Oleh : Imran Haaz
Bagi yang mengkaji gerakan dajjal, Ops False
Flag merupakan suatu bentuk modus operandi yang biasa digunakan sejak zaman
nabi-nabi Bani Israel. Ia bermula dengan kisah bagaimana seorang lelaki dari
Bani Lawi (Levi) yang mahu membalas dendam atas kematian gundiknya yang dibunuh
dengan menghasut seluruh Bani Israel melancarkan perang ke atas Gibeah. Cara yang
digunakannya ialah dengan memotong bahagian tubuh gundiknya itu menjadi 12
bahagian lalu dikirimkan kepada 12 suku bani Israel bagi tujuan mendapatkan
simpati dan memulakan provokasi.
Marah dengan kejadian yang berlaku, seluruh Bani Israel berkumpul dan bertekad menyerang Gibeah atas cerita yang disampaikan oleh lelaki Bani Lawi tersebut. Ia disebut di dalam kitab (sefer) mereka yang dinamakan Judges fasal 19. Pengkaji Bible kebanyakannya tidak mengetahui bahawa Judges fasal 19 ini disusun umpama puzzle yang silap disusun sehinggakan memasukkan kisah peristiwa kaum Lut yang seharusnya berada pada kitab Genesis di dalam kisah Ops False Flag yang pertama ini. Hasil hasutan menggunakan surat (media massa untuk zaman sekarang ini), Gibeah diserang akibat hasutan fitnah apabila lelaki Bani Lawi tersebut memotong serta mencincang mayat kalangan mereka sendiri lalu disebarkan di dalam api provokasi yang disampaikan secara meluas.