Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua sahabat pengunjung blog satuhala ini. Bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat di dalam setiap perjalanan yang dibuat. Sekiranya ada salah dan silap dan tindak tanduk yang mengguris hati di dalam penulisan di dalam blog ini, saya dengan rendah hati memohon jutaan maaf. Terima kasih atas kunjungan saudara saudari, semoga kita dapat bertemu kembali selepas Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin & Selamat Menyambut Aidilfitri..


M.I.A./Imran Haaz

Tuesday, August 23, 2011

Gerakan Misi Penginjil di Pulau Pinang II

Oleh M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Sebagaimana yang diceritakan sebelum ini, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri bertemu dengan beberapa orang lelaki Kristian yang cuba untuk menjalankan aktiviti dakwah mereka ke atas orang Islam. Pada petang saya mengambil gambar papan tanda jalan yang bertulis ‘Believe John 3:16’ di Pulau Tikus (Klik sini), saya kemudiannya terus memandu ke sebuah kompleks membeli belah yang terletak bersebelahan dengan sebuah sekolah perempuan.

Kompleks tersebut dikunjungi pelajar-pelajar perempuan sekolah tersebut selepas sesi persekolahan dan aktiviti kurikulum sekolah. Saya melihat ramai pelajar perempuan melayu berpakaian sekolah melepak membuang masa di kompleks terbabit. Ia agak merisaukan. Teringat saya dengan kata-kata ‘an idle mind is the devil's workshop’. Terlalu bersantai seolah-olah tiada apa yang perlu dikejar mereka untuk bersaing menempatkan diri di dalam dunia yang penuh mencabar ini. Jika saya seorang mubaligh kristian, tentu sahaja saya melihat mereka ini sasaran-sasaran mudah untuk dituai. Memang merisaukan. Mereka ini merupakan produk-produk dari sebuah keluarga yang terlalu sibuk mencari rezeki kerana rezeki yang diperolehi oleh ketua keluarga mereka tidak cukup untuk memastikan makan, pakai dan pelajaran anak-anak dapat dipenuhi. Lalu si ibu yang seharusnya menjadi pengurus rumahtangga juga perlu bekerja bagi mencukupkan keperluan keluarga. Anak-anak ini mula terabai dan mengharungi dunia menurut kepada kompas kehendak hati tanpa bimbingan dan kasih sayang yang cukup.

Monday, August 22, 2011

Al Fatihah & Terima Kasih Tuan


oleh M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem. Terus terang, saya bukanlah peminat tegar sastera. Saya menggemari pembacaan serius yang memberi nilai tambah kepada diri yang sentiasa kurang dari segala aspek kehidupan. Saya sangat jarang membaca novel. Hanya jika sesuatu novel itu dicadangkan dengan serius kepada saya, barulah saya mengambil inisiatif membacanya.


Umum mengenali penulisan Ustaz Azizi Abdullah melalui novel-novel tulisannya yang hebat. Tetapi saya harus mengakui bahawa perkenalan saya dengan karya tulisannya tidak bermula dengan novel-novel hebat tersebut. Tetapi ianya bermula dengan sebuah buku bertajuk Jiwa Hamba yang merupakan satu bentuk penulisan diisi padat dengan kritikan sosial terhadap orang-orang Melayu Islam yang terlalu merendah diri dan takut untuk bengkit duduk sama tinggi di dalam masyarakat. Saya sangat menggemarinya dan tertunggu-tunggu penulisan yang serupa untuk dihasilkan lagi. Ia  sangat kena dengan rentak, ritma serta cara saya berfikir.

Novelnya yang pertama saya baca bertajuk Ayahanda. Itu pun kerana ia dicadangkan oleh salah seorang sahabat pengunjung blog ini yang menggunakan nama samaran Irdina Khan. Karya yang membuatkan saya meninggalkan segala pembacaan serius selama lebih seminggu hanya kerana terpaut dan dirasuk magnet kekuatan Allahyarham Ustaz Azizi, mengolah sebuah penghidupan ke dalam cerita tersebut. Saya terlalu skeptikal terhadap novel-novel melayu sebelum saya membaca Ayahanda. Ia suatu yang berbeza. Ia sangat dekat dengan kehidupan. Nilai kasih sayang keluarga di dalam sebuah catatan kehidupan yang indah digarapnya dengan alunan rentak penulisan yang sangat membuai jiwa. Nilai yang sudah semakin terhakis disekeliling kita. Selesai pembacaan saya mencari Seorang Tua di Kaki Gunung. Malang sekali ia tidak lagi dijual ketika saya mencarinya. Tetapi saya tetap berusaha. Akhirnya saya ketemui naskhah tersebut di sebuah perpustakaan dan meminjamnya.  Subhanallah. Begitu hebat bakat penulisan kurniaan Allah kepada penulis istimewa ini. Saya mengaguminya tetapi segan untuk mendekatinya kerana berasakan bahawa apa yang telah dicapainya melalui karya-karya penulisannya merupakan sesuatu yang hebat dan tak mampu untuk saya lakukan. Di dalam hati memang terdapat keinginan yang menebal untuk dekat dengan insan dengat bakat hebat kurniaan Allah ini.

