Saturday, April 28, 2012

Ops False Flag Yang Menunggu Masa..


Oleh : Imran Haaz

Bagi yang mengkaji gerakan dajjal, Ops False Flag merupakan suatu bentuk modus operandi yang biasa digunakan sejak zaman nabi-nabi Bani Israel. Ia bermula dengan kisah bagaimana seorang lelaki dari Bani Lawi (Levi) yang mahu membalas dendam atas kematian gundiknya yang dibunuh dengan menghasut seluruh Bani Israel melancarkan perang ke atas Gibeah. Cara yang digunakannya ialah dengan memotong bahagian tubuh gundiknya itu menjadi 12 bahagian lalu dikirimkan kepada 12 suku bani Israel bagi tujuan mendapatkan simpati dan memulakan provokasi.

Marah dengan kejadian yang berlaku, seluruh Bani Israel berkumpul dan bertekad menyerang Gibeah atas cerita yang disampaikan oleh lelaki Bani Lawi tersebut. Ia disebut di dalam kitab (sefer) mereka yang dinamakan Judges fasal 19. Pengkaji Bible kebanyakannya tidak mengetahui bahawa Judges fasal 19 ini disusun umpama puzzle yang silap disusun sehinggakan memasukkan kisah peristiwa kaum Lut yang seharusnya berada pada kitab Genesis di dalam kisah Ops False Flag yang pertama ini. Hasil hasutan menggunakan surat (media massa untuk zaman sekarang ini), Gibeah diserang akibat hasutan fitnah apabila lelaki Bani Lawi tersebut memotong serta mencincang mayat kalangan mereka sendiri lalu disebarkan di dalam api provokasi yang disampaikan secara meluas.


Ops False flag sejak dari itu digunakan secara meluas oleh gerakan Dajjal. Tiga orang Khalifah ar Rasyidin dibunuh dengan operasi seumpama Ops False Flag ini. Begitu juga dengan keturunan Rasulullah s.a.w. yang dibunuh dan kemudiannya perbuatan pembunuhan itu dituduh ke atas orang lain sehingga menyebabkan perpecahan yang sedia ada antara umat Islam menjadi semakin luas. Lalu berpisahlah semakin jauh antara kumpulan ASWJ dan Syiah.

Pearl Harbour, Holocaust, Perang Vietnam, 9/11 semuanya bermula dengan perancangan Operasi False Flag. False Flag sangat mudah. Bunuh orang sendiri dan kemudian tuduh perbuatan itu ke atas pihak yang mahu kita jatuhkan. Lalu sebarkan fitnah tersebut secara meluas dan konsisten. Perang saraf yang kemudiannya akan menggunakan prinsip mudah untuk membajai fitnah. Prinsip Goebbelsian menyatakan : "Sufficient repetition of any statement creates believes in that statement,". (Pengulangan kenyataan yang disebut berulangkali secara cukup akan menyebabkan kenyataan yang disebut tersebut dipercayai). 1


Fidel Castro menyebut tentang prinsip Goebbelsian ini apabila berbicara tentang usaha dunia yang berada di bawah telunjuk Amerika di dalam usaha mereka untuk menghasut rakyat Cuba dan seluruh dunia supaya membenci kepimpinannya serta kerajaan Cuba yang telah ditegakkan.


Begitu juga dengan Hitler. Dia yang menghadapi Ops False Flag dari Zionis juga menggunakan prinsip yang mengatakan bahawa kumpulan Yahudi menggunakan prinsip Goebbelsian. Dia pernah berkata  seperti yang biasanya diringkas seperti berikut, “Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it” {“Besar-besarkan pembohongan itu, jadikannya semudah mungkin, katakannya berulang kali dan akhirnya mereka akan mempercayainya.”}. Kata-kata ini diringkaskan dari kenyataan Hitler yang disebut di dalam bukunya Mein Kampf seperti berikut:

In the primitive simplicity of their minds, they will more easily fall victim to a large lie than a small lie, since they sometimes tell petty lies themselves, but would be ashamed to tell a lie that was too big. They would never consider telling a lie of such magnitude themselves, or knowing that it would require such impudence, they would not consider it possible for it to be told by others. Even after being enlightened and shown that the lie is a lie, they will continue to doubt and waver for a long time and will still believe there must be some truth behind it somewhere, and there must be some other explanation. For this reason, some part of the most bold and brazen lie is sure to stick. This is a fact that all the great liars and liars’ societies (meaning the Jewish press) in this world know only too well and use regularly.  2



