Oleh : M.I.A.
Setelah bertahun-tahun sebuah syarikat
penerbangan mencadangkan cadangan-cadangan berbau seksual ke atas pramugari
mereka seolah boleh dicabul sesuka hati. Setelah bertahun-tahun membuat
provokasi seksual untuk menarik minat lelaki-lelaki gila seks untuk menggunakan
khidmat penerbangan mereka. Setelah berbuih mulut menegur bahawa perbuatan
mereka boleh mengundang kesudahan buruk ke atas pekerja-pekerja mereka. Kenapa perlu mereka berasa hairan dan bingung bahawa ‘doa-doa’ di dalam iklan mereka sebelum
ini diterjemahkan menjadi kenyataan seperti dalam paparan akhbar tempatan semalam?
Belum pun sempat cukup seminggu dari
post Panglima Tonney & Reban Ayam Terbang, perkara yang tidak diingini
berlaku sudah pun terjadi.
Mana dia suara, surat-surat serta demo-demo protes Haslina Yacob dan
AWAM? Bilamahu lancarkan Citizens Against Exploitations & Rape di depan ibu
pejabat Tonni?
Mana dia suara Maria Chin Abdullah dan EMPOWER?
Mana perginya Irene Fernandez dan Tenaganita?
Mana perginya Irene Fernandez dan Tenaganita?
Kenapa Zainah Anwar dan Sisters in Islam diam membisu?
Mana dia Ivy Josiah dan WAO?
Kenapa senyap dan sunyi Mariam Lim, Lalitha dan
Shakila dari WCC?
Sudah pengsankah Marina Mahathir?
Mana pula ghaibnya suara AWAS, WDC, Sahabat
Wanita, WIRDA?
Kemana pula menghilangnya taring JAG yang
merangkumi hampir semua di atas?
Bukankah mereka-mereka ini dengan pantas akan berkompang-kompang
dan bergendang-gendang setiap kali timbulnya isu dengan sistem perundangan
syariah seolah-olah sistem itu menindas wanita-wanita Islam dan setiap yang
menindas itu menurut sebagahagian dari mereka perlu dihapuskan seperti
perjuangan mereka di dalam kes Kartika Sari dulu?
Jadi kenapa bersikap double standard dengan kes
Tonni dan syarikat Reban Ayam Terbangnya? Apakah kerana terkesima dan tercetus
ghairah melihat perut Tonni yang super seksi itu, lantas luruh lisan, tangan
dan rasa mahu bersuara menentang eksploitasi ke atas wanita di dalam syarikat
terbabit terus didiamkan? Jika tidak mahu berbuat apa-apa dan mahu terus bersikap
double standard, jangan hairan jika di masa hadapan terdekat yang kelak, apabila tuan-tuan membuka mulut
untuk berbicara tentang hak wanita, perkara pertama yang sampai ke wajah anda
ialah kahak hijau yang dilontarkan dari khalayak yang berasa tersangat mual dijejali
dosis tinggi hipokrisi tuan-tuan. Bukan semua muslim itu boleh ditipu sebagaimana sekumpulan lebai dijangkiti jaundice wahan. Anda boleh mengelabui sistem lojik pemikiran
sebahagian muslim, tetapi tidak semua boleh dikelabukan. Jadi apa tunggu lagi,
pergilah segera membawa kain rentang untuk duduk, bantah serta bersihkan Tonni
di dataran merdeka! Jangan pula lupa bawakan sekali 'boneka warak' untuk jampi
serapah keselamatan dunia dan akhirat ke atas usaha itu serta dijadikan cop
halal gerakan tuan-tuan!
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
2 comments:
walhal Islam amat menekankan untuk semua lelaki muslim untuk memberi perlindungan kepada ibu dan adik-adik perempuan kita.seorang muslim yang baik harus secara semulajadi bersedia untuk memperjuangkan hak-hak wanita.itu yang tuan buat.itu yang patut semua wanita nampak.
susuk-susuk di atas masih kat rumah ambiga-bersih after party, sambil makan burger beli kat depan rumah ambiga,
Kes tu kes yang malang. Kita tak mengharap ianya berlaku. Krn itulah sentiasa peringatan disampaikan.
Telah menjadi rahsia umum terdapat kumpulan2 yang diternak dan diberikan dedak oleh pembiaya2 luar spt KAF utk agenda jangka panjang mrk.
Sokong dgn knyataan Feminisme barat ialah feminisme yg gagal. Objektif utama mrk sgt benar apabila mrk berpakat seronok melihat kesudahan wanita2 mnjadi objek hiburan lepas kerja lelaki.
Sebelum gerakan mrk dpt mmbesar dan mendabik dada sebagai gerakan feminis sebenar, wajah disebalik topeng tersebut perlu dipertontonkan supaya org Islam tahu apa warna sebenar corak pemikiran dan hati mereka.
Kita sama2 berjuang menyambut sunnah Nabi Muhammad s.a.w., org yg memperjuangkan hak asasi golongan wanita sejak 1400 tahun lamanya. InsyaAllah..
Post a Comment