Friday, November 4, 2011

Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama.

Oleh M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Ramanir raheem.. Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua yang berkunjung ke sini. Saya sedikit sibuk kebelakangan ini. Maaf kerana lambat membuat update kepada blog dan membalas komen-komen yang dibuat. Terima kasih. Cuma pada kali ini saya masukkan ke dalam post blog ini surat yang saya tulis kepada ruangan Forum Utusan Malaysia berkenaan percubaan pihak-pihak tertentu yang tidak putus-putus berusaha menguji kesabaran umat Islam dengan secara bertali arus melakukan perkara-perkara yang dianggap umat Islam sebagai mencabar kedudukan agama mereka sebagai Agama bagi Persekutuan Tanah Melayu ini. mereka berbuat demikian dengan harapan, pada suatu hari nanti, akan ada muslim bertindak diluar batasan setelah tidak tahan diasak secara bertubi-tubi. Usaha menentang gerakan ini secara berhemah dan mengikut kerangka undang-undang harus dilakukan supaya kita dapat memberikan sedikit waktu dan kelapangan kepada sekumpulan muslim yang juga terlalu cintakan agama ini, supaya terhalang kemarahan mereka dari diterjemahkan melalui perbuatan yang memang ditunggu-tunggu oleh pihak-pihak yang memusuhi kedudukan Islam di dalam negara ini.

Saya menulis surat ini kepada ruangan Forum Utusan Melayu kerana saya tahu bahawa golongan pemerintah serta mereka-mereka yang berada disekeliling pemerintah termasuk golongan pembuat dasar bagi kerajaan yang memerintah Malaysia, membaca akhbar tersebut sebagai salah satu input kepada mereka. Saya juga membaca akhbar tersebut bersama beberapa akhbar lagi setiap hari bagi mendapatkan maklumat lengkap untuk sesuatu itu dalam pelbagai dimensi pemahaman yang berbeza-beza. Saya tidak pasti samada ianya akan disiarkan ataupun tidak, tetapi ada baiknya saya berkongsi dengan sahabat-sahabat pengunjung terlebih dahulu supaya apa yang saya tuliskan kepada ruangan tersebut boleh dimanfaatkan kefahaman serta dikongsi cara bagaimana untuk berhadapan dan berhujah dengan golongan ini.

Sahabat-sahabat akan mendapati bahawa saya tidak menggunakan hujah agama di dalam surat tersebut. Ini disengajakan. Ia berkaitan seni perang Melayu yang saya belajar dengan guru silat saya dalam menterjemahkan falsafah tikaman keris pada tubuh musuh kita. Saya akan buktikan kepada pihak sahabat bagaimana falsafah ini berfungsi melalui praktik yang telah saya amalkan sejak sekian lama. Ia akan dijelaskan di dalam dua posting panjang selepas ini bagi membincangkan dialog saya dengan seorang timbalan pengarang sebuah akhbar Inggeris pada 2009 berikutan isu Beyonce dan sebuah surat ringkas saya kepada akhbar Inggeris yang sama sebelum ini. InsyaAllah.. diberikan Allah kesempatan, saya dapat menyiapkan penulisan itu dengan lebih awal nanti. Berikut surat saya kepada ruangan forum Utusan Malaysia. Semoga memberi idea dan manfaat yang lebih mampu diperkembangkan dengan kuat dan luas kepada apa yang sudah sedia kuat di dalam diri para sahabat pengunjung.   

Survival Bangsa Manusia : Hak Asasi Paling Utama.

Saya berasa terpanggil untuk menulis kepada ruangan ini atas desakan perasaan yang terlalu rimas dengan kebejatan serta kekakuan pemikiran yang menyelubungi sekumpulan manusia yang senang terhirup candu delusi kebebasan. Desakan ini juga disulam perasaan amat kesal dengan sekumpulan manusia lagi yang cuba menjadi juara dengan memberikan sokongan dengan gaya sondolan tanpa didahului dengan berfikir sebelum bertindak.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email