Thursday, August 18, 2011

Langkah Mereka Semakin Jauh

Oleh M.I.A.

Sebelum menceritakan apa yang berlaku ke atas saya bersama beberapa orang yang begitu bersemangat mahu menyebarkan agama Kristian ke atas orang-orang Islam, saya ingin bawa kepada perhatian sahabat-sahabat pengunjung blog ini tentang apa yang sedang berlaku secara terang di Pulau Pinang.

Oleh kerana Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang tidak mewartakan peruntukan Artikel 11 fasal 4 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu bentuk undang-undang bagi menghalang perkembangan apa-apa iktikad agama lain ke atas umat Islam, negeri ini kemudiannya menjadi sebuah tanah yang subur bagi gerakan Kristianisasi bergerak tanpa sekatan.

Monday, August 15, 2011

Isu Nama Allah : Gerakan Penginjil di Pulau Pinang

Oleh M.I.A

Kristianisasi di Pulau Pinang.
Bagi golongan yang berkiblatkan kerusi empuk sebuah pejabat yang dihias indah di Putrajaya, segala kemelut yang berlaku ke atas umat Islam lewat beberapa tahun kebelakangan ini, hanyalah sekadar dengungan nyamuk-nyamuk kecil yang tidak perlu dipedulikan mereka. Lalu ditanggalkan serban yang dipakai supaya dijadikan kelambu agar nikmat berbulan madu dapat dikecapi sepenuh nikmat dan setiap permintaan pasangannya yang kerap meminta dibelai akan sentiasa dituruti dan dipenuhi.

Tidak lama selepas sebuah perkahwinan campur politik didirikan setelah ombak membadai pantai politik Malaysia, seorang blogger menegur tentang sebuah kejadian kecil, yang dirasakan terlalu kecil untuk dipandang oleh golongan melantik diri mereka sendiri sebagai golongan bijaksana. Gambar di bawah ini dipetik dari sebuah penulisan yang berupa teguran oleh MSO. Sebagai seorang yang prihatin, MSO cuba membawa perkara yang kelihatan kecil ini kepada pengetahuan mereka yang dirasakan berada dikedudukan prihatin.



Friday, August 12, 2011

Bakar al Qur'an?

Oleh M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Isu beberapa orang paderi Kristian di Amerika, Australia dan Eropah mengugut untuk membakar al Qur’an dan kemudiannya benar-benar membakar kitab suci tersebut merupakan isu yang agak menarik untuk diberikan perhatian. Oleh kerana blog ini ‘berhibernasi’ semasa perkara tersebut berlaku, perkara ini dicatatkan supaya disentuh apabila saya kembali menulis nanti.


Perlakuan mereka ini tidak memberikan hatta sekelumit pun impak negatif kepada imej Islam. Tetapi perlakuan mereka ini merupakan antara perlakuan yang memakan diri sendiri. Shoot oneself in the foot kata pepatah Inggeris. Menconteng arang ke muka sendiri kata Karam Singh Walia.

 

Saya percaya secara purata, saya membaca dan memberi perhatian kepada pengkajian Bible melebihi apa yang dilakukan oleh penganut biasa agama itu sendiri. Saya juga percaya, saya memiliki sejumlah Bible yang sentiasa saya baca dan kaji melebihi jumlah Bible yang tersimpan di dalam mana-mana rumah penganut biasa agama itu.

 

Tetapi untuk melakukan penghinaan terhadap kitab yang dianggap suci oleh penganut Yahudi dan Kristian itu, ia merupakan sesuatu yang tidak langsung tergamak saya melakukannya. Bagaimana mungkin saya dapat melakukannya sekiranya agama Islam yang indah yang mahu dipeluk dengan kemas dan erat oleh saya ini tidak membenarkannya dilakukan. Bagaimana mungkin saya mahu melakukan tindakan yang serupa jika sebahagian dari rukun iman yang membentuk sahsiah kedudukan iman seorang mukmin itu menetapkan bahawa tidak lengkap iman seorang muslim selagi dia tidak memperakui Taurat, Zabur dan Injil merupakan kitab-kitab yang pernah diwahyukan Allah sebelum al Qur’an?

Wednesday, August 10, 2011

Isu Nama Allah : Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah.

Oleh M.I.A

Artikel ini merupakan sambungan kepada siri artikel berkenaan isu nama Allah dan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Artikel sebelumnya boleh di baca dengan klik sini.

