Sunday, September 18, 2011

Demi sebuah cita-cita mereka ditelanjangkan..

Oleh : M.I.A./Imran Haaz


“Saya semenjak kecil lagi mahu menjadi model...”. itu kata-katanya. “Saya faham sensitiviti Islam, dan had-had yang perlu saya patuhi,”  hujah klise yang beserta percikan air liur sebagai bonus kepada yang masih bebal mahu bertanya. Kasihan, demi sebuah cita-cita, segalanya harus dia korbankan. “Anda harus 95% telanjang”, itu kata-kata penganjur. “Kami mahu periksa anda dan meneliti setiap inci tubuh anda dihadapan panel penilai kami. Jika ada sedikit kecacatan, kamu tidak layak untuk dijadikan model. Jika bulu kaki kamu terlebih, kamu tidak layak jadi model. Jika gigi kamu bersepah tak mengikut kiblat, kamu tak layak untuk berada di sini. Kamu harus bertelanjang supaya kami dapat meneliti sepenuhnya fizikal anda.” Sampai begitu teliti sekali panel yang merasakan diri mereka bijak tetapi hakikatnya memijak daya intelektual wanita berpenampilan cantik tersebut.

Friday, September 16, 2011

Murtadkan Melayu Singapura, Apa Kata Lee Kuan Yew?

oleh M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Gerakan penginjil Kristian merupakan sebuah gerakan yang tidak tahu menghormati undang-undang di mana sahaja mereka bertapak. Suatu ketika, kesungguhan mereka untuk menjalankan aktiviti dakwah ke atas masyarakat Melayu Islam di Singapura dilihat sebagai sesuatu yang amat meresahkan.

Sebuah Negara yang masih muda pada ketika itu, apa sahaja perkara yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan di dalam sebuah masyarakat yang masih baru hendak dibentuk, hendaklah dielakkan. Kesungguhan golongan penginjil di kalangan pendakwah-pendakwah Kristian yang bertempat di Singapura untuk mensasarkan orang-orang Melayu sebagai sasaran mereka, membuatkan Perdana Menteri pertama republik tersebut memanggil beberapa ketua agama di Singapura untuk menyatakan pendiriannya.

Thursday, September 8, 2011

Benarkah Atheism itu kemuncak kebebasan?

Bismillahir Rahmanir Raheem.. telah menjadi satu bentuk ikutan, di mana untuk kelihatan cool, insan-insan yang dilahirkan melalui rahim seorang ibu muslim, tetapi malangnya tidak dididik dengan contoh kehidupan Islam yang baik, akan cenderung mengikut bawaan arus ke arah mana sahaja ia mengalir. Mereka merasakan bahawa untuk tidak berada di dalam pergerakan arus yang sedang deras berlaku, mereka akan ketinggalan. Trendy, itu kata mereka. Mereka lebih rela menjadi pengikut trend dari menjadi seorang yang memulakan trend. Kerana itulah kita tidak pernah selangkah lebih maju dari barat. Kita sentiasa menunggu matahari terbit dari barat, untuk tersentak bangun dan memulakan langkah. Mungkin kerana sieged mentality dek kerana dijajah lebih 500 tahun lamanya membuatkan ramai dari kita kehilangan keyakinan diri untuk memulakan sesuatu di luar tabii pemikiran barat. Sedangkan terlalu banyak yang diperkatakan dan dilakukan orang-orang barat itu tidak betul.  

Sunday, September 4, 2011

Setiap kemajuan bermula dengan sebuah masalah..

oleh : M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya terbaca dan kerap terdengar ramai orang bersungut mengenai masalah-masalah yang dihadapi mereka di dalam kehidupan sehari-harian. Tambahan pula dengan mood suram selepas sambutan raya. Oleh kerana sumber ekonomi tidak diuruskan dengan betul, maka ada yang mula bersungut seolah-olah Aidil Fitri itu satu bebanan kepada keupayaan kewangan mereka. Tiada sesiapa pun yang memaksa mereka berbelanja mewah tanpa had dan sempadan. Tiada siapa pun yang menyuruh mereka melakukan persediaan lebih dari kemampuan. Maka, apabila selesai sahaja sambutan Aidil Fitri, maka mula terdengar pelbagai sungutan seolah-olah masalah yang berpunca dari kelemahan diri itu satu bebanan yang terlalu berat untuk dipikul. Tetapi, jarang dan kurang sekali manusia-manusia mengambil berat serta memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi. Mungkin mereka tidak memahami bahawa masalah yang sedang mereka hadapi itu merupakan satu bentuk paksaan yang dikenakan ke atas mereka supaya mereka dapat memajukan diri serta meningkatkan taraf kehidupan dan ketamadunan mereka.


Ada yang menganggap ia sebuah lumrah kehidupan, tetapi malangnya ada pula yang apabila ditimpa masalah, mula meraban dan bercakap sesuatu yang tidak elok mengenai Tuhan. Benar, masalah adakalanya membebankan dan terkadang ianya merencatkan setiap apa yang telah dirancang sebelum ini.

Walaubagaimanapun, jika masalah itu sentiasa dipandang kehadirannya dengan cara negatif, ianya tidak akan membawa kita ke satu tahap yang lebih elok dari kedudukan kita pada masa kini. Di dalam Syahadah Gadis Ateis, saya ada berbicara sedikit tentang masalah yang melanda setiap seorang dari manusia. Saya menyatakan bahawa setiap masalah yang kita hadapi, ianya merupakan salah satu bentuk paksaan yang dikenakan Allah ke atas kita untuk memajukan diri. Allah memberikan kita ujian berupa masalah dalam kehidupan seharian bukanlah dengan tujuan mahu melihat kita jatuh tersungkur. Tetapi Allah, sebagai pencipta manusia, Dia tahu sebenarnya apa kekuatan dan kelemahan manusia yang diciptakanNya.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email