Monday, April 23, 2012

Jangan Sesekali Berputus Asa...


Oleh Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Ada ketikanya di dalam pecutan kehidupan, kita dihambat sehingga ke satu sempadan di mana kita hampir berputus asa dengan apa yang kita cuba usahakan. Begitu juga satu ketika di dalam kehidupan saya sehingga pada suatu hari saya mengadu kepada Allah bahawa sempadan itu semakin hampir untuk merobohkan semangat saya untuk terus ke hadapan, lalu saya bicarakan kepada Dia, “Tolonglah wahai Tuhanku, perlukah, di dalam segala ketempangan untuk melangkah ke hadapan, aku hentikan apa yang telah berdekad lalu aku usahakan? Tolonglah wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan aku termasuk di dalam golongan yang berputus asa.. Amin, Wahai Tuhan sekelian alam,”.

Seperti biasa, Allah tidak menjawab dengan cara yang kita mahukan, tetapi Dia menjawab doa dengan cara yang kita sangat-sangat perlukan. Habis berdoa, langkah diatur menuju ke laptop. Menyambung semua kerja-kerja yang tertangguh. Buka sahaja internet, tiba-tiba sebuah laman menyiarkan sebuah video yang bertajuk Powerful Inspirational true story...Don't give up!.Tidak sampai sepuluh minit berdoa, Allah memujuk hati yang sudah hampir ke sempadan akhir usaha dengan cara yang paling menyentuh hati dan seolah membuai dan memujuk perasaan hamba-Nya supaya kekal tidak berputus asa. Hanya pada sisi zahir sahaja air mata itu tidak diperlihatkan tumpah demi menjaga ego sang lelaki, tetapi sisi batin telah kuyup dengan limpahan airmata ucapan terima kasih kepada Allah kerana tidak menjawab doa saya dengan cara yang saya mahukan, tetapi Dia menjawab doa tersebut dengan cara yang amat saya perlukan.. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.. mungkin video di bawah ini yang menjadi pemujuk kepada semangat saya yang hampir hilang satu ketika dulu dapat membuat perkara yang sama untuk sahabat-sahabat di sini. Sesungguhnya, kita tidak pernah bersendirian..


Dan saya mahu ingatkan kepada diri saya sendiri tentang ayat di dalam surah Hud ayat 9 hingga 11.

Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.(9) Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata:  “Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,(10) kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.(11) 

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang berputus asa. Bukanlah dengan mencapai kemuncak itu yang memberi nikmat kepada lapangnya perasaan, tetapi perjuangan dan jalan-jalan sukar yang dilalui itulah yang menjadikan percubaan tersebut sesuatu yang dikenang dan memberikan inspirasi kepada jutaan jiwa yang hampir menamatkan perjalanan setelah jatuh ratusan kalinya.


Terima kasih kepada semua yang bertanyakan khabar semasa saya berdiam seketika untuk menyelesaikan semua perkara yang harus diutamakan terlebih dahulu.  Semoga segala kebaikan di dunia dan akhirat dianugerahkan Allah kepada kita semua. Amin...


© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

10 comments:

welcome back :) rindu nk baca tulisan dari blog ini :)
 
kami sentiasa menyokong anda.
 
Salam Juwita..
TQ atas sokongan.. cuma kerap kesibukan membuatkan saya tidak sempat menulis dan memuatkan apa yg ditulis.. malah utk merayau di internet juga tak sempat.. saya cuba menyiapkan semua yang tertangguh nanti. Lama juga saya tidak ke blog purple..
 
Salam & TQ Zuris71..
 
: ) Blog ungu saya tidak ada apanya jikalau nak dibandingkan dengan blog satuhala yang hebat ini
 
Juwita,
Blog ungu itu berikan akses kepada saya untuk memahami apa yang ada di dalam pemikiran seorang wanita, isteri dan ibu dalam menempatkan keberadaan diri dalam kehidupan dan dalam masa yg sama berjihad untuk memperbaiki kedudukan di sisi Allah. Mgkin Juwita tasakan ianya cuma sebuah sekadar blog dgn coretan2 biasa, tetapi setiap kali saya mmbacanya, saya akan berkata,"Oh,ini sebenarnya yang difikirkan oleh wanita,"

Terus terang, kebanyakan lelaki merupakan makhluk yg menilai dunia dgn ekspresi zahir. Jadi blog purple memberikan peluang utk mngetahui apa yg tersirat di dlm setiap yg tersurat dlm hubungan mrk dgn wanita2 disekeliling mrk terutamanya si isteri, anak perempuan serta adik2.