Perancangan Mencuri Jasad Rasulullah s.a.w.
Sebelum serangan ke atas Melaka (1509) dan Goa (1510), dicatatkan mengenai beberapa kegiatan dan perancangan Alfonso de Albuqurque bagi menjatuhkan empayar Islam. Antara yang dirancangkannya ialah untuk mencari sebuah kerajaan Kristian yang kononnya dikuasai oleh Prester John di Benua Afrika bagi tujuan pergabungan untuk menguatkan kekuatan Kristian untuk menentang kekuatan Islam.

Tuesday, August 9, 2011

Isu nama Allah : Misi Gerakan Penginjil

Oleh M.I.A.

Artikel ini merupakan sambungan kepada siri artikel berkenaan isu nama Allah dan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Artikel sebelumnya boleh di baca dengan klik sini.


Serbuan yang dilakukan JAIS di Selangor tidaklah mengejutkan. Ia mungkin satu kemuncak kepada sesuatu yang telah lama diperhatikan. Tiada siapa tahu fakta sebenar. Ini kerana fakta keseluruhan kes tersebut belum didedahkan. Tetapi sejak 2008, terdapat suatu usaha yang tersangat galak bergerak kencang dikalangan mereka-mereka yang tidak tahu menghormati Perlembagaan Negara terutamanya pada berkenaan rasa hormat mereka kepada Artikel 11 perkara 4 Perlembagaan Persekutuan. Jika apa yang didakwa Dr. Hassan Ali dan pihak JAIS itu benar, maka adalah jelas pihak yang melakukan perkara (memberikan bantuan dengan tujuan untuk memurtadkan muslim) ini merupakan mereka-mereka yang tidak tahu menghormati undang-undang Negara.

Thursday, August 4, 2011

Seeing is believing?

Oleh M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya berhutang pencerahan ini kepada seorang blogger yang menamakan dirinya Dark-Half. Maaf saudara, blog ini umpama komet Haley. Ia datang dan pergi sesuka hati bergantung kepada kesibukan dan segala masalah yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu. Menulis memerlukan ketenangan. Saya boleh menulis dan membaca di dalam suasana yang bising tetapi bila sahaja akal fikiran dibisingkan dengan pelbagai perkara yang harus difikirkan, saya menjadi kaku. Hari ini ketenangan itu datang dan saya sempat menulis segala yang saya berhutang dengan pihak-pihak yang mengambil berat dan pernah singgah ke sini.

Seeing is believing. Frasa umpama rekod rosak yang diulang-ulang oleh manusia-manusia bermentaliti di bawah tahap keupayaan minda ultra minimum. Kerana itu semua entri di dalam blog ini saya masukkan di bawah satu himpunan penulisan di bawah tajuk ‘Nukilan Dari Akal Yang Memerhati’. Dark-half sedang berada di medan perang (MIA – semasa dia menghubungi saya beberapa bulan yang lalu.. maaf saudara.), yang menyerangnya pula hanya sekadar menggunakan peluru getah mengulangi kokokan orang-orang Rumi yang menjadi kiblat mereka.

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Hampir setahun saya tidak memuatkan apa-apa penulisan ke dalam blog ini. Terlalu banyak perkara yang telah berlaku di dalam persekitaran kita yang sangat menarik untuk dibincangkan. Memahami saya mempunyai beberapa komitmen luar yang perlu didahulukan, blog ini saya rehatkan buat sementara waktu.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertanyakan khabar melalui telefon, email dan yang juga berjumpa secara langsung ketika berurusan di Pulau Pinang. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan ke atas kalian di dunia dan akhirat. Amin.

Berehat di dalam suatu tempoh yang lama memberi saya peluang untuk menilaikan sejauh mana benarnya trajektori penulisan-penulisan yang pernah dimuatkan di dalam blog ini. Ia memberi peluang untuk melakukan muhasabah dalam mencari satu pengertian yang benar-benar dapat memberikan ketepatan di dalam memahami definisi ikhlas di dalam setiap penulisan. Ia satu perjalanan yang dihiasi keindahan yang menyegarkan.

Sempena bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang blog ini wujud. Semoga Ramadhan tahun membawa impak positif di dalam setiap perjalanan hidup kita semua. Amin.

Tentu sahaja harapan ini ditujukan terutamanya kepada diri sendiri kerana melihatkan betapa beberapa Ramadhan yang dilalui di dalam tahun-tahun yang sudah, masih belum cukup untuk melastik perubahan drastik kepada satu bentuk tingkat amalan yang subur dibaja dengan niat yang ikhlas.

Semoga ribut kesibukan ini akan kembali reda dan saya dapat menyambung semula segala perkara yang terlalu lama saya tinggalkan.

Buat sahabat pengunjung taman yang jarang berhias ini, saya ucapkan selamat menjalani ibadah dengan hati yang penuh ikhlas. Salam Ramadhan.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email