Negara kita dan kasih persaudaraan serumpun antara kita di Malaysia dan di Indonesia juga pernah satu ketika dulu mahu dihancurkan oleh gerakan Dajjal yang menggunakan bendera Union Jack. Saya pernah menulis mengenai Ops False Flag yang telah dirancangkan British semasa zaman konfrontasi dengan Indonesia. Lihat bagaimana mereka sanggup membunuh orang sendiri supaya Nusantara dapat mereka tawan melalui fitnah tersebut. Saya pernah menulisnya di sini.  (Klik)

Persoalannya, apakah Ops False Flag ini tidak akan berlaku lagi selepas ini ke atas negara kita. Apa yang berlaku di ibu kota hari ini adalah sebahagian daripada apa yang telah Rasulullah s.a.w. pesankan serta ingatkan kepada umat Islam bahawa fitnah akan berleluasa menjelang akhir zaman, mereka yang mendakwa diri sebagai ulama' akan menjadi pengikut dajjal yang paling awal dan dajjal akan memasuki semua daerah dunia kecuali Mekah dan Madinah.

Saya berdoa kepada Allah supaya negara ini kekal aman dan bebas dari sebarang percubaan yang bakal menjadikannya sebagai sebuah lagi projek negara Islam ala Indonesia dengan langkah pertama mereka memulakan ops ala false flag. Bunga-bunga kepada perkara ini telah berputik, cuma Allah sahaja yang menetukan samada perancangan mereka akan berjaya atau pun tidak. Kerana itu, setiap sahabat yang mengunjungi Baitullah untuk umrah dan haji sebelum ini yang meminta pesan, saya hanya memohon kesudian mereka untuk mendoakan agar negara ini kekal aman dan berada di dalam tangan penguasaan umat Islam yang benar-benar memperjuangkan Islam pada isinya dan bukan pada slogannya. Itu yang saya pesan dan semoga doa salah seorang dari kita dimakbulkan Allah. Mungkin video di bawah boleh memberikan sedikit informasi berkenaan Ops False Flag yang pernah dijalankan diseluruh dunia.



Yang dapat menyelamatkan kita dari fitnah dajjal ialah kefahaman mendalam kita terhadap al Qur'an dan sunnah. Barangsiapa yang kita dapati perbuatannya melanggar perintah Allah di dalam al Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w., maka berhati-hatilah dengan apa yang dilakukan mereka.
Ingatlah kepada pesan Rasulullah s.a.w. di dalam hadis berikut:

Hadis Sahih Muslim No. 1814 Jilid 4 Topik (Perintah)
1814. Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a., katanya: "Biasanya orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan. Kerana aku takut kejahatan itu menimpa ku. Lalu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasulullah saw., "Tentu!" Tanya ku, "Sesudah itu mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi saw., "Ya, tetapi sudah cacat!" Tanya ku, "Apa cacatnya?" Jawab Nabi saw., "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (perundangan) di luar sunnah ku dan memimpin tanpa hidayah ku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya." Tanya ku, "Sesudah kebaikan itu, timbul lagikah kejahatan?" Jawab beliau. "Ada. Iaitu orang-orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka, lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam neraka itu." Tanya ku. "Ya, Rasulullah! Tunjukkanlah kepada kami ciri-ciri mereka." Jawab Nabi saW., "Baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami." Tanya ku, "Bagaimana petunjuk Anda seandainya aku menemui hal yang demikian?" Jawab Nabi saw., "Tetaplah kamu bersama jemaah kaum muslimin dan Imam (pemimpin atau pembesar) mereka!" Tanya ku, "Jika tidak ada jemaah dan Imam?" Jawab beliau, "Tinggalkanlah partai-partai itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu."

Lalu kisah imam-imam mazhab dirujuk untuk menilaikan bagaimana mereka mentafsirkan pesan-pesan Rasulullah s.a.w. melalui perbuatan mereka supaya kekal di dalam jemaah ASWJ. Imam Malik, Imam Hambali, Imam Hanafi, Imam Syafie dan sebagainya. Mereka-mereka ini telah dianiaya, dipenjara, diseksa serta dimalukan oleh pemerintah oleh kerana mereka berpegang kebenaran. Satu perkara yang membezakan ulama'-ulama' besar ini dengan mereka-mereka yang mendakwa diri mereka ulama' yang saban hari memperhiaskan kewujudan diri mereka dengan segala macam slogan, pakaian, bahasa serta perbuatan zahir yang sedaya upaya mereka disabitkan dengan Islam ialah, mereka tidak menghasut penyokong serta rakyat yang berada dibelakang mereka supaya melancarkan pemberontakan menentang pemerintah.