Ada pepatah, "women don't say what they mean,". Sukar bg lelaki untuk menafsir, tetapi pengalaman dalam hidup dan hubungan boleh membantu.

Blog satuhala ini juga kecil dan tidak seberapa. Jika ia boleh beri kesan yg baik kepada pengunjungnya spt blog purple, saya panjatkan rasa syukur kepada Allah. Segala yg baik dari Dia.
 
Alhamdulillah, mungkin agak terlambat baru saya tergerak nak jengah blog ni selepas kena 'backhand' kerana merungut hari tu sebab tak sabar. Well, very inspiring video saya pun tengah down sgt ni hope dapat balik kembali dalam track hidup saya dan lebih lagi. I feel loser now.
adila_alim
 
Assalamu'alaikum Adila_Alim,
Dalam kesempatan yg ada, saya cuba menulis mana2 yang sempat disentuh. Dalam apa jua keadaan, jangan berputus asa dari Rahmat Allah.. mungkin setback atau masalah2 yg sedang dilalui tu sebenarnya sedang membetulkan kita kembali di atas track yg sepatutnya kita lalui untuk menuju kejayaan. Mcm dalam video tu, tiada siapa pun bertanya tentang pelari yg memenangi pertandingan tersebut. Ttp org ramai hanya mahu bercakap serta memuji2 semangat untuk bangkit dari kejatuhan dan masalah dan kemudiannya menyelesaikan larian walaupun dalam keadaan terhencot2.

Ini kerana yg menang di dalam apa juga pertandingan dan persaingan kehidupan, jumlah mereka hanya sedikit. Tetapi jumlah mereka yang tetap dalam persaingan dan cuba mengatasi masalah2 disekitar kehidupannya untuk mencapai sasaran hidup, jumlah mereka lebih ramai lagi. Itu termasuk juga kita semua.

Yang penting jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah. Seperti yang disebut Nabi Yaacob di dalam surah Yusuf ayat 87:

"...Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir,".

InsyaAllah, Adila akan kembali ke track hidup yg lebih ceria dan lebih baik selepas ini. Semoga segalanya dipermudahkan buat Adila untuk kembali ceria. Amin.
 
salam. hati rasa bagai ditarik2 pula untuk tengok kembali posting ini setelah saudara komen di blog saya berkenaan ini. dulu saya tengok video tu tak tersentuh pun. rasa biasa je. now, saya tersentuh sangat.. sori, ternangis plak. :P

btw, THANKS :)

semoga Allah membalas jasa baik saudara dalam mengembalikan semangat kepada saya dalam menghadapi kehidupan ini selepas 'ribut taufan' yang melanda.


"...Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir,".
 
Wa'alaikumsalam w.b.t. Juwita..
Segala Puji hanya bagi Allah..

Bukanlah manusia jika kita tak pernah melalui jatuh bangun dalam kehidupan.. itu satu perkara yg amat biasa dalam kehidupan..

Tatkala kita melihat org lain bangun di saat kita terjatuh, kita terlupa yang insan tersebut juga pernah terjatuh dan belajar kembali untuk terus bangun.. yang penting, kita ambil semuanya secara positif supaya jatuh bangun kita dalam kehidupan menjadi satu proses untuk melonjakkan kita ke tempat yang lebih tinggi dan selamat..


Semoga Allah memberikan apa yg terbaik kepada Juwita dan keluarga di dunia dan akhirat.. Ameen..

Sibukkan diri dgn perkara yang disukai yg boleh mendekatkan kita kembali dengan lebih rapat dengan Allah...

Bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah… (an Nahl 127)
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email