan. Pada ketika berlakunya peristiwa
tersebut, mereka tahu kedudukan mereka telah pun diambil alih oleh umat pilihan
Tuhan yang baru. Umat yang tidak akan mempersekutukan Allah dengan sebarang jua
perkara. Umat yang secara konsisten berpegang kepada apa yang Allah sampaikan.
Umat yang diperintahkan apa sahaja kepada mereka, mereka akan menurutinya bukan
kerana itu keinginan mereka, tetapi semata-mata mengharap setiap perkara dan
nafas mereka dihirup dan disedut meletakkan mereka di dalam redha Allah.
Dua
peristiwa yang telah disembunyikan dan
menjadi rahsia sejak lebih 3000 tahun dahulu. Dua rahsia yang ditemui saya
secara tidak sengaja ketika saya belajar membaca dan memahami Bible di dalam
bahasa Hebrew. Rahsia yang diberikan Allah petunjuk di dalam al Qur’an. Lalu
dengan segenap usaha saya usahakan untuk memburu pengetahuan mengenai apa yang
Allah sebutkan itu dan menemuinya. Ini kerana saya sangat yakin dan 1000%
optimis bahawa apa sahaja yang disebutkan di dalam al Qur’an itu benar dan akan
ditemui kebenarannya mengikut masa yang Allah izinkan. Sebuah usaha yang
dimulakan sejak 2006 dan hanya membuahkan hasil pada suatu petang di dalam
tahun 2010. Kini saya sedang menyiapkan 10 buah buku yang bakal memuatkan semua
maklumat yang saya buru sejak sekian lama. 3 daripadanya bakal memuatkan penjelasan
panjang lebar tentang 2 peristiwa tersebut. Tetapi, naskah-naskah ini hanya akan diterbitkan selepas beberapa
penulisan dan kompilasi penulisan saya di dalam blog ini dibukukan terlebih
dahulu. InsyaAllah, jika segala
perancangan saya ini tidak melampaui ketetapan yang telah ditetapkan Allah di
dalam perancanganNya yang lebih baik dan sempurna, saya akan mengumumkan penerbitan
awal tersebut di dalam blog ini dan melalui akaun facebook saya. InsyaAllah selepas
dari itu, barulah buku-buku berkenaan 2 peristiwa tersebut dapat diterbitkan
dan Perj Tu De Nu yang sepatutnya diterbitkan awal tahun ini, sebuah naskah
yang kini telah mengambil masa lebih tujuh tahun untuk ditulis oleh saya, akan
dapat direalisasikan penerbitannya. Tujuh tahun untuk sebuah naskah, satu kerja
yang yang sangat tidak praktikal menurut hukum penerbit-penerbit tempatan. Apa
boleh buat, nyalarasa saya untuk menyiapkannya selengkap mungkin menyebabkan ianya
terheret selama itu.
Oleh
kerana subjek penulisan dalam artikel kali ini, saya menyentuh tentang fitnah
ahli kitab ke atas Musa, InsyaAllah, selepas ini saya akan memuatkan ke dalam
blog ini bagaimana kisah kemasukan Joshua (Yusya’ bin Nun) ke Canaan
mengandungi rahsia yang terlindung dari pengetahuan Yahudi tentang salah satu
ciri-ciri yang akan ada pada Nabi akhir zaman yang mereka tunggu-tunggu.
Sebaik
mereka mengetahui nabi terakhir itu ialah Muhammad s.a.w., mereka segera
memadamkan ciri-ciri jelas berkenaan susuk fizikalnya, tempat baginda bakal
muncul dan segala sifat yang terang disebut di dalam kitab-kitab mereka yang
membenarkan baginda sebagai nabi terakhir dari kitab-kitab mereka.
Tetapi
sesuatu yang mereka lupa, terdapat banyak lagi berita tentang sifat-sifat,
perlakuan-perlakuan serta peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku disekeliling
Muhammad s.a.w. yang tidak disedari mereka disebut dalam kitab-kitab mereka
sendiri. Oleh kerana gagal menyedari mengenai ayat-ayat tersebut, mereka
terlupa memadamkannya dan secara tidak sengaja memberikan ruang kepada muslim yang
mengkaji kitab mereka untuk membongkarkannya satu demi satu. Salah satu daripada peristiwa tersebut ialah
peristiwa kemasukan Joshua ke Canaan. InsyaAllah, jika tiada masalah, saya akan memuatkannya di
dalam blog ini pada hari Isnin, 9 Julai 2012, tepat jam 6 pagi.
Rujukan
:
1) Namanya seperti
disebut di dalam kitab Bilangan (Numbers) fasal 13 ayat 8.
2) Namanya seperti
disebut di dalam kitab Ulangan (Deuteronomy) fasal 32 ayat 44.
3) Di dalam kitab
Bilangan (Numbers) fasal 13 ayat 16, diceritakan bahawa Moses menukar nama
Hoshea kepada Joshua anak kepada Nun.
4) Seperti dicatat
di dalam Kitab Bilangan (Numbers) fasal 13.
5) Kitab Bilangan
(Numbers) fasal 13 ayat 30.
6) Kitab Bilangan
(Numbers) fasal 14 ayat 4.
7) Intipati dialog
Tuhan di dalam Bible dengan Moses. Dialog sebenar di dalam Kitab Bilangan
(Numbers) fasal 14 ayat 11 hingga 12.
8) Kitab Bilangan
(Numbers) fasal 14 ayat 24 dan 30.
9) Kitab Bilangan
(Numbers) fasal 14 ayat 30.
10) Kitab Keluaran
(Exodus) fasal 17 ayat 1 & 8.
11) Kitab Keluaran
(Exodus) fasal 17 ayat 7.
12) Johnson Lim Teng
Kok, The Sin Of Moses And The Staff of
God: A Narrative Approach, (1997), Van Gorcum & Comp. B.V, The Netherlands, m/s 104
13) Jalalludin al
Mahali & Jalalludin as Suyuthi, Ayat 69 surah al Ahzaab, Tafsir
Jalallain, Jilid 4, (2002), Sinar Baru Algesindo, Bandung, m/s 1807.
14) Prof. Dr. HAMKA,
Tafsir ayat 69 surah al Ahzaab, Tafsir al
Azhar, Juzu’ 21,22 & 23, PT Pustaka Panjimas, Jakarta, m/s 109 – 110.
15) Frederick W. Bassett, "Noah's nakedness and the curse of
Canaan : a case of incest?" VT 21, (1971), m/s 232-237.
16) Johnson Lim Teong Kim, op. cit., m/s 95 – 96 .
17) ibid, m/s 161.
18) ibid,
m/s 165 ke 166.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.