Walaupun mereka diseksa dan dipenjarakan kerana kebenaran, mereka tetap bersama jemaah dan tidak menghasut kepada pemisahan kumpulan Islam. Berbeza benar dengan sikap yang diambil oleh sekumpulan manusia yang tanpa segan dan malu memperhiaskan serta mewar-warkan diri mereka sebagai ulama' pada zaman kini. Lihat sahaja bagaimana mereka sanggup mengerahkan pengikut mereka melancarkan revolusi serta pemberontakan demi sebuah perjuangan yang belum pun tentu benar malah ada ketikanya mengajak pengikut-pengikut mereka memberontak demi mempertahankan perbuatan maksiat serta perlakuan sumbang pemimpin yang pernah diberikan gelaran al Mahdi oleh salah seorang dari mereka.

Jadi, apakah imam-imam mazhab itu kurang bijak kerana tidak melancarkan revolusi? Rasulullah s.a.w. sentiasa menegaskan Islam itu agama bagi orang yang berakal. Orang yang mudah dimanipulasikan demi kepentingan pihak lain seolah-olah mereka itu tidak mahir atau gagal menggunakan akal mereka dengan sempurna, Dalam setiap hal dan perkara, akal yang berakar kepada pemahaman al Qur'an dan sunnah perlu menilai setiap arahan yang diberikan supaya tidak tersalah langkah di dalam mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ia termasuk di dalam fisabilillah di dalam mengejar syahid sepertimana di dalam peristiwa yang direkodkan di dalam Sahih Muslim di bawah:

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di dalam hadis berikut:
Sahih Muslim :
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah s.a.w.. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”

Malah Confucius sendiri di dalam Kitab Bunga Rampainya(Analects) buku ke 6 fasal 24 menunjukkan apa kualiti yang ada pada orang-orang yang berakal. Ia menceritakan perkara berikut :

Tsâi Wo asked, saying, "A benevolent man, though it be told him, -- 'There is a man in the well" will go in after him, I suppose." Confucius said, "Why should he do so? A superior man may be made to go to the well, but he cannot be made to go down into it. He may be imposed upon, but he cannot be fooled." 4

Terjemahannnya : Tsâi Wo bertanya dengan berkata ,"Seorang yang baik hatinya, apabila dimaklumkan kepadanya,: 'Ada orang di dalam perigi', saya (Tsâi Wo) rasakan, dia akan segera terjun untuk menyelamatkan orang tersebut'." Confucius berkata, "Kenapa mesti dia berbuat demikian? Seorang manusia yang unggul hanya boleh dipaksa untuk pergi ke perigi tersebut, tetapi dia tidak mungkin boleh dipaksa untuk terjun ke dalam perigi itu. Dia mungkin boleh dipaksa (untuk menyuakan diri) tetapi dia tetap tidak dapat diperbodohkan."

Hanya kebijaksanaan yang berakar kukuh kepada pemahaman serta keimanan yang tumbuh dari al Qur'an dan sunnah dapat menyelamatkan seorang insan daripada menjadi alat yang digunakan sebagai batu loncatan kepada pihak-pihak yang mahu mempergunakan mereka untuk sebuah agenda yang sedang menumpang pawana yang membawa pawaka ke segenap pelusuk alam kecuali Mekah dan Madinah.

Kalau tuan pergi ke Palembang, Anak Jawa membakar arang; Pelayaran tuan tiada menambang, Karam berdua basah seorang.

Jangan yang basah di dataran itu hanya mereka tetapi tangan yang menggerakkannya kekal 'bersih' dan bertepuk gembira. Wallahua'lam.

Rujukan :
1)         Fidel Castro : My Life; Edited by Ingnacio Ramonet & Translated by Andrew Hurley; Penguin Books;   2007; m/s 16. 
 2)       Adolf Hitler; Mein Kampf : Jaico Publishing House 2010, m/s 213.
3)    Kitab Sahih Muslim 
4)      Confucius, The Analects ; Everman's Library. Book VI Chapter 24

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

12 comments:

Salam ... Didoakan MIA sentiasa dirahmati Allah.. Apa perkembangan terbaru Buku Yg sedang dikarang, sudahkah siap sepenuhnya , x sabar rasanya menanti kemunculan Buku tersebut...:)
chik_249
 
Wa'alaikumsalam wrt Chik_249...
TQ atas doa dan sokongan.. masih berjihad untuk menyiapkan naskah2 tu.. dah overdue dateline.. INsyaAllah akan disiapkan juga nanti..
 
demo bersih harus bersih daripada segala ketidakbersihan.period.itu tanggungjawab moral pendukung bersih.itu harus menjadi prinsip utama gerakan bersih.namun kalau pendemo yang mendukung demo itu gagal menanamkan nilai-nilai bersih lagi suci murni ke dalam gerakan massa bersih (yang mahu kerajaan kotor dibersihkan), semua warga pendemo bersih tidak layak langsung untuk berada dalam kerangka perjuangan bersih.budaya buli yang sering dilemparkan kepada bn sebagai kerajaan sudah jelas kelihatan kepada pendukung bersih pada hari sabtu lepas.power corrupts, absolute power corrupts absolutely.sabtu lepas rakyat malaysia dapat melihat bagaimana mereka-mereka yang belum berjaya membentuk kerajaan, sudah berani bertindak melampau batas hanya kerana mereka ramai (majoriti).saya risau dan amat terganggu memikirkan jenis kerajaan yang akan mereka bawa kepada bumi (dah tak berapa nak)bertuah jika mereka berjaya memerintah.
malu bila lihat mereka melaungkan Allahuakbar tetapi berkelakuan seperti mak kera mati anak!
bersih 3.0 duduk bantah patut ditukar kepada jadi bunuh polis, bunuh fru, bunuh polis trafik wanita dan bunuh wartawan yang kita tidak suka 101!
perkara yang saudara nukilkan hanya dipelajari oleh pemimpin-pemimpin bersih, balaci-balaci mana pernah dengaq semua ni. depa semua goyim-goyim dicucuk hidung!
 
Salam Rizal Hass.. dua soalan utk tuan, bila mahu balik negeri untuk berjam argumentasi dibaja secawan kopi? Apa sudah jadi dgn blog tuan, sudahkah ia masuk ke segitiga bermuda?

“Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it” Adolf Hitler..

Mereka sedar kiamat politik semakin hampir, jadi najis perlu dibaling sekerap mungkin supaya piala idaman yang bakal terlepas akan berbau busuk apabila sampai ke tangan musuh politik mereka nanti.. Lihat sahaja peringatan Allah tentang kewujudan manusia yang mendakwa diri mereka di dalam gelaran moden 'reformis' ini. Al Baqarah ayat 8 hingga 12

8. Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Mereka menjadi goyim yg dicucuk hidung kerana mrk sendiri membiarkan diri mereka hanya mendapat maklumat dr satu sumber tanpa mrk mahu proses trlebih dulu. Mrk biarkan diri mrk dimanipulasi dan dikerah sewenang2nya demi memastikan proksi dajjal kembali mendapat piala kuasa.. simpati kita atas mrk. Semuanya bermula krn mrk rasakan mereka lebih mulia dan layak ke syurga berbanding org lain..
 
salam saudara.
saya pun pembaca setia blog saudara dan sudah lama menantikan posting baru. saya juga doakan agar rancangan penerbitan buku saudara berjalan lancar. in the mean time jika tidak terlalu menyusahkan, teruskanlah buat posting yg akan memberi kesedaran kepada kami semua. tq.
 
TQ Dzareth atas sokongan.. InsyaAllah, jika tiada sebarang masalah, sebahagian buku-buku tersbut akan terbit tahun ini.. Artikel juga InsyaALlah akan saya muatkan sekerap mungkin mengikut kesempatan yang ada. TQ.
 
kesian kepada mereka yang termakan hasut dan tipu perdaya...pemimpin diaorang plak sorak gembira...
 
Shamsadis,
Betul kita perlu kesiankan mrk. KIta juga perlu konsisten berpesan kpd mrk supaya kesilapan yg dibuat tidak berulang nanti.Semoga kita semua selamat dari tipudaya musuh-musuh Islam sepanjang hayat. AMin.
 
salam tuan, maaf aku baru balik khamis lepas tapi tidak ada jodoh untuk berbuat demikian.adik sakit.dicampur dengan satu dua urusan lain.Insyaallah blog islam1st akan berjalan dalam sebulan dua.tangan sudah gatal mahu menulis semula.arus elektrik dalam kepala meluru kencang 250km sejam melihat kebejatan.hati semakin sakit dengan kedangkalan pemikiran.Insyallah tuan, jika diizinkan Tuhan,tolong doa-doakan.
 
Wa'alaikumsalam Rizal Hass,

Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis spt berikut :

Jika seseorang kamu pandai memanah kemudian ia meninggalkannya , dia bukan dari golongan kami”. (HR Imam Ahmad)

Begitu juga segala kebolehan lain yg boleh digunakan untuk berjihad di jalan Allah termasuk kebolehan menulis. Harap jangan biarkan berkarat dan seterusnya kebejatan dalam fikiran masyarakat meluas kerana tiada yg mahu memeranginya.

Ya, Allah permudahkanlah sahabatku Rizal Hass untuk kembali menulis.. Amin..
 
Syukur kepada Allah dan terima kasih tuan kerana doa2 kita telah diperkenankan.semoga kali ini dilapangkan dada dan diinfinitikan masa supaya kita semua tidak mudah kecewa dengan sedikit ujian yang Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana lemparkan ke jalan kita.Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Rizal Hass,
Amin Ya Rabbal 'Alamin